Seorang agen hartanah dan usahawan dalam bidang pembinaan, Hamizi Hamdan, menceritakan pengalamannya menemuduga calon-calon pekerja untuk syarikat beliau APS Project Planner Sdn Bhd. Dari 7 calon yang hadir, hanya 3 yang dipertimbangkan. Ikuti kisah di bawah untuk memahami apakah kriteria yang dilihat oleh seorang penemuduga. Semoga kisah ini memberi tauladan buat graduan-graduan yang sedang mencari kerja di luar sana.
————–
Dari beliau:
————–
Dari beliau:
Ringkasan Temuduga 27 Ogos 2014:
Saya telah menemuduga 7 calon sebagai Project Planner untuk beberapa projek baru kami. Calon yang hadir berkenaan kesemuanya berbangsa Melayu, kesemuanya kelulusan universiti tempatan (UiTM, UKM & UMP), 6 orang adalah fresh graduate dan 1 orang berpengalaman 2 tahun, 4 orang lelaki dan 3 orang perempuan.
Daripada 7 orang ini, 4 orang saya bagi jawapan ANDA GAGAL di depan mata mereka sendiri, manakala 3 orang lagi dalam pertimbangan.
Berikut adalah sebab mengapa 4 orang tadi GAGAL:
1. Calon GAGAL pertama (perempuan), fresh graduate:
– tidak bawa gambar seperti yang diminta – ini adalah arahan yang paling simple semasa dipanggil untuk temuduga. samada calon mengambil ringan atau cuba berjimat itu bukan alasan.
– tiada lesen memandu (sudah tentu tiada kenderaan) – tiada mobility. terpaksa dihantar ke sana dan ke mari. pekerjaan sebagai planner atau engineer atau banyak kerja di luar perlu mobility.
– tidak bersedia – katanya ada baca berkenaan syarikat tetapi tidak mampu bercerita sedikit berkenaan syarikat dan apakah tugas sebagai project planner.
– memakai baju kurung – ini adalah 1st impression. saya bukan mahu mencari staff admin yang duduk di pejabat sepanjang masa. seharusnya datang dalam penampilan yang sesuai dengan pekerjaan yang sedikit lasak tetapi sopan.
– suara tidak jelas – kerana kurang bersedia dan tidak confident, maka suaranya jadi kurang jelas.
2. Calon GAGAL kedua (perempuan), fresh graduate:
– kerana jawapannya – dia sedang apply untuk sambung Master. bila ditanya jikalau dapat kerja dan juga dapat sambung Master serentak, jawabnya dia akan menilai pekerjaan itu (bukannya Master). maka priority nya dilihat lebih kepada sambung belajar. saya tidak mahu ambil pekerja yang tidak komited.
3. Calon GAGAL ketiga (lelaki), fresh graduate:
– baju tidak masuk ke dalam – ini bukan pergi bersantai berpakaian begini. walau apapun pekerjaan yang dipohon.
– job hopper – baru bekerja beberapa bulan dengan syarikat pemaju yang membayar RM2,500 sebulan dan sekarang minta RM3,000 sebulan (firm).
selepas beberapa jawapan diberi melalui pengalaman yang pendek, saya jawab, “apabila saya lihat CV berkenaan gaji yang awak dapat dan gaji yang diminta, saya tertanya-tanya apa kelebihan awak. tetapi sekarang saya rasa awak tidak lebih baik daripada staff yang saya ada, malah saya tidak akan bayar RM2,500 untuk awak, dan RM2,000 untuk awak juga sudah agak mahal. awak patut study market dan appreciate company awak kerja sekarang”. – kejamkan jawapan saya.
4. Calon GAGAL keempat (lelaki), fresh graduate:
– tidak datang awal untuk mengisi borang – hanya temuduga dengan calon ini sahaja yang bermula lewat kerana dia tiba 5 minit sebelum temuduga.
– tidak bawa CV terkini dan gambar – juga telah diingatkan sebelum ini. gagal mengikut arahan.
-alasan berhenti kerja terdahulu – katanya jauh (tinggal di cheras, kerja di semenyih), tidak diberi rumah (gajinya RM2,800), tidak dapat rumah sewa (alasan tidak logik), tiada supervisor (inilah alasan sebenar bagi saya)
calon ini anak bongsu. manja. susah sikit tidak boleh. jauh sikit (tak jauh mana pun) tak boleh, nak kerja depan rumah. hendak gaji besar hendak kerja senang dan kurang tanggungjawab. saya advise dia seperti calon gagal ketiga tadi.
Kesimpulan:
Tiga calon yang berjaya lepasi pun bukanlah bagus mana sangat, tetapi lebih baik dari segi attitude. Saya berpendapat Gen-Y ini manja. Mereka rasa mereka patut dapat itu dan ini secara mutlak tanpa perlu berusaha kuat. Mereka pandang ringan banyak perkara.
Kredit: Hamizi Hamdan, dengan izin
Sumber: Vocket
No comments:
Post a Comment