Wednesday, 25 February 2015

Cara Dropbox sahkan bisnesnya berpotensi besar.


Bagaimana mengesahkan bahawa idea bisnes kita ini benar-benar berbaloi?
... Dan juga menguntungkan?

Kita boleh belajar daripada kisah ringkas ini. Ia bakal membuka mata terhadap cara memperoleh idea bisnes yang menguntungkan.

===
Cerita bisnes Dropbox.
===

Cerita ini dikongsikan oleh usahawan bernama Carlos Del Carpio.
Ia berkenaan sebuah jenama teknologi perkongsian fail yang digunakan oleh majoriti pengguna Internet.

Pernah dengar Dropbox?
Pada satu hari, pengasas Dropbox cuba untuk mendapatkan dana daripada pelabur.
Pelabur itu kemudian bertanya kepada pengasas Dropbox,
"Teknologi seperti ini sudah ada banyak di luar sana. Kenapa saya perlu melabur ke dalam syarikat kamu?"

===
Sudah ada banyak produk yang sama... Kenapa saya perlu melabur pada kamu?
===
Apakah respon pengasas Dropbox, apabila diajukan dengan soalan yang mencabar itu?
Beliau kemudian bertanya semula kepada pelabur tersebut,
"Benar. Memang ada banyak teknologi, sistem dan produk yang sama seperti kami di Dropbox. Tetapi pernahkah kamu menggunakannya?"
Pelabur itu menjawab, "Tidak."
Pengasas Dropbox bertanya kenapa.
Jawapan pelabur itu, "Kerana semuanya tidak bagus."
Lantas jawapan pengasas Dropbox,
"Baik. Maka itu masalah yang Dropbox berusaha mahu selesaikan. Supaya produk itu bagus dan ramai orang suka menggunakannya."

===
3 Pengajaran penting.
===

Pengajaran daripada cerita ringkas ini adalah:
1) Setiap bisnes yang wujud hari ini, adalah bertujuan untuk menyelesaikan masalah orang lain.
2) Idea bisnes yang baru dan tidak pernah wujud di mana-mana, adalah idea yang berisiko tinggi kerana ia belum diuji kadar permintaannya.
3) Dropbox wujud bukan sebab mereka baru. Mereka wujud kerana sudah ada pesaing. Cuma produk mereka adalah jauh lebih baik.

No comments:

Post a Comment