Monday, 15 December 2014

Bahaya Amalkan Meminum Teh O Ais Yang Pasti Mengejutkan Kaum Adam Khususnya..



Siapa yang tak suka teh ais kang tambah-tambah dalam cuaca kering dan panas nih. Klu perkene teh ais segelas, kompom nyaman jek rasenye..

Tea @ teh sudah dibuktikan baik untuk minuman antioksidan. Namun tidak selamanya pengambilan teh baik untuk kesihatan. Mungkin minuman yang biasa yang anda akan pilih untuk menemani semasa santai atau selepas makan. Segelas teh o ais yang segar atau air putih?

Sebuah kajian terbaru yang disiarkan Health News Daily, menuliskan risiko mengambil teh ais, yang ternyata dapat menyebabkan batu karang. Kajian ini dilakukan oleh Loyola University Medical Center. Mereka menjelaskan jika minuman teh yang disediakan sejuk mengandungi oksalat yang cukup tinggi.

Zat kimia ini menyebabkan pembentukan kristal-kristal kecil yang terbentuk daripada mineral dan garam. Tidak hanya teh saja yang mengandungi oksalat, jenis makan lain seperti bayam, rhubarb coklat, dan kacang juga masuk dalam senarai makanan tinggi oksalat.

Walaupun kristal ini tidak berbahaya, namun para penyelidik mengatakan jika pegumpulan Kristal mungkin terjadi. Ini akan mengganggu aliran urin dari ginjal ke pundi kencing, dan akan menyebabkan rasa sakit yang teruk.

“Bagi orang yang mempunyai kecenderungan memiliki gangguan fungsi buah pinggang, teh ais adalah minuman yang paling tidak disyorkan,” papar Dr. John Milner, pembantu profesor urologi di Universiti Loyola Chicago Stritch.

“Seperti orang lain, saya juga sangat suka menikmati teh ais semasa cuaca panas, namun jangan berlebihan.”

Seperti dimaklum, kekeringan adalah salah satu penyebab gangguan buah pinggang, dan tea ais mungkin adalah penyebab meningkatkan risiko ini. Untuk mengelakkan penyahhidratan ini, air putih tetap menjadi pilihan terbaik.

Apa pun kalau nak minum tu boleh… cuma jangan berlebihan atau keterlaluan.. Kalau tea o suam atau panas lebih bagus tanpa ais

Wassalam, Wa’allahhualam.

Monday, 8 December 2014

Biohealth Annual Dinner 2014 (UM)

7 Dec 2014 telah berlangsungnya satu annual dinner yang dianjurkan oleh pihak jabatan Biohealth, Fakulti Sains, Universiti Malaya. Tujuan dinner ni dibuat adalah untuk meraikan pelajar tahun akhir jabatan ini, yang akan tamat pengajian pada hujung March 2015. Insyaallah.

Maka, si senior2 a.k.a alumni ni pun dijemput untuk bersama-sama memeriahkan majlis ini. Pada asalnya, isteri saya macam tak nak pergi. Isteri saya adalah alumni Biohealth Science ni, sesi 2004/2008. Entah macam mana entah, isteri saya ni menelefon & katanya nak pergi. Ok saja lah. Pergi makan-makan je pun. Nak mengharapkan penganjur alumni Jabatan Pengajian Awam, Fakulti Kejuruteraan Uni. Malaya, rasanya macam tak terjemput la saya ni. Hihi.

Lokasi dinner ni di Zam Zam Restaurant, Shah Alam. Emm macam tak tahu je tempat ni. Aku pun 'search' la tempat ni. Katanya berhampiran dengan masjid Shah Alam. Setelah mengenalpasti lokasi, kami pun bergerak menggunakan jentera Perodua Myvi saya tu. Bertolak dari rumah jam 5.15 petang, saya pun memandu tanpa rasa 'stress' walaupun pada malam ni ada football game (Piala AFF) antara Malaysia dengan Vietnam. Sangkaan aku, akan berlaku kesesakkan di Lebuhraya Persekutuan, sangkaan aku meleset. Perjalanan kami lancar sehingga ke destinasi. Jangkaan sampai di Zam Zam Restaurant ni jam 6.30 petang. Pusing punya pusing, kami mengambil keputusan untuk menunaikan solat Mahgrib di Masjid Shah Alam.

Usai menunaikan solat Maghrib, kami bergerak terus ke lokasi dinner. Tanpa berlengah kami terus ke dewan yang terletak di tingkat 2 bangunan Zam Zam Restaurant ni. Program bermula jam 8.00 malam, seiring dengan tentatif program mereka.
Lokasi Biohealth Annual Dinner 2014

Waiting for the food. Lapau dah ni!!!
Pada pembukaan majlis, ucapan aluan daripada pengarah projek & disusuli dengan ucapan selamat datang daripada penyelaras program. Kemudian, kami mulalah makan!!! hahaha..

Gimik perasmian Biohealth Annual Dinner, Pengarah Projek & Penyelaras Program

Persembahan pembukaan Biohealth Annual Dinner 2014

Nasi Arab katanya..

Suasana ketika majlis sedang berlangsung

My little princess, Ainul Syifa
Semasa sedang menjamu selera, kami semua dihidangkan dengan persembahan pentas oleh pelajar-pelajar Biohealth ni. Yang kena 'buli', pelajar tahun 1 dan 2 la.. Tapi bagi saya, inilah cara mereka menunjukkan tanda terima kasih kepada senior tahun akhir & pensyarah. Alumni juga turut mengambil peluang dalam persembahan pentas kali ni. Saya ada merakam video untuk persembahan mereka ni. Rasanya macam besar je kapasitinya.

My little princes sedang tergamam menonton persembahan daripada 1st year Biohealth.

Persembahan tunggal daripada 2nd year Bioheath. Sungguh mengagumkan!!

Persembahan tunggal daripada 2nd year Biohealth. Great!

Shafa mempersembahkan nyanyian sambil diiringi petikkan gitar oleh Dr. Ikhwan.

Dr. Tunku Shah mewakili alumni dalam membuat persembahan

Menyumbangkan suara ke menyumbangkan lagu ni? Hihi

Sebahagian pensyarah & alumni berkongsi pentas dalam memeriahkan majlis
Dalam majlis ini juga, terdapat cabutan bertuah dan award yang kebiasaannya untuk menarik minat para hadirin. Pelbagai ragam pakaian yang ada pada malam ni. Ada yang macam artis, ada yang macam arab kat padanag pasir & ada juga DRAKULA.. hahaha.. Yang penting, semua orang sporting!!!

Dr. Tunku Shah menerima award, KING of The Night!!

Wajah-wajah gembira!!

Pertemuan pertama selepas majlis graduasi 2008. Ala-ala jejak kasih gitu...

Kenangan tersemat didalam hati

With Mama, katanya..

Alumni yang hadir ketika Biohealth Annual Dinner 2014
Maaf ye semua.. Video tak dapat nak upload sebab file berpakasiti besar. Kalau nak, just bagitau ye. Nanti saya usahakan.

Dinner ni berakhir jam 10.30 malam. Semua hadirin berpuashati dengan kelancaran majlis ini. Insyaallah akan dipertemukan lagi tahun hadapan.

Sekian.

Apakah yang telah Datuk lakukan, sampai saya...?


HIDUP LAH UNTUK HARI INI...
Tugasan pagi tadi saya menemuramah seorg datin. Di tengah perbualan, Datuk menyertai kami. Tanpa sedar, air mata saya menakung, turun sedikit demi sedikit dan kemudiannya semakin lebat. Mengapa? Apakah yang telah dilakukan oleh Datuk?
Kata-kata "HIDUPLAH UNTUK HARI INI" sangat menusuk jauh ke dalam hati saya. Apa yg diperkatakannya jelas terkena pada batang hidung saya (yang x berbatang pun sebenarnya).
Nasihat Datuk tersebut yang saya perlu share dgn kwn2 FB:
- Malam adalah masa untuk keluarga. Simpan handphone, jauhkan ipad.

- Jika anda lelaki berkahwin, jangan keluar malam. Penuhi masa dengan isteri & anak2. Ini dpt menghalang perkara yg x sewajarnya.
- Jika suami isteri sibuk, sentiasa cari masa. Nikmati masa tersebut.
- Jangan terlalu sibuk/ gila mencari wang kerana mahukan kehidupan yang senang pada masa hadapan, percayalah rezeki itu di tangan Allah. Berusaha tapi bukan hingga mengabaikan yang sepatutnya.
- Sentiasa peluk cium anak2, pasangan. Kita x tahu sama ada itu pelukan / ciuman terakhir buat mereka.
- Suami perlu sentiasa telefon isteri, begitulah sebaliknya. Mula2 mungkin rasa mcm rimas, isteri queen control dan lain lain...Pedulikan jika kawan2 menyindir. Kemudian kita akan sedar inilah cara mengikat kasih sayang. Walaupun meeting, at least cakap 'sy meeting'. Jangan biarkan panggilan x berjawab. Sekali lagi... mungkin itu panggilan terakhir dia buat kita.
- Sentiasa update lokasi anda berada kepada pasangan.
- Ketahui pakaian yang dipakai pasangan / anak2 sebelum keluar. Ramai yang x mengambil berat perkara ini. Malang x berbau kan?
- Biar tinggi mana pangkat dan gaji isteri, suami tetap perlu menjadi ketua keluarga yang bertanggungjawab. Segala makan pakai urusan suami. Hari ini bila isteri juga menyumbang kepada ekonomi keluarga, secara x langsung (tanpa sedar sebenarnya) isteri itu menuntut hak sama rata...hak dalam membuat keputusan. Jadi, lebih baik duit isteri, hak isteri dan ini mendorong isteri lebih patuh kepada suami kerana sedar bahawa suami telah melakukan sehabis baik demi keluarga.
*JANGAN INGAT KITA MASIH ADA ESOK

Thursday, 4 December 2014

Antara Punca "Low Sperm Count" Pada Lelaki..

Antara punca "Low Sperm Count" pada lelaki..

Kajian ini telah dilakukan oleh seorang pensyarah UiTM Puncak Alam, En. Razif Dasiman dan dia berkongsi ilmu ini di FB. Saya telah memohon kepada beliau untuk berkongsi ilmu ini kepada semua. Semoga kita beringat sebelum merebak.

‪#‎Azoospermia‬
‪#‎SpermDNAdamage‬
‪#‎InfertilityInMen‬
‪#‎MisiTebarkanSayap‬
‪#‎SemogaAdaJalanPenyelesaian‬


Antara punca "Low Sperm Count" pada lelaki ---> BPA dari plastic...

Sama-sama berjaga-jaga rakan2 sekalian..<sekadar peringatan>








Monday, 1 December 2014

Jom Melukis Bersama Anak-Anak

Tak tahu nak buat apa denagn masa cuti sekolah ni?
Meh saya cadangkan suatu aktiviti.

Aktiviti yang dimaksudkan ialah MELUKIS.

Dengan melukis, terserlah la pemikiran yang kreatif, yang lahir daripada angan-angan anak-anak kita. Mana tidaknya, jika diberi pen/pensil tanpa kertas, maka dinding rumah kesayangan mak ayah la yang menjadi hamparan mereka untuk melukis. Habislah warna-warna cat yang cantik itu dipenuhi dengan catan anak-anak kita.

Melukis memang seronok. Mana tidaknya, ia menggambarkan pemandangan yang kita pernah lihat suatu ketika dahulu. Dan kita luahkan melalui lukisan kita yang 'beginner' ni. Misalnya saya, teringat masa ketika dibangku sekolah rendah, guru meminta kami sekelas, melukis pemandangan. Maka banyaklah karya-karya yang ikhlas melukis ini, melakar diatas kertas A4 'coklat kekuningan' (kertas zaman 1990 tidak sama seperti kertas A4 zaman 2000. Kertasnya agak kasar permukaannya). 

Mesti kita teringat, kita akan melukis pemandangan di tepi kaki gunung/bukit, tepi pantai, padang bola, suasana dalam kebun, suasana dalam zoo, rumah saya dan banyak lagi. Sangat seronok apabila kita disuruh melukis. Dalam sedar-tak-sedar, 2 masa pelajaran lukisan tu, tidak cukup untuk kita luahkan. Alahai, indahnya kenangan itu.

Tapi hari ni, zaman dah berubah. Ramai kanak-kanak sekarang kurang nampak pemandangan alam semulajadi. Kita yang pernah hidup dizaman 1990, hendaklah pelihara alam semulajadi ini, agar anak-anak generasi akan datang, nampak apa yang kita ceritakan kepada mereka.

DAN

Hari ni, saya nak kongsi beberapa cara mudah untuk melukis bersama anak-anak kecil. Share je untuk bermesra dengan anak-anak.

Arnab

Muka kucing

Kumbang @ ladybug

Panda

Beruang

Muka tikus

Emmm ape ni eh?

Tikus

Friday, 28 November 2014

Majlis Berkhatan di Shah Alam 2, Bandar Puncak Alam, Selangor.

Majlis Berkhatan di Shah Alam 2, Bandar Puncak Alam, Selangor.

Majlis Berkhatan di kawasan Shah Alam 2. Acara ini telah berlangsung pada 23 Nov 2014, diperkarangan surau. Walaupun penglibatan anak-anak kecil ini tidaklah ramai, tapi pengalaman ini akan terpahat di dalam cerita kehidupan semua. Tahniah kepada anak-anak kecil ini kerana telah melepasi peringkat awal warna-warna kehidupan. Tahniah juga kepada ibubapa anak-anak kecil ini. dengan sokongan mereka, belum tentu anak-anak kecil ini mampu mengharungi pengalaman bermakna ni. 

Majlis ini bermula seawal jam 8 pagi dan diiringi dengan paluan kompang dan bunga manggar. Macam nak kahwin la pulak. Kemudian, anak-anak kecil ini dimandikan dengan pancuran air paip dengan harapan debaran anak-anak kecil ini berkurangan. Mereka gembira, lupa la kejap debarannya tu. Setelah hampir sejam, dan bermulalah 'pengalaman' anak-anak kecil ni. Pihak surau telah melantik & menjemput doktor bertauliah untuk melaksanakan acara berkhatan ni. 

Alhamdulillah, majlis ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang perkara yang tidak diingini berlaku. Kepada anak-anak kecik, retorik daripada majlis ni, kalian semua telah dianggap remaja. Hormatilah ibubapa & orang disekeliling tidak kira tua & muda. Ini buka lesen kalian untuk berasa besar kepala, keras kepala & bermacam-macam lagi kepala. Kami anggap kalian sudah baligh & mempunyai tanggungjawab yang besar terhadap diri & keluarga serta jiran-jiran. Jangan tinggal solat kerana itu adalah tiang didalam kehidupan.

Meh saya kongsi sedikit gambar sekitar majlis berkhatan di kawasan Shah Alam 2, Bandar Puncak Alam, Selangor.


















Meh saya kongsi video yang telah di'edit' oleh salah seorang ahli kumpulan ini.