Thursday 25 May 2017

Skandal Pasangan - Adakah Ia Trend?

Tadi pagi, perjalanan kami hari ini memakan masa hampir 2 jam untuk ke tempat pengusaha keropok. Singgah sebentar sarapan pagi nasi dagang.

Sambil makan ada 4 orang datang, 2 lelaki, 2 perempuan (Mungkin orang pejabat). Mereka duduk meja bertentangan dengan saya. Maknanya dibelakang isteri saya. Dalam mereka menunggu air dan makanan sampai. Antara mereka bergurau senda, gelak tawa sambil tengok HP yang ditunjuk oleh rakan lelaki.

Sambil makan, sambil saya perhatikan mereka. Oh sungguh mesra pasangan ini:kata hati saya. tengok HP pun bersentuhan antara bahu , si lelaki buat lawak si perempuan tepuk tampar bahu lelaki tanda kelakar.

Dalam beberapa minit selepas itu, HP si perempuan berbunyi. "Hello abang, sedang sarapan dengan Mila ni (bukan nama sebenar), kejap lagi sayang call ya". Selepas itu sambung lagi mereka mengadap HP si lelaki.

Allahu: hati saya berkata. Saya pandang isteri. Habis makan kami teruskan perjalanan. Sikit pun saya tidak bercerita kepada isteri sehinggalah saya menulis sekarang. Hati saya berdoa moga mereka diberi taufiq dan hidayah agar faham hukum agama, batas-batas pergaulan dengan rakan pejabat. Saya belajar sangka baik, mungkin lelaki itu adik mereka atau abang mereka.

Saya doa lagi, moga dijauhkan segala kemaksiatan dalam diri saya dan isteri.

Tuan puan Allah akan tarik nikmat bahagia suami isteri jika ada di antara kita bermaksiat kepada Allah s.w.t. Bergaul antara perempuan dan lelaki tanpa batasan.

Pesan saya kepada rakan-rakan perempuan semua. Jagalah batas pergaulan di pejabat. Kelakar macam mana pun, baik macam mana pun lelaki atau perempun lain, bukan bermakna kita boleh membelakangi pasangan. jelas HARAM kita bertepuk tampar dengan perempuan atau lelaki bukan mahram. Apatah lagi keluar berdua-duaan dengan suami orang kononnya untuk bersarapan.

Jika pernah berbuat demikian, berubah dan bertaubatlah. Kita manusia yang sentiasa hampir dengan dosa. Sentiasa melakukan kesilapan. Namun selagi nyawa dikandung badan, pintu taubat terbuka luas untuk kita.

Saya bukan sesiapa, namun ini dari hati saya untuk menulis. Moga saya dapat kebaikan dan taufiq untuk amal dan moga tuan puan dapat manfaat.

-EncikMatt-
#BukanUstazSegera




Ternyata nitizen membari sokongan terhadap isu ini. 
Antara komen nitizen yang pernah alami kisah ini..









Ada juga tazkirah berkaitan isu ini.

Semoga kita & pasangan kita dijauhkan daripada perilaku ini.
Pada Mu aku memohon Ya Allah.

Wednesday 17 May 2017

Kitar Semula Minyak Masak Terpakai


Kerja amal Kitar Semula Minyak Masak Terpakai untuk memastikan cara hidup lestari ke arah mewujudkan masyarakat Malaysia terutamanya kawasan 
Bandar Puncak Alam
Sungai Buloh dan 
Damansara 
agar lebih prihatan terhadap pemeliharaan alam sekitar.

Mengapa minyak masak terpakai perlu dikitar semula?
> mengelakkan gangguan sumber air
mengelakkan gangguan loji rawatan air
mengelakkan gangguan tapak pelupusan
mengelakkan gangguan saluran sinki, paip dan longkang tersumbat
mengelakkan gangguan tikus dan lipas
mengelakkan gangguan loji kumbahan IWK

Apa yang boleh dibuat dengan minyak masak terpakai?
> lilin
> bio diesel
> sabun

Kami akan membeli minyak masak terpakai dengan harga RM0.10 sekilo/seliter.
Minyak masak terpakai diambil dari rumah rakan di Sungai Buloh, Shah Alam

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi Hj. Mohd Ezani ditalian 016-3163292 atau terus klik link WhatsApp ni www.wasap.my/60163163292

Tuesday 2 May 2017

Usahakan Dengan Segala Kudrat

Utk iktibar diri sendiri. Ambil yg baik.

Reminder to myself 😔😔


KEMATIAN MU...

Antara ribuan komen tentang kematian, hanya ada 1 komen yg sgt meruntun jiwa..Semuga kita sama2 dapat mmbacanya..

Ini di antara tulisan terbaik Syekh Ali Thanthawi Mesir Rahimahullah:-

Pada saat engkau mati, janganlah kau bersedih. Jangan pedulikan jasadmu yang sudah mulai layu, kerana kaum muslimin akan menguruskan jasadmu. Mereka akan melucutkan pakaianmu, memandikanmu dan mengkafanmu lalu membawamu ke tempatmu yang baru, KUBURAN.

Akan ramai orang yang menghantarkan jenazahmu bahkan mereka akan meninggalkan pekerjaannya untuk ikut menguburkanmu. Dan mungkin banyak yang sudah tidak lagi memikirkan nasihatmu pada suatu hari.....

Barang barangmu akan dikemas, kitab , kasut dan pakaianmu. Jika keluargamu setuju barang2 itu akan disedekahkan agar bermanfaat untukmu.

Yakinlah; dunia dan alam semesta tidak akan bersedih dgn kepergianmu. Kehidupan akan tetap berlangsung! Posisi pekerjaanmu akan diisi orang lain. Hartamu menjadi harta halal bagi ahli warismu. Sedangkan kamu yg akan dihisab dan DIPERHITUNGKAN untuk yang kecil dan yang besar dari hartamu!

Kesedihan atas mu ada 3.

1. Orang yg mengenalmu sekilas akan mengatakan, kasihan.

2. Kawan2mu akan bersedih beberapa jam atau beberapa hari lalu mereka kembali seperti sediakala dan tertawa tawa!

3. Di rumah ada kesedihan yang mendalam! Keluargamu akan bersedih seminggu dua minggu, sebulan dua bulan, dan mungkin hingga setahun ! Selanjutnya mereka meletakkanmu dalam arkib kenangan..

Demikianlah "Kisahmu telah berakhir di tengah2 manusia". Dan kisahmu yang sesungguhnya baru dimulai, AKHIRAT! . Telah hilang kemuliaan, harta, kesihatan, dan anak. Telah engkau tinggalkan rumah, istana dan isteri tercinta. Kini hidup yg sesungguhnya telah dimulai.

Pertanyaannya adalah:
Apa persiapanmu untuk kuburmu dan Akhiratmu !
Hakikat ini memerlukan renungan.

Usahakan dengan sungguh2.
Jalankan kewajiban kewajiban, hal-hal yg disunnahkan, sedekah rahsia, merahsiakan amal soleh, solat malam, Semoga engkau selamat.

Andai engkau mengingatkan manusia dengan tulisan ini insha Allah pengaruhnya akan engkau temui dalam timbangan kebaikanmu pada hari Kiamat. "Berilah peringatan, kerana peringatan itu bermanfaat bagi orang orang mukmin"

AllahuRabbi.. Kubur itu semakin dekat untuk didiami!

Maaf Zahir Batin..