Tuesday 28 April 2015

JANGAN ikut BUDAYA Melayu. IKUT apa yg Nabi AJAR.


Tugas suami dan tugas seorang isteri...

JANGAN ikut BUDAYA Melayu. IKUT apa yg Nabi AJAR.

Cerita penceramah & pakar kaunseling rumahtangga TUAN HJ HUSSIM, sahabat baik Dato' Fadzilah Kamsah. Dia mengaku sgt bahagia bersama isterinya...
Katanya," Sy bangga nak bagi tahu semua, dulu waktu anak-anak kecik, sayalah tukang cuci punggung anak2, salin lampin, sampai anak pancut kat muka, sayalah tukang basuh baju lampin semua...tu kerja saya...Isteri sy kata, "abg, malam2 abg ambik alih buat kerja tu semua ok"...kita sama2 kerja.

"Saya nak bagitahu, dalam rumahtangga, suami kena rajin. Tak boleh malas... Lani dah senang, baru saya cari pembantu kat isteri saya. Tapi saya bangga nak bagi tahu itu yg sy buat dalam rumhatangga selama ini. Jemur baju kat luar, jiran sebelah tegur. Semua tu kerja saya dan sy tak malu mengaku.."

Berforum pula sy dgn USTAZ NIZAM KADIR, katanya..
suami kena rajin, sampai siapkan makan untuk isteri sampai isteri boleh mkn,
siapkan pakai sampai suami tolong iron baju isteri, 
siapkan rumah sampai suami yg jaga kebersihan rumah, mengemas semua suami,

Habis isteri? 
Isteri sediakan diri untuk suami, bercantik2, picit2 suami, bermuka manis. 
Kalau isteri buat kerja rumah, isteri dapat pahala.

Sebab tu kalau sama2 kerja, sama2 buat, tapi suami kena lebih sebab tu memang tanggungjawab suami.

Isteri kalau buat lebih, suami jangan lepas tgn pula, kena ada belas kasihan sebab ni bukan tugas isteri. Tapi hari ini perempuan buat kerja sampai tak ada masa rehat langsung, Mana tak tarik muka, mana muka tak nampak penat. Mana tak komplen suami. Macam mana nak bahagia rumahtangga?

Kita hari ni org Melayu nampak suami buat lebih sikit, kita kata isteri dia queen control, Padahal itu yg Islam suruh. Org perempuan buatlah kerja macam2, dlm hati dok menyumpah seranah, dalam hati dok kata nak redho tapi tak ikhlas2 juga, sia2 saja.Last2 penat dpt, dosa pun dpt"

USTAZ ZAHAZAN MOHAMAD:
"Menurut pendapat masyhur kalangan EMPAT MAZHAB, seorang isteri tidak diwajibkan melayani suaminya iaitu menyediakan makan, mencuci pakaian dan seumpamanya.
Seandainya isteri melakukannya, ia hanyalah sebagai kesopanan atau akhlak mulia terhadap suami. Bukan kerana kewajipannya.

Oleh itu, jika suami menuntut isterinya atas masalah ini ke pengadilan syariah, maka tetap isteri tidak boleh dipaksa (tidak diwajibkan) melayani suaminya. Maka, sangatlah adil kalau suami bekerja, memeras keringat untuk menanggung kehidupan keluarganya. Sedangkan isteri bekerja dirumah melayani kepentingan keluarga.

Jika isteri bekerja di luar rumah (sama2 mencari nafkah) , maka sudah seharusnya suaminya turut membantu menyelesaikan pekerjaan di rumah. Apalagi jika mereka mempunyai anak yang masih kecil"

Jika kita tiada ilmu, jangan kita memandai-mandai menjatuhkan hukum semua urusan rumahtangga adalah kewajipan isteri.

Ikutlah acuan yg Nabi ajarkan. Saidatina Aisyah melaporkan Nabi ketika di rumahnya, bagindalah yang paling bnyk senyum pada isterinya, yg paling bnyk khidmat dan buat kerja rumah untuk isterinya....

Menjadi wanita tidak penat. Jika suami faham tanggungjawab. 
Menjadi suami tidak penat, bilamana semua beban kerja hilang dgn melihat senyuman, kecantikan dan kasih syg seorang isteri.

Adilnya Islam bila kita sama2 membantu...sama2 memuliakan antara satu sama lain.

SEMOGA ALLAH AMPUNKAN KITA SEMUA

DOA DAN BACAAN KETIKA MENGAMBIL WUDHU'

DOA DAN BACAAN KETIKA MENGAMBIL WUDHU'


1. Ketika berkumur,
berniatlah kamu dengan, "Ya Allah,ampunilahdosa mulut dan lidahku ini".

2. Ketika membasuh muka,
berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, janganlah Kau hitamkan muka ku ini".

3. Ketika membasuh tangan kanan,
berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku ditangan kanan ku ini".

4. Ketika membasuh tangan kiri, 
berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab- hisab ku di tangan kiri ku ini".

5. Ketika membasuh kepala, 
berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Mahsyar dengan Arasy Mu".

6. Ketika membasuh telinga, 
berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"

7. Ketika membasuh kaki kanan, 
berniatlah kamu dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".

8. Ketika membasuh kaki kiri, 
berniatlah kamu dengan,"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat- tempat maksiat"

p/s : Akhir sekali, baca doa selepas wuduk & bolehlah mulakan solat. 

Banyakkanlah amal soleh kerana ia adalah pendinding dan perisai orang mukmin dan pelindung kepada serangan iblis