[DIARI]
ETIKA KERJA YG PROFESIONAL
Ketika itu jam 1 pagi, malam hujung minggu. Saya menunggang motosikal cabuk saya, membelah keheningan malam. Angin sejuk sepoi-sepoi bahasa, merimbunkan dahanan pokok menjadi bagaikan lambaian lembaga di tengah kegelapan. Bulan mengambang, namun tidak banyak mencerahkan keadaan. Yang kelihatan hanyalah anjing-anjing berpeleseran di tepi jalan.
Saya, baru menamatkan shif 18 jam, dalam perjalanan ...pulang dari hospital. Kepenatan bekerja sejak dari subuh hari sebelumnya tadi, membuatkan bahu terasa sungguh kesengalan. Di depan mata, hanya satu sahaja terbayang-bayang, meskipun motosikal ditunggang terhoyong-hayang, iaitu KATIL.
Tiba-tiba..
"Encik, dari mana nak ke mana?"
Polis trafik berusia 50-an bermisai A. Galak itu bertanyakan kepada saya. Memang kebiasaannya di tengah malam hujung minggu ini, roadblock banyak diadakan. Jalanraya di Perlis ini straight-straight sahaja, justeru banyak lah juga Mat-mat Rempit cuba memperagakan kehandalan. Bukan sedikit kes pecah kepala, pecah kepala lutut, tercabut sendi yang tiba di Jabatan Kecemasan saban malam minggu.
"Saya dari hospital tuan, menuju ke rumah. Baru habis syif kerja!", ujar saya perlahan.
"Oooo..sampai ke tengah malam ye kerjanya. Boleh tengok lesen?" balas polis trafik itu. Saya pun mengeluarkan dompet, menghulurkan lesen memandu saya.
"Bawak lesen ni bagus dah encik...tapi lesen ni dah tamat tempoh ni!" saya dimaklumkan oleh polis trafik tersebut. Terkejut saya. Memang dah lama saya tak check pun lesen memandu saya tersebut, tapi tak sedar pula sampai dah expired rupanya.
"Kalau lesen ni baru expired seminggu dua, biasanya saya boleh bagi peluang lagi. Tapi lesen encik ni, dah tiga bulan expired ni encik!" saya membundarkan mata meneliti sendiri lesen saya tersebut.
Rupa-rupanya ketika lesen memandu saya tersebut tamat tempoh tiga bulan yang lalu, saya ketika itu menjalani tempoh tagging. Justeru memang tak perasan, tak sedar langsung!
"Minta maaf banyak2 tuan, ketika tiga bulan lepas, saya sibuk bekerja. Memang tak sedar langsung yang lesen dah expired, sampailah hari ini tuan sebut baru saya perasan! Mujurlah juga tuan tegur, kalau tak memang lagi lama lah saya tak sedar-sedar." saya menyebut, jujur.
"Kerja, kerja juga, encik. Tapi yang kali ini memang saya tak boleh nak tolong lah. Ini kompaunnya, saya minta esok pagi-pagi encik pergi JPJ untuk perbaharui lesen, kemudiannya kompaun ini sila bayar di mana-mana cawangan trafik dalam tempoh 14 hari."
"Tak apa tuan, saya faham. Memang silap saya pun, kecuaian saya, inshaAllah saya selesaikan hal ini secepat mungkin dan takkan ulang lagi kesilapan ini."
Saya pada ketika itu, tidak terlintas pun hendak merayu agar dimaafkan, diberi peluang dan sebagainya. Bagi saya, kesalahan yang saya buat itu jelas, clear-cut. Tiada alasan. Dan perkara yang paling bertanggungjawab ketika itu, adalah mengakui kesalahan dan menerima hukuman. Saya takkan memaksa polis trafik tersebut untuk "bend over rules", melanggar etika kerjanya. Saya sendiri pun selaku doktor, penjawat awam, tahu renyahnya berhadapan dengan birokrasi, bila pesakit minta dicepatkan untuk potong queue lah, minta itu minta ini.
Sebut mengenai birokrasi,
Keesokan harinya, saya pun ke JPJ untuk urusan memperbaharui lesen. Saya tiba lebih kurang jam 2 petang, namun subhanallah, orang sudah sangat penuh. Setelah mengambil nombor giliran, saya pun menunggu dengan sabar.
Hampir pukul 4 petang, yang tinggal hanya lebih kurang 15 pelanggan sahaja termasuk saya. Baru tiba giliran saya. Saya menghulurkan surat kompaun dan lesen memandu yang telah tamat tempoh tersebut.
"Encik, lesen encik ni dah expired, so kalau nak renew, kena renew 2 tahun sekaligus. Bayaran untuk dua tahun, RM60." kerani itu memberi penjelasan.
"Ehh..? Kena renew dua tahun sekaligus? Saya tak tahu pun, dan tak diberitahu pun. Saya cuma bawa RM50 sahaja dengan saya petang ini!"
Memang menjadi kebiasaan saya, jarang bawa duit lebih ke mana-mana. Kadang2 ke tempat kerja atau ke pasar malam, saya bawa cuma RM10 sahaja, untuk membeli makanan.
"Memang kena renew dua tahun encik, setahun sahaja kita tak terima."
"Habis...saya beratur tunggu giliran dekat dua jam hari ini, sia-sia jelah? Esok, saya kena datang balik bawa duit lagi RM10, beratur lagi dua jam, camtu??"
Saya mula hilang sabar. Bukannya marah sangat pun, tetapi terkilan dan kecewa disamping penat bekerja semalam yang masih belum hilang. Padahal esok, saya sudah masuk kerja balik. Next saya hari off, adalah seminggu lagi, takkan nak tunggu seminggu lagi untuk renew lesen.
"Ok macam ni encik, permohonan encik ini saya start proses dahulu, encik pergi ambil duit sama ada dari rumah atau withdraw dari ATM. Mesin ATM paling dekat kat stesen minyak lebih kurang satu kilometer dari sini. Lepas dah keluar duit encik datang balik sini, dan terus ke kaunter ni untuk bayar. Tapi encik kena datang sebelum jam 4.30 lah, kami dah nak tutup dah time tu."
Lega hati saya, mendengar kelonggaran yang diberikan kerani tersebut. Lantas saya pun keluar dengan pantas, withdraw duit, kemudian kembali ke JPJ. Saya tiba jam 4.40 petang, saat lampu-lampu dah dimalapkan, namun petugas berkenaan masih tetap menunggu di kaunter. Akhirnya saya dapat menyelesaikan bayaran yang diperlukan. Alhamdulillah, urusan saya pada petang itu, selesai juga.
***
Seminggu selepas itu, saya pergi ke balai polis cawangan trafik pula, untuk membayar kompaun. Selain kompaun lesen tamat tempoh, saya juga membawa bersama satu lagi saman lain untuk speedtrap.
"Jumlah kompaun, RM150. Speedtrap, RM300. Jumlah semuanya, RM450, encik."
Ketika saya mengeluarkan dompet untuk mengambil wang, polis trafik yang bertugas di kaunter tersebut ternampak kad kerja saya di hospital.
"Encik, kerja di hospital ke?"
"A'ah, saya doktor di sana."
"Ooo ye ke...kenapa tak buat rayuan, macam kes speeding tu, buat rayuan kata ada kes kecemasan ke contohnya."
"Eheh..tapi saya kena speedtrap tu masa on the way balik kampung, takde emergency sangat pun." Jawab saya sambil tersengih. Pegawai tersebut hanya membalas dengan senyuman, sambil menerima not wang kertas yang saya hulurkan tersebut.
"Encik tunggu sekejap ye," ujar beliau sambil berlalu ke sebuah bilik.
Lima minit kemudian, beliau kembali dengan resit. "Encik, saya dah jumpa Ketua Trafik tadi kat dalam, dia bagi diskaun saman untuk encik, encik cuma perlu bayar RM200 sahaja. Ini resitnya, dan baki wang encik."
Saya terkejut sambil membelek dan menyemak resit yang disampaikan. "Eh ye ke...terima kasih...sampaikan terima kasih saya kepada beliau." Saya rasa sangat bersyukur dan menghormati pegawai tersebut dan ketuanya, yang sangat bertimbangrasa dan bertolak ansur.
***
Bila saya terkenang kembali peristiwa-peristiwa ini, banyak pengajaran yang boleh saya ambil terutamanya dalam skop tugas saya selalu penjawat awam. Selaku seorang doktor, kita memang terikat dengan etika penjawat awam dan profesionalisma.
"Untung la dalam keluarga kita ada yang jadi doktor...esok2 nak pi appointment, senang tak payah tunggu lama," seloroh seorang saudara saya ketika raya tempoh hari.
Saya cuma tersengih-sengih sahaja. Padahal beliau tak tahu, saya ini seorang houseman cabuk je, mana ada kuasa nak potong2 turn untuk orang lain. Hee.
"Ha...nanti hang jadi MO, senang la aku nak minta MC;" usik seorang rakan sekelas ketika sekolah menengah dahulu. Iya ke, senang? Adakah disebabkan hubungan persahabatan, maka saya pun boleh sewenang-wenangnya memberi MC kepada orang tersebut?
Dalam menjalankan tugas, memang kita selaku penjawat awam, ada batas-batas profesionalisma dan etika yang perlu kita ikuti. Ianya tanggungjawab, malah bagi doktor, sebahagian dari sumpah yang perlu kita ikuti. Begitulah yang saya fikir, ketika berhadapan dengan polis trafik tersebut. Saya tak mahu guna "doctor's card" - "saya doktor kat hospital, boleh tak bagi saya peluang/diskaun blablabla".
Bagi saya, itu tak beretika, malahan saya serba salah kerana seolah2 memujuk polis trafik tersebut mengabaikan etika dan profesionalisma beliau pula. Ianya boleh dikira asbab dosa.
TETAPI,
Selaku penjawat awam, nay, selaku manusia - kita juga ada suatu lagi kualiti yang lebih penting, iaitu - TIMBANGRASA.
"Doktor, selepas isteri saya discaj ini, petang ini saya nak bawa dia pulang ke kampung di Johor." ujar seorang suami kepada pesakit saya.
Lantas saya pun mengambil fail pesakit saya tersebut, dan membuat discaj beliau terlebih dahulu. Tidaklah dikira memotong giliran, namun saya khususkan untuk dahulukan discharge beliau cepat2, kerana mengambilkira faktor tersebut. Saya tak mahu jadi robot - "Encik, bini orang lain pun discharge juga, jadi encik kena tunggu turn sama macam orang lain."
Saya selesaikan discharge beliau segera, kerana tak mahu beliau terlewat dan terpaksa drive hingga ke malam untuk pulang ke kampung. Itu berisiko dan berbahaya untuk mereka juga.
Bagi saya, timbangrasa itu jugalah yang dimiliki oleh petugas kaunter JPJ tersebut, yang sanggup pulang sedikit lewat kerana memberi peluang kepada saya untuk menyelesaikan urusan saya.
Peristiwa2 ini mengajar saya, untuk bersikap empati serta tidak terlalu rigid dalam melaksanakan tugas saya. Setiap kebaikan yang kita lakukan ke atas orang lain, inshaAllah ada ganjarannya yang Allah sediakan untuk kita. Inilah juga yang diajar oleh Islam, melalui pesan Nabi kita Muhammad shalla Allahu alayhi wasallam,
Dari Abu Hurairah ra, Nabi SAW, bersabda:
“Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat.
Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat.
Barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat.
Allah senantiasa menolong hamba Nya selama hamba Nya itu suka menolong saudaranya”.
(HR. Muslim).
Semoga Allah mempermudahkan urusan-urusan saya, sama ada dalam hal-hal kehidupan di dunia, mahupun urusan di akhirat kelak inshaAllah.

No comments:
Post a Comment