Sunday 14 June 2015

SIJIL APA YANG PALING BERHARGA YANG PERNAH ANDA DAPAT?

Assalamualaikum..


Dah lama tidak menaip untuk blog ni. Maklumlah, agak sibuk dengan membantu orang ramai untuk mendapatkan perkhidmatan takaful ni. Rupanya agak ramai yang tidak memiliki pelan2 takaful ni kerana ramai yang tidak tahu kepentingan takaful dimasa hadapan. emmm tak nak la berceloteh tentang takaful ni. Kita cerita tentang perkara lain pula.



Semalam, aktiviti mengemas rumah dilakukan. Daripada atas (buang sawang labah-labah @ spider web) sehingga la mengemop lantai. Dah siap semua tu, saya nak masukkan penyapu & peralatan pembersihan yang lain ke dalam stor. Masuk je stor, Allahuakbarrrr!!! Bersepah! Kerja2 penyusunan semula barang2 kat stor ni pun bermula.. Ala-ala 5S gitu. Kenalpasti (identify), pengasingan (sorting) & bla.. bla.. hahaha.. penat juga ni buat 5S.



Selepas susun barang2 yang besar2, now, turn untuk susun yang ringan2 macam fail2, surat2 khabar, tools & macam2 lagi la.. dah kata namanya stor, semua ada.. nasib baik xde tikus.. maka bermulalah membuka 'beg sekolah'. 



Dah lama tak buka beg2 ni. last sekali masa pindah rumah, 2 tahun lepas. pastu terlonggok je dalam stor tu. Sesi membelek fail bermula. Satu persatu dibelek helaian fail tu. tersenyum sendiri pun ada. mana tak nya, fail yang dibuka tu adalah fail sijil2 ketika dibangku sekolah suatu ketika dahulu. Allahuakbar.. Kata mama, Sijil ni amat penting sebab akan bantu kita ketika nak masuk menara gading.. ayat ni dilafazkan oleh mama sewaktu aku darjah 3 dahulu iaitu 20 tahun lepas. 'ko kena masuk tu, masuk ni.. baru dapat sijil.. kalo tak, xde sijil'. ayat yang boleh diklasifikasikan sebagai ayat ugutan.. tapi adakah ayat ugutan ini tidak bermakna? SANGAT BERMAKNA!!! 



Sijil daripada Tadika Kemas (Taman Didikan Kanak-Kanak) ada 1 je, sekolah rendah ada la, sekolah menengah kurang sikit daripada sekolah menengah, matrik ada 1 je kot, universiti lebih kurang sekolah menengah, dah keje pun ada sijil. Sijil-sijil ni amat bermakna kepada setiap daripada kita. Ia menunjukkan bukti kita pernah menyertai aktiviti tersebut. Biasanya sijil ni daripada pencapaian akademik, perkhemahan (camping), pertandingan kuiz. Kalau sukan pula, biasanya dibuktikan dengan piala. Rumah yang banyak piala, maksudnya adik beradiknya tu suka bersukan la.



Dibelek-belek sijil-sijil ni, tersenyum sendiri. Tersingkap kenangan disebalik maksud sijil ni. Apabila terbaca sijil tentang camping disekolah rendah, fuhhh... tergelak lak aku ni.. mana tak nya, rumah kat dalam sekolah (kuarters sekolah) tapi banyak hal apabila nak pergi camping tu. keperluan untuk camping tu mengalahkan orang yang tinggal jauh daripada sekolah.. alahai... saat yang paling tidak boleh dilupakan apabila kena tidur di dalam kelas.. susun meja tanpa lapik tilam.. zaman 1990'an dulu, keadaan meja menulis ni, mana la seragam.. ada tinggi, ada rendah.. so, paham2 je la.. sakit belakang ni.. pastu dengan kawan2 yang agak nakal ni, mana la nak tidur.. dok menggangu kawan2 yang nak tidur.. cikgu lalu je, semua pura2 tidur.. alahai kawan2.. jika masa makan, kami dikehendaki masak sendiri.. bukan macam keadaan 2015 ni.. makanan dah disediakan. cikgu beri 1 tin sardin, 1 peket tauhu kering, 2 biji telur, 1 biji kentang, 1 kuali kecil & 1 periuk kecil. gula & garam kena minta kat cikgu sebab kuantiti yang bak guna tu sikit je pun. pinggan & cawan kena bawa sendiri tau. haaa bermula la acara masak-masak ni. arghhh bestnya masak-masak.. umur 10 tahun dah kena masak sendiri tanpa pemantauan mama! Jeng jeng jeng.. paham-paham je la kanak-kanak yang masak. Bayangkan 2 hari 2 malam (lapor diri hari jumaat petang, hari ahad tengahari dah boleh balik) kena buat sendiri! ada yang nasi hangit, ada yang telur termasin, ikan sardin tawar.. alahaiiii.. bestnya.. itu semua kenangan ketika saya berumur 10 tahun. & yang pasti, pengalaman itu akan berbeza dengan kana-kanak zaman sekarang.



ok nanti saya cerita pula tentang pengalaman pertama camping dihutan.



Gambar ihsan daripada rakan
Ketika komputer mula memasuki alam pendidikan di Malaysia, maka ada la kursus.
Kursus ni, arwah abah yang hantar. Bukan jadi wakil sekolah.
Sebab arwah abah keje sebagai pegawai Mara,
& tengok anak bujang ni tak tentu hala ketika cuti sekolah,
maka saya dihantar la ke sini.. hihi

Autograf daripada rakan-rakan selepas sesi kursus.

Buku rekod kemajuan!! Serammmm...
Aikk?? Masih ada lagi jadual waktu ni?