Thursday, 29 January 2015

Penutupan Jalanraya Di Sekitar Kuala Lumpur Sempena Thaipusam


29/01/2015 Makluman info pergerakan perarakan thaipusam dari kuil tun h.s. lee ke batu caves

Perarakan pergi pada :
1 Feb 2015 @ 10 malam
dari Kuil Sri Maha Mariamman,
di Jalan Tun H.S. Lee dan
akan melalui:
- Jalan Sultan,
- Jalan Pudu,
- Jalan Tun Perak,
- Jalan Lebuh Ampang,
- Jalan Ampang,
- Jalan Munshi Abdullah,
- Jalan Dang Wangi, - Sogo,
- Jalan Raja Laut,
- Jalan Sri Amar,
- Jalan Tun Razak
(pusingan U depan Bomba),
- Jalan Ipoh (Jalan Salleh),
- Jalan Kovil Hilir,
- Lorong Konvil Hulu,
- Jalan Perhentian,
- Jalan Ipoh,
- Jalan Ipoh Batu 5 dan
- Batu Caves.

Penutupan jalan untuk perarakan balik :
4 Feb 2015 @ 4 pm
- dari Kuil Sri Subramaniar
di Batu Caves,
- seterusnya melalui
Jalan Ipoh Batu 5,
- Jalan Ipoh,
- Jalan Perhentian,
- Lorong Konvil Hulu,
- Jalan Kovil Hilir,
- Jalan Tun Razak,
- Jalan Ipoh
- Jalan Raja Laut,
- Jalan Dang Wangi,
- Jalan Munshi Abdullah,
- Jalan Ampang,
- Jalan Lebuh Ampang,
- Jalan Tun Perak,
- Jalan Sultan,
- Jalan Hang Kasturi,
- Jalan Hang Lekir dan
- Kuil Sri Maha Mariamman Jalan Tun H.S Lee.

"Kesesakan jalan raya pada hari berkenaan, sila pilih dan ikut jalan alternatif yg lain"

Monday, 26 January 2015

Jika Mata Anda Terpaksa Di Hiris Selaputnya..



Salah satu teknologi yang kian popular untuk mengubati rabun dalam masa yang sangat singkat ialah dengan kaedah LASIK (Laser-Assisted in situ Keratomileusis).

Namun, tahukan anda bagaimana pembedahan ini dilakukan? Sesetengah berpendapat cahaya laser yang ditembak ke dalam mata. Sungguh menakutkan bukan?

Secara ringkas, objektif pembedahan LASIK sebenarnya adalah untuk “membentuk” semula kornea mata pesakit – untuk menjadikan ia lebih cembung atau cengkung. Cuba imbas kembali pelajaran Sains waktu sekolah dulu dan cuba kaitkan bagaimana kanta mata yang terlebih cembung atau terlebih cengkung boleh mempengaruhi tahap kerabunan seseorang – rabun dekat atau jauh.

Sudah tentulah Laser digunakan untuk “membentuk” kornea mata tersebut. Tapi bukan semudah itu. Ada prosedur lain yang perlu dilakukan sebelum Laser itu ditembak. Mari saksikan video dibawah untuk lebih lanjut.



Gambar Seorang Yang Sedang Solat Menghadap Kaa’bah Terakam Di Peta

Gambar Seorang Yang Sedang Solat Menghadap Kaa’bah Terakam Di Peta
 | 
Cuba anda perhatikan betul-betul gambar di atas. Ada wajah manusia di Jordan, badannya di Iraq, jari telunjuk kanannya mengarah di Kuwait manakala tangan sebelah kiri menujukkan arah di Sungai Tigris dan Furat.
Mereka sedang solat berzikir kepada Allah s.w.t. setiap masa dan sedang mengucapkan kalimah La ilaha Illallah dan menghadap kiblat di Kaa’bah.


Siapa Sarjan Hassan


SIAPA SARJAN HASSAN?
UMUM mengenali Sarjan Hassan sebagai filem lakonan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang digarap berdasarkan kisah seorang anggota Askar Melayu yang tidak mengenal erti gentar ketika menentang penjajah Jepun di Tanah Melayu.

Filem perang itu begitu popular pada awal 60-an, tetapi kisah yang dipaparkan itu agak menyimpang daripada kisah sebenar liku hidup Sarjan Hassan Othman yang dipaparkan kali ini.
Sarjan Hassan dianggap sebagai patriot terbilang yang pernah dilahirkan Askar Melayu kerana kejayaannya membunuh 11 anggota komunis ketika menjadi ketua seksyen dan platun semasa berkhidmat dalam Batalion Empat Rejimen Askar Melayu (4RAMD) selama tiga tahun dari 1950 hingga 1953.
Beliau dilahirkan pada 15 Feb 1927 di Kampung Pantai, tidak jauh dari ‪#‎Seremban‬,‪#‎NegeriSembilan‬ dan berkelulusan darjah lima Sekolah Melayu. Allahyarham Sarjan Hassan memulakan kerjayanya dalam perkhidmatan tentera pada 21 Dis 1946 sebagai rekrut dan menjalani latihan di ‪#‎PortDickson‬ selepas berlaku satu peristiwa ngeri yang mengorbankan isteri dan keluarganya.
Usaha menjejak sejarah perjuangan dan susur galur patriot ini bukan tugas mudah sehingga kami mengambil masa hampir sebulan membuat rujukan di pusat sumber serta merisik di kawasan perkampungan asal Allahyarham. Kami juga berusaha mengesan saudara mara Allahyarham di Kampung Pantai dan Rasah yang dikatakan tempat tinggal terakhirnya.
Bagaimanapun, seorang penduduk asal Kampung Pantai, Ishak Harun, 72, ketika ditemui berkata, melalui cerita orang lama yang didengarnya, Allahyarham begitu bersemangat untuk memburu pengganas selepas ahli keluarganya, termasuk isterinya dibunuh dengan kejam oleh komunis.
"Saya tidak dapat mengesahkan sama ada Allahyarham yang berasal dari kampung ini adalah Sarjan Hassan yang kisahnya difilemkan itu atau Hassan lain," katanya.
Katanya, sepanjang pengetahuannya, tiada juga sebarang peninggalan seperti rumah atau tinggalan lain milik keluarga Sarjan Hassan untuk menyokong bukti yang Allahyarham dilahirkan dan pernah menetap di kampung berkenaan.
Rujukan di Muzium Negeri Sembilan dan Muzium Tentera Darat, Port Dickson berjaya menyingkap sedikit kisah latar belakang Sarjan Hassan yang memang menunjukkan Allahyarham berasal dari Kampung Pantai.
Sebaik menamatkan latihan rekrut pada 10 Jun 1947, Hassan menyertai 1RAMD dan dilantik menjadi Lans Koperal pada 28 Apr 1948 sebelum bertukar ke 4RAMD pada 1 Disember 1949 dan dinaikkan pangkat Koperal pada 24 Oktober 1950.
Kesungguhannya yang tinggi dalam menjalankan tugas yang diamanahkan membolehkan pejuang itu dinaikkan pangkat Sarjan mulai 1 Sep 1952 dan terus mencurahkan bakti kepada 4RAMD yang berpangkalan di Mentakab, ‪#‎Pahang‬ ketika itu.
Pada 16 Nov 1959, Kompeninya ditugaskan beroperasi di kawasan Triang, Pahang, dengan Allahyarham dilantik mengetuai pasukan rondaan yang mengandungi sembilan anggota selepas menerima arahan daripada Pegawai Memerintah.
Satu daripada kisah keberaniannya adalah ketika diarahkan mengetuai pasukannya menyiasat bunyi tembakan yang didengar dari arah barat daya satu kawasan hutan di Triang. Selepas satu jam meninggalkan pangkalan, peninjau kumpulan ronda tersebut terdengar bunyi pokok ditebang, lantas Sarjan Hassan memerintahkan pasukannya merangkak ke hadapan dalam barisan menghala ke arah bunyi potongan pokok berkenaan.
Dalam jarak kira-kira 150 meter dari bunyi potongan itu, Allahyarham menghentikan pergerakan anggota ronda dan memerintahkan seorang anggota platunnya membentuk satu kedudukan serang hendap.
Sarjan Hassan membawa seorang anggota berpangkat prebet mengikuti di sebelah kanan sasaran bagi membuat tinjauan rapat ke kawasan berkenaan dan mendapati beberapa pengganas komunis sedang sibuk membuat persiapan untuk mendirikan khemah. Beliau kemudian mengambil keputusan untuk menyerang pasukan pengganas berkenaan bersama anggota prebet terbabit dari arah strategik, yang akan membolehkan pengganas ditawan atau ditembak oleh anggota pasukannya yang lain jika melarikan diri.
Bagaimanapun, kehadiran beliau bersama prebet berkenaan disedari seorang pengganas yang terus mensasarkan laras senjatanya ke arah mereka, namun kepantasan Allahyarham melepaskan tembakan telah berjaya membunuh pengganas terbabit.
Seorang lagi pengganas juga berjaya dibunuh Sarjan Hassan, manakala dua rakan mereka melarikan diri ke arah kedudukan kumpulan serang hendap dan menerima nasib yang sama di tangan anggota kumpulan platun pimpinan Allahyarham.
Sarjan Hassan menunjukkan keberanian yang tinggi dalam membuat keputusan menyerang perkhemahan pengganas walaupun hanya disertai seorang anggotanya. Kemahiran menggunakan senjata dengan baik memberikan kelebihan kepada beliau ketika berdepan saat cemas dan kecekapan itu berjaya menyelamatkan nyawa seorang anggota lain.
Kejayaan berkenaan dicapai melalui ketenangan dan kepantasan bertindak serta perhitungan muslihat yang tepat dan bijak di samping kemahirannya menguasai hutan tebal yang cukup tinggi.
Kelebihan itu membolehkan Sarjan Hassan mendedahkan semua empat pengganas yang ditemuinya dan menentukan mereka tidak terlepas daripada kumpulan rondaannya.
Dinaikkan pangkat Leftenan Muda pada 1957
MAKLUMAT dari Muzium Negeri Sembilan dan Muzium Tentera Darat juga merekodkan Sarjan Hassan pernah menjadi ketua seksyen dan platun dalam 4RAMD selama tiga tahun dari 1950 hingga 1953 dan secara peribadi dikatakan berjaya membunuh 11 pengganas.
Bagaimanapun, ada juga maklumat mengatakan beliau berjaya membunuh 54 anggota Bintang Tiga sepanjang perkhidmatannya dan atas kecemerlangan itu, Sarjan Hassan disokong Pegawai Memerintah Batalion ketika itu, Lt Kol EA Hefford menganugerahkan Military Medal (MM) kepada Allahyarham pada 30 Disember 1953 kerana keberaniannya ketika berhadapan dengan pengganas komunis sewaktu menjalankan operasi.
Di atas kejayaan dan kecemerlangannya itu, beliau terpilih mengikuti latihan kadet di Federation Training Wing Port Dickson mulai 10 Jun 1957 dan ditauliahkan ke pangkat Lt. Muda dalam 5RAMD pada 7 Ogos tahun tersbut.
Allahyarham juga dikatakan terbabit dalam tindakan menggagalkan usaha 400 hingga 500 anggota komunis di Water Fall Estate, Rawang, ‪#‎Selangor‬ yang cuba mensabotaj kemerdekaan negara 10 hari sebelum 31 Ogos 1957.
Beliau kemudian ditugaskan di Briged Kedua Infantri pada 4 Disember 1959 dan menamatkan perkhidmatan sebagai Penolong Ketua Kompeni di 5RAMD pada 5 Ogos 1962 selepas berkhidmat selama 16 tahun dengan menyandang pangkat terakhir sebagai Kapten.
Hasil perkongsian hidup dengan isteri keduanya, Aishah Bujang yang dikatakan berasal dari Kampung Rasah yang dikahwini pada 20 Januari 1952, mereka dikurniakan lapan cahaya mata, empat lelaki dan empat perempuan.
Pejuang negara ini menghembuskan nafas terakhir pada 30 April 1991 didakwa akibat sakit jantung di Hospital Besar Seremban (kini ‪#‎HospitalTuankuJaafar‬) dan dikebumikan di Makam Haji Said, Seremban, tetapi usaha menjejak makamnya juga menemui jalan buntu.
Antara anugerah lain yang diperoleh beliau ialah Pingat Jasa Kebaktian (PJK) dan Ahli Mangku Negara (AMN).

Monday, 19 January 2015

Cas Handphone Guna Air Sungai!!! Biar Betul!!

title=
Pelik tapi benar. Penduduk di Seoul, Korea Selatan kini boleh cas handphone mereka di tepi sungai saja.
Ini kerana tempat cas handphone dan tablet telah di bina oleh kerajaan Korea Selatan di bandaraya tersebut.
title=
Setakat ini terdapat 5 pusat pengecasan di tepi Sungai Cheonggyecheon, Seoul. Pusat pengecasan ini menjana hidroelektrik dari aliran air sungai dan dapat mengecas kebanyakan handphone dan tablet sehingga penuh dalam masa 3 jam.
Jika pusat pengecasan ini mendapat sambutan, lebih banyak lagi pusat yang sama akan di bina oleh kerajaan negara itu.
title=
Nampaknya Korea Selatan telah berjaya mengorak langkah setapak lagi dalam memanipulasi sistem hidroelektrik.
Biasanya sistem begini digunakan untuk menjana elektrik dalam kuantiti yang besar melalui pembinaan stesen hidroelektrik.
Kini mereka berjaya buat jalan pintas dengan cas terus ke handphone pula dalam skala yang lebih kecil dan kos yang lebih murah.
Jika satu hari nanti stesen begini ada di Malaysia, macam mana agaknya ye? Mungkin ayat ini akan jadi satu ayat yang biasa dan disebut setiap hari pula nanti – “jom pergi sungai!”
Ps : Bye-bye power bank (jika anda ke Korea) ;)
Sumber: Vocket

Satu Kisah Cari Kerja Semua Graduan Perlu Tahu

Seorang agen hartanah dan usahawan dalam bidang pembinaan, Hamizi Hamdan, menceritakan pengalamannya menemuduga calon-calon pekerja untuk syarikat beliau APS Project Planner Sdn Bhd. Dari 7 calon yang hadir, hanya 3 yang dipertimbangkan. Ikuti kisah di bawah untuk memahami apakah kriteria yang dilihat oleh seorang penemuduga. Semoga kisah ini memberi tauladan buat graduan-graduan yang sedang mencari kerja di luar sana.
————–
Dari beliau:
Ringkasan Temuduga 27 Ogos 2014:
Saya telah menemuduga 7 calon sebagai Project Planner untuk beberapa projek baru kami. Calon yang hadir berkenaan kesemuanya berbangsa Melayu, kesemuanya kelulusan universiti tempatan (UiTM, UKM & UMP), 6 orang adalah fresh graduate dan 1 orang berpengalaman 2 tahun, 4 orang lelaki dan 3 orang perempuan.
Daripada 7 orang ini, 4 orang saya bagi jawapan ANDA GAGAL di depan mata mereka sendiri, manakala 3 orang lagi dalam pertimbangan.
Berikut adalah sebab mengapa 4 orang tadi GAGAL:
1. Calon GAGAL pertama (perempuan), fresh graduate:
– tidak bawa gambar seperti yang diminta – ini adalah arahan yang paling simple semasa dipanggil untuk temuduga. samada calon mengambil ringan atau cuba berjimat itu bukan alasan.
– tiada lesen memandu (sudah tentu tiada kenderaan) – tiada mobility. terpaksa dihantar ke sana dan ke mari. pekerjaan sebagai planner atau engineer atau banyak kerja di luar perlu mobility.
– tidak bersedia – katanya ada baca berkenaan syarikat tetapi tidak mampu bercerita sedikit berkenaan syarikat dan apakah tugas sebagai project planner.
– memakai baju kurung – ini adalah 1st impression. saya bukan mahu mencari staff admin yang duduk di pejabat sepanjang masa. seharusnya datang dalam penampilan yang sesuai dengan pekerjaan yang sedikit lasak tetapi sopan.
– suara tidak jelas – kerana kurang bersedia dan tidak confident, maka suaranya jadi kurang jelas.
2. Calon GAGAL kedua (perempuan), fresh graduate:
– kerana jawapannya – dia sedang apply untuk sambung Master. bila ditanya jikalau dapat kerja dan juga dapat sambung Master serentak, jawabnya dia akan menilai pekerjaan itu (bukannya Master). maka priority nya dilihat lebih kepada sambung belajar. saya tidak mahu ambil pekerja yang tidak komited.
3. Calon GAGAL ketiga (lelaki), fresh graduate:
– baju tidak masuk ke dalam – ini bukan pergi bersantai berpakaian begini. walau apapun pekerjaan yang dipohon.
– job hopper – baru bekerja beberapa bulan dengan syarikat pemaju yang membayar RM2,500 sebulan dan sekarang minta RM3,000 sebulan (firm).
selepas beberapa jawapan diberi melalui pengalaman yang pendek, saya jawab, “apabila saya lihat CV berkenaan gaji yang awak dapat dan gaji yang diminta, saya tertanya-tanya apa kelebihan awak. tetapi sekarang saya rasa awak tidak lebih baik daripada staff yang saya ada, malah saya tidak akan bayar RM2,500 untuk awak, dan RM2,000 untuk awak juga sudah agak mahal. awak patut study market dan appreciate company awak kerja sekarang”. – kejamkan jawapan saya.
4. Calon GAGAL keempat (lelaki), fresh graduate:
– tidak datang awal untuk mengisi borang – hanya temuduga dengan calon ini sahaja yang bermula lewat kerana dia tiba 5 minit sebelum temuduga.
– tidak bawa CV terkini dan gambar – juga telah diingatkan sebelum ini. gagal mengikut arahan.
-alasan berhenti kerja terdahulu – katanya jauh (tinggal di cheras, kerja di semenyih), tidak diberi rumah (gajinya RM2,800), tidak dapat rumah sewa (alasan tidak logik), tiada supervisor (inilah alasan sebenar bagi saya)
calon ini anak bongsu. manja. susah sikit tidak boleh. jauh sikit (tak jauh mana pun) tak boleh, nak kerja depan rumah. hendak gaji besar hendak kerja senang dan kurang tanggungjawab. saya advise dia seperti calon gagal ketiga tadi.
Kesimpulan:
Tiga calon yang berjaya lepasi pun bukanlah bagus mana sangat, tetapi lebih baik dari segi attitude. Saya berpendapat Gen-Y ini manja. Mereka rasa mereka patut dapat itu dan ini secara mutlak tanpa perlu berusaha kuat. Mereka pandang ringan banyak perkara.
Kredit: Hamizi Hamdan, dengan izin
Sumber: Vocket

Thursday, 15 January 2015

Syabas kita prihatin, tetapi...

"WE CLEAN THE UNSEEN"



TERBUKTI musibah memang ada hikmahnya. Di sebalik kemusnahan dan kedukaan, banjir – khasnya yang melanda pantai timur – telah meningkatkan rasa kemanusiaan sesama kita.

Sejak hari pertama bah meranapkan harta-benda dan kehidupan, semua perhatian tertumpu di kawasan-kawasan terlibat, terutama di Kelantan. Mereka yang tidak terkena bencana pun turut hiba.

Hari ini air sudah surut, tetapi kerja-kerja membaik pulih terus melihat tangisan dan kesengsaraan. Bayangkan betapa luluhnya perasaan apabila pulang dari pusat pemulihan dan mendapati rumah hanya tinggal tiang dan lumpur, semuanya ranap dihanyutkan air.

Dan, betapa kanak-kanak tidak cukup makanan – sebab bekalan tidak sampai akibat jalan terputus – tinggal dalam kegelapan kerana tiada bekalan elektrik, dan tiada air bersih untuk digunakan.



Pada saat-saat duka inilah rakyat 1Malaysia menunjukkan keprihatinan. Mereka bersatu untuk membantu. Banjir yang terburuk dalam sejarah ini telah menjelmakan sikap penyayang sesama kita.

Beratus-ratus tan makanan dan pakaian sumbangan daripada orang ramai dihantar ke kawasan bencana. Beribu-ribu sukarelawan dari seluruh negara dengan rela digerakkan untuk membantu kerja-kerja membaik pulih.

Mereka membantu apa sahaja yang termampu, termasuk darah. Seperti yang dilaporkan media kempen derma darah untuk mengisi Tabung Bekalan Darah Pusat Darah Negara (PDN) bagi keperluan semasa negeri-negeri terlibat banjir, mendapat sambutan menggalakkan dan melebihi sasaran.

Ada yang menderma pakaian sekolah, peralatan memasak, alat-alat membersihkan lumpur, khemah, dan sebagainya. Individu, NGO, parti politik, syarikat korporat, semua tampil membantu apa sahaja yang boleh.


 Ternyata orang kita tidak kedekut menderma. Ada syarikat korporat yang menderma RM5 juta. Tabung-tabung mangsa banjir yang dilancarkan berjaya mengutip RM berjuta. Bagi yang mampu, sumbangannya berjuta. Bagi yang tidak mampu mereka menderma seikhlas hati walaupun hanya RM1.

Pendek kata, orang kita – tanpa mengira kaum, agama dan warna parti – rela memberi, menderma dan membayar ketika ditimpa bencana. Itulah sikap murni kita, syabas!

Tetapi ada juga sikap yang tidak berapa murni ditunjukkan oleh orang kita. Ketika senang dan dalam keadaan serba-serbi selesa, sesetengah kita tidak mahu melunaskan apa yang patut dibayar.

Contoh: ada yang kedekut, buat-buat lupa, atau liat untuk membayar bil khidmat pembetungan. 

Pada hal mereka boleh membayar benda-benda lain lebih mahal yang diperlukan setiap hari. Mereka tidak kedekut dan sedia membayar RM ribu-ribu membeli telefon bimbit dan lain-lain gajet tercanggih.

Mereka membayar RM120 sebulan untuk data plan supaya dapat ber-Twitter, WhatsApps, Facebook. Perangkaan terkini Kementerian Komunikasi dan Multimedia menyebut terdapat lebih 16 juta pemegang akaun FB di negara kita; bayangkan berapa banyak duit dibelanjakan untuk media sosial!

Kita tidak kisah membayar RM30 untuk ‘top-up’ HP. Tambah RM30 hari ini, lusa sudah habis sebab asyik ber-FB. Kita isi minyak motosikal setiap hari, bayar RM ratus-ratus untuk penuhkan tangki kereta mewah dengan RON97.

 Banyak lagi RM keluar dari dompet untuk bayar tol, parking, upah budak jaga kereta, dan lain-lain.

Malah, kita tidak kedekut menjamu keluarga di restoran ayam goreng popular, piza, burger, minum kopi berjenama dari Amerika, hatta menikmati nasi kandar ayam kicap di restoran pilihan. Cuba congak, berapa kena bayar untuk makan sekeluarga lima orang di tempat-tempat tersebut? Paling tidak pun RM100 sekali makan.

Tetapi, kenapa susah sangat untuk menjelaskan bil pembetungan? Pada hal Indah Water Konsortium mengenakan bayaran hanya RM8 sebulan, atau tidak sampai 30 sen sehari. Atau, untuk keluarga lima orang bayarannya hanya 6 sen seorang, setiap hari.

Kita sanggup membayar RM ratusan sebulan untuk menikmati hidangan lazat di restoran ayam goreng atau restoran nasi kandar. Tetapi, siapa yang menguruskan semua yang terhadam di perut dan keluar dari tubuh, dan masuk ke tangki septik di rumah kita?

Maka, kita patut membayar bil bulanan – meliputi kos-kos operasi dan kos elektrik yang meningkat 10%-15% setahun. IWK mengucapkan syabas kepada rakyat Malaysia yang bermurah hati dan prihatin membantu mangsa banjir. Sikap prihatin itu patut juga diberikan kepada khidmat pembetungan.



Source: Sinar Harian 15 Jan 2015


Friday, 9 January 2015

Kesian Lelaki.. Alahaii...


Laki telefon,
Laki : Yang oii... Abang kat kedai mamak ni... Awak nak pesan apa-apa?
Bini : Tak mau bang, bini awak diet...
Laki pun balik rumah, goyang tangan tak beli apa-apa...
Sampai rumah, tengok bini tarik muka moncong macam cencorot
Siap majuk-majuk... Lari tidur bilik sebelah....
Bila laki tanya balik,
Laki : Kan tadi awak yang tak mau pesan apa-apa yang oiii....
Bini : memangla orang kata tak mau apa-apa...Tapi belikan jer la apa-apa.... Kalau abang beli apa-apa kita makan jerrr....
Laki : Eh, bini aku ni... Yang mana satu ni?
-----------------------------------------------------------------
Laki telefon bini,
Laki :Petang ni awak nak masak apa Yang?
Bini :Alaaahhh.... Hari-hari kena masak, penatlah bang! Balik kerja ni Abang makan siap-siaplah
Laki pon, balik kerja.. Singgah kedai mamak, Tibai nasik beriyani kari kamben baekk punya. Sampai umah, sendawa bau kamben...Tiba-tiba... Bini jerit panggil suh makan!
Bini : Bang, bini awak masak sambal tumis petai, sama sup ayam,
Sama telur bistik, sama ayam goreng kunyit. Jom makan!!
Si laki terkulat-kulat pandang makanan penuh satu meja,
Sedangkan perut dia dah senak, penuh dengan kamben!
Merajuk lagiiii... Tido bilik sebelah lagi.....!!
Laki :Yang, awak ni ada kecelaruan mental ke halusinasi nih?
----------------------------------------------------------------
Bini : Abangni, kalo dok umah asek sepah umah jerlah! Bini abang penat tau nak kemas umah semedang, Awat abang tak kuar pi mancing ker... Pi main bola ke... Pegilah! Pegilah! Saya nak rilek-rilek dgn budak-budak nih
Si laki punyala seronok weeiii....Dan-dan bangun pi tukar baju, capai talipon, capai kunci keta... Bila dah siap, kuar bilik... Tengok hanak bini dah siap-siap pakai baju lawa...
Bini : Bangggg, bini awak sama hanak-hanak ikut awak eh?
----------------------------------------------------------------
Bang, ujung mingguni balik kampung nak?
Abang keja lah yang....
Abang hantar bini abang dgn hanak-hanak dah la bang,
Pastu abang balik la KL balik
Lepas dah hantar hanak bini balik Parit Buntaq,
Esoknya, laki pon start keta... Nak balik KL.
Baru sampai Taiping, talipon berbunyi... Bini dia talipon.
Abang bila nak balik ambik kitorang bang?
----------------------------------------------------------------
Bini : Abang ni asyik tengok tibi jer dari semalam tau,Abang tak kesian bini abang ker...Dah kelupas-kelupas kulit jari tau.. Asik basuh kain jer
Abang tulungla lipat banjaran Himalaya dalam bilik rahsia tu bang...
Laki pon, dengan muka rebel.... Masuk bilik rahsia... Lipat kain
Sekali, bini masuk bilik nak usha line... Tetiba jer kena petir plak..
Bini : Apa awak lipat kain mcm ni banggg?
Kenapa sudut kanan tak align dgn sudut kiri nih?
Kenapa kolar baju ni awak lipat ke dalam?
kenapa spender ni awak lipat tiga?
kenapa? kenapa? kenapa?????????????
---------------------------------------------------------------
"Nah hambik anak ni bang... pakaikan pampers, pakaikan baju...
bini abang nak mandikan hanak yang sorang lagi...."
"Nak bagi pakai baju mana ni Yang...?" <--- laki tanya
"Alah abangni... kan baju anak ada 8 bakul tu... pakaikan jerlah baju mana-mana pon... bukan ada org nk tengok ponnn...
Bila bini tengok, anak dah siap pakai baju.... "
"Apa pesen baju abang bagi budak ni pakai bangggg! Apsal seluar kunin, tapi baju kaler merah? kalau orang tengok, nanti orang ingat anak kita sami ha..."
Kesian lelaki... alahaii..

Thursday, 8 January 2015

Zenfone 2 Mantap!!!

ASUS has announced the Zenfone 2 on stage at CES 2015. The phone is 3.9mm thick at the edges, features a 5.5-inch full HD IPS display, has a 64-bit 2.3GHz Intel processor, and runs Android 5.0 Lollipop
The Zenfone 2 has a 13MP with a ƒ/2.0 aperture with a dual-tone flash, as well as a 5MP front-facing camera. It comes with an option for 2GB and, in a first for an Android device, 4GB of RAM, and Dual Channel for up to twice the data transfer efficiency over the last Zenfone. It has a 3000mAh battery, that ASUS says charges from 0-60% in 39 minutes.
ASUS is also launching updates to ZenUI. The emphasis with these updates are increased personalization and security. You can choose the theme, fonts, and icons for your Zenfone. It features a kids mode with increased parental controls. SnapView helps secure apps, photos, and files, separating personal and business information.
The ASUS Zenfone 2 will be available in March 2015 starting at $199.
Read more, click here.