Friday 24 July 2015

Rumah Terbuka Aidilfitri 1436H/2015M Parit Penghulu, Sg. Rambai, Melaka.

Assalamualaikum semua.

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Minal Aidin Wal Faizin.

Wahh dah raya dah. Ni dah hari ke 7 Syawal, baru sempat nak update. Taknak la update kat FB, Instagram.. Nanti entri kena block, susah nak cari. Lebih baik letak kat blog sendiri.

Raya tahun ni adalah tahun ke 5, rumah embah saya mengadakan Rumah Terbuka. Dah 5 tahun berlangsung, maka banyaklah peningkatan dalam merancang majlis ni. Perancangan untuk majlis ni diutarakan oleh embah saya, Hjh. Sarmunah Hairi pada bulan Sya'ban lagi & dirancang pada permulaannya oleh pakcik saya, Lek Di. Perancangan cukup mudah. Senang kata, macam nak buat kenduri kahwin la. Setelah beberapa kali berbincang dengan adik beradik mama saya yang 10 orang tu, maka terhasillah tugas2 dan cadangan menu2 yang akan dihidangkan pada majlis tersebut. 


Jemputan adalah seramai  anggaran 500 orang. Wow.. memang dah macam kenduri kahwin ni. 

Perjalanan majlis dirancang. 

10.00 pagi:   Khatam Quran
12.00 tghari: Tahlil ringkas 
5.00 ptg: Majlis tamat (yeahh!!!)

Antara menu yang dirancang adalah:


1. Kambing golek 2 ekor
2. Daging masak kicap 30 kg.
3. Kari kambing 2 ekor
4. Ayam panggang 60 ekor
5. Sambal goreng
6. Tom yam cheker
7. Asam pedas ikan kembong
8. Ketupat
9. Nasi putih
10. Air buah-buahan 4 balang


Ni baru hidangan untuk waktu pagi. Mengambil kira pengalaman yang lepas, maka tercadang la juga menu untuk waktu petang. Antara menu yang ada:


1. Roti jala
2. Mee rebus
3. Bihun sup kaki kambing


Tapi... ada juga menu yang diluar perancangan. Menu kentang lenyek daripada Lek Din. Dia ni master mind je untuk buat kentang lenyek ni. Yang jadi tukang lenyek, kami le anak-anak buah dia.


Pada awal Ramadhan, Bik Mirah ada bagitau nak buat kerepek pisang tanduk. Wahhh ini yang membuatkan nostalgia zaman 90'an. Makan kerepek pisang!!!. Tapi aku tak dapat nak join sebab berada diperantauan. 


Setelah masuk bulan Romadhon 1436H, Lek Di pun mengutuskan utusan ke group di FB.


Assalamualaikum
Saya wakil keluarga Arwah Hj Salim Mukibat dgn rendah hati ingin menjemput saudara/i sekeluarga ke Majlis Ramah Mesra Aidilfitri d rumah mak,


Hjh Sarmunah Hairi, 
Kg Parit Penghulu,

Sungai Rambai, 
Melaka 
Tarikh: 18/7/2015 (Raya k2) Masa:1130 ~1700.


Semoga kehadiran saudara/i akan mengeratkan lg silahturrahim kita.
Wassalam

Ini la antara kandungan utusan tersebut. Ada yang baca, ada yang reply. Moga-moga mereka tahu akan perkhabaran ini. 


Embah antara orang yang paling sibuk. Mana tak nya, dah dia tuan rumah, mesti nak sempurna. Tiada cacat cela. Tapi kami buat mana yang mampu la. Daripada buat sarung ketupat, tapai semua embah yang buat. Sebab dia nak cepat. 


Pada 29 Romadhon, saya dah ke rumah embah bersama mama, pada jam 9.30 am. Sampai je, kelihatan Fortuner Lek Din dah sampai. Wahh awalnya. Dah salam-salam, tiba masa mencari Bik Amai yang tengah membersihkan tulang & daging lembu yang mereka beli pagi tadi di Pasar Merlimau. Saya pula membawa tulang selangka lembu, konon-kononya untuk membuat sup & dihidangkan semasa takbir pada malam ni. Ehhh... dah raya ke malam ni? Konfirm ke? Hihihi.. Tolong-tolong basuh daging, paru, limpa, ayam yang dibawa oleh Bik Mirah (5 ekor je untuk hidangan esok). Ambil masa 4 jam juga la nak basuh ni. Maklum lah.. Hanya berdua sahaja. Mama & Bik Mirah sedang menyediakan bahan-bahan untuk menumis kejap lagi. Lek Din, master mind je. Hihihi. Dah jam 12 tengahari, kepala pun dah ting tong, saya pun masuk rumah & tidur sebentar. Saya terjaga sebab kedengaran bunyi bising orang sedang memasang khemah. Maklumlah, nak kenduri. 5 khemah disewa. Itu pun embah cakap tak cukup. Hihihi. Lepas tu saya pulang ke Serkam untuk ambil isteri, anak & adik-adik yang telah ditinggalkan di rumah (mengemas rumah le tu). Pada petang tu, kami berbuka dirumah embah beramai-ramai.

Shoot drpd drone Along. Terima kasih Along.

Khemah telah tersedia!!!

2 Syawal 1436H

Masak-masak di pagi 2 hari Raya

kambing golek yang tergolek

Lenyek Tolll...

Check perbarisan ke abg Jazli?

Balang air buah.. Wow banyaknya..

Lenyek jangan tak lenyek. Lek Din, master mind.

Majlis khatam Quran yang dipimpin oleh Lek Busu Asran.

Anak Bik Adah

Majlis khatam Quran. Lelaki dibelakang tu, rakan arwah abah saya,
En. Roslan yang bekerja di MRSM Serting, N.S.

Tahlil yang dipimpin oleh Ust. Mukhtar.


Ketika hadirin sedang bertandang..


Masak menu untuk waktu petang


Ni gambar-gambar selepas seharian bekerja. Wajah-wajah riang di Aidilfitri.






Sedekah jariah..

Embah kami..



Wakil anak je tu Bik Khai tapi wajah dia cukup gembira..



Ipah & embah


Umairah, embah, Siwo Kadri, Lek In

























Selesai sudah majlis ni. Terima kasih kepada semua atas pertolongan samada sedikit mahupun banyak. Insyaallah jika dipanjangkan umur, berjumpa lagi di tahun hadapan.


Assalamualaikum..