MISTERI KEHILANGAN MINYAK HITAM!!! KE MANA PERGINYA?
Bila cek dipstick, minyak hitam kurang walaupun baru je tukar. Jengok sana jengok sini, tengok lantai, takde pulak kesan bocor. Habis, mana perginya minyak hitam itu?
Ada beberapa sebab mengapa minyak hitam anda boleh kurang tanpa kebocoran. Salah satu penyebabnya bergantung kepada jenis enjin kereta anda. Sesetengah enjin di reka untuk menggunakan minyak hitam sedikit sahaja, tetapi ada yang memerlukan banyak dan kadang-kadang boleh sampai sehingga1 liter setiap 1,000km. Tapi…. kalau dulu ok, baru baru ni je kurang, kenapa ya?
Cara yang paling senang memeriksa minyak hitam kereta anda adalah dengan memeriksa asap yang keluar dari ekzos, walaupun tiada asap tidak semestinya tidak bermasalah. Jika kereta anda mengeluarkan asap berwarna kebiruan, ini bermakna enjin kereta anda membakar minyak hitam berlebihan. Jika masalah ini diabaikan, lama-kelamaan ini mungkin akan jadi serius dan merosakkan bahagian enjin lain. Kereta kereta moden dengan catalytic converter mengurangkan asap yang keluar setelah kereta berjalan, jadi anda mungkin tak perasan fenomena ini. Tapi jika ada masalah kebocoran dalaman, suhu catalytic converter anda akan meningkat dan lama kelamaan akhirnya merosakkan catalytic converter anda dan asap tersebut kelihatan.
Jika catalytic converter anda belum/tidak bermasalah, anda mungkin dapat melihat asap biru ini hanya sewaktu enjin anda mula hidup, iatu sebelum catalytic converter anda mula bekerja (panas).
Jika minyak hitam berkurangan tanpa kesan kebocoran dan asap, bagaimana pula? Dalam hal ini, anda perlu bersegera ke bengkel yang dipercayai kerana masalah ini mungkin beum serius dan kos baikpulih mungkin tidak setinggi jika masalah ini agak serius.
PUNCA ENJIN MENGGUNAKAN MINYAK HITAM BERLEBIHAN:
+ Valve guide yang haus: Valve Guide melancarkan gerakan injap dan memudahan minyak mengalir ke ruang pembakaran. Tetapi, jika celahan terlalu besar, Valve Seal kenderaan tidak boleh menghalang minyak masuk berlebihan ke ruang pembakaran .
+ Valve Seal yang rosak: Bila Valve Seal rosak, haus, atau tidak dipasang dengan betul, minyak hitam akan disedut ke dalam silinder dan enjin. Sekiranya ini berlaku, kompresi enjin tidak akan terjejas tetapi penggunaan minyak berlebihan inilah yang menyebabkan minyak hitam cepat habis. Biasanya masalah ini boleh diperbaiki dengan menukar Valve Seal yang baru.
+ Piston Ring yang rosak: Piston Ring yang haus, atau rosak atau dipasang dengan salah akan menyebabkan kebocoran minyak ke dalam kebuk pembakaran
CARA-CARA MENGURANGKAN KEHILANGAN MINYAK HITAM
+ Tukar kepada minyak hitam yang kurang pekat seperti minyak jenis sintetik. Ada yang fikir bahwa menguunakan minyak yang pekat mengurangkan masalah ini, tapi ini tak benar. Bergantung kepada jenis kereta, minyak yang pekat boleh menyebabkan aliran minyak menjadi kurang efisien, serta meningkatkan tekanan dalam enjin
+ Pengamalan pemanduan antara 2 - 2.5k RPM boleh mengurangkan pembaziran minyak hitam dan juga menjimatkan penggunaan petrol.
LANGKAH DI BAWAH BUKAN SAHAJA BOLEH MNGURANGKAN KEHILANGAN MINYAK HITAM, MALAH LEBIH PENTING, MENGELAKANNYA DARI TERJADI
+ Ganti air filter anda mengikut jadual. Air filter yang tidak dipasang betul atau tidak diganti bila perlu akan menyebabkan kekotoran masuk ke dalam silinder. Partikel yang halus akan menyebabkan piston ring haus dan rosak.
+ Cek kadar minyak hitam anda dari masa ke semasa
+ Gunakan minyak hitam, oil filter dan air filter berkualiti dan sesuai untuk kereta anda
+ Tukar minyak hitam anda pada masanya. Kebanyakkan masalah enjin boleh dielakkan dengan penukaran minyak hitam pada masanya. Minyak yang tidak ditukar boleh menjadi pekat dan merosakkan piston ring dan jika terlalu lama, menyebabkan keadaan menjadi bertambah buruk. Contohnya seal dan gasket menjadi keras. Minyak yang kurang atau tak berkualiti atau kotor tidak melindungi piston ring dan sebaliknya melekat pada piston ring.
Jika masalah menjadi serius anda mungkin memerlukan overhaul. Biasanya masalah yang melibatkan piston, memerlukan overhaul. Jika ia valve guide atau valve seal, mungkin top overhaul saja. Apa apa pun, mekanik perlu membuat pemeriksaan dahulu.
Jangan biarkan minyak hitam anda berkurangan tanpa tindakan susulan. Minyak hitam perlu cukup kerana ia berfungsi untuk
- Mengurangkan kegesaran komponen
- Membersihkan enjin
- Menghalang karat
- Membantu sealing
- Menyejukkan enjin
- Mengurangkan kegesaran komponen
- Membersihkan enjin
- Menghalang karat
- Membantu sealing
- Menyejukkan enjin
Bayangkan masalah yang anda mungkin hadapi jika masalah ini tak diatasi dan minyak hitam anda terus berkurangan.
Sekian.
Adakah artikel ini bermanfaat? Jika ya, jemput share.
No comments:
Post a Comment