Tuesday, 28 April 2015

DOA DAN BACAAN KETIKA MENGAMBIL WUDHU'

DOA DAN BACAAN KETIKA MENGAMBIL WUDHU'


1. Ketika berkumur,
berniatlah kamu dengan, "Ya Allah,ampunilahdosa mulut dan lidahku ini".

2. Ketika membasuh muka,
berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, janganlah Kau hitamkan muka ku ini".

3. Ketika membasuh tangan kanan,
berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku ditangan kanan ku ini".

4. Ketika membasuh tangan kiri, 
berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab- hisab ku di tangan kiri ku ini".

5. Ketika membasuh kepala, 
berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Mahsyar dengan Arasy Mu".

6. Ketika membasuh telinga, 
berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"

7. Ketika membasuh kaki kanan, 
berniatlah kamu dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".

8. Ketika membasuh kaki kiri, 
berniatlah kamu dengan,"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat- tempat maksiat"

p/s : Akhir sekali, baca doa selepas wuduk & bolehlah mulakan solat. 

Banyakkanlah amal soleh kerana ia adalah pendinding dan perisai orang mukmin dan pelindung kepada serangan iblis

No comments:

Post a Comment