Monday 29 September 2014

Seven Eleven

Empat orang bakal ayah sedang menunggu kelahiran bayi mereka diruang rehat sebuah hospital. 
Kegelisahan jelas diriak muka mereka...

Seorang jururawat keluar dari bilik pembedahan lalu berkata kepada lelaki yang pertama, "Tahniah! Isteri Tuan selamat melahirkan anak kembar dua."
"Kembar dua! Kebetulan pula, saya bekerja di menara berkembar Petronas," kata lelaki yang pertama dengan riangnya.

Beberapa minit kemudian, seorang jururawat lain datang memberitahu kepada lelaki kedua, "Isteri Tuan selamat melahirkan bayi kembar tiga. Tahniah!"
"Apa? Kembar tiga! Saya bekerja dengan 3D Corporation," kata lelaki yang kedua.

Setengah jam kemudian, seorang jururawat memberitahu kepada lelaki ketiga, "Tahniah! Isteri Tuan selamat. Tuan dikurniakan anak kembar empat" kata jururawat itu dengan tenang.
"Kembar empat! Sungguh saya tak menduga kejadian ini, saya pula bekerja di Four Season Hotel," kata lelaki ketiga dengan gembira.

Lelaki yang keempat mula mundar-mandir kegelisahan. Ketiga-tiga lelaki tadi berasa hairan melihat keadaan lelaki keempat itu. Mereka bertanya, "Apakah yang merunsingkan awak?"
Dengan perasaan gelisah dia menjawab "Saya bekerja di Seven Eleven."

Sunday 21 September 2014

Akibat Terbawa-Bawa Perangai Negatif...

Seorang wanita jumpa saya menangis. "Ustaz, saya menangis kerana selalu cubit, marah 3 orang anak saya...Anak-anak saya 8 tahun, 5 tahun dan 3 tahun.

Kakaknya asyik pukul adiknya. Adiknya asyik cari pasal kakaknya.
Kadang-kadang dia kacau adiknya. Tak berhenti saya marah dan cubit mereka.

Kadang-kadang saya baling semua mainan mereka..lepas tu saya menangis seorang diri. Tak tahu nak cerita pada siapa. 

Sebenarnya saya terbawa-bawa kerana suami saya malas. Tidak.bertanggungjawab. tidak bekerja. Keluar dengan kawan-kawan. Saya berusaha berniaga dan lain-lain. Adakah kerana dosa saya yang lalu saya tanggung semua ini? Kerana yang lepas, ini hasilnya hari ni...saya lemah dan tidak mampu.."kata wanita itu.

Dalam fikiran saya, inilah kesan dari seorang lelaki yang tidak bertanggungjawab..Allah..sedihnya. Seorang wanita yang selalu marah dan pukul anak-anak biasanya berpunca dari stress dengan suami. Anak-anak menunjukkan protes dengan membuat salah dan buat apa sahaja untuk dapat perhatian ibubapa..

Disebalik seorang itu ada manusia yang mengharap perubahannya.

Jawab saya, betul kata puan. Apa terjadi hari ini kerana masa lalu kita. Hari esok kita, hasil usaha dan doa kita hari ini.

Jadi kita ubah hari ini. Esok akan menjadi baik. Atau ia selamanya bertambah teruk dan esok anak-anak akan kata ini semua salah mak ayah saya...Saya yakin puan buat begini kerana suami. Tapi paling saya sedih dan sayu ialah disebalik puan ada anak-anak. Anak-anak yang tidak boleh berfikir seperti kita. Anak-anak yang harapkan kasih sayang dan didikan.

Puan harus berjuang kerana Allah. Buat anak-anak. Hidupkan amalan Ta'lim dalam rumah. Setengah jam cadangan saya. Setiap malam bawa anak-anak bersama. Kita akan dapat rasa suasana rahmat. Tenang jer rumah. Kerana dipenuhi rahmat Allah, malaikat , sakinah, didoakan oleh semua makhluk termasuk ikan dalam laut.

Dalam hadis ada ceritakan tentang Nabi Yunus dengan doa Lailaha illa anta subhanaka inni kuntu minzzolimin. Seperti Allah bantu yunus seperti itu Allah bantu kita. Zikir setiap hari ulama anjurkan paling kurang 300 kali. InshaAllah Allah bukakan jalan keluar..

Puan itu jumpa saya kembali dan ceritakan hidupnya mula tenang. Betul, ustaz sekarang anak-anak saya suka belajar. Dan suka baca al-quran..bila mereka main-main dan sepah-sepah saya dah boleh kawal jiwa. Rasa sayang dan sejuk jer hati. Seronok zikir nabi Yunus dan baca Ta'lim..
Rupanya bila hati tenang segalanya jadi mudah buat saya

Hati luas membuat dunia yang nampak sempit jadi luas..
Hati sempit membuat dunia yang kelihatan luas menjadi sempit. 
Segalanya bermula dari hati yang mengenal Allah. 
Kembali pada Allah. Itu saja jalannya.. -ebit lew

Hidupkan Amalan Ta'lim Di Rumah

Seorang suami kerja jurutera jumpa saya sedih kerana katanya dia sayang isterinya tapi segalanya dah tawar, hambar, dan masing bawa diri masing-masing. Sebumbung dan sebantal tapi mimpi lain-lain. Lebih malang jadi macam musuh.

4 tahun bersama isterinya malas, tak solat dan isterinya asyik mengamuk jer. Dia rasa nak lari dari rumah..

Abang ada berapa orang anak? 1 orang.

Saya dah buat pelbagai usaha. Saya rajin pergi kuliah agama..ajak dia tapi dia tak nak ustaz. Dah merata doa dan air penawar saya minta. Saya tegur semua tak mahu dengar.

Allah sayang saudara. Pasti saudara sayangkan isteri..

Saudara buat beberapa amal ini. Hati ini segalanya..Hati manusia dalam genggaman Allah. Bila-bila masa Allah boleh tukar hatinya dan jauh lebih baik dari kita. Hati ini raja. Bila dapat hati kita dapat semuanya..saya pernah praktikkan dan ramai yang ada masalah begini Allah mudahkan buat mereka..Itulah harga hidup ini Redha Allah

Dulu saudara mengorat dan dah dapat anak seorang. Sekarang saudara mengorat ,menawan, menggoda dia kerana Allah. Kerana dakwah. Ini semua dapat pahala korban. Berjuang itu manis buat seorang daie yang ikhlas

1) saudara selalu beli hadiah atau bunga buatnya..buat kejutan..beli bunga bagi masa di pejabatnya. Depan orang ramai..saya pernah bagi di luar dugaan isteri saya. Dia ingat ulang tahun perkahwinan mesti dapat 1 bunga besar..saya bagi 2...satu beri di rumah mertua..1 bagi di tempat kerjanya..sekali sekala masuk rumah suh dia pejam mata dan pakaikan gelang untuknya..kadang-kadang masa tiada duit beli sekuntum jer bunga..

2) Bagi dia duit bulan-bulan ikut kemampuan saudara..bagi secara mengejut jika dapat bonus...

3) Buat-buat macam lupa tarikh penting tarikh lahir dan anniversary. Buat-buat tak tahu rupanya kita telah siap sedia buatnya. Wanita teruja begitu

4) Hargai ibubapanya dan adik beradiknya. Ambil cuti hantar ibuayahnya jika sakit. Beri khidmat..buat seperti mak ayah kita..

5) Picit kaki dan tangannya...terima kasih sayang jaga anak-anak dan uruskan rumah buat abang..

6) Beri paling kurang 7 pujian dan 7 pelukan sehari...wanita terutamanya dahagakan kasih sayang dan belaian....

7) Hidupkan Ta'lim rumah bersama isteri pada waktu tetap..

8) Banyak menangis waktu malam doakannya..sekali sekala doa kuat sikit dengan bersungguh dan menangis supaya dia tahu.kita serius nak dia berubah..

9) Masuk rumah senyum, bagi salam, terus peluk dukung isteri dan anak-anak

10) Tolong kerja berat seperti buang sampah yang berat atau pindahkan barang berat.

11) Sediakan telinga dengar apa dia cakap...jangan jawab atau tambah..wanita selalu jatuh hati pada orang suka mendengar..

12) Ajak makan berdua di bawah bulan purnama..hee..candle light Dinner..suap-suap sikit. Lagi elok masa rindu sgt..nanti bahasa lagi manis yang keluar masa tu.
Selepas itu insyaAllah abang ajak dia.belajar agama, berada di jalan Allah, menangis dalam tahajud semuanya mudah..

Dia mulakan dalam masa 1 bulan isterinya berubah. Kini isterinya yang baca hadis dan ajak beliau berjuang di jalan Allah.Buat wanita pun sama jika suami kurang kesedaran...isteri pula buat seperti di atas. Jika benar ikhlas cinta kerana Allah..Orang berjaya ialah mereka yang bermuhasabah diri.Hidup ini bertolak ansur satu sama lain.Pegang tangan mereka dan bawa masuk syurga.

-ebit lew 

Friday 19 September 2014

Ular VS. Mata Gergaji

santai pagi penuh makna:

"Suatu malam seekor ular menyelit masuk ke dalam gudang kayu. Secara tak sengaja, ia menyusur di atas gergaji. Tajamnya mata itu gergaj...i menyebabkan per.ut ular terluka.

Ular beranggapan gergaji itu menyerangnya.

Ia pun membalasnya dengan mematuk gergaji itu berkali-kali, serangan tersebut menyebabkan luka parah di bagian mulutnya.

Marah dan sakit yang amat sangat, ular itu berusaha mengerahkan kemampuan terakhirnya untuk mengalahkan 'musuh' tersebut. Ia pun membelit gergaji itu sekuat tenaga. Belitan tersebut menyebabkan lukanya teramat parah dan akhirnya ia pun mati di situ.

Di saat beremosi dan marah, rasanya mudah sekali bagi kita untuk melukai dan menyakiti orang lain.
Padahal kalaulah benar-benar kita sedar, sebenarnya yang akan terluka dan sakit adalah diri kita sendiri.
Maka benarlah sabda Nabi saw yang bermaksud, "Bukanlah orang yang kuat itu orang yang menang bertumbuk, tetapi orang yang kuat ialah orang yang mampu mengawal diri daripada sifat marah."
(HR Bukhari & Muslim)

Salam jumaat yg pernuh berkat!

Salam Ukhwah,
Azila Aziz

Monday 15 September 2014

How to make the best homemade shampoo

Check this out and learn how to easily make homemade coconut shampoo using coconut milk, essential oils, and baby soap! Credit to 'LaneVids and TheFunnyrats'.

Home Made Shampoo


Apa Yang Kau Fikirkan?

Apa Yang Kau Fikirkan?

Belajar tinggi-tinggi peringkat antarabangsa...
Habis belajar kene que untuk interview semata-mata makan gaji RM1800 sebulan pekerjaan saki baki syarikat.
3 tahun kemudian naik pangkat sesudah menjadi kuli kepada hamba duit, kerja pagi balik malam untuk tambahan RM1000 sebulan?
Bangga dengan pencapaian, keluar sebiji kereta Myvi dengan spoiler aerodynamic.

Apa Yang Kau Fikirkan?
Masuk ke alam berumah tangga...
Boss cakap hujung tahun bagi bonus belanja wifey atau husby, tapi hutang rumah dan kereta terlepas pandang.
Boss tak bagi kau marah. Merungut. Sesungut. Balik rumah minum Sensualite.
Duit belanja Tesco dan Giant setiap minggu nak masak spagetthi bolognese masih belum di kira.
Makan terpaksa kalau tak mati. Tapi selera mesti A.
Duit sekolah anak-anak yang semakin membesar.
Ibu dan ayah lagi?
Tutup sebelah mata.
Fast forward to 15 years from now.
Kau masih berhutang dalam paras kemiskinan, masih belum sedar, nyenyak dalam tidur yang lena.

Apa Yang Kau Fikirkan?
Inilah jalan cerita kisah hidup masyarakat di Malaysia yang makan gaji. Tiada beza, tiada titik noktah, tiada daya untuk engkau membantah.
Tercatat dalam kamus sudah berpuluh-puluh tahun.
Cerita yang sama.
Cerita di kedai kopi.

Jadi Apa Yang Kau Fikirkan Lagi...?
Aku bukan suruh kau berubah. Tapi fikir-fikirkan.
Sebab itu nama post ni Apa Yang Kau Fikirkan.
Tapi dah alang-alang dah fikir tu biar serius.

Sunday 14 September 2014

Kami Anak Melaka

Orang Melaka Suka Buat Lawak .
Orang Melaka Sangat Peramah .
Orang Melaka Baik .
Orang Melaka /Segak/Handsome .
Orang Melaka /Comel/Lawa .
Orang Melaka Setia .
Orang Melaka Menantu Yg Baik .
Orang Melaka Tak Takut Musuh .
Orang Melaka Otai .
Orang Melaka Spoting .
Orang Melaka Tak Sombong .
Orang Melaka Rare .
Orang Melaka Tak Suka Musuh .
Orang Melaka Tak Suka Bergaduh .
Orang Melaka Bukan Musuh .
Orang Melaka Tak Belagak .
Orang Melaka Tak Jahat .
Melaka Ada Serkam .
Melaka Ada Umbai .
Melaka Ada Mahkota Parade .
Melaka Ada Dataran Pahlawan .
Melaka Ada Muzium .
Melaka Ada Laut Selat Melaka .
Melaka Ada Taman Rempah .
Melaka Ada Taming Sari .
Melaka Ada Taman Botanikal .
Melaka Ada Taman Buaya .
Melaka Ada Taman Rama Rama .
Melaka Ada Taman Bunga .
Melaka Ada A Famosa .
Melaka Ada Sungai Melaka .
Melaka Ada Mini Asian .
Melaka Ada Zoo .
Melaka Ade Melaka Bird Park
Melaka Ada Perigi Hang Tuah .
Melaka Ada Bayon Lagoon .
Melaka Ada Kampung Morten .
Melaka Ada Wonderland .
Melaka Ada Memorial Kemerdekaan .
Melaka Ada Auyinhill .
Melaka Ada Pantai Tanjung Bidara .
Melaka Ada Pantai Puteri .
Melaka Ada Pantai Pengkalan Balak
Melaka Ada Pantai Klebang 
Melaka Ada Pantai Telok Gong 
Melaka Ada Pantai Kuala
Melaka Ada Eye On Satu Malaysia
Melaka Ada Makam Tun Tejah .
Melaka Ada Perigi Portugis .
Melaka Ada Sejarah .
Melaka Sudah Maju .
Kami Anak Jati Melaka .
Negeri Kami Sangat Maju .
Negeri Kami Top3 .
Negeri Kami Lawa .
Negeri Kami Indah .
Negeri Kami Bersih
Rakyat Negeri Melaka Bersopan Santun , Peramah .
Biar Jasa Jadi Kenangan .
Hai Orang Melaka
Jum Sebarkan .
‪#‎Hak‬ Cipta Anak Melaka . SAYA
SAYANG NEGERI MELAKA

RAHSIA DISEBALIK LAMBANG BULAN SABIT DAN BINTANG.

RAHSIA DISEBALIK LAMBANG BULAN SABIT DAN BINTANG...

Adakah simbol bulan sabit dan bintang hak eksklusif umat Islam

Pendahuluan

Bagaimana umat Islam sebenarnya disihir? Pernahkah anda semua melihat lambang bulan sabit dan bintang di sekeliling? Dari mana lambang itu berasal? Dan mengapakah lambang itu dipilih? Siapakah yang memilih lambang itu? Adakah Rasullulah S.A.W dan sahabat menggunakan lambang tersebut untuk agama Islam? Adakah ada disebutkan di dalam mana hadis atau ayat Al-Quran supaya menggunakan lambang tersebut sebagai lambang agama Islam yang suci ini? Ohhh, semestinya TIDAK!

Pada zaman Rasullulah dan Khulafa Ar-Rasyidin (632-661 Masihi) tidak pernah ada lambang untuk agama Islam. Al-Quran juga tiada menyebutkan hal tersebut. Rasullulah hanya menggunakan panji-panji perang yang sangat sederhana dan hanya satu warna sahaja samada putih, hijau atau hitam. Tiada lambang bulan dan bintang seperti di kebanyakan negara Islam sekarang. Kegemilangan kerajaan Islam Uthmaniah. Penaklukan Kota Istanbul (Kota Islam)

Sebenarnya simbol ini telah diperkenalkan oleh Sultan Muhammad II ke dalam bendera Kerajaan Uthmaniyyahsetelah penaklukan Kota Istanbul (Constantinople) pada 1453 Masihi. Lambang Bulan dan Bintang itu adalah lambang bagi Kota Constantinople (Istanbul) yang sebelum itu berada di bawah kekuasaan Empayar Rom sejak sekian lama. Ekoran daripada keluasan wilayahnya yang luas merangkumi tiga benua dengan kepelbagaian peradaban yang ada di dalamnya. makasimbol bulan sabit digunakan sebagai METOPHORAuntuk melambangkan posisi tiga benua itu. Sebelah hujung yang satu menunjukkan Benua Asia yang ada di Timur, hujung lainnya mewakili Benua Afrika yang ada di bahagian lain dan di tengahnya adalah Benua Eropah. Manakala lambang bintang menunjukkan posisi ibu kota yang kemudian diberi nama Istanbul yang bermakna: Kota Islam.

Sebelum dikenali dengan nama Constantinople, kota tersebut terlebih dahulu dikenali sebagai Byzantium. Byzantium diambil sempena nama Raja Byzas (663 SM) dan dijadikan ibu negara untuk Empayar Byzantine sebelum empayar tersebut tewas kepada kerajaan Uthmaniyyah pada 1453 Masihi. Bulan sabit telah dijadikan simbol kota tersebut untuk didedikasikan kepada Dewi Artemis (Hunt God). Sabda Rasullulah S.A.W :

“Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran danSunnahku.”

Asal-usul simbol bulan sabit dan bintang

Jadi dari manakah asalnya penggunaan simbol bulan sabit dan bintang ini yang terdapat di mana-mana sekarang, termasuklah bendera-bendera negara dan negeri. Lambang bintang pula ditambah sebagai simbol kota selepas kematian Maharaja Constantine pada 337 Masihi dan nama Byzantium telah ditukar kepada Constantinople sebagai tanda memperingati maharaja Constantine. Lambang itu adalah dari simbol Dewi Ishtar (Star iaitu bintang dalam bahasa Inggeris diambil dari perkataan Ishtar ini). Dewi Ishtar ialah tuhan kesuburan, kasih sayang, peperangan dan seks bagi kaum Babylon purba. Ada juga pendapat mengatakan lambang bintang ini diambil dari Star Of Virgin Marykerana agama Kristian telah menjadi agama rasmi empayar Rom dengan Persidangan Nicea pertama pada 335 Masihi dan Persidangan Constantinople pada 381 Masihi. Dan sejak dari itu Bulan Sabit dan Bintang telah menjadi lambang rasmi untuk kota tersebut.

Jacques De Molay

Lagenda Jaques De Molay

Adakah simbol ini hanya digunakan untuk agama Islam sahaja? Oh, tidak sama sekali. Ia juga digunakan oleh Freemason! Cuba lihat simbol logo Freemason yang digunapakai oleh puak Jacques DeMolay. Kini simbol ini dikenali sebagai simbol DeMolay International iaitu salah satu cabang Freemason. Ia diambil dari Grand Master of The Knight Templar terakhir iaitu Jacques de Molay (1240/1250 – Mac 1314) yang berkhidmat kepada Raja Philip IV bermula dari 20 April 1292 sehingga ia dibubarkan dengan perintah Paus Clement V pada tahun 1312.

Simbol bulan sabit dan bintang pada logo Freemason

Matlamat beliau sebagai Grand Master adalah untukmembuat reformasi dan menyesuaikan dengan keadaan di Tanah Suci selepas Perang Salib. Namun begitu, beliau telah difitnah dan dihukum bunuh kerana menentang kerabat raja. Untuk mengembalikan kegemilangannya, De Molay telah diangkat dan diagungkan sebagai LAGENDA kepada pengikut Freemason. Lihatlah betapa licik dan halusnya pihak Yahudi dan Nasrani menusuk jarum ke dalam MINDAumat Islam agar lalai dan alpa tentang asal-usul simbol bulan sabit dan bintang yang dijadikan IKON agamaISLAM. Jika kita terus hanyut dibuai dongeng dan lagenda berkaitan simbol ini maka ia secara tidak langsung menjerumus kita ke arah PENYEMBAHAN BERHALA SECARA LANGSUNG DI BAWAH SEDAR.Na’uzubillahi min zalik……

Peranan Umat Islam

Kita selalu pening memikirkan “Kenapa umat Islam susah nak BERSATU” bukan? Sejak kejatuhan institusi khulafah Uthmaniyyah, tanah umat Islam berjaya dipecahkan malahan kekal terpisah hampir seabad lamanya! Jika kita melihat dari skop mata zahir, lupakah kita bahawa dunia adalah suatu FATAMORGANA yang memperdaya? Tidak terfikirkah seorang dari kita bahawa kita sedang DISIHIR oleh DAJJAL melalui tenteranya yang melata di bumi? Dengan izin Allah, sang Pemfitnah berjaya dan terus berjaya?

Kemunculan Dajjal akan menguasai dunia dengan tipu daya yang nyata

Kini kita menjadi BUTA HATI dan BUTA MINDA dalam mengenalpasti manakah yang berpaksikan AJARAN ISLAM dan manakah yang berpaksikan AJARAN KUFFAR? Tiada satu mata pun dikalangan umat Islam yang mengetengahkan ISU ini kerana merasakan ianya REMEH? Tidak membawa Islam kemana-mana? Khurafat? Tahyul? Atau kita yang JAHIL? 

Ingatlah bahawa;

JANGAN LUPA, JIKA ANDA PERCAYA BAHAWASYAITAN ITU MUSUH YANG NYATA, SEGALA YANG DIBAWA BERSAMANYA SEPERTI SIHIR, MAGIK (SILAP MATA), DAN TIPU DAYANYA JUA ADALAH NYATA DENGAN IZIN ALLAH.

Lupakah anda sumpah keramat Azazil setelah dia dihalau keluar dari Syurga Allah???

Iblis berkata:

” Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akanmemperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya”.

“Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik“.

(Surah Al-Hijr : Ayat 39 – 40)

Kesimpulan

Oleh kerana kejahilan dan kenaifan umat Islam, simbol bulan sabit dan bintang diambil dan dijadikan SIMBOL BENDERA negara Islam secara meluas. Hinggakan MINDA umat Islam seperti dipukau atau dikawal secara sistematik. Hatta kita, akan melenting jika simbol ini dipijak atau diletakkan pada tapak kaki. Seolah-olah simbol ini SETANDING DENGAN TUNTUTAN AJARAN ISLAM yang melarang perkataanALLAH S.W.T dan MUHAMMAD S.A.W tidak dibawa ke tempat yang boleh merosakkan IMEJ ISLAM. 

Lihatlah betapa malangnya bila di sekeliling kita sekarang ini simbol apakah yang diagung-agungkan seperti di kubah masjid, sejadah dan hiasan bercorak Islam? Lambang apa yang digunakan? Kita seolah-olah telah didoktrin oleh masyarakat Islam yang jahil tentang asal-usul simbol ini. Mereka cuba menggambarkan kepada kita simbol ini adalah LEGASI WARISAN ISLAM. Hinggakan jika tiada simbol ini di surau, musolla, pasantren, masjid dan pusat Islam macam TIDAK SAH SOLAT KALAU TIDAK ADA LAMBANG INI.

Jika dilihat di sekeliling kita sekarang, hampir di kebanyakan masjid mempunyai simbol ini. Sedangkan yang PASTI simbol ini sebenarnya adalah warisan dari kaum YAHUDI dan NASRANI yang gigih menjalankan usaha mereka untuk menyelewengkan AQIDAH umat Islam dari menyembah Allah S.W.T yang MAHA ESA.




Pemikiran Seorang Suami Yang Ingin Berpoligami

Luahan seorang seorang suami yang gatal nak beristeri muda... anak dara lak tu!
BARU TAU LANGIT TINGGI RENDAH!

Saya sendiri sebagai lelaki rasa tercabar apabila isteri saya sering mewar-warkan kepada saya bahawa umur saya dah melewati 40 tahun. Life starts at 40. "Kalau u rasa u nak pasang lagi satu, i izinkan", kata isteriku. 

Bila berangan tentang nak kahwin lain ni memanglah seronok. Tersengih- sengih aje lah aku at that time. Dunia ni dah terbalik gamaknya, kawan-kawan aku siap pegi Siam sana nak nikoh lagi satu, ni bini aku siap suruh pasang sorang lagi...?!' Tak tahulah kalau isteri i tu main reverse psikologi dengan i. Tapi lepas i berfikir panjang, rasa-rasanya tak naklah. 

Sebab apa ? Bila mengenangkan umur i yang dah 40+. Let's say kalau i kahwin dengan anak dara, katakan umur 22 tahun. Memanglah seronok beb. 

Tentang makan minum, pakai i, kemas rumah dan kegemaran i, rasanya i tentu asyik teringatkan my first wife. Tak perlu nak ajar, i suka makan apa, camne cara nak masaknya, baju i kena gosok cam gini, kalau i bangun tidur i suka kalau my wife dah siapkan segala-galanya lah. Tak perlu i bagitau, dia dah tahu apa i suka. Cerita apa i suka kat TV, teh atau kopi manis macammana, hobi apa, sukan kegemaran .... semua dia dah tahu. Tak perlu start balik macam zaman umur 20-an dulu ... Rasa-rasa dapat ke isteri muda i suruh buat gitu, tentu dia banyak ragam. Ye lah dia muda, i kan dah tua. Mesti dia kata i ni mengada-ngada. Sure i yang kena manjakan dia lebih, sebab dia muda. Silap haribulan, takut lari lak, kan ... Isteri muda ni bukan macam yang dah bersama dgn kita sejak muda. Kalau kita rasa isteri tua banyak belanja, isteri yang muda PASTI LAGI TERUK. 

Eh, budak 20-an zaman sekarang, dengan henbeg Gucci, dengan nak tudung kain Mawi dan henpon jenama Nokia N95, itu tak termasuk kereta, paling korok pun mesti nak Honda atau Toyota . Perempuan muda sekarang mana main naik Proton atau Perodua. Kalau i tak bagi barang-barang tu, dia tak nak bagi 'barang' dia lak malam-malam. 

Sedangkan dengan isteri tua, awal-awal kahwin naik motorsikal cabuk pun sanggup, berpanas berhujan, dukung anak kita dicelah motor tu. Ahh ... terkenang juga zaman 'miskin' dulu tu. Rumah dengan bini tua dulu pun setakat apartment 3 bilik. Tidur atas tilam nipis, dapur pun kecik, perkakas pun tak banyak 

Oh, untuk isteri muda, terpaksa aku buat OT untuk bayar rumah teres dua tingkat tu, nak bayar peti ais Samsung dan TV Sony Bravia 40-inci mu itu ... Dah umur 40-an ni, darah tinggi lak aku ni kena buat OT setiap hari... hari minggu pun kena cari duit ... nak tengok bola pun tak dapat ... 

Lebih haru lagi, tentu anak-anak i akan memberontak sakan. Yelah sekarang ni kan banyak kes bapak kahwin lain anak-anak lebih tertekan. Ramai jadi liar, hisap dadah, jadi mat rempit dan bohsia. Sebab tension bapak kawin baru. Takut mereka menjauhkan diri dari i, malah akan membenci pula. 

Masyarakat kita ni memandang serong pada keluarga yang bapak mereka kahwin lebih dari satu. Kalau i ada anak dengan isteri baru, tentu kecik sangat lagi di masa i dah tua dan memerlukan perhatian dari anak-anak.

Kat rumah isteri muda tengah hiruk pikuk dengan anak-anak kecil ( kan dah ada experience dengan isteri pertama -bagaimana kelam kabutnya dia menguruskan anak-anak), sedangkan di rumah isteri tua, anak-anak dah besar, boleh tolong mak dan sedang seronok bergurau senda bersama ibunya membincangkan topik-topik terkini dan juga kehidupan mereka. Duduk rumah bini muda, i yang tua-tua ni lak kena salin pampers dan bagi baby mandi. haha ... kalau tak buat, takut isteri muda merajuk pulak. Daah tak dapat...

Tak boleh jadik nih. Banyak benda yang kena repeat. Mula-mula kawin tentu seronok. Paling lama setahun-dua keseronokan tu. Bila dah ada anak, tanggungjawab baru bermula semula sebagaimana dengan isteri pertama dulu-dulu. Tapi masa ni kita dah tak larat nak basuh berak anak, nak pegi shopping beli baju anak anak, nak dukung anak-anak. Lecehlah nak kena teman isteri muda buat semua tu. Silap haribulan orang kata tengah pilih baju cucu. Eiiii tak sangguuup... Paling takut, orang ingat isteri muda tu anak i ...... lagi haru .... 

Balik rumah mertua pula, teringatkan masa akad nikah dulu, beria ria kita nak kan anak dia, lepas tu kita kawin lagi satu. Tentu muka nih tak tau nak letak kat mana. Orang tua tak kan nak straight to the point. Tanya itu ini. Kalau dia nak bercakap tentang tu cukup dengan jelingan dan kerlingan mata, buat kita dah tak senang duduk.

Tak kan raya asyik balik umah mak mertua baru aje. Apatah lagi kalau i ni lak umur nak sama dengan mak-bapak mertua baru i tu .... Hisshh banyak lah lagi. 

Bagi korang yang suka berbincang pasal benda yang indah indah kawin dua nih silakanlah. Tapi bagi i selagi hayat dikandung badan, selagi tu lah i tak nak tambah. Tak nak lah mendabik dada. Cakap besar. 

Tapi sekadar menurutkan nafsu dan benda dalam seluar tu rasanya tak pernah kurang pun layanan isteri pertama terhadap i. Keluarga ni, kita bina keluarga bahagia yang di depan mata, bukannya yang di dalam kepala, bukannya di dalam 'seluar dalam' je. 

Hadapi hari esok yang tentu dengan keluarga yang banyak mengharungi susah senang dari mula. Pengorbanan isteri (walaupun kadang kala dia pernah merungut, salah kita juga, cuai dan mengabaikannya) . Apapun semuanya bermula dengan kita. Insaflah. 

Kalau nak ikut nabi, rasa-rasanya solat subuh pun kita terlepas kalau isteri tu tak kejutkan. Bukan nak kata solat Subuh, kekadang waktu lain pun terlambat atau terlepas. Baca Quran pun sekali-sekala, baca Yassin pun hanya bila ada orang meninggal. Ikut sunnah Nabi apa nama tu. 

Tak payah lah yang lain2. Kang ada yang nangis bila disebutkan. Cukuplah. Sesungguhnya amat bertuahlah suami-suami yang mempunyai isteri yang menyuarakan pendapat di ruangan ni. Membuktikan mereka sayang, kasih dan cinta pada kalian. Apa sangatlah kita nih. Macam nabi konon. ye ke? Bab kawin aje nih cam nabi. Bab menegakkan benda dalam 'seluar dalam' je nak ikut sunnah. Cuba bab menegakkan agama Islam, masih lagi terkial2. Fikir2kanlah ya...

Wallahua'lam. 

- suami KL-

Nasihat Pencetus Ummah Rahmat Utk Bakal Pencetus Ummah

hari ini merupakan hari terakhir audition Pencetus Ummah di KUIS

ramai mula meminta secara peribadi tips terakhir untuk ke audition.
inilah nasihat ku dalam bentuk sebuah cerita

apabila ana menjadi TOP 12 dan kami diperkenalkan sistem bottom and top 3 setiap minggu, ada antara PU dan krew ASTRO berkata,

"untunglah rahmat, kalau setiap kali masuk bottom 3 akan selamat, kerana wajah comel dia..so rahmat masuk final..haha"

masuk minggu pertama, kedua dan ketiga.. ana langsung tidak menduduki bottom 3.. bahkan mendapat juara mingguan !

dan Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan SATU SATUNYA PU yang tidak pernah merasai bottom 3 sehingga ke FINAL MIMBAR PU , ini membuktikan bahawa rahmat sampai ke final dengan izin Allah atas dasar bakan bukan rupa,

TAPI ! , mengapa tidak menjadi JUARA??

Allah ingin mengajar ana hakikat sepotong hadith,
hadith pertama dalam hadith 40, HADTIH NIAT

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafs 'Umar ibn al-Katthab Radhiallahu ‘anhu beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam bersabda:

Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.

baru ana sedar !

sepanjang setiap MIMBAR mingguan,
ana dipentas untuk berdakwah dan berkarya,
ana tidak memikirkan hadiah menjadi juara
ana masuk PU untuk belajar menuju dakwah sempurna

alangkah celaka ,

apabila masuk FINAL, NIAT PURI berubah tak tersangka ..

dari tidak menginginkan habuan Dunia, mula gelap mata dan Allah balas serta merta

malam final Persembahan serba tak kena
perasaan Riak mula menerpa

maka aku kecundang menjadi keempat kerana niatku mahukan dunia bukan mencari REDHA NYA

gelaran PU ini MOGA bukan ISTIDRAJ yang menyebabkan aku ke neraka .

inilah nasihatku buat semua.

Amalan Harian Yang Perlu Dijaga Secara Istiqamah

Amalan Harian Yang Perlu Dijaga Secara Istiqamah:

1. Solat Tahajud di waktu ¾ malam sekurang-kurangnya 2 rakaat & solat sunat Witir sekurang-kurangnya 1 rakaat sebelum masuk waktu Subuh- Tahajjud merupakan jalan orang-orang yang soleh, amalan para Nabi dan Wali-wali Allah yang terdahulu. Jangan ditinggalkan.

2. Selepas Subuh, zikir 300pagi {100x [tasbih,tahmid dan takbir], 100x selawat & 100x istighfar}. Zikir sangat penting kerana semasa kedatangan DAJJAL hanya zikir sebagai sumber makanan dan minuman. Hanya orang yang benar-benar jaga zikir shj mempunyai sumber makanan dan minuman pada waktu itu. Selainnya akan mengikut DAJJAL untuk mendapat makanan dan minuman.

3. Kemudian bacalah surah Yasin- Allah janji segala hajatnya pada hari itu akan dipenuhi.

4. Kemudian selepas 26 min naik matahari, solat sunat Isyraq 4 rakaat- Allah janji akan menolong kamu menyempurnakan segala urusanmu pada hari itu.

5. Kemudian solat sunat Dhuha, boleh dilakukan bermula 20 minit selapas Isyraq (di antara jam 8-12 tghari). Nabi SAW bersabda: “Sesiapa mengerjakan solat Dhuha 2 rakaat, dia tidak tergolong di dalam golongan orang-orang yg lalai dan lupa.” Solat Dhuha juga memudahkan urusan dan memberkati rezeki.

6. Selepas solat Zohor, bacalah surah Ar-Rahman- Nabi SAW bersabda: “Segala sesuatu itu mempunyai mempelai, dan mempelai bagi Al-Quran adalah surah Ar-Rahman.” Surah Ar-Rahman menanam sifat syukur di dalam hati atas nikmat-nikmat Allah dan dengan amalan membaca Surah Ar-Rahman juga sangat baik untuk meningkatkan kecerdasan otak.

7. Selepas solat fardhu Asar, zikir 300 petang, {100x [tasbih,tahmid dan takbir], 100x selawat & 100x istighfar}

8. Kemudian baca Surah An-Naba’ – Nabi SAW bersabda: “ Jika kamu tahu fadhilat dan besarnya pahala membaca surah An-Naba’, maka kamu akan berhenti daripada tugas-tugas kamu, lalu mempelajari surah tersebut dan mendekatkan diri kepada Allah dengan membacanya. Sesungguhnya Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka yang mengamalkan membacanya selain dosa syirik.”

9. Selepas solat Maghrib, solat sunat Auwabin-Allah janji akan memberi keampunan terhadap dosa-dosa melainkan dosa syirik kepadaNya.

10. Kemudian bacalah surah Al-Waqiah-Allah janji sesiapa yang istiqamah mengamalkannya pada setiap malam, kebuluran & kemiskinan tidak akan menemuinya.

11. Selepas Isya’ bacalah surah Al-Mulk-Allah janji akan memelihara daripada azab kubur. Nabi SAW tidak akan tidur selagi tidak membaca surah Al-Mulk dan surah As-Sajdah.

12. Setiap malam bacalah Ayatul Kursi dan “Amanar-Rasul” hingga habis. Sangat-sangat penting untuk melindung diri daripada pengaruh syaitan dan kejahatan

13. Sebelum tidur, solat sunat Taubat dan tidur beradab seperti mana Nabi SAW tunjuk ajar.

14. Setiap malam apabila hendak tidur, Muhasabah diri, pohonlah keampunanmu kpd Allah diatas dosa-dosa dan bagi setiap amalan yang baik, nyatakan kesyukuranmu kepada Allah.

15. Sebelum tidur fikirkan dan renunglah(muqarabah) juga mengenai mati dan peristiwa-peristiwa selepas maut. Muqaraba adalah perlu untuk membentuk sifat Taqwa.

16. Setiap hari bacalah al-Quran (Tilawatul Quran) walaupun hanya satu ‘ain’. Latihan tilawah sangat memberi kesan kepada hati. Hati yang tidak ada al-Quran seumpama hati yang mati. Pembacaan Al-Quran janganlah ditinggalkan. Hak Al-Quran adalh perlu dikatamkan dua kali setiap tahun.

17. Setiap pagi Jumaat bacalah surah Al-Kahfi, kalau tak mampu habiskan seluruh surah, bacalah seberapa banyak yang boleh- Allah janji ‘cahaya’ di hari kiamat dan diampunkannya diantara dua Jumaat. Nabi SAW bersabda: ‘Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya drpd bawah kakinya hingga ke langit.’

18. Hendaklah hati & lidah sentiasa sibuk dengan berzikir didalam apa jua kegiatan sama ada berjalan, duduk atau bekerja. Berzikirlah ‘Lailahailallah’ sebagai amalan tetap dan berkekalan.

19. Puasa sunat Isnin & Khamis, juga puasa sunat pada hari-hari yang digalakkan dalam Islam. Untuk puasa-puasa sunat, mintalah keizinan daripada suami-suami kamu. 

20. Cubalah sedaya-upaya berada dalam keadaan berwudhu’. Sabda Nabi SAW: ‘Wudhu’ adalah senjata orang-orang mukmin.’ Faedah wudhu’ sangat besar.

21. Tatkala Haid, jangan tinggalkan zikrullah. Meninggalkan zikir akan mengeraskan hati dan melayukan cahaya rohaniah bagi hati.

22. Tetaplah dengan usaha kamu melawan hawa nafsu. Jagalah mata, telinga, lidah dan hati. Mengumpat dan mengata-ngata orang lain adalah bencana yang sangat besar. Ia menghapuskan dan melenyapkan pahala dan kesan ibadat.

Amalkan sedikit demi sedikit yg mana mampu. Semoga kita dpt amal dan sampaikan. Amin!!! Wallahua'lam