Si kecil mengambil pengalaman baru dengan menggunakan headphone untuk mendengar alunan zikir. |
Sesibuk mana pun, bagilah 15minit. Tak lama pun, 15 minit je….
Kini ibu bapa sibuk bekerja. Anak dihantar ke taska seawal 7pagi dan diambil semula jam 7malam. Sampai rumah para ibu sibuk membuat kerja rumah dan mengurus keperluan rumah. Para bapa juga nak ke surau berjemaah dan ingin berehat.
Tepat jam 10.00malam, anak dah tidur. Maka hanya lebih kurang 3 jam saja anak bersama dengan ibu bapa. Pada hari cuti, barulah anak-anak dapat bersama lebih lama dengan ibu bapa.
Dalam tempoh 3 jam yang singkat itu, boleh tak, luangkan 15 minit khas untuk anak anda? Anda mungkin boleh:
- bacakan buku cerita
- main block @ Lego
- main masak-masak
- main lipat kertas
- main robot dan raksasa
Main apa saja ikut kesesuaian umur dan minat anak anda. (kecuali gadget dan tv).
Tidak dinafikan, anda juga ada bersembang dengan anak sewaktu dalam kereta, ketika makan dan semasa menyiapkan anak anda. Tapi aktiviti bersama anak adalah lebih bermakna bagi mereka. Itulah kenangan yang akan anak anda ingat sampai bila-bila.
Kali ini, saya ingin mengaitkan sedikit dengan kaedah islam. Dalam islam, kita solat 5x sehari. Setiap tempoh solat itu hanya memakan masa lebih kurang 5 minit saja. Tapi ia dilakukan setiap hari. Kenapa kita tidak disuruh hanya bersolat pada hujung minggu saja? Ini jelas menunjukkan bahawa penerapan yang kerap walaupun sekejap adalah lebih efektif berbanding penerapan yang jarang (seminggu sekali), walaupun sekali buat itu memakan tempoh 3jam.
Kaedah ini juga sama seperti pelajar yang belajar secara konsisten setiap hari dengan pelajar yang hanya pelajar bila dekat nak exam.
Maka begitu jugalah usaha yang perlu diletakkan untuk membimbing perkembangan anak anda.
Majoriti kanak-kanak yang hadir speech therapy menunjukkan progress yang sangat membanggakan apabila ibu bapa sudi meluangkan masa melatih anak setiap hari. Maka mereka datang terapi hanya untuk update progress anak mereka dan belajar lagi kaedah baru untuk peringkat yang seterusnya.
Bagi kanak-kanak yang tiada masalah pertuturan, mereka tiada masalah untuk menyerap bahasa yang didengarnya. Mereka mudah untuk bercakap, walaupun hanya bersembang ketika waktu makan atau di dalam kenderaan.
Tapi jika anak anda mengalami lewat pertuturan bahasa, maka anda perlu bertindak. Lakukan sesuatu. Mulakan dengan aktiviti 15 minit bersama anak anda setiap hari. Dalam tempoh 15 minit itu, pestikan dan perhatikan:
- interaksi dua hala.
- aktiviti yang diminati oleh anak, bukan antiviti yang anda paksa anak buat.
- respon bukan verbal dari anak (eye contact, senyuman, angguk kepala, hulur tangan)
- menggalakkan anak membuat pilihan (siapa naik dulu? ayam ke, kucing?)
- lebihkan ayat penyata. Elakkan ayat tanya.
Semoga ibu bapa berusaha mencari masa kualiti bersama anak anda.
Makan coklat |
Belajar memegang pensil warna |
Makan bersama si ayah. Belajar menggunakan sudu. |
Belajar mengenal alam (belalang) |
Belajar mengenal alam (tanah) |
Belajar mengenal alam (cacing) |
Makan bersama ibu & ayah |
Belajar mengenal alam (menyapu) |
No comments:
Post a Comment