Friday, 21 April 2017

MATEMATIK VERSI BARU.

..

Jika:
A = 1
B = 2
C = 3
D = 4
E = 5
F = 6
G = 7
H = 8
I  = 9
J  = 10
K = 11
L = 12
M = 13
N  = 14
O  = 15
P = 16
Q = 17
R = 18
S =  19
T =  20
U = 21
V = 22
W = 23
X = 24
Y = 25
Z = 26

apakah yg membuat kesuksesan/ keberhasilan hidup menjadi 100%.......???:

H+A+R+D+W+O+R+K (Kerja Keras) : 
8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%

K+N+O+W+L+E+D+G+E (Pengetahuan) :
11+14+15+23+12+5+4+7+5 = 96%

L+O+V+E (Cinta) :
12+15+22+5 = 54%

L+U+C+K (Nasib) :
12+21+3+11 = 47%

Tidak ada yang jadi 100%.
Apa yang membuatnya jadi 100%..???

Adakah money..?

M+O+N+E+Y =
13+15+14+5+25 = 72%    NO..!!!

Leadership..?
L+E+A+D+E+R+S+H+I+P =
12+5+1+4+5+18+19+8+9+16 = 97%  NO...!!!

Ternyata apa yang membuat menjadi 100% adalah :

Coba lihat yang ini...

S+E+D+E+K+A+H+J+A+R+I+A+H 
19+5+4+5+11+1+8+10+1+18+9+1+8 = 100% 👍

( nilai saham akhirat kita. )

KEBETULAN atau TIDAK...?  tapi itulah MATEMATIK

Semangat menjemput rezeki  , jangan lupa SEDEKAH yaaa... 😊😊😊

Friday, 14 April 2017

Saiz fizikal bukan penghalang muncul juara dunia



JAGUH pelumba negara, Azizulhasni Awang berjaya membuktikan bahawa saiz fizikal yang kecil bukan penghalang untuk bergelar juara dunia bagi acara keirin Kejohanan Berbasikal Trek Dunia UCI di Hong Kong semalam.

Azizulhasni yang terkenal dengan nama jolokan 'The Pocket Rocketman' berkata, beliau tidak pernah berputus asa selama berusaha 10 tahun walaupun akur bukan mudah untuk bersaing dengan pelumba luar negara yang mempunyai saiz tubuh badan lebih tinggi dan fizikal besar.

"Setiap hari semasa sesi latihan, saya berusaha keras ke tahap maksimum. Orang mengatakan saya tidak boleh berjaya dalam sukan ini kerana saiz fizikal saya. Saya tahu saya bersaing dengan mereka yang bertubuh sasa dan berbadan besar," katanya dalam laman Instagram azizulawangofficial.

Azizulhasni berkata kemenangan itu juga merupakan detik manis sepanjang kariernya kerana sebelum ini beliau hanya memperoleh pingat perak pada 2010 dan pingat gangsa pada 2015 dan 2016.

Pelumba kelahiran Terengganu itu juga pernah memenangi pingat perak dalam acara pecut pada 2009 di Poland.
Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Rio 2016 itu menghadapi tentangan sengit daripada lima pelumba lain sebelum mencecah garisan penamat untuk meraih pingat emas dalam perlumbaan yang diadakan di Hong Kong Velodrome Park, malam tadi.

Azizulhasni berkata, selain berusaha dalam latihan beliau juga tidak pernah berputus asa berdoa untuk mencapai kejayaan itu.

"Malam yang sukar saya percayai. Saya berusaha keras untuk merebut gelaran dunia ini. Saya pernah mendapat gangsa dan perak dua kali serta kalah hanya beberapa milimeter tetapi tidak pernah berputus asa. Saya percaya jika saya terus bekerja keras dan yakin pada diri sendiri, masa saya akan tiba.

"Saya berdoa kepada Allah setiap hari supaya menganugerahkan kemenangan ini. Saya yakin ALLAH mendengar, dan kini Hong Kong adalah saksi kepada sejarah yang dilakar. Akhirnya matlamat saya untuk menjadi juara dunia menjadi kenyataan, " katanya.

Azizulhasni turut berterima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang sentiasa memberikan sokongan dan memberikan inspirasi untuk beliau menjadi seorang atlet yang cemerlang serta contoh kepada generasi muda.

"Terima kasih atas kata-kata semangat terutama sebelum perlumbaan dan saya berpegang kepada janji saya terhadap YB untuk membawa pulang Rainbow Jersey. Saya kini juara dunia," katanya. - Bernama

Lagu Ikutan Anak Zaman 2017 - Milo


Masa Di Sekolah, 
Mencabar Sentiasa,

Ibu Jangan Bimbang, 
Bekalkan Tenaga.

Bekalkan... Tenaga..
Bekalkan... Tenaga..

Bekalkan Tenaga..
Cabaran.. Tak Akan.. Menjadi.. Halangan..

p/s: Anak saya suka sangat akan lagu ni :-)

Tuesday, 11 April 2017

BAGUSNYA ANAK-ANAK ABANG & KAKAK


Malam tadi ada makan kat satu kedai ni. Sebelah kami ada sekeluarga makan sekali, Si ayah, ibu & 3 orang anak. Anak-anak diorang baik sangat, senyap je masing-masing. Masa tunggu makanan sampai, masa tengah makan & lepas makan, ber"jurus" je anak-anak ni. Kalau anak saya, hmmm...kalau pinggan terlangkup & melayang tu benda biasa :-D


Nak je rasa pergi tanya pada abang & kakak tu, apa tips mereka? Then, saya nampak sesuatu, dan boleh jadi ni petua anak-anak diorang senyap je,termasuk abang & kakak tu. Nak tahu ke? ok.. mudah je..
.
.
.
.
.
.
.
Masing-masing pegang handphone..
# If you know what i mean

Sultan Muhammad V minati singa

Haiwan singa jantan antara binatang peliharaan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V yang terletak di Royal Kelantan Endurance seluas 56.65 Hektar di Kampung Baruh Raja, Gunong. Baginda begitu meminati haiwan hingga menempatkan pelbagai jenis haiwan iaitu 130 ekor rusa, seekor burung unta, 50 ekor kerbau, 15 ekor kuda dan seekor singa jantan. - Foto Bernama

BACHOK - Sesuai dengan perwatakan baginda yang tenang dan berhemah, Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V mempunyai sifat menyayangi haiwan, dan antara yang amat diminati Seri Paduka ialah singa.
Baginda pernah memelihara tiga ekor singa - dua betina dan seekor jantan.
Namun dua ekor singa betina itu mati akibat dipatuk ular.

Menceritakan kejadian, Pengurus Royal Kelantan Endurance Tuan Ngah Tuan Muda berkata, beliau cukup merasa reda melihat Tuanku Sultan tidak murka semasa dimaklumkan berkenaan kematian singa itu.
"Sebaliknya baginda mendengar dengan teliti setiap laporan termasuk laporan pakar perubatan haiwan yang dipersembahkan kepada baginda," kata Tuan Ngah yang telah 18 tahun berkhidmat di Royal Kelantan Endurance, di mana haiwan kesayangan baginda dipelihara.

"Baginda mula memelihara tiga ekor singa itu sekitar September tahun lepas yang dibeli dari Afrika dan ditempatkan di sebuah kandang khas berkeluasan 4 hektar," kata Tuan Ngah ketika ditemui Bernama di sini.
Tuan Ngah berkata, pihaknya melakukan persiapan kira-kira enam bulan bagi menempatkan tiga ekor singa itu merangkumi pembinaan pagar elektrik, dua buah gua untuk singa berehat dan dua kandang khusus untuk memberi makan haiwan berkenaan.

"Seekor singa akan diberi makan dua hari sekali iaitu daging segar seperti lembu, kerbau atau kambing sebanyak empat kilogram. "Bagi mengelakkan singa-singa berkenaan bosan, kami akan melepaskan beberapa ekor ayam agar singa-singa itu dapat mengekalkan kecergasan mereka," katanya.  

"Baginda mahu semua haiwan yang dipelihara di sini berada dalam keadaan baik, selamat dan sihat.  
"Baginda melawat kawasan ini sekurang-kurangnya dua kali sebulan," katanya.

Menurut Tuan Ngah, sifat baginda sayangkan haiwan dan minat memelihara haiwan dizahirkan dengan pembinaan 'mini safari' di kawasan seluas 56.65 hektar di Kampung Baruh Raja, Gunong di sini. Tuan Ngah berkata, Royal Kelantan Endurance pada asalnya adalah litar lumba kereta 'go-kart' dan kandang kuda selama puluhan tahun, namun kawasan itu bertukar menjadi mini safari berikutan minat mendalam baginda kepada haiwan.

Katanya, safari itu kini mempunyai 130 ekor rusa, seekor burung unta, 50 ekor kerbau, 15 ekor kuda dan seekor singa jantan.  

Tuan Ngah berkata, baginda Sultan gemar menyumbangkan daging haiwan peliharaannya seperti kambing dan rusa kepada penduduk miskin serta anak yatim di sekitar Bachok.

"Baru-baru ini, sebelum dimasyhurkan sebagai Yang di-Pertuan Agong, baginda menyedekahkan daging daripada 15 ekor rusa yang dipeliharanya kepada golongan miskin dan anak yatim di Bachok," kata beliau.  
Beliau berkata, baginda juga merancang untuk membina sebuah lagi safari berkeluasan 647.49 hektar di Kemahang, Tanah Merah.  

"Safari berkenaan kini dalam proses pembinaan dan mengikut perancangan, ia akan menempatkan pelbagai haiwan seperti seladang, rusa, lembu dan kambing," katanya.

Sultan Muhammad V dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-15 menggantikan Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang tamat tempoh pemerintahan pada 12 Disember tahun lepas. 

Istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V akan berlangsung di Balairung Seri, Istana Negara pada 24 April ini. - Bernama

Sumber: Sinar Harian

Jutawan Akhirat

Pernahkah kita dengar cerita tentang Ahmad Dawjee Dadabhoy? Beliau merupakan seorang jutawan Malaysia berketurunan India Muslim. Di akhir hayatnya beliau mewakafkan hampir keseluruhan hartanya berupa sebidang tanah yang luas sekitar 1.2 ekar di Jalan Perak dan juga lot lot saham bernilai jutaan dolar di Bursa Saham London dan beberapa bursa saham lain.

Tanah beliau di Jalan Perak, Kuala Lumpur dibangunkan sebuah menara wakaf 34 tingkat yang hari ini dikenali sebagai Menara Wakaf Bank Islam. Bangunan yang dibina dengan modal dikeluarkan Tabung Haji itu pada tahun 2007 dengan kos RM151 juta. Hari ini disewakan sebagai pejabat Kelas A di kawasan segitiga emas yang kedudukannya tidak jauh dari KLCC. 

Diberitakan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sebagai pemegang amanah harta wakaf Ahmad Dawjee Dadabhoy ini akan menerima RM56.6 juta hasil sewaan bangunan ini selama 25 tahun. Dihari kematian beliau pada 24 Januari 1987, beliau meninggal di sebuah rumah flat kecil di Jalan Masjid India di kelilingi oleh buku-buku bacaan beliau. Tidak ada harta lain lagi bersama beliau melainkan sedikit itulah. 

Selebihnya sudah diwakafkan keseluruhannya untuk ummah. Pernah keluarganya datang dari Afrika Selatan ke Malaysia. Apabila dibawa melawat tanah tanah wakaf beliau di kawasan segitiga emas Kuala Lumpur, mereka menitiskan air mata melihat bertapa tingginya nilai hartanah tersebut dan tingginya ketaqwaan saudara mereka Ahmad Dawjee yang mewakafkan hartanya itu kepada ummah. 

Inilah tauladan kepada kita di zaman ini sebagaimana yang kerap kita dengar kisah sahabat sahabat Nabi SAW yang meninggal dunia tanpa harta kerana mewakafkan harta mereka sebelum meninggal dunia walaupun ketika hidupnya kaya raya.

Ia juga petunjuk kepada kita bahawa agama menggalakkan kita mencari harta dan mengembangkan harta. Tetapi perlu diingat harta kekayaan itu bukanlah milik mutlak kita. Perlu dikongsikan dengan ummah berupa zakat, sedekah dan wakaf. Di hari kematian kita, tinggal di alam barzakh, pahala sedekah itu akan terus menerus berjalan. Kemudian dibangkitkan di akhirat kelak menjadi lebih kaya untuk tempoh yang tiada penghujungnya disebabkan ketinggian taqwa kita kepada Allah atas harta yang kita infakkan.

* Kisah Ahmad Dawjee Dadabhoy ini diceritakan oleh Ustaz Mohd Ramadhan Fitri Elias (Senior Vice President Maybank Islamic/ Ketua Jabatan Pengurusan Syariah Maybank Islamic Malaysia) dalam pembentangannya di Konvensyen Pejuang Hartanah di Cyberjaya semalam. InsyaAllah saya cuba catatkan isi isi penting pembentangan beliau bertajuk 'Islam dan Harta Membentuk Kehidupan Taiyyibah' dan juga isi isi pembentangan speaker yang lain berkait hartanah.

Friday, 7 April 2017

Kitar Semula Air Kumbahan Sebagai Sumber Air Alternatif

Salah satu perkara yang boleh menggugat kesejahteraan kehidupan seharian manusia ialah ketiadaan air terawat atau catuan air. Air terawat dibekalkan dari Loji Rawatan Air, di mana air (biasanya) dirawat menggunakan kaedah fizikal koagulasi-flokulasi atau rawatan menggunakan membran. Air mentah diberikan dos bahan kimia alum, di mana partikel terampai (yang halus) mula tertarik di antara satu sama lain dan menggumpal membentuk gumpalan (flok) bersaiz lebih besar dan berat. Flok ini termendap di dalam tangki pemendapan, di mana air bebas daripada gumpalan keluar dari tangki melalui proses disinfeksi menggunakan klorin. Klorin berfungsi sebagai agen penyahaktifan hampir kesemua mikroorganisma, termasuk bakteria patogen yang boleh membawa mudarat kepada manusia. Air terawat harus menepati garis panduan ketat yang telah ditetapkan sebelum diagihkan kepada pengguna.
Gangguan sumber bekalan air
Namun, sejak akhir-akhir ini, catuan air didapati semakin kerap. Gangguan bekalan air mendatangkan ancaman terhadap kesihatan dan kesejahteraan manusia, termasuk kesan jangka masa pendek dan panjang terutamanya untuk mengekalkan keutuhan ekosistem. Beberapa faktor menyumbang kepada gangguan air, seperti kekurangan sumber air mentah kerana berlakunya musim kering atau kemarau berpanjangan, kualiti air mentah yang tidak menepati garis panduan dan masalah penyelenggaran tidak bersepadu sistem agihan air.
Permintaan air di kalangan penduduk Malaysia adalah agak tinggi. Malaysia merupakan di antara yang tertinggi di Asia Tenggara dengan hampir 300 liter per kapita setiap hari. Pertumbuhan penduduk adalah berterusan di mana kadar pertumbuhan purata tahunan boleh mencapai sehingga 5.8-5.9% mengikut Jabatan Perangkaan Negara. Ini secara langsung meningkatkan jumlah permintaan air. Tambahan pula, dengan kepesatan urbanisasi dan perindustrian, pertambahan penduduk turut menyebabkan peningkatan pengeluaran makanan yang memerlukan jumlah air terawat yang bukan sedikit. Perkembangan ekonomi baik di negara kita menjangkakan akan berlakunya peningkatan berterusan terhadap permintaan air sehingga tahun 2050, terutamanya dari sektor industri dan domestik.
Sumber Air
Di Malaysia, sumber utama air mentah adalah air permukaan, termasuk sungai dan empangan. Di beberapa kawasan atau negeri seperti Kelantan, air bawah tanah juga adalah salah satu sumber air utama. Penggunaan air permukaan mempengaruhi kelangsungan kehidupan sepertimana yang telah terjadi pada tahun 2014, di mana bekalan air kepada komuniti terjejas kerana paras air sungai dan empangan telah jatuh rendah.
Selain dari mengambil langsung sumber air bumi, sumber alternatif yang boleh dipertimbangkan adalah penuaian air hujan, konsep penyambungan-lembangan atau perpindahan air dari negeri, air tawar dari proses penyahgaraman atau pengambilan air dari tasik semulajadi, kolam dan tanah bencah. Penuaian air hujan adalah kaedah popular yang boleh diaplikasikan, terutamanya di kawasan kediaman, institusi dan pusat komersil. Kerajaan telah giat menjalankan usaha mempromosi budaya hijau dan penjimatan penggunaan air terawat dengan memberi insentif kepada pengguna yang memasang dan menggunakan sistem penuaian air hujan di premis masing-masing.
Kitar Semula
Namun begitu, bekalan sumber air ini bergantung kepada perubahan iklim, kos modal dan operasi yang tinggi. Salah satu sumber yang boleh digunapakai dan didapati berjaya (di luar negara) ialah kitar semula air sisa. Pengitaran semula air dari sisa kumbahan telah berjaya mengatasi risiko komuniti tidak mempunyai bekalan air, walaupun ketika musim kemarau. Sebagai contoh, Orange County Water District (OCWD) di California, Amerika Syarikat mengaplikasikan sistem ini kepada 850,000 penduduk dengan pengeluaran air dari 70 – 100 juta gelen setiap hari. Salah satu contoh yang dekat di negara kita ialah melalui teknologi NEWater di Singapura yang kini dikatakan menyumbang sebanyak 30% air kepada permintaan negara itu.
Air sisa kumbahan di sini didefinisikan sebagai gabungan air hitam (sisa kumbahan) dan air kelabu (dari dapur dan bilik mandi), air sisa dari institusi dan pusat komersil termasuk hospital, luahan industri samada bahan terlarut atau terampai.
Secara teorinya, efluen dari Loji Rawatan Air Kumbahan haruslah mematuhi garis panduan dan kelas sungai (yang ditetapkan oleh pihak berkuasa) mengikut kawasan tadahan sungai masing-masing sebelum diluahkan. Oleh itu, secara tidak langsung, efluen dari loji rawatan air sisa masuk semula ke dalam sungai di mana ianya juga digunakan sebagai muka sauk bekalan air. Dengan kualiti efluen Standard B (atau sesetengah sungai ialah Standard A terubahsuai), ianya boleh dilihat sebagai sumber menarik bagi rawatan langsung air boleh minum kerana kualiti air adalah boleh diramal dan tidak berubah-ubah, seperti mana pengambilan air dari sungai. Tambahan pula, kuantiti dan turun-naik efluen juga boleh diramal, walaupun pada musim berbeza. Satu perkara yang boleh disorotkan ialah sejajar dengan pertambahan penduduk, pengeluaran air sisa kumbahan juga meningkat.
Air Kumbahan
Namun begitu, perkataan “kumbahan” itu sendiri membawa pengertian telah digunakan dan potensi air ini sebagai sumber alternatif sering terkurang nilai dan mengundang sinis. Cabaran utama adalah bukan untuk merawat sumber air tersebut, tetapi adalah untuk mengatasi persepsi jijik dan mual pengguna untuk menggunakan air ini. Mengatasi pandangan skeptikal manusia berkaitan asal-usul air yang dirawat di Loji Rawatan Air jika menggunakan air sisa kumbahan akan mengambil masa yang lama, terutamanya sebagai kegunaan air boleh minum. Oleh itu, di antara tiga sektor pengguna utama air iaitu domestik, industri dan perladangan, sebagai pengguna terbesar air, perladangan dan pengeluaran makanan dilihat sebagai satu sektor aplikasi kitar semula air sisa terawat utama kerana kegunaan air adalah untuk bukan minum.
Air sisa kumbahan mempunyai keupayaan untuk digunakan sebagai sumber pengairan dan pengeluaran makanan. Pengeluaran air sisa kumbahan adalah berterusan (dan tidak tergantung kepada faktor iklim) dan dapat dikira melalui jumlah penduduk setempat. Penggunaan air kitar semula di sektor perladangan memberi kebaikan dari segi mengurangkan beban keperluan air terawat, meningkatkan kekuatan tanah, meminimumkan luahan air sisa ke saliran dan memperbaiki keberkesanan ekonomi. 
Kehadiran nutrien penting seperti nitrogen, fosforus dan potassium di dalam air sisa kumbahan dapat bertindak sebagai baja semulajadi yang diperlukan oleh pengeluaran tanaman. Mikro-nutrien dan bahan organik lain di dalam air sisa kumbahan juga memberi manfaat bagi kelangsungan hasil tanaman bermutu.
Pendekatan ini telah dijalankan di Ghana dan Senegal.  Operasi, penyesuaian teknik dan pengurusan sistem di beberapa ladang, pasar dan pelbagai peringkat proses pengeluaran makanan telah dipantau dan dinilai. Hasil dapatan telah ditentusahkan sebagai satu kejayaan dan tidak mendatangkan kesan kesihatan kepada manusia. Selain mengurangkan permintaan air terawat, peladang juga mendapati penjimatan baja adalah salah satu faedah langsung yang diperolehi dengan aplikasi kitar semula air sisa sebagai sumber pengairan.
Sehubungan itu, pengitaran semula air sisa kumbahan sebagai alternatif sumber air (untuk pengairan) mempunyai potensi tinggi sebagai salah satu usaha pengurusan lebih bersepadu. 

Sumber www.majalahsains.com