Coretan drpd Ebit Lew
Kata-kata isteri saya yang saya sentiasa ingat dan amat saya hargai....
Saat saya sedih diuji dengan kesusahan dan tiada duit nak beli susu anak. Tiada apa pun harta. Hari pertama kehilangan pekerjaan. Isteri saya kata, abang kita kan ada Allah. Dia tak pernah tinggal kita. Dulu setiap hari abang pesan dan cakap. Kita ada Allah. InsyaAllah, bukan duit bagi rezeki. Bukan kerja bagi rezeki. Allah beri rezeki. Kita usaha, Allah buka jalan. Dalam keadaan air mata mengalir..
Saat lain waktu berduka ..Abang, hidup kita bukan kerana sesiapa. Bukan kerana pergantungan pada sesiapa. Tapi bila kita tak bergantung pada sesiapa. Bila kita bergantung pada Allah. Allah yang beri segalanya. Dia boleh beri. Dia boleh ambil..
Saat terlalu penat denga wajah senyum dan sentiasa sembunyikan kesedihan atau kesusahannya demi suami, dia kata abang, saya cintakan dan sangat sayangkan abang kerana Allah...semua penat, hilang...
Saat hening malam...Abang bangunlah tahajud Allah rahmati keluarga kita. Nanti kita naik kuda tunggang bersama dalam syurga. Jom tahajud. Allah dah baik sangat pada kita.
Saat diberi rezeki lebih. Saya tanya, awak nak apa-apa ke sayang, apa jer abang nak beri dengan izin Allah..
Saya nak simpan duit nak ziarah Nabi saw dan kita cari orang susah sama-sama kita beri duit pada mereka. Kita simpan duit untuk berdakwah ke mana-mana..
Wanita yang mula-mula kahwin dengan seorang lelaki yang tiada kereta, tiada rumah, tiada lesen kereta, tiada apa-apa. Mereka wanita yang yakin pada Allah dan lebih mensyukuri hidup ini....
Terima kasih sayang kerana sudi bersama lelaki ini yang tiada apa-apa. Memberi kepercayaan mengetuai rumahtangga ini. Terima kasih kerana memahami dan mendidik anak-anak. Ya Allah seperti mana kami bersama dalam dunia ini, berjauhan kerana agamaMu. Kau letakkanlah kami bersama dalam syurga indah suka tanpa perit dan duka lagi-ebit lew
Penganjur "I Want To Touch A Dog" mohon maaf
SABTU, 25 OKTOBER 2014 - 11:47AM
OLEH MOHD NASARUDDIN PARZI
OLEH MOHD NASARUDDIN PARZI
PETALING JAYA: Penganjur program "I Want To Touch A Dog" hari ini memohon maaf secara terbuka kepada semua pihak atas penganjuran program berkenaan yang diadakan Ahad lalu sehingga mencetuskan rasa kurang senang orang Islam.
Permohonan maaf itu dibuat penganjur program berkenaan, Syed Azmi Alhabsi dalam sidang media khas mengenai isu itu, di sini, sebentar tadi.
Aktivis sosial itu yang diiringi peguamnya hanya membacakan kenyataan sebelum bergegas meninggalkan sidang media yang dihadiri kira-kira 50 wartawan dan jurugambar.
Peguam beliau, Syahredzan Johan menjelaskan Syed Azmi perlu meninggalkan bilik sidang media itu atas faktor keselamatan.
Terdahulu ketika membacakan kenyataan itu, Syed mengakui program berkenaan mempunyai kelemahan dan penganjurannya sama sekali tidak berniat untuk menyinggung perasaan mana-mana pihak, memesongkan akidah, menukar hukum agama serta menggalakkan liberalisme.
Sebaik Syed Azmi meninggalkan sidang media itu, seorang lagi rakan penganjur, Norhayati Ismail berkata pihaknya tidak pernah setuju apatah lagi menggalakkan peserta beragama Islam untuk sengaja memegang anjing tanpa sebab.
Beliau juga mengakui kehadiran peserta yang begitu ramai menyebabkan tindakan mereka sukar dikawal serta memaklumkan hanya mengetahui gelagat wanita Islam memegang dan memeluk anjing menerusi laman sosial dan media.
"Saya sendiri tidak nampak tindakan memegang anjing itu. Jadi saya tidak boleh komen. Kami hanya tahu dari media dan laman sosial," katanya.
Beliau berkata, pihaknya juga akan menemui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) 6 November ini bagi memberi penjelasan sebenar berhubung penganjuran program terbabit.
"Kita juga sudah temui MAIS (Majlis Agama Islam Selangor) dan JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) bagi menjelaskan perkara berbangkit berkenaan program 'I Want To Touch A Dog' itu.
"Kami akui kelemahan dan minta maaf. Kami tidak pernah galakkan orang Islam untuk pegang anjing tanpa sebab," katanya.
Sementara itu, Syahredzan berkata satu laporan polis sudah dibuat Rabu lalu berhubung pelbagai ancaman, termasuk ugutan bunuh yang diterima Syed Azmi.
Beliau berkata pihaknya juga sudah melaporkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkenaan ancaman berkenaan dan meminta supaya tohmahan dan ugutan menerusi media sosial dihentikan.