Monday, 7 December 2015

Aku Bukanlah Aku

"Bodohlah kau ni!"
Bos memarahi pekerjanya, seorang kerani. Salah fotostat dokumen. Mulutnya membebel dan memaki sesedap rasa hatinya.
Kerani tersebut hanya mampu meminta maaf.
"Kerja mudah macam ni pun tak boleh buat dengan betul! Apa entah. Takkanlah aku sendiri lak nak fotostat. Banyak lagi kerja lain aku nak buat. Meeting dah tak lama ni!"
Kelam-kabut si kerani yang setahun jagung bekerja tu cuba betulkan balik.
Office hour pun tamat. Semua orang balik rumah masing-masing.
Si kerani singgah di kedai mamak. Roti canailah. Dah seharian, tak sempat nak makan sebab terlampau banyak kerja nak diselesaikan. Tengah-tengah dia makan, dia dengar riuh-rendah dalam kedai makan. Orang ramai berkerumun.
Dia tengok, bosnya terlentang di atas lantai. Mungkin serangan jantung. Orang tengok saja, rata-rata ada yang kenal. Tapi, tak sanggup nak tolong. Buat hal masing-masing. Si kerani tak sanggup nak tengok bosnya dalam keadaan begitu. Segera pergi mendapatkannya. Call ambulans.
Ambulans sampai dan bawa mereka ke hospital. Si kerani menemani. Sampai di hospital, akhirnya bos sedar balik. Si kerani berada di samping bosnya dari awal sampai sedar. Tak tinggal.
"Bos dah okay? Kalau macam tu, saya balik dulu. Saya dah hubungi keluarga bos. Kejap lagi nanti sampailah tu."
Bos menahannya.
"Kenapa kau tolong aku?"
Si kerani tersenyum.
"Bos hanya bos di tempat kerja saya. Bukan bos di luar tempat kerja. Di dalam, saya kuli. Di luar, kita macam saudara. Dah jadi tanggungjawab saya tolong saudara sendiri."
"Tapi, aku dah layan kau dengan buruk di pejabat."
Si kerani jawab,
"Tak mengapa. Saya tak simpan dalam hati. Memang saya masih tak cekap buat kerja. Tak cukup pengalaman. Maafkan saya banyak buat silap."
Bos terdiam lama.
"Maafkan aku."
Si kerani hanya tersenyum.
"Bos ada hak nak marah saya. Tak perlu minta maaf. Cuma, kalau boleh, bos kena consider sesuatu juga."
Bosnya berkerut kening.
"Apa dia?"
Si kerani membalas,
"Bos kena buang rasa AKU dalam diri bos. 'AKU bos' jadi orang lain kena tunduk pada aku. 'AKU hebat, AKU kaya, AKU paling berkuasa, AKU punya syarikat, AKU seorang yang betul orang lain salah, ikut suka AKU-lah sebab AKU gah!'. Bos lupa, di atas hebatnya AKU adalah Allah.
Bos kena ingat, status dan segala yang bos ada sekarang bukannya kerana bos berusaha kuat, tapi kerana Allah yang berikan atas dasar Dia Maha Pemurah. Ramai lagi di luar sana yang berusaha, tapi belum berjaya. Orang bawahan bos, bukannya robot. Mereka juga ada hati dan perasaan. Sebagaimana bos mahu direspek, mereka juga ingin ada rasa dihormati.
Lihatlah macam tadi, bila bos sakit, ada saja staf-staf lain yang nampak, tapi mereka buat tak peduli. Sebab sakit hati ingat layanan bos, moody, marah sesuka hati. Bukan bos seorang ada masalah. Semua orang ada masalah. Kan lebih baik, kita sama-sama bertimbang rasa dan bertolak-ansur.
Bos hanya layan mereka yang pandai memuji dan ambil hati bos untuk kepentingan peribadi. Sedangkan yang buat kerja dengan lebih telus dan rajin adalah orang yang lain. Orang pandai mengampu, naik pangkat. Orang yang tidak rapat, diabaikan."
Bosnya terdiam.
"Apa jadi kalau aku teruskan dengan sikap lama?"
Kerani berkata perlahan,
"Nabi s.a.w. tak amalkan sikap tu semua walaupun Baginda adalah ketua segala-galanya dalam urusan dunia.
Kalau teruskan, pada hari mati bos nanti, tengoklah ada atau tak orang yang nak datang ziarah."
Bosnya terus sebak. Menitis air mata. Barulah dia sedar, dia cuma manusia biasa. Hanya seorang hamba.
Berada di atas bukan selamanya.
Suatu hari kita juga akan berada di bawah.
Di bawah timbunan tanah.
Kredit cerita oleh: Muhammad Rusydi


No comments:

Post a Comment