KEKURANGAN
JURUTERA
Kisah
Malaysia kekurangan Engineer. Bila baca artikel ini, saya geleng kepala. Saya
juga bekas Engineer tapi berhenti atas pilihan sendiri.
.
.
Tapi ada
kawan-kawan Engineer yang lain lompat kerja lepas 2-3 tahun berkerja kerana
tidak nampak masa depan.
.
.
Hidup
seperti robot, bangun pagi, masuk kerja, buat perkara sama setiap hari dan
gaji, bawah RM3k.
.
.
Hinggalah
ada kawan-kawan bagitahu kerja di bahagian Customer Service lebih
menguntungkan. Kerja reply email secara teknikal dan dalam masa sama sebagai
penterjemah. Gaji dapat RM5k. Ada kawan yang dapat RM15k.
.
.
Rasanya
untuk yang kerja kilang, semua tahu kalau nak naik pangkat, kena tunggu Manager
mati dulu. Engineer ada 10 orang, jawatan Manager 1. Bagaimana nasib 9 orang
lagi? Itupun kalau si Manager mati.
.
.
Dengan
kekangan hidup sekarang, logiknya, kenapa perlu kekal jadi Engineer jika kerja
lain menawarkan gaji yang lebih?
.
.
Ya, akhirnya, semua
berkisarkan gaji. Kita tidak boleh hipokrit, kerja kena ikhlas, kena jadi
Engineer untuk bangunkan Negara. Ikhlas tak boleh beli Nasi Lemak.
.
.
Ikhlas
antara kita dan Tuhan tapi kita dan manusia, tentunya guna duit. Kalau Kerajaan
boleh selesaikan masalah gaji ini, saya yakin, tiba-tiba Kerajaan akan ada
lebihan Engineer.
.
.
Percayalah,sekarang
kita bukan kekurangan Engineer tapi kita kurang mereka yang sanggup jadi
Engineer. Dan percayalah, isu ini Kerajaan boleh selesaikan.
.
.
Pengalaman
saya keliling kilang-kilang suatu ketika dahulu, saya dapati ramai pekerja
asing berkerja sebagai Operator, terutamanya orang Indonesia.
.
.
Ada satu
ketika, saya borak dengan pekerja Indonesia. Saya tanya berapa gaji mereka.
Katanya lebih kurang RM2k. Jika ada OT, boleh cecah RM3k.
.
.
Saya
hairan, kenapa orang kita tidak ingin kerja. Jadi saya borak dengan pekerja
Melayu di kilang yang sama.
.
.
Katanya
betul, gaji mereka sekitar RM2k. Dan kenapa tak ramai yang nak kerja sebab RM2k
kena tanggung rumah dan pengangkutan sekali. Sedangkan pekerja asing diberikan
tempat tinggal dan ada pengangkutan pergi balik kerja.
.
.
Kenapa
berlaku diskriminasi sebegini? Saya pun tidak tahu. Ada yang kata HR makan tepi, tapi entahlah.
.
.
Tapi apa
yang kita boleh faham, syarikat tersebut boleh bayar gaji mahal tapi kenapa
untuk orang tempatan, gaji murah?
.
.
Jadi,
Kerajaan kena kaji ini semua. Belum cerita bab HRDF dan sebagainya lagi.
Kredit
tulisan : Asraff Jeffery
No comments:
Post a Comment