Monday, 23 July 2018

KEKURANGAN JURUTERA


KEKURANGAN JURUTERA

Kisah Malaysia kekurangan Engineer. Bila baca artikel ini, saya geleng kepala. Saya juga bekas Engineer tapi berhenti atas pilihan sendiri.
.
Tapi ada kawan-kawan Engineer yang lain lompat kerja lepas 2-3 tahun berkerja kerana tidak nampak masa depan.
.
Hidup seperti robot, bangun pagi, masuk kerja, buat perkara sama setiap hari dan gaji, bawah RM3k.
.
Hinggalah ada kawan-kawan bagitahu kerja di bahagian Customer Service lebih menguntungkan. Kerja reply email secara teknikal dan dalam masa sama sebagai penterjemah. Gaji dapat RM5k. Ada kawan yang dapat RM15k.
.
Rasanya untuk yang kerja kilang, semua tahu kalau nak naik pangkat, kena tunggu Manager mati dulu. Engineer ada 10 orang, jawatan Manager 1. Bagaimana nasib 9 orang lagi? Itupun kalau si Manager mati.
.
Dengan kekangan hidup sekarang, logiknya, kenapa perlu kekal jadi Engineer jika kerja lain menawarkan gaji yang lebih?
.
Ya, akhirnya, semua berkisarkan gaji. Kita tidak boleh hipokrit, kerja kena ikhlas, kena jadi Engineer untuk bangunkan Negara. Ikhlas tak boleh beli Nasi Lemak.
.
Ikhlas antara kita dan Tuhan tapi kita dan manusia, tentunya guna duit. Kalau Kerajaan boleh selesaikan masalah gaji ini, saya yakin, tiba-tiba Kerajaan akan ada lebihan Engineer.
.
Percayalah,sekarang kita bukan kekurangan Engineer tapi kita kurang mereka yang sanggup jadi Engineer. Dan percayalah, isu ini Kerajaan boleh selesaikan.
.
Pengalaman saya keliling kilang-kilang suatu ketika dahulu, saya dapati ramai pekerja asing berkerja sebagai Operator, terutamanya orang Indonesia.
.
Ada satu ketika, saya borak dengan pekerja Indonesia. Saya tanya berapa gaji mereka. Katanya lebih kurang RM2k. Jika ada OT, boleh cecah RM3k.
.
Saya hairan, kenapa orang kita tidak ingin kerja. Jadi saya borak dengan pekerja Melayu di kilang yang sama.
.
Katanya betul, gaji mereka sekitar RM2k. Dan kenapa tak ramai yang nak kerja sebab RM2k kena tanggung rumah dan pengangkutan sekali. Sedangkan pekerja asing diberikan tempat tinggal dan ada pengangkutan pergi balik kerja.
.
Kenapa berlaku diskriminasi sebegini? Saya pun tidak tahu. Ada yang kata HR makan tepi, tapi entahlah.
.
Tapi apa yang kita boleh faham, syarikat tersebut boleh bayar gaji mahal tapi kenapa untuk orang tempatan, gaji murah?
.
Jadi, Kerajaan kena kaji ini semua. Belum cerita bab HRDF dan sebagainya lagi.

Kredit tulisan : Asraff Jeffery

Monday, 23 April 2018

Tip mudah untuk hadir dan sukses temuduga kerajaan.

Tip mudah untuk hadir dan sukses temuduga kerajaan.


Temuduga kerajaan ni lain sikit dari temuduga swasta. Skop penilaian dan tapisan 
berbeza.

Untuk kerajaan pastikan anda dah equip persediaan dengan perkara ini;

===================
1 - Faham jawatan anda
===================

Tahu ianya berkaitan dengan kementerian mana. Di bawah jabatan apa. Apa agensi yang terlibat. Jika anda tak perasan, sebenarnya setiap kementerian ada JABATAN dan AGENSI di bawahnya.

Studi semua itu. Nampak simple tapi anda kena faham struktur perjawatan itu.


==============
2 - Faham fungsi 
==============

Cuba cari maklumat berkaitan tugasan dan fungsi kementerian/jabatan/agensi terlibat.


=======================
3 - Tahu apa KPI dan inisiatif
=======================

Dari maklumat [1] dan [2] itu cuba cari apa inisiatif yang  dijalankan oleh mereka.

Tahu apa objektif program mereka dan apa KPI yang hendak dicapai oleh mereka.


[1], [2] dan [3] ini adalah penentu kejayaan besar anda dalam temuduga kerajaan yang 
spesifik.

Anda akan nampak lebih layak untuk jawatan itu. 

Benda PENTING yang anda kena tahu adalah..

"PENEMUDUGA adalah PEGAWAI
dari KEMENTERIAN/JABATAN itu!"


Yup. Salah seorang penemuduga adalah pegawai spasifik kementerian tersebut dan pegawai temuduga SPA.

Itu adalah 2 panel wajib temuduga kerajaan ditambah dengan panel jemputan.

Moga rahsia ini menjadi 
senjata anda untuk sukses
dalam temuduga Kerajaan!


Sumber: Tim Infokerjaya 

Tuesday, 3 April 2018

ANDAI AJAL DALAM TIDUR...


EMPAT PERKARA SEBELUM TIDUR WALAU SESIBUK MANAPUN DENGAN TUGAS HARIAN.

Rasulullah berpesan kepada siti Aisyah ra.
“ Ya, Aisyah! Jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara yaitu :

1. Sebelum khatam al-Quran.

2. Sebelum menjadikan para nabi bersyafaat untukmu di hari kiamat.

3. Sebelum para muslimin meredhai engkau.

4. Sebelum engkau melaksanakan haji dan umrah".

Bertanya Siti Aisyah :
“Ya Rasulullah ! bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika? “

Rasulullah tersenyum dan bersabda :

1. “Jika engkau akan tidur,bacalah surah al –Ikhlas tiga kali
Seakan-akan engkau telah meng-khatamkan Al-Quran
” Bismillaahirrahmaa nirrahiim,
‘Qul huallaahu ahad’ Allaah hussamad’
lam yalid walam yuulad’
walam yakul lahuu kufuwan ahad’ ( 3x ) “

2. "Bacalah shalawat untukku dan untuk para nabi sebelum aku" maka kami semua akan memberimu syafaat di hari kiamat
“ Bismillaahirrahmaa nirrrahiim, Allaahumma shallii ‘alaa saiyyidina Muhammad wa’alaa aalii saiyyidina Muhammad ( 3x ) “

3. “Beristighfarlah” untuk para mukminin maka mereka akan meredhai engkau
“ Astaghfirullaah hal 'adziim al lazhii laa ilaaha illaa huwal hayyul qayyuum wa atuubu ilaih ( 3x )

4. Dan perbanyaklah “bertasbih, bertahmid , bertahlil dan bertakbir” maka seakan-akan engkau telah melaksanakan ibadah haji dan umrah
“ Bismillaahirrahmaa nirrrahiim
Subhanallaah Walhamdulillaah Walaa ilaaha illallaah hu wallah hu akbar "
( 3x )

Sampaikanlah kepada orang lain,
maka ini akan menjadi sedekah jariah pada setiap orang yang anda kirimkan pesan ini, dan apabila kemudian dia mengamalkannya, maka kamu juga akan ikut mendapat ganjaran pahalanya insha Allah...

Jangan jemu saling mengingatkan

Wednesday, 7 March 2018

Kerja Rumah: Tanggungjawab Siapa?

Saya kagum sungguh melihat wanita yang masih mampu me'raja'kan semua kaum lelaki di dalam rumah. Makan dihidangkan, air basuh tangan dihulurkan, nasi dicedokkan, air minum dituangkan. Fuh, pendek kata semuanya disediakan di depan mata, cuma makan sahaja yang tidak disuapkan.
Selepas makan, pinggan sekadar ditinggalkan atas meja. Bangunlah masing-masing meninggalkan meja berselerak. Termangulah kaum wanita yang baru nak duduk ibarat cicak berak kapur. Sudahlah tadi penat memasak, kemudian sambung pula tugas membasuh pinggan bertimbun. Bukan sahaja begitu, bahkan kadang sesetengahnya, nafkah diri sendiri pun diri sendiri yang tanggung. Sungguh saya kagum!
Selalu terlihat, si emak baru nak menyuap nasi setelah penat uruskan itu ini, datang si bapak minta bersihkan buntut anak yang berak. Sedangkan si bapak tadi tiada apa hal pun nak dibuat, padahal boleh sahaja dia uruskan. Sebabnya dalam masyarakat telah dibiasakan bahawa uruskan anak-anak sepenuhnya tugas isteri.
Betulkah begitu?
Maaf, saya tidak sesabar itu.
Saya melihat sendiri natijahnya kerana terlalu memanjakan kaum lelaki. Apabila si emak jatuh sakit berminggu, akhirnya berlonggoklah pinggan mangkuk, baju kotor semuanya yang hanya dibersihkan semula setelah si emak tadi beransur sihat. Bayangkanlah betapa masing-masing tidak tahu bertanggungjawab. Puncanya? Sebab tidak dibiasakan buat kerja rumahtangga sejak dari kecil. Sebab dibiasakan bahawa semua itu tugas hakiki orang perempuan.
Wahai emak, sedarlah kita tidak selamanya kuat & sihat. Memang kita sayang anak-anak, tetapi sebab sayang itulah kita perlu ajar mereka buat kerja rumah. Ajarlah anak-anak kita agar ringan tulang & tahu tanggungjawab.
Wahai isteri, kita tidak selamanya ada banyak masa untuk melayan lelaki seperti raja, semakin lama berkahwin, semakin bertambahlah komitmen kita. Ustaz Kazim & Datuk Fadzilah Kamsah sendiri pernah berpesan, didik suami untuk sama-sama uruskan urusan rumahtangga sejak dari hari pertama kita halal untuknya.

Rumahtangga ini rumahtangga kita bersama, maka, perlukan usahasama setiap dari kita. Jangan kelak kita tak ubah seperti hamba abdi yang tidak bergaji. Waktu itu, kesal pun sudah tidak berguna lagi.
Sedar atau tidak, budaya inilah antara faktor yang menyumbang kepada golongan suami yang lepas tangan dalam urusan rumahtangganya seperti yang berlambak kita lihat hari ini.
Ubahlah.
Ubah!
Apa yang perlu kita lakukan untuk mengubah budaya ini? Saya percaya jika kita mahu mengubah sesuatu, ubahlah dari diri sendiri, pasangan, anak-anak & keluarga. Semuanya bermula dari pendidikan awal kanak-kanak semasa bersama keluarga.
1) Para ibubapa perlu mengajar anak lelaki sama-sama menyediakan meja sebelum waktu makan. Ambillah bahagian tidak kisahlah apa sahaja kerja, perlu involve. Banyak saja kerja.. Ceduk nasi, ceduk lauk, ambil sudu, ambil pinggan & cawan, siapkan air & lain-lain. Sesekali minta anak lelaki yang mencedukkan nasi & tolong serve untuk family makan. Mintanya mengetuai bacaan doa makan juga.
2) Ajar anak lelaki menghantar pinggan ke sinki & tolong kumpulkan pinggan bagi sesiapa yang sudah selesai makan. Contohnya semasa dia sudah selesai makan, nampak emak & ayahnya sudah habis makan, ajarnya untuk volunteer menghantar pinggan mereka juga ke sinki & mencucinya. Sesekali tetapkan gilirannya untuk membasuh semua pinggan kotor keluarga hingga selesai.
3) Ajar anak lelaki sentiasa mengutamakan orang lain dalam mengambil giliran hidangan makanan, tidak gelojoh & gopoh serta tidak sewenangnya mengkritik masakan kecuali jika diminta. Itupun perlulah bersopan kerana Rasulullah SAW sendiri tidak pernah mencerca makanan.
4) Begitu juga dalam pengurusan pakaian. Ajarlah anak lelaki mengumpul baju kotor ke dalam bakul & memasukkan ke dalam mesin sekiranya telah penuh. Tolong sidaikan baju, angkat baju & lipat baju keluarga sekiranya nampak ahli keluarga lain sibuk hal lain.
Tentunya teladan terbaik ini bukan sekadar arahan & nasihat bahkan ditunjukkan sendiri oleh akhlak bapanya yang sentiasa membantu isteri dalam urusan rumahtangga. Moga akan diperwarisi kepada anak, cucu & seterusnya. InsyaAllah.
Ajarlah anak lelaki kita agar menjadi insan yang bermanfaat, bermulanya dengan perkara yang sering dianggap remeh & kecil seperti hal di dapur, di meja makan & mendobi.
Tidak jatuh pun martabat apabila buat semua kerja rumahtangga. Tidak kurang kelelakian pun jika memasak, basuh pinggan & lipat baju. Malah, ia menambahkan sakinah, rahmah & mawaddah, insyaAllah.
Jomlah jadi masyarakat yang lebih hebat. InsyaAllah.
.
Semua ini hanya pendapat peribadi saya melalui pemerhatian sekeliling.
Ramai sahaja ibubapa hebat yang mendidik anak-anak lelaki & perempuan semua pandai serba serbi yang kemudiannya pandai bawa diri apabila ketiadaan ibubapa & berakhlak mulia apabila di rumah orang lain.
Paling penting, menjadi pasangan yang menyenangkan hati apabila berkahwin kelak. InshaAllah!
.
P/S: Status ni umum. Tiada kaitan dengan kehidupan peribadi mahupun memerli sesiapa. Ambillah iktibarnya. Jangan ada yang kata saya mengutuk suami saya pula ya. Cukuplah hanya kami disisi jadi saksi betapa 'qowam'nya dia.
Segala milik Allah belaka. Alhamdulillah 'ala kulli hal.
Repost Jun 2017