Sunday, 6 September 2015

Ilmu Hutan yang tak ramai orang tahu..

ILMU HUTAN

Pengalaman masuk hutan, berkawan ngan bebudak asli ni, dan termasuk kengkawan yg memang askar, banyak benda yg saya belajar..iaitu,

1. Lumut Taik Kera. Kalau kita jalan diwaktu malam, terutama di hutan padat dekat dgn air terjun atau sungai (mcm kes saya kat Janda Baik), bila kita jalan dalam gelap, kita akan nampak ada benda2 bercahaya warna hijau..ala2 benda yg pendarcahaya. Benda yg bercahaya tu ialah lumut taik kera, bila siang tak nampak apa2, bila malam dia akan keluarkan cahaya walaupun dgn skit bantuan cahaya dr bulan bintang. Yg bestnya, lumut ni hanya tumbuh didenai (laluan binatang atau orang), so kalau sesat..ikut je laluan ni diwaktu malam, insyaAllah..tak langgar pokok.

2. Ular tedung. Kalau terserempak dgn ular masa dlm hutan, jangan buat gerakan mengejut..stay still dan undur balik. Ular tedung tak mematuk bila kepala dia tengah kembang penuh, sebaliknya akan mematuk bila kepala dia kembang separuh je. Oleh tu, kita acah2 bagi ular tu kembang penuh dgn ranting kayu dan berundur2 pelan2. - belajar dr orang asli.

3. Kera / lutong dan spesis yg sama. Spesis kera takkan lari bila kita libas dgn sebatang ranting kayu, in fact dia leih lincah dr gerakan ranting kita. Utk halau kera, patahkan pokok renek dgn daun dan ranting yg mengembang..dan hayunkan kat kera tu..baru lari (rasionalnya, ranting + daun yg kembang tu nampak lagi besar dr sebatang ranting) - belajar dr askar.

4. Harimau. kalau mancing dlm hutan, sedang dlm hutan tu bunyi penuh dgn unggas serangga, tetiba hutan tu jadik sunyi sepi, biasanya ada haiwan menghendap..terutamanya harimau, harimau akar dan beruang. Selepas hutan jadi 'diam', kemudian disusuli dgn bau hamis..confirm harimau..hehehe..apa lagi, bagi letup satu mercun bola la.. - belajar dr orang asli.

5. Beruang madu. Hutan paya kat Malaysia banyak beruang madu (yg kecik tu, sekerat pinggan dgn dada kaler oren),kalau terserempak, kita yg perlu menjerit dan buat seperti nak kejar, automatik beruang tu akan lari. - belajar dr orang asli.

6. Kepala air. Kalo khemah kat tepi sungai, jangan buat khemah kat tepi air, buat dibahagian /kawasan yg pokok2nya besar. Tandakan satu batu yg besar, kalo tengah malam batu tu hilang, maknanya air tengah naik la tu..- belajar dgn kaki pancing.

7. Tanda-tanda kepala air. Kalo hujan kat hulu, biasanya akan ada kepala air (air naik dr dlm perbezaan paras 5 kaki tak sampai 10 minit). Tanda2 lain yg kita perlu tengok ialah kehadiran buih2 putih kat tempat tak berbuih (klu kat tempat air jatuh for sure ada buih)..maksud saya kat tempat air mengalir biasa, tetiba ada buih2 halus timbul. Tu tandanya arus bawah lagi laju dr arus atas. pastu, akan ada daun basah hanyut, then barulah ada perubahan warna air, dr jernih ke warna oren, coklat dll. Biasanya perubahan ni sekejap saja, dalam 5-6 minit sebelum arus besar datang (kepala air)..sama kes kat Dam Chamang, bentong..saya dah kena. Tambah skit, kalo kepala air datang, bunyi air lebih kuat dr biasa, dr kejauhan dah dengar..

8. Nak masak air. Jangan amik air kat tepi sungai, amik kat tengah sungai atau tempat yg mengalir deras. Rationalnya, tikus, rusa, kancil, babi dll kencing kat tepi sungai, arus akan tolak air kencing tu ke tebing. So, amik yg tengah2. - belajar ngan askar.

9. Binatang besar. Kera atau monyet akan lari dan buat bising bila ada bahaya i.e harimau, gajah, badak, seladang dll. Kalau dr jauh dengar bunyi kera dl buat bising..tentu ada binatang besar tengah lalu. - belajar dgn orang asli.

10. Makan makanan yg dimasak i.e ikan bakar dll. Semasa kat hutan, kami mesti makan sampai habis dan hanyutkan / tanam lebihan makanan sebab bau makanan ni akan menarik perhatian beruang, kera, gajah utk datang bertandang. - ni belajar ngan kaki pancing lain.

11. Buat semua perkara sebelum jam 5.00 petang. Biasanya, bila kami kat hutan, kami akan selesaikan semua urusan (masak, mandi, basuh dll) sebelum jam 5.00 petang. Sebab, dlm pukul 5.00 lebih, hutan dah gelap disebabkan oleh kanopi pokok dan kecondongan matahari. - belajar dr pengalaman.

12. Hutan yg bising dgn bunyi unggas lebih baik di waktu malam drpd hutan yg sunyi sepi. Bila hutan sepi, mesti ada apa2 yg tak kena. - orang asli.

Ok, masuk bab amalan bukak khemah (Rule and system dia la..bukan amalan yg spritual ni..).

1. Cari kanopi yg masih hijau. Bila dah tentukan nak khemah, dongak ke atas, cari pokok muda dan kanopi (rimbunan daun) yg masih hijau..so, risiko kena hempap ranting dahan bila angin kuat rendah.

2. Ketinggian dr paras air. Bila dah tentukan mana bahagian yg lapang nak dibuat, tentukan ketinggian khemah sekurang2 4 kaki dr aras air sungai, kalau landai..jangan buat khemah kat situ, biasanya kawasan landai, akan ada banyak pokok2 rendah dan renek mcm pokok senduduk dll..tu tandanya air selalu naik kat kawasan tu. Cari kat kawasan yg pokoknya besar2.

3. Tentukan laluan / denai didalam radius kawasan 20 meter dr khemah. Jangan buat khemah didalam laluan denai, sebab laluan denai bukan utk manusia sahaja, ianya adalah laluan binatang lain jugak. kang seladang tumpang tidur.

4. Bersihkan lantai tapak perkhemahan drpada daun dan pokok2 renek (potong je pokok2 kecik ni,kang dia tumbuh balik). Pakai je ranting pokok2, sapu sampai nampak tanah dan takdak daun, so, risiko terkena sengat lipan, kala jengking dll tu kurang skit.

5. Dah ready, baru tabur karbaid kaler kuning tu.

6. Kalau pakai khemah jenis igloo atau T shape, pasang khemah kat secara menghadap /berhadapan dan unggun api kat tengah.

7. Dlm nyalaan unggun api tu, standby dgn beberapa batang kayu panjang. Kalo boleh, sesuai dgn jumlah orang yg pergi camping tu. Bila ada bahaya, perimeter diceroboh, apa lagi..capai la kayu yg ada api ni sebagai senjata, parang pisau..binatang tak takut. Api? confirm depa lari..

8. Kalo ikut pengalaman saya, kami memang buat perimeter, risau gak kot2 binatang datang (beruang terutamanya) datang ke khemah sebab bau masakan kami. Kami suka buat pagar dgn tali tangsi disambing dgn loceng, terlanggar je tali tu, loceng akan bunyi...

Kredit: Harry Lord

Friday, 4 September 2015

Perkara Yang SHO Perlu Ambil Perhatian..

KUALA LUMPUR: Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) , Tan Sri Lee Lam Thye menyarankan agar semua organisasi perlu mengambil kira isu stres yang berkaitan dengan pekerjaan.

Tegasnya, ia harus dilihat sebahagian daripada risiko-risiko psikososial sebagai sebahagian daripada strategi keselamatan dan kesihatan untuk mengurangkan kemalangan dan kecederaan di tempat kerja.

"Majikan perlu bertanggungjawab untuk melaksanakan rancangan bagi mencegah atau mengurangkan risiko-risiko psikososial agar membolehkan pekerja memainkan peranan dalam membantu mewujudkan persekitaran kerja psikososial yang sihat.

"Pengurusan stres dan risiko psikososial di tempat kerja akan mewujudkan persekitaran kerja yang sihat di mana pekerja berasa dihargai dan akhirnya budaya di tempat kerja akan menjadi lebih positif. Akhirnya produktiviti dan prestasi perniagaan akan menjadi bertambah baik," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelasnya, walaupun banyak faktor yang menyumbang kepada kesihatan mental dan kesejahteraan pekerja, terdapat bukti yang signifikan bahawa persekitaran tempat kerja adalah salah satu daripada puncanya.

"Dalam persekitaran psikososial yang baik, kerja boleh memberikan manfaat kepada kesihatan mental pekerja, memberikan mereka rasa yang lebih besar dalam penyertaan sosial, identiti dan status, serta peluang untuk pembangunan dan meningkatkan keyakinan," jelasnya.

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/pekerja-tidak-stres-jika-majikan-tahu-hargai-mereka-lam-thye-64928

Pedang Terhebat Dalam Sejarah Islam Yang Patut Anda Tahu..



Tahukah anda..PEDANG SALAHUDDIN AL-AYYUBI - Pedang Paling Tajam Di Dunia?

[BARAT SEDANG BERUSAHA MENGHURAI TEKNIK INI]

Salahuddin Al-Ayyubi -
Pedang yang diakui paling tajam di dunia oleh pakar metalurgi. Ketajamannya mampu menembus baju zirah crusader, memotong dua pedang lawan, membelah perisai dan batu tanpa mengalami kerosakan pada matanya. Kehebatan pedang buatan Damsyik dan terkenal dengan panggilan Pedang Persia ini telah mengatasi kehebatan pedang Katana dari Jepun dan pedang Excalibur milik Raja Arthur.Pedang ini diperbuat besi baja "damarcus" dengan teknik rahsia yang disaluti CNT (Carbon Nano Tubes) yang menjadikan ianya AMAT TAJAM dan LENTUR. Seni pembuatan pedang yang terahsia ini amat dikagumi oleh puak Barat dan kajian metalurgi moden setakat hari ini juga, masih tidak berkeupayaan untuk menghasilkan pedang berteknologi tinggi (teknologi NANO) dari peradaban Islam pada kurun ke-12 ini.

Apa itu CNT?

CNT merupakan suatu rantaian atom karbon yang terikat di antara satu sama lain secara heksagonal berbentuk silinder yang mempunyai diameter sekecil 1-2 nanometer. Silinder CNT ini boleh mencapai panjang sehingga berpuluh-puluh mikron dan tertutup di bahagian hujung seolah-olah sebatang paip yang ditutup dikedua-dua hujungnya.

Pencirian yang dilakukan terhadap bahan ini juga menjelaskan bahawa CNT mempunyai kekuatan paling tinggi berbanding bahan lain. Ia juga mempunyai sifat kekonduksian elektrik melebihi kuprum dan logam. Keunikan tiub karbon nano yang lain ialah mempunyai ketahanan terhadap suhu tinggi serta mempunyai jisim yang lebih ringan dari aluminium.

Teknologi NANO.
Kehebatan Pedang Salahuddin Al-Ayyubi telah dibongkar oleh Prof Dr. Peter Paufler dari Jerman. Prof tersebut menjumpai CNT di dalam pedang tersebut bersama senjata2 yang digunakan oleh tentera-tentera Islam pada ketika itu sewaktu perang Salib. CNT ini yang menjadikan pedang tentera Islam ini sangat tajam tetapi mudah lentur. Teknologi NANO ini menggunakan besi baja "damarcus" yang juga dipanggil wootz. Bijih besi ini mengandungi sejumlah peratusan unsur Karbon. Selain besi dan karbon, unsur-unsur seperti Kromium, Mangan, Kobalt juga ditambah bagi menambahkan lagi kekuatan, ketajaman dan kelenturannya.

Salahuddin Al-Ayyubi memimpin Tentera Islam dalam perang salib kurun ke-12.

Teknik pembuatan pedang ini begitu rahsia sehinggakan hanya beberapa keluarga tukang besi di Damsyik saja yang menguasainya. Akhirnya pada kurun ke-18, teknologi pembuatan pedang ini telah pupus. Apa yang tinggal hanyalah pedang-pedang, tombak dan Pisau yang kini tersebar di pelbagai Muzium di seluruh dunia. Sekadar mengingatkan kita bahawa Teknologi Hebat Peradaban Islam ini telah hilang di telan zaman.

Wallahua'lam.

Melayu Kalah Lagi..



LAGI-LAGI MELAYU KALAH.

Ada seorang hamba Allah, dia cakap dengan saya ‘Orang Melayu kita ni memang lemah sejak zaman dahulu lagi, apa pun buat semua tak menjadi, berperang dan bertempur dengan penjajah pun asyik kalah memanjang, tak ada apa yang hebatnya pada Melayu’. Persoalannya betul ke bangsa Melayu Nusantara kita ini sentiasa kalah dengan penjajah? Salah! Orang Malaysia kalau fikir tentang perang dengan penjajah mesti teringat perang Melaka, itu sahaja yang ada dalam fikiran dan ingatan mereka yang tepu dengan pendidikan buku teks sejarah sekolah.

Sebelum itu saya nak ingatkan kepada anda semua bahawa sejarah bangsa Melayu itu tidak sesempit Semenanjung sahaja. Bangsa Malayonesia itu adalah seluruh suku-suku yang berada dalam kelompok bahasa Austronesia. Baik Jawa, Minang, Batak, Iban, Kadazan, Bugis, Banjar, Aceh semuanya tergolong dalam kelompok ini. Jadi jika saya sebut ‘Bangsa Melayu’ tolong buang jauh-jauh kefahaman bahawa Melayu itu adalah suku yang wujud di Sumatera atau Semenanjung dan sedikit di Borneo. Sudah tiba masanya kita membuka luas pemikiran kita dan keluar dari kepompong pemikiran buku teks dan politik sempit.

Jadi adakah benar bangsa kita selalu kalah bertempur dengan penjajah? Baik, mari kita tengok beberapa peristiwa peperangan atau siri pertempuran yang berlaku di sekitar Nusantara pada zaman kolonial Belanda yang jarang kita tahu. Antaranya ialah ;
Pertempuran Perak-Belanda (1651) –Belanda terpaksa berdamai dengan Perak setelah beberapa kali pos Belanda diserang orang Perak. Buktinya anda boleh tengok bekas tinggalan kubu Belanda di pulau Pangkor. Kubu ini telah beberapa kali diserang oleh orang Melayu sehingga Belanda terpaksa meminta damai.

Pertempuran Batak-Belanda (1878-1907)-Dalam serangan pertama seramai 200 orang tentera Belanda terkorban dan ramai lagi yang tercedera. Kerugian yang ditanggung Belanda adalah amat besar berbanding tentera Batak. Seluruh kubu Belanda tersebut dibakar hangus. Sisinga Mangaraja terus berjuang menentang Belanda hingga akhir hayatnya dan berjaya membumihanguskan banyak kubu-kubu Belanda dan membunuh beratus-ratus tentera Belanda. Belanda sangat takutkan Sisinga Magaraja kerana kepakarannya dalam taktik pertempuran.

Pertempuran Selangor-Belanda (1784-1785)- Pada Julai 1784 angkatan Belanda yang membawa 11 buah kapal pimpinan Jacob Pieter Van Braam memerangi Selangor kerana tindakan Sultan Ibrahim menyerang Belanda di Melaka bersama Raja Haji. Sultan Selangor kemudian membalas kembali serangan dengan bantuan orang Pahang untuk merebut kembali Selangor. Dua pihak akhirnya terpaksa berdamai dengan menandatangani perjanjian pada 29 jun 1786 kerana kekuatan kedua-duanya sama hebat sahaja .

Pertempuran Johor-Belanda (1782) - Gabenor Belanda di Melaka menghantar angkatan perang dibawah pimpinan Toger Aboe membawa 6 buah kapal perang, 910 askar mengepung Riau . Pertahanan Riau yang kukuh menyebabkan Belanda terpaksa menghantar bantuan ke Riau iaitu 7 buah kapal perang seramai 594 askar. Seterusnya pada akhir 1782 Belanda menghantar lagi bantuan dengan 17 buah kapal kecil dan 600 askar yang menaiki kapal besar Malaka's Welvaren, tetapi kedua-duanya diletupkan tentera Johor-Riau dan semua anak kapal terbunuh dan Belanda terpaksa pulang ke Melaka dengan tangan kosong.

Perang Siak- Belanda (1752) – Siak telah menang besar dalam pertempuran ini dimana banyak askar Belanda yang terkorban bersama kapal-kapal mereka yang berjaya dikaramkan oleh tentera Melayu Siak. Sejarah perang ini dinukilkan dalam Syair Perang Siak. Dalam syair ini kita akan dapat mengetahui jenis-jenis senjata api yang digunakan oleh orang Melayu Siak serta taktik dan strategi mereka. Antaranya ialah menggunakan 'kubu kapal' atau kapal bertutup yang dilengkapi meriam dan bom.

Perang Aceh-Belanda (1873-1874) - Dipimpin oleh Panglima Polim dan Sultan Mahmud Syah melawan Belanda yang dipimpin Köhler. Köhler dengan 3000 askarnya dapat dikalahkan, dimana Köhler sendiri tewas pada tanggal 14 April 1873. Sepuluh hari kemudian, perang berkecamuk di mana-mana. Pertempuran paling sengit ialah saat merebut semula Masjid Raya Baiturrahman. Walaupun pada tahun-tahun berikutnya Belanda berhasil menawan Banda Aceh namun perjuangan rakyat Aceh tak pernah berhenti sehingga zaman pemerintahan Jepun. Malah ada yang menyebut hampir 30 ribu tentera Belanda terkorban di Aceh iaitu yang terbesar dalam sejarah peperangan Belanda.

Apa yang saya paparkan ini sebenarnya sebahagian sahaja daripada pertempuran-pertempuran yang berlaku diantara penjajah dengan kita yang dimenangi oleh kita atau diakhiri dengan perjanjian damai. Belum lagi jika dimasukkan Perang Naning (1831) yang membingungkan pihak British dan Perang Kastilan (1578) yang membuka mata orang Sepanyol akan kekuatan ketenteraan Melayu Brunei.

Dan adakah anda tahu akan Perang Aceh-Belanda yang diketuai oleh para wanita seperti Laksamana wanita terulung Cut Keumalahayati yang beberapa kali berjaya mengalahkan tentera Belanda di laut malah pernah berlawan satu lawan satu dengan seorang Admiral Belanda di atas kapal? Begitu juga dengan pahlawan wanita Aceh yang lain seperti Cut Nyak Dhien, Tengku Fakinah, Cut Meurah Intan, Po Cut Baren, Cut Meutia, dan Cut Gambang?

Bayangkanlah bagaimana panglima-panglima wanita Aceh ini berjaya membunuh beratus-ratus tentera Belanda dengan menggunakan pasukan gerila mereka dan sanggup syahid bersama anak dan suami mereka.

Sebenarnya kalau anda semua nak tahu, kejatuhan kebanyakan kerajaan-kerajaan Melayu di seluruh Nusantara bukanlah akibat daripada kita kalah berperang dengan mereka atau sebab kita tiada strategi dan persenjataan yang setaraf, tetapi disebabkan TIPU HELAH dan PECAH BELAH. 

Dengan cara yang licik inilah penjajah Belanda dan seterusnya diperkemaskan pelaksanaannya oleh British telah menjahanamkan negeri-negeri Melayu Nusantara dan merosakkan pemikiran anak bangsa. Maka anak bangsa pun tertanya-tanya mengapa sekian kali berperang nenek moyang tak pernah menang? Namun sayang, mereka tak mengetahui sejarah yang sebenar, mereka telah tertipu dengan sejarah versi Orientalis. Sekian. Wallah hu’lam.

Klik SHARE Jika artikel ini bermanfaat…:)