Rama-rama dijumpai ditempat kerja. Lokasi: Taman Tun Dr Ismail, KL |
SHAH ALAM 4 JUN: Fenomena negara ‘diserang’ rama-rama bersaiz besar yang kelihatan dalam kumpulan besar bukan sahaja mengejutkan orang ramai malahan mengundang pelbagai persoalan di laman media sosial.
Jika pada awal April, negara dilanda fenomena Bunga Sakura berkembang mekar cantik seakan negara Korea dan Jepun, namun pada akhir Mei dan awal Jun kehadiran Rama-Rama besar ini menarik perhatian ramai.
Pada perlawanan bola sepak antara Pahang dan JDT di Stadium Darul Makmur pada Jumaat lepas kehadiran rama-rama dalam jumlah besar menyaksikan perlawanan bola sepak itu seumpama di adakan di taman rama-rama, walaupun ia tidak mengganggu kelancaran perlawanan bola sepak.
Tidak berakhir disitu malahan kehadiran rama-rama besar ini turut disaksikan ‘muncul’ semasa perlawanan bola sepak antara TRW dan Felda di Stadium Shah Alam.
Turut dilaporkan media, rama-rama itu turut kelihatan dalam jumlah besar di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 Kuantan.
Menurut komen pengguna keadaan itu turut dirasai berlaku di beberapa buah negeri di Malaysia.
Rama-rama di UTC Melaka |
Rama-rama di UTC Melaka |
Profesor Entomogi Pusat Pengajian Sains Kajihayat, Universiti Sains Malaysia Profesor Che Salmah Mat Rawi berkata serangga ‘misteri’ ini dikenali dengan nama saintifiknya Lyssa Zampa Docile.
Beliau berkata pelbagai teori boleh dikaitkan dengan kemunculan kupu-kupu termasuk faktor perubahan cuaca yang menyebabkan peningkatan mendadak serangga itu di bandar ini.
“Lazimnya, serangga ini mendiami kawasan tanah tinggi tetapi ada kemungkinan ia boleh didapati dengan banyak di kawasan penanaman atau kawasan pembangunan terutama pada Mei hingga Ogos setiap tahun.
“Serangga yang bersifat nokturnal ini sangat aktif pada waktu malam dan akan mudah tertarik dengan cahaya lampu. Pada siang hari, ia akan berehat dan mendiami kawasan teduh dan sejuk seperti di bumbung-bumbung rumah atau di kaki pokok-pokok besar,” katanya dipetik Bernama.
Prof Che Salmah berkata faktor tarikan lampu, perubahan cuaca, banyak sumber makanan serta tiada musuh yang mengancam keselamatan serangga ini turut mempengaruhi kemunculannya.
“Walaupun kajian menyatakan serangga ini tidak beracun, namun ia boleh menyebabkan kegatalan pada kulit jika disentuh.
“Bulu pada kepak serangga ini juga boleh mengganggu penafasan dan amat sensitif terhadap penghidap penyakit lelah,” katanya.
Menurut sumber Wikipedia, Jangka hayat rama-rama ini tidak panjang apabila dilaporkan hanya mampu untuk hidup untuk selama dua minggu sahaja selepas bertukar daripada seekor ulat kepada rama-rama dewasa.
Untuk menjadi seekor rama-rama dewasa seperti ini ulat beluncas perlu sentiasa makan sehingga enam minggu sebelum membentuk kepompong.
Menurut pakar yang mengkaji Rama-Rama itu, kehidupan haiwan itu lebih terarah semata-mata untuk pembiakan spesisnya dan hidup liar di hutan hujan tropika atau sub-tropika di kawasan Asia Tenggara, termasuk di archipelago kepulauan Melayu nusantara.
No comments:
Post a Comment