Monday, 18 November 2024

🌼 MUTIARA PAGI 🌼

 ASSALAMUALAIKUM WBT

🌼 MUTIARA PAGI 🌼

Allah datangkan ujian supaya kita kuat, Allah tangguhkan sesuatu supaya kita sabar, Allah hilangkan sesuatu supaya kita redha.

Ketika anda hampir menyerah, pandanglah mereka yang sedang menunggu kejayaan anda.

”Ya الله, ampunilah dosa-dosa kami, ibu ayah kami, pasangan hidup kami, ahli keluarga kami, rakan sahabat kami serta murahkan rezeki kami, berilah kesihatan yang baik kepada kami, lanjutkan usia kami dan kuatkanlah iman kami, tetapkanlah hati kami atas agamaMu, kasihanilah ibu ayah kami sebagaimana mereka mengasihani kami sejak kami kecil.

Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin.

Tuesday, 12 November 2024

Pesanan Untuk Sahabat2 Pencen @ Otai

 Assalamualaikum sahabat2  pencen atau otai... Ingat pesanan untuk puak2 kita. 

1. Jangan lagi hidup macam zaman jahil iaitu berfoya2, terlibat dengan perkara2 negatif dan maksiat,

2. Jangan jauhkan diri daripada rumah Allah, tempat2 mendapatkan ilmu akhirat dan aktiviti2 kebajikan & kemasyarakatan,

3. Jangan tinggal ibadat wajib dan tambah ibadat sunat,

4. Jangan lupa buat pemeriksaan kesihatan. Kesan penyakit dan ubati secara betul dengan yang pakar bidang tersebut. Cuba ikut & patuhi nasihat,

5. Jangan mencuba obat sendiri atau menjadi bahan ujian. Elakkan obat yang tiada kelulusan KKM atau tanpa nasihat pakar,

6. Buangkan gaya hidup tak sihat seperti merokok, tidur lewat malam, minum cafe secara keterlaluan dan tidur selepas makan,

7. Buang sifat2 sombong atau sentiasa nak menang atau suka mencari salah orang. Ingat kita dah pencen bukan bos lagi,

8. Jangan cari stress atau masalah. Urus stress dengan baik melalui mendekatkan diri kepada Allah dan bersyukur. Sesekali pergi ambil angin luar,

9. Jangan boros atau menambah beban seperti membeli barang tak perlu, renovate rumah atau buat majlis besar2an,

10. Jangan suka bermusuh terutama dgn keluarga, menantu, jiran dan sahabat handai,

11. Jangan mudah putus asa, bersendirian dan mudah marah. Ingat kepada Allah. Berusaha dan beriktiar berdoa kepadaNya. Reda dan sabar dengan dugaan,

12. Sentiasa ingat kod mati dan bersedia. Ramai sudah yang dah terlantar dan pergi meninggalkan kita. Semoga kita semua akhiri hayat dgn husnulqatimah. Aamiin

Saturday, 4 March 2023

Mentega Terbang: Nukilan yang tersirat

Suntikan ideologi liberal. 

Filem *Mentega Terbang (2021)*

1. Ramai buat review puji filem berdurasi 1 jam 44 minit ini yang mula ditayangkan di platform internet @Viu pada 19 Jan 2023. 

2. Sinopsis: Aishah (16 tahun) mengkaji Al Quran,Bible,Turah, Hindu dan Buddha untuk mencari jawapan ‘What happen when we die’

3. Penerbit: Tan Meng Kheng & Pengarah Khairi Anwar. 

4. Penulis skrip: Khairi Anwar, Arjun Thanaraju, Vishnu Varman & Ting Teng Hui. 

5. Setelah menontonnya saya berpendapat filem ini mempunyai kriteria dan ciri-ciri blasphemy terhadap Islam. 

6. Aishah selepas mengkaji semua agama sangat tertarik dengan agama yang percaya pada ‘re-incarnation’ iaitu kehidupan semula selepas kematian dalam dunia yang sama bukan sahaja dalam bentuk manusia tapi juga dalam bentuk serangga seperti semut dan rama-rama. 

7. Ada dialoq Aishah kata pada kawan baik berbangsa India ”Saya boleh makan babi. Saya tak kisah”. Saya sangat terganggu dengan dialoq seperti ini.

8. Ayah Aishah dipaparkan sebagai seorang yang solat 5 waktu tapi berfahaman liberal dan bersifat terbuka untuk menerima kebenaran agama-agama lain.

9. Ada satu babak dalam dialoqnya si ayah menyebut dia tidak akan halang jika Aishah memilih agama lain jika itu pilihan anaknya. 

9. Filem ini sebenarnya meletakkan agama yang ada ‘re-incarnation’ adalah agama yang paling benar. 

10. Secara subtext ‘re-incarnation’ ini diterima oleh Aisyah ketika dia menziarahi pusara ibu bersama ayahnya. Ketika sedang berdoa Aishah nampak ada rama-rama putih hinggap di batu nisan pusara ibunya. Camera closed up pada wajah senyum Aishah lihat rama-rama. Ini subtext bagi menggambarkan Aishah akhirnya pada ending cerita percaya pada agama ‘re-incarnation’. 

11. Filem ini menghina,meremeh, merendah-rendahkan, menodai dan mempersendakan Islam secara terang terangan (blasphemy).

12. Banyak kriteria dan ciri-ciri blasphemy ke atas Islam terdapat dalam filem ini. Cuma untuk Page ini saya hanya dua atau tiga sahaja yang dapat saya sentuh.

12. Insya Allah penulis akan buat akademik paper bagi membahaskan kandungan blasphemy filem ini dengan menggunakan methodologi sesuai dan akan bertanggungjawab dengan kajian, pandangan dan dapatan saya. 

13. Anda boleh setuju atau tidak setuju dengan pandangan saya. Sebagai seorang yang beragama Islam saya tetap berpegang kepada kebenaran adalah dengan Islam. 

14. Lesen berkarya dan kreativiti dalam menghasilkan filem tidak boleh melangkaui kebenaran Islam dan hakikat iman. 

15. Filem ini tidak tertakluk pada penapisan LPF kerana ianya ditayangkan di platform internet bukan di panggung wayang.

Kredit: Zabidi Mohamed

Kita sebagai ibubapa sila perhatikan anak2, dengan pemikiran libirel semakin ramai sekarang di Malaysia, so kita semua perlu berhati2, pastikan kita hantar anak2 ke pusat pendidikan yang ok, atau yang berteraskan Agama Islam yang kuat, islam cara hidup yg terbaik tuk semua bangsa mnsia baik habluminallah juga wahabluminannas 👍🏼

Tuesday, 1 February 2022

4 tahun yang mencabar sebelum capai umur 40

Astagfirullah hal'azim..baru saya fhm😔

Mereka yang berusia 36 tahun nak ke usia 40 tahun ini, memang Allah uji kesabaran Tahap 6 lah 😌😅. Kaw kaw punya!

Usia 36, 37 dan 38 tu memang kemuncaklah senang cerita. Tak kira lelaki atau perempuan.
Cuba kalian tengok sendiri rakan sekerja yang dalam lingkungan usia 36, 37, 38 dan 39 tahun.
Tak pun cuba kalian semak diri sendiri. 

Diusia itulah juga penentu bagaimana sikap kalian nanti apabila mencecah usia 40 tahun!

Pang!!

Masa usia 36, 37, 38 dan 39 tahunlah ujian bertalu-talu.

Kesihatan.
Keluarga.
Sahabat.
Kerjaya.
Ibubapa.
Adik-beradik.
Kebendaan.

Sampai kalian akan rasa macam tak cukup tanah nak berlari 😅.

 You have to face it!

Masa inilah ada yang rumahtangga goyang.
Masa inilah ada rumahtangga yang gagal. 
Masa inilah ada yang hilang kerjaya.
Masa inilah ada yang mula sakit-sakit.
Masa inilah ada yang dikhianati sahabat sendiri.
Masa inilah ada yang berada dalam dilema macam-macam hal. 
Masa inilah diuji dengan mslah kwangan
Masa inilah anak-anak membesar dan banyak akal. 

Ya! Usia 36 tahun sehingga usia 39 tahun ini adalah usia kemuncak ujian Allah paling dahsyat!

Menguji keimanan.
Menguji kesabaran.
Melatih diri dengan reda dan ikhlas.
Mendidik hati belajar memaafkan dan melupakan. 
Mengajar diri menjadi lebih beriman.

Kenapa? Kenapa semua ini berlaku?

Tidak lain tidak bukan, jawapannya adalah
               
- ALLAH SAYANG-

DIA jemput kita perlahan-lahan untuk meniti usia 40 dengan tenang. Bersedia untuk masuk ke alam lebih dewasa. Meninggalkan usia fasa muda yang lalu.

DIA nak kita sujud dan istighfar kepadaNya atas silap dan kealpaan yang lalu. 30 tahun hidup di dunia. Apa yang kita sudah buat?

Masuk sahaja usia 40 tahun, ALL IS NEW!

Hati lebih sabar.
Hati lebih tenang.
Hati lebih ikhlas.
Hati lebih tawaduk.

Hidup lebih bahagia.
Hidup lebih sempurna.
Hidup lebih nampak arah tujunya.
Hidup lebih mensyukuri nikmat dan reda dengan kekurangan. 

Kerana Allah sayang, dia jentik dengan ujian sebagai teguran. Dia suruh kita bersedia ke alam kekal. 

Masuk usia 40, sepatutnya kita sudah tenang. Sudah tidak fikir lagi hal-hal dunia. Sudah tidak kelam kabut lagi dengan urusan dunia. Semua amalan diikhlaskan untuk akhirat kelak. Sedetik lebih pun tidak akan mengeluh.

Semua urusan diniatkan ibadah.
Sudah mula ke rumah Allah.
Sudah mula perbaiki diri.
Sudah mula perbaiki solat.
Sudah mula perbaiki akhlak dan adab.
Sudah mula perbaiki tutur kata agar tidak menyakiti hati orang lain.

Itu pun, jika kalian selesai dengan jayanya menduduki 'final exam sebelum usia 40' 😌.

Take a second to think about how blessed you are.

Tapi, jika kita ini asyik mengulang silap yang lepas, diusia 40 nanti tidak ada yang berubah. Macam itu sahajalah. Rugi.

Nabi Muhammad, Allah tingkatkan darjatnya di usia 40 kepada Rasulullah. Baginda mula berdakwah secara terang. Sebelum menjadi Rasulullah, berapa kali baginda dihina dan dikasari. Baginda sabar.

Hidup ini, yang perlu ditanam dan pasak dalam hati adalah sabar. Yang perlu diamalkan setiap malam adalah tahajud. Yang perlu dizahirkan dengan bibir adalah kata-kata yang tidak menyakiti hati orang lain. Yang perlu dihulurkan oleh tangan adalah pemberian tanpa balas. Yang perlu dilihat oleh mata adalah kesilapan sendiri. Yang perlu ada dalam hati hanya Tuhan Yang Maha Esa.

Apa juga yang kita miliki setelah 30 tahun hidup, waktu inilah kita akan mula buat pilihan, buang atau kekal. Ambil yang baik, atau kekalkan yang tidak baik.

Jangan tidak percaya, segala ujian akan berulang lagi dan lagi. Ketika itu, kita akan hadapi dengan lebih tenang. Kerana apa? Kerana kita sudah ada pengalaman itu. Tuhan sudah didik kita bagaimana mahu hadapinya. Tuhan sudah beri pengajaran pada pengalaman yang lepas. Segalanya tidak lain tidak bukan, hanyalah untuk perbaharui iman yang kian kusam. Bukankah iman kita ini boleh bertambah dan berkurangan. Itulah fungsi ujian! 

Baik kan Allah

Yes. Life is simple. Do good and good will come to you. Betul x bmf 😊

-Unknown writer-

Monday, 15 March 2021

SUDAHKAH ANDA BERSEDIA UNTUK MENYAMBUT RAMADHAN?

SUDAHKAH ANDA BERSEDIA UNTUK MENYAMBUT RAMADHAN?

Esok 1 Syaaban. Apakah persediaan yang harus dilakukan untuk menyambut ketibaan Ramadhan?

Pertama – persediaan EMOSI. 
Memupuk rasa rindu yang membuak-buak  untuk menyambut kedatangan bulan yang penuh dengan kebaikan, kemuliaan, keberkatan, keampunan dan kasih sayang. Menunggu dengan penuh harap agar dapat bertemu dengannya di samping rasa bimbang akan terlepas peluang

Kedua – persediaan RUHI. 
Sucikan ruh, bersihkan hati dengan mengikis sifat-sifat keji yang Allah benci. Banyakkan taubat, istighfar dan berdoa agar Allah memudahkan kita melangkah ke dalam bulan Ramadhan dengan iringan taufiq serta hidayahNya. Mudah-mudahan kita dapat menjalani ibadah dengan sebaik-baiknya selari dengan kehendak serta keredhaanNya 

Ketiga – persediaan AQLI. Memperbaharui ilmu tentang hukum-hukum yang berkaitan dengan amalan dalam bulan Ramadhan, khususnya puasa, solat, tilawah, qiamul-lail dan lain-lain.

Keempat – persediaan JASADI. Amanlan-amalan yang dituntut sepanjang Ramadhan tidak dapat dilaksanakan sekiranya badan tidak sihat dan mengalami berbagai-bagai penyakit. Untuk menunaikan puasa, qiamul-lail dan sebagainya tidak cukup dengan bekalan keimanan dan keazaman yang kental semata-mata. Justeru, kesihatan mesti dijaga mulai sekarang. Jika sakit, segeralah berusaha merawat. Mengikut sunnah Nabi SAW, baginda banyak berpuasa sunat dalam bulan Syaaban. Mungkin boleh difahami baginda hendak mengajar kita berlatih untuk puasa Ramadhan. 

Kelima – PARANCANGAN.
Dengan mengimani kelebihan-kelebihan yang Allah tawarkan sepanjang Ramadhan, maka buatlah perancangan supaya tidak terlepas begitu sahaja. 

Di antara keberuntungan yang mesti direbut ialah: 
1. TAQWA (Al-Baqarah:183). Maka fahami makna taqwa, bagaimana hendak mendapatkannya dan bagaimana hendak mengukur pencapaian kita.

2. KEAMPUNAN. Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. menaiki mimbar, lalu berkata, "Aamiin, Aamiin, Aamiin!". Maka seseorang bertanya, "Ya Rasulullah, sesungguhnya anda menaiki mimbar, lalu anda berkata, "Aamiin, Aamiin, Aamiin!"? Baginda menjawab: "Sesungguhnya Jibril a.s. datang menemuiku. Dia berkata, sesiapa yang sempat memasuki Ramadhan, namun tidak diampunkan dosanya, lalu dia masuk neraka, maka Allah menjauhkan dia dariNya." Jibril menyuruhku berkata Aamiin. Maka akupun berkata, "Aamiin, Aamiin, Aamiin!" (Sahih at-Targhib wa at-Tarhib, 997). Oleh itu, rancanglah untuk mengisi masa dengan membanyakkan taubat dan istihgfar.

3. MENJADI AHLI AL-QURAN. Ini kerana Ramadhan adalah bulan diturunkan Al-Quran untuk membimbing kita ke jalan yang Allah redha. Maka rancanglah bagaimana mendekati Al-Quran dari segi membaca, memahami, mengamal dan menyebarkannya.

4. PERSAUDARAAN. Puasa mendidik kita agar memahami erti persaudaraan dan persamaan antara manusia seluruhnya.  Justeru, usahakan untuk mengukuhkan ikatan persaudaraan sesama insan sama ada yang beriman atau belum dengan mengikis sifat takabur, mementingkan diri, tidak peduli dan sebagainya. Sebaliknya suburkan kasih sayang, empati, murah hati, tawadhu’ dan akhlak yang terpuji.

CnP Ustzh Maznah Daud

Monday, 23 July 2018

KEKURANGAN JURUTERA


KEKURANGAN JURUTERA

Kisah Malaysia kekurangan Engineer. Bila baca artikel ini, saya geleng kepala. Saya juga bekas Engineer tapi berhenti atas pilihan sendiri.
.
Tapi ada kawan-kawan Engineer yang lain lompat kerja lepas 2-3 tahun berkerja kerana tidak nampak masa depan.
.
Hidup seperti robot, bangun pagi, masuk kerja, buat perkara sama setiap hari dan gaji, bawah RM3k.
.
Hinggalah ada kawan-kawan bagitahu kerja di bahagian Customer Service lebih menguntungkan. Kerja reply email secara teknikal dan dalam masa sama sebagai penterjemah. Gaji dapat RM5k. Ada kawan yang dapat RM15k.
.
Rasanya untuk yang kerja kilang, semua tahu kalau nak naik pangkat, kena tunggu Manager mati dulu. Engineer ada 10 orang, jawatan Manager 1. Bagaimana nasib 9 orang lagi? Itupun kalau si Manager mati.
.
Dengan kekangan hidup sekarang, logiknya, kenapa perlu kekal jadi Engineer jika kerja lain menawarkan gaji yang lebih?
.
Ya, akhirnya, semua berkisarkan gaji. Kita tidak boleh hipokrit, kerja kena ikhlas, kena jadi Engineer untuk bangunkan Negara. Ikhlas tak boleh beli Nasi Lemak.
.
Ikhlas antara kita dan Tuhan tapi kita dan manusia, tentunya guna duit. Kalau Kerajaan boleh selesaikan masalah gaji ini, saya yakin, tiba-tiba Kerajaan akan ada lebihan Engineer.
.
Percayalah,sekarang kita bukan kekurangan Engineer tapi kita kurang mereka yang sanggup jadi Engineer. Dan percayalah, isu ini Kerajaan boleh selesaikan.
.
Pengalaman saya keliling kilang-kilang suatu ketika dahulu, saya dapati ramai pekerja asing berkerja sebagai Operator, terutamanya orang Indonesia.
.
Ada satu ketika, saya borak dengan pekerja Indonesia. Saya tanya berapa gaji mereka. Katanya lebih kurang RM2k. Jika ada OT, boleh cecah RM3k.
.
Saya hairan, kenapa orang kita tidak ingin kerja. Jadi saya borak dengan pekerja Melayu di kilang yang sama.
.
Katanya betul, gaji mereka sekitar RM2k. Dan kenapa tak ramai yang nak kerja sebab RM2k kena tanggung rumah dan pengangkutan sekali. Sedangkan pekerja asing diberikan tempat tinggal dan ada pengangkutan pergi balik kerja.
.
Kenapa berlaku diskriminasi sebegini? Saya pun tidak tahu. Ada yang kata HR makan tepi, tapi entahlah.
.
Tapi apa yang kita boleh faham, syarikat tersebut boleh bayar gaji mahal tapi kenapa untuk orang tempatan, gaji murah?
.
Jadi, Kerajaan kena kaji ini semua. Belum cerita bab HRDF dan sebagainya lagi.

Kredit tulisan : Asraff Jeffery

Monday, 23 April 2018

Tip mudah untuk hadir dan sukses temuduga kerajaan.

Tip mudah untuk hadir dan sukses temuduga kerajaan.


Temuduga kerajaan ni lain sikit dari temuduga swasta. Skop penilaian dan tapisan 
berbeza.

Untuk kerajaan pastikan anda dah equip persediaan dengan perkara ini;

===================
1 - Faham jawatan anda
===================

Tahu ianya berkaitan dengan kementerian mana. Di bawah jabatan apa. Apa agensi yang terlibat. Jika anda tak perasan, sebenarnya setiap kementerian ada JABATAN dan AGENSI di bawahnya.

Studi semua itu. Nampak simple tapi anda kena faham struktur perjawatan itu.


==============
2 - Faham fungsi 
==============

Cuba cari maklumat berkaitan tugasan dan fungsi kementerian/jabatan/agensi terlibat.


=======================
3 - Tahu apa KPI dan inisiatif
=======================

Dari maklumat [1] dan [2] itu cuba cari apa inisiatif yang  dijalankan oleh mereka.

Tahu apa objektif program mereka dan apa KPI yang hendak dicapai oleh mereka.


[1], [2] dan [3] ini adalah penentu kejayaan besar anda dalam temuduga kerajaan yang 
spesifik.

Anda akan nampak lebih layak untuk jawatan itu. 

Benda PENTING yang anda kena tahu adalah..

"PENEMUDUGA adalah PEGAWAI
dari KEMENTERIAN/JABATAN itu!"


Yup. Salah seorang penemuduga adalah pegawai spasifik kementerian tersebut dan pegawai temuduga SPA.

Itu adalah 2 panel wajib temuduga kerajaan ditambah dengan panel jemputan.

Moga rahsia ini menjadi 
senjata anda untuk sukses
dalam temuduga Kerajaan!


Sumber: Tim Infokerjaya