Friday, 28 November 2014

Majlis Berkhatan di Shah Alam 2, Bandar Puncak Alam, Selangor.

Majlis Berkhatan di Shah Alam 2, Bandar Puncak Alam, Selangor.

Majlis Berkhatan di kawasan Shah Alam 2. Acara ini telah berlangsung pada 23 Nov 2014, diperkarangan surau. Walaupun penglibatan anak-anak kecil ini tidaklah ramai, tapi pengalaman ini akan terpahat di dalam cerita kehidupan semua. Tahniah kepada anak-anak kecil ini kerana telah melepasi peringkat awal warna-warna kehidupan. Tahniah juga kepada ibubapa anak-anak kecil ini. dengan sokongan mereka, belum tentu anak-anak kecil ini mampu mengharungi pengalaman bermakna ni. 

Majlis ini bermula seawal jam 8 pagi dan diiringi dengan paluan kompang dan bunga manggar. Macam nak kahwin la pulak. Kemudian, anak-anak kecil ini dimandikan dengan pancuran air paip dengan harapan debaran anak-anak kecil ini berkurangan. Mereka gembira, lupa la kejap debarannya tu. Setelah hampir sejam, dan bermulalah 'pengalaman' anak-anak kecil ni. Pihak surau telah melantik & menjemput doktor bertauliah untuk melaksanakan acara berkhatan ni. 

Alhamdulillah, majlis ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang perkara yang tidak diingini berlaku. Kepada anak-anak kecik, retorik daripada majlis ni, kalian semua telah dianggap remaja. Hormatilah ibubapa & orang disekeliling tidak kira tua & muda. Ini buka lesen kalian untuk berasa besar kepala, keras kepala & bermacam-macam lagi kepala. Kami anggap kalian sudah baligh & mempunyai tanggungjawab yang besar terhadap diri & keluarga serta jiran-jiran. Jangan tinggal solat kerana itu adalah tiang didalam kehidupan.

Meh saya kongsi sedikit gambar sekitar majlis berkhatan di kawasan Shah Alam 2, Bandar Puncak Alam, Selangor.


















Meh saya kongsi video yang telah di'edit' oleh salah seorang ahli kumpulan ini.


Friday, 21 November 2014

"Dah Tengah Malam Ni, Buat Ape Tu??" Krik-krik.. Krik-krik..

Dah tengah malam.

Abah ketuk pintu bilik anak gadisnya.

Anaknya buka pintu. Belum tidur.

Abah: "Buat apa je belum tidur lagi?"

Anak: "Tengah..." (Sambil menunjukkan fonnya)

Abahnya mengangguk faham. Tengah berinternet.

Abah: "Abah nak cakap sikit boleh?"

Anaknya tidak mengangguk, tidak menggeleng. Tadah telinga.

Abah: "Sekarang, kamu umur 20 tahun, kan?"

Anaknya mengangguk.

Abah: "Baiklah. Dengar baik-baik ni. Abah bukan nak berleter. Cuma nak ajak kamu berfikir.

Dalam sehari, ada 24 jam. Ini kira-kira umum abah. Tak exact pun. Orang bekerja habiskan 8 hingga 12 jam sehari kerja. Orang yang belajar macam kamu pula habiskan 6 hingga 7 jam sehari ke kelas. Orang yang sedang berkasih sibuk fikir soal hati pula habiskan lebih 6 jam fikir tentang jodoh dan layan perasaan. Orang yang sibuk dengan internet dan dunia media sosialnya habiskan purata lebih 5 jam sehari untuk scroll, update dan melayan kawan-kawan.

Tolak campur makan, tidur, letih semua, barulah sedar, kita tak peruntukkan masa pun untuk sesuatu yang lebih penting."

Abah menunjukkan jarinya pada senaskhah Al-Quran yang berada di atas almari. Nampak berhabuk sikit. Anaknya berkerut kening.

Abah: "Kalau untuk soal hati dan media sosial boleh kita luang masa dekat 2 jam contohnya, kenapa tidak boleh kita ambil masa 2 jam juga untuk tengok Al-Quran?"

Anak: "Tapi, abah..baca sekejap, mengantuk."

Abah: "Baiklah. Kurangkan lagi. Jadi sejam."

Anak: "Sejam? Lamanya. Seraklah tekak nak baca sampai sejam."

Abah: "Baiklah, setengah jam."

Anak: "15 minit bolehlah."

Abah tersenyum mendengar jawapan anaknya.

Abah: "Suatu hari, bila kamu tersepit dalam hidup, kamu akan mengerti 23 jam 45 minit yang kamu sayang tu, tolak solat 5 waktu, sangat-sangat bergantung kepada 15 minit yang kamu spend untuk Al-Quran tu."

Anak: "Tak faham."

Abah: "Kerja cari rezeki, kena bergantung pada Al-Quran. Belajar, perlu Al-Quran. Jodoh, perlu pada Al-Quran. Berjaya, perlu Al-Quran. Akarnya pada Al-Quran."

Anak: "Hm.."

Abah: "Rosak akarnya, jangan harap batang, dahan, ranting, daun, dan buahnya akan baik. Misalnya, kamu minat soal jodoh sekarang. Andai kamu seorang yang cinta kepada Al-Quran, insya-Allah kamu juga akan jumpa yang persis cinta Al-Quran. Yang baik-baik. Jika kamu jenis tak pentingkan Al-Quran, kamu juga akan jumpa yang sejenis dengan kamu. Kata nak jodoh yang baik-baik. Orang baik, orang yang utamakan Al-Quran."

Anak: "Adoilah."

Abah: "15 minit sehari untuk hafal sepotong ayat Al-Quran. Setahun dapat 365 ayat. 20 tahun lagi dapat? 7300 ayat. Dah boleh jadi hafizah."

Anak: "Kenapa abah cakap ni semua?"

Abah: "Sebab abah tak mampu untuk hidup selama-lamanya nak jaga dan nasihatkan anak yang abah sayang ni. Dulu abah jahil tak kejar Al-Quran. Abah taknak anak abah ikut jejak langkah yang sama."

Anak gadisnya sebak. Peluk ayahnya. Minta maaf. 

Sungguhlah. Lelaki selain ayah sendiri hanya mampu berkata-kata manis, berjanji setia. Namun, ayah berkata-kata untuk lihat anaknya di Syurga.
Saya sayang ayah!!

Tuesday, 18 November 2014

Terputus bekalan elektrik, terputus segala ilmu kamu. Begitu?

Kisah dari seorang sahabat di Uni Madinah. Aku yang uni di Jordan ni pun terasa panas dan pedasnya. Jazakallah sheikh. T.T

--
"Semua tutup buku dan simpan dalam beg. Saya cuma mahu sebatang pen dan meja yang kosong!"

Pelajar-pelajar terpinga.

"Hari ini kita ada ujian."

"Syeikh! Kami tak tahu pun hari ini ada ujian." Beberapa pelajar mengangkat suara.

"Hatta saya juga tidak tahu hari ini ada ujian." Balas syeikh selamba dan yakin.

Kertas diedarkan kepada setiap pelajar.

"Dengar, tulis, dan jawab semua soalan." Kami diam dan menumpukan perhatian.

"Lagi 20 minit saya akan kutip kertas. Siap atau tidak bukan masalah saya."

MasyaAllah. Kami belum ulangkaji. Yang belajar dalam kelas belum faham sepenuhnya. Apa lagi yang melekat di kepala. Teramat sikit.
Kebanyakan pelajar hanya diam dan menoleh kiri kanan. Memang tidak boleh jawab!

Kekeliruan dengan apa yang sedang berlaku membuatkan beberapa pelajar menzahirkan protes.

"Mengapa tidak beritahu dahulu nak buat ujian."

"Mana kami ingat apa yang syeikh ajar"

Tidak kurang pelajar yang risau markah mereka akan hilang begitu sahaja.

"Berapa markah ujian ini syeikh?" Soalan berulang-ulang walaupun syeikh sudah nyatakan bahawa dia tidak akan jawab.

Kertas dikutip. Kami pasrah. Mahu dikorek dalam otak sudah tidak jumpa.

Selesai kertas dikutip, syeikh ingin melangkah keluar. Pelajar-pelajar masih tidak berpuas hati. Ditanya lagi syeikh itu dan ini.
Wajah syeikh berubah.

"Inilah kamu! Inilah penuntut ilmu!"
Satu kelas tersentak dan diam.

"Dimana hafazan kamu? Dimana ulangkaji kamu? Apa selama ini ilmu hanya bercampakan diudara tanpa mengisi minda kamu? Apa kamu mahu esok ujian baru malamnya kamu ingin membaca?"

"Kamu bertanya berapa markah? Berapa markah? Sampai bila ilmu yang kalian belajar ini bermatlamatkan markah? Sampai bila? Hanya untuk ujian. Tidak kamu hafal, simpan dan terjemahkan 
dalam kehidupan? Bukankah itu tujuan kamu ke sini?"

"Sungguh zaman telah berbeza. Hari ini semua terlalu mudah. Semua dalam internet. Sofware-sofware kitab yang berlambak. Menyebabkan kamu tidak berminat untuk bersungguh-sungguh menjaganya."

"Kamu akan balik ke negara kamu dan jadi ulama'. Apakah kamu mahu ilmu kamu hanya pada internet dan sofware? Terputus bekalan elektrik, terputus segala ilmu kamu. Begitu?"

Subhanallah. Terputus segala kata. Bagaikan batu besar menghempap kepala. Pengajaran penuh makna.

Copycats from FB.

Thursday, 6 November 2014

Easy Zenfone 5 Screenshot Shortcut

Tutorial untuk buat Screenshot

Masa mula-mula sy guna Zenfone 5 ni memang tak tau macammana nak buat screenshot ni.
Sekarang me dah tau...itu pun setelah mencari guna Mr Google kita.

Ada dua cara untuk membuat screenshot menggunakan zenfone 5.

Cara 1


Seperti yang kita tahu di tepi sebelah kiri terdapat button untuk Power, Volume up dan Volume Down.
So untuk cara pertama sila tekan Button Power dan Volume down secara serentak
dan anda akan membuat screenshot dengan jayanya...hahaha

Cara 2


Cara dua ni pulak yang sy rasa paling senang nak guna.
Pergi ke 
1. Setting kemudian pilih 
2. Asus Customized Settings
3. Key settings
dan buat pilihan
tandakan di bahagian 
TAP AND HOLD TO GET SCREENSHOT
Tempat nak tap and hold tu disebelah kanan screen anda ye....

ok...itu sahaja untuk kali ini...

Tadaaaaaa

nampak mudah kan...tapi payah untuk yang baru guna macam sy ni...

Copy paste drpd blog Perjalanan Yg Pjg