Thursday 19 June 2014

Can They Do It Again?

In Malaysia, can they do it again without any additional charges? MAYBE it can be happen.. BUT in reality situation, MAYBE customer will be PUNISH? Owwwhhhh NOOOOO!!!

See the manner of the restaurant officer (not in Malaysia).

Campur tangan politik ganggu penguatkuasaan PBT


SHAH ALAM, 18 JUN: Ahli politik Pakatan Rakyat (PR) Selangor diingatkan tidak campur tangan dalam urusan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menjalankan tugas penguatkuasaan.
Exco Kerajaan Tempatan, Datuk Teng Chang Khim, berkata hal itu berikutan campur tangan golongan terbabit hanya merumitkan PBT menjalankan tugas seperti yang dilakukan ahli politik Barisan Nasional (BN).
“PBT mempunyai pengetahuan secukupnya tetapi masalahnya terdapat campur tangan politik dalam beberapa tindakan. Kalau ada rayuan dan wakil rakyat rasa perlu diberikan pertimbangan, maka tulis pada PBT dan biar mereka putuskan.

“Tak perlu telefon Exco, PBT, Yang Dipertua (YDP), bahkan memberi tekanan supaya YDP ikut cakap sebab pilihan raya dah dekat atau perkara lain,” katanya dalam persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini, hari ini.
Katanya, keadaan itu memberi tekanan kepada PBT untuk membuat sesuatu keputusan adil dan baik.
Chang Khim turut kesal dengan tindakan sesetengah pihak yang menyalahkan Menteri Besar dan Exco jika keputusan PBT tidak seperti yang mereka harapkan.
“Pihak terbabit akhirnya mengadakan sidang media bagi menyerang dan memburukkan imej Kerajaan Negeri,” katanya.
Ketika menyentuh isu pembangunan yang dibina atas tanah rezab Kerajaan Negeri sejak sebelum era PR, Chang Khim menjelaskan tidak semua akan dikenakan tindakan.
“Antaranya membabitkan kediaman dan rumah ibadat yang dibina atas tanah yang tiada rancangan untuk dibangunkan Kerajaan Negeri.
“Kerajaan Negeri akan memberi peluang, masa dan peringatan secukupnya. Malah, ada yang ditawarkan penempatan semula di rumah yang dibina Kerajaan Negeri,” katanya.

Sayang Anak Timang Timangkan

PENTING!!!
PARA IBU BAPA MESTI BACA DAN SHARE UNTUK PENGETAHUAN BERSAMA!
SAYANG ANAK TIMANG-TIMANGKAN
Pesakit terakhir yang kami ‘tidurkan’ ialah bayi berusia 4 bulan.
Bayi tersebut telah disyaki mendapat sawan pada pukul 2 petang tadi. Beliau sebelum ini sihat dan dijaga oleh pengasuh. Beliau tidak demam dan tidak batuk serta tidak mempunyai simptom-simptom yang lain. Itulah kali pertama beliau mendapat sawan.
Sesampai di resus room (red zone), beliau masih lagi kelihatan mengantuk dan kurang responsif. Beliau kelihatan pucat dan apa yang menakutkan kami ialah ubun-ubun depan beliau yang timbul dan mencembung (bulging). Memandangkan beliau tidak demam dan ujian menunjukkan beliau kurang darah (Hb 8g/dl), serta bayi tersebut masih kurang responsif selepas satu jam sawan, kami mengambil keputusan untuk melakukan CT scan otak ( Brain CT Scan).
Scan otak menunjukkan beliau mengalami pendarahan otak yang serius, Acute and Chronic Subdural Bleed with Subarachnoid bleed! Terkejut. Kali ini ibu bayi tersebut telah pun selamat tiba dari pejabatnya. Saya bertanyakan lagi sejarah kesihatan bayi tersebut. Satu-satunya cerita atau sejarah yang relevan ialah pengasuh bayi tersebut suka menimangnya tinggi-tinggi. Bayi itu dikatakan sangat suka ditimang.
SHAKEN BABY SYNDROME (SBS)
SBS merupakan kecederaan otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan kepala yang kuat. Boleh berlaku dalam tempoh sesingkat 5 saat pergerakan yang kuat. Kecederaan yang serius boleh menyebabkan kecacatan otak yang lama, serius dan kekal pada bayi. Ianya berlaku apabila kepala bayi digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek lembut seperti bantal. Ada teori mengaitkan dengan pergerakan seperti menimang bayi, menaiki buaian serta memegang bayi ketika seseorang sedang marah atau bergaduh boleh menyebab berlakunya SBS. Sebab lain ialah penderaan bayi (child abuse) dan selalunya mempunyai kesan-kesan penderaan yang lain.
Perkara ini berlaku kerana kepala bayi mempunyai nisbah yang lebih besar berbanding badan mereka, leher yang lemah dan struktur otak yang masih belum matang serta lebih kandungan air berbanding orang dewasa.
Amalan menimang atau menggoncang sering dilakukan oleh penjaga terutama bila bayi tidak mahu berhenti menangis. Ada yang menimang bayi kerana untuk menenangkan bayi dan ada juga melakukannya ketika marah atau penat menjaga bayi.
Ini bukanlah kes SBS pertama yang saya rawat. Sebelum ini saya juga pernah merawat seorang bayi di wad kanak-kanak yang mempunyai kecederaan otak yang serius dikhuatiri berpunca daripada menaiki buaian.
PENCEGAHAN
1. Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau untuk bermain.
2. Jangan memegang bayi anda ketika marah.
3. Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih anda tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atau kepada orang lain.
4. Minta bantuan orang lain.
Maka, saya sangat berharap agar ibu bapa dan penjaga semua dapat mengambil serius dan peka tentang Baby Shaken Syndrome ini. Ianya bukanlah kes terpencil malah di Amerika Syarikat sebanyak 1500 kes dilaporkan setiap tahun. Mereka juga telah mengharamkan sebarang bentuk alat menggoncang bayi seperti buaian.
Sumber Oleh: Dr. Suria

Wednesday 18 June 2014

Luahan Seorang Photographer


Luahan seorang photographer. Chill..

Adab Di Rumah Walaupun Di Rumah Sendiri


TIPS BILA BERHADAPAN DENGAN OPERASI WARAN TANGKAP TRAFIK SUATU HARI DI JALAN RAYA...


Jai (bukan nama sebenar) sedang memandu kereta dari Kota Bharu ke KL melalui Lebuh raya Pantai Timur (LPT). Apabila tiba di suatu tempat ada Polis buat Operasi (Ops Warta Khas) untuk mencari pemilik saman yang enggan membayar saman. Kata SAC Mohd Fuad Abd Latif, Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, ada lebih kurang 1.9 juta saman tertunggak dan waran tangkap yang belum selesai.


Polis: "Encik... tolong ke tepi ya..."
Jai pun memandu ke bahu jalan dan berhenti.
Polis:
"Mintak IC & Lesen Encik."
Jai keluarkan lesen & IC. Alhamdulillah lesen memandu masih hidup. Setelah memeriksa IC & Lesen Jai, Polis tersebut berkata.
Polis:
"Encik, ikut rekod kami, encik ada 15 saman tertunggak dan 1 waran tangkap. Jadi Encik kena ikut saya ke Balai."
Jai: "Boleh tunjuk pada saya rekod yang encik kata tu..?"
Polis pun tunjuk kepada Jai rekod dalam komputer dan kemudian diprintkan kepada Jai.
Jai: "Owhhhhhh ini rekod saja... mana samannya?? Saya tak pernah tau pun ada saman. Ini rekod saman ke notis? Yang waran tangkap tu kes apa? Bila saman keluar? Bila saya kena pergi mahkamah?"
Polis:
"Encik, setakat sekarang ni, ini ja yang saya boleh tunjuk. Kalau encik nak lebih lanjut sila ke ikut saya balai.."
Jai:
"OK la kalau macam tu jom kita ke balai. Saya pun nak juga tahu saman apa yang saya ada & waran tangkap tu kes apa.."
** Rajin ke polis tu nak bawak Jai ke balai dalam dok tengah kalut operasi??



**Kalau ke balai.

Di balai.
Polis: "OK encik ini senarai saman dan waran tangkap yang encik ada.."
Jai:
"Sama je, itu hanya rekod. Saya nak tengok saman. Nak tengok waran tangkap. Sebab saya nak tahu yg dlm rekod tu betul saman ke notis. Kalau encik tak boleh bagi sekarang, saya nak balik dulu. Saya ada kerja lain lagi nak buat.."
Polis:
"Tak boleh macam tu Encik, kami ada bukti Encik ada saman tertunggak.."
Jai:
"Ya la encik ada bukti tapi mana buktinya? Yang encik tunjuk tu rekod tapi mana samannya? Kalau tak ada, encik ambil nombor telefon saya, nanti bila ada bukti boleh telefon saya ya.."


Kredit By: PEGUAM ZUL HAZMI SHARRIF

Friday 13 June 2014

Alat PenJIMAT Petrol: Ditipu Atau Kena Tipu?

Situasi di Malaysia kecoh apabila kerajaan menaikkan harga bahan api/mengurangkan subsidi bahan api tidak lama dahulu. Perkara ini menyebabkan rakyat panik & kelam kabut terhadap pengumuman yang dibuat secara tergesa-gesa.

Sy pun tidak terkecuali daripada menghadapi masalah ini. Ada yg sanggup bergaduh, marah2 di petrol station sbb semua nak mengisi bahan api takut2 tak dapat dengan harga lama. Ada juga yang dah panas hati, melanggar stesen petrol tersebut. Masyaallah.. teruknya manusia ni. Hilang sifat kesabaran dalam diri.

Justeru itu, maka lahirlah ahli2 bijak pandai, cendiakawan yg sifatnya mcm cendawan, jurutera ciplak & saintis klon yg mahu menunjukkan kehebatan mereka dalam mengatasi masalah ini. Mereka membina alat yang boleh jimat minyak (katanya) sehingga 10% pengurangannya. Emm menarik dah ni.

Di pasaran Malaysia, terdapat banyak alat jimat minyak ni. Senarai kat gambar ni adalah sebahagian yang ada kat Malaysia.
Dengan kehebatan promosi kat FB, aku pun membelinya (Bio Energy Chip). Mengikut kata promoter ni, ia boleh menjimat sehingga 25%.. WOW!!! Selain daripada menjimatkan petrol, promoter ni juga bgtau aku, boleh letak kat meter eletrik. Pada masa yg sama, aku pun ada masalah yg sama. Bil elektik melonjak naik (dlam RM10 je).. Aku pun beli la benda alah ni (pada 1/5/2014) dgn harga PROMOSI katanya.. RM25 utk sekeping kad Bio Energy Chip ni & aku beli 2 keping.

Dengan penuh semangat, aku pun melekatkan chip ni kat MCB (Main Circuit Board) kat rumah & mencatatkan bacaan pada hari tu. Dengan cara penggunaan elektrik yg sama seperti sebelum ni, aku dengan yakin, benda alah ni boleh bantu aku mengurangkan bil elektrik. Bila smpai masanya (1/6/2014) aku pun merekodkan bacaan meter elektrik. Apabila melakukan pengiraan, aku sungguh terkejut. BIL ELEKTRIK TIADA PERUBAHAN, MALAH MAKIN MENINGKAT!!! What the HELL??? Dengan pantas aku terus pm promoter ni.. Last skali, dia tak reply pm tu.. Kecewa juga aku. Not good for service after sale.

Hari ni, aku ternampak satu video berkaitan alat jimat petrol ni la. Korg tontonlah & keputusannya adalah seperti ni.

So, sape2 yang yakin benda ni betul, bagus la. Bagi aku, kena campak kat tong sampah je ni..

Merawat Batuk Berkahak Dengan Cara Islam

Assalamualaikum..

Sedang sy membelek2 FB, tetiba sy ternampak post daripada Ust Sharhan berkaitan batuk berkahak. Dalam pada masa itu juga, teringatkan si anak kecil di rumah, Ainul Syifa yg batuknya tidak hilang2 selama 2 minggu lebih. Moga2 anak sy cepat sembuh. Sy pun menonton syarahan beliau.

Apa yg sy peroleh adalah, terdapat sepotong ayat yg harus diamalkan utk mengurangkan & seterusnya membuang penyakit tersebut.

Antara bahan2 yg diperlukan:
1. 40 kuntum bunga cengkih.

Cara rawatan:
1. Rendamkan 40 kuntum bunga cengkih tadi di dalam air masak.
2. Bacakan Fatihah.
3. Baca ayat Kursi.
4. Baca potongan ayat dari surah Yunus ayat 57, dengan meletakkan tapak tangan di dada.
5. Bacakan kesemua ayat ini di hadapan air rendaman 40 kuntum bunga cengkih tadi.


Menurut Ust, ayat ini bukan hanya untuk menyembuhkan penyakit batuk berkahak, tetapi untuk semua penyakit yang ada di dada seperti penyakit jantung, darah tinggi & kencing manis.

Apa yg sy kurang pasti adalah, bagaimana hendak menggunakan air rendaman bunga cengkih itu. Adakah dengan meminum air tersebut atau menyapu muka dengan air tersebut.

Amalkan & berserah kepada Allah. Insyaallah berkesan.

Sumber: fb Ust Sharhan

Thursday 12 June 2014

'Skrol untuk dijual' di UM, kata siswa

Kumpulan mahasiswa Universiti Malaya (UM) berang dengan amalan baru apabila graduan dikenakan bayaran untuk mencetak sijil mereka.

Mereka menggelarkan sebagai skim “skrol untuk dijual”.


Setiausaha Persatuan Untuk Belia Baru Universiti Malaya (Umany) Joycelyn Chu berkata, universiti memutuskan memulakan perkara itu pada Julai.

Pengurusan kemudiannya hanya akan mengeluarkan sijil dalam bentuk digital sahaja. Versi cetakan hanya akan dikeluarkan jika terdapat permintaan dan dikenakan bayaran.


Menurutnya lagi, bayaran RM50 dikenakan untuk mahasiswa tempatan manakala RM70 untuk mahasiswa antarabangsa.

“Ini nampaknya seperti institusi pengajian tinggi menjual skrol mereka,” kata Joycelyn.

Malaysiakini sudah menghubungi Timbalan Naib Cancelor (Akademik) UM Prof Hamdi Abdul Shukor dan masih menunggu jawapannya.
Kenangan admin sewaktu di Uni. Malaya. 
Kejuruteraan Alam Sekitar,
Batch 2004-2008.
Sumber: MalaysiaKini

Rasuah: Tahniah Kerna Dia Jujur

Pemegang MyKad merah dalam usaha melepaskan diri.

Dari FB Aripin Alif

Aku yang kena saman, aku yang kena ambik gambar.
Saman tetap saman, rasuah jangan ambik. hidup aku bayar saman aje lah.

LOKASI : KM40.6(U) L/RAYA U/S
MASA : 1240

Antara dialog nya lepas aku kena tahan:

POLIS : I/C & lesen! Bro,kau tengok sini polis koyak duit rasuah.

Duit yang kena koyak oleh polis yang bertugas. Nmpk mcm RM20/RM40 je ni.
APEK : Encik, saya mintak maaf. Saya tahu saya salah.

POLIS : Eh,lu ingat gua bodo ke? Lu bagi gua duit, lepas tu lu rakam lu nak masuk kan dalam fb? lu ingat polis sekarang macam polis dulu ke? makan duit haram, makan rasuah? polis sekarang gaji da besar!!

APEK : Encik, saya mintak maaf encik, saya tahu saya salah.

Kereta apek tersebut.


POLIS : lu da rasuah gua lu baru nak mntak maaf? dari tadi tak nak mntak maaf? dia buat salah, awal2 mintak maaf!! (aq lah). Bro,,lu ade fb?? ade hp?? ade camera??

AKU: Ada3!!

POLIS : lu ambik gambar, lu masuk kt fb, lu cerita. dia ni nak jatuhkan melayu, nak cerita kat org, polis melayu makan rasuah. aku nak kau janji dengn aku, kau masuk kan dalam fb. cerita kat org. kita kena pertahankan bangsa melayu, jangan asyik nak kena tindas je dgn rasuah!! nah, saman kau.

AKU : saman jugak ke encik?

POLIS : aah.bro, kau janji dengan aku tau??

AKU : yelah, gerak dulu.

POLIS : hati2 bro.

arahan,

KPL153680
UNIT20
EMPV LINKEDUA
TRAFIK B.AMAN

Wednesday 11 June 2014

Bisnes Quote: Tanya Dr Azizan Osman - Episod 2


Pakar pemasaran no. 1 Asia, Dr Azizan Osman berkongsi ilmu melalui FB beliau. Terdapat pelbagai tip/jawapan-jawapan yang merungkai setiap permasalahan di dalam dunia perniagaan. Ikuti video ini dengan menekan pautan/link DAO.

Tuesday 10 June 2014

Fenomena Yusuf Taiyoob




“Mari sini abang nak bagi tazkirah sikit”
Kata laki kepada bini yang baru balik dari surau.
Bini sambil hidang nasi dan lauk atas meja, tersenyum sambil kagum dari dekat.
Kemudian berkata-katalah lakinya..
***
“Awak tahu tak, apabila tiba malam pertama dari bulan Ramadhan, sejenis angin akan bertiup dari bawah Arasy yang dinamakan ‘Muthirah’. Lalu bergeseranlah daun-daun pokok syurga dan juga gagang pintu-pintu syurga, maka kedengaranlah satu bunyian yang begitu merdu yang tidak pernah didengari bunyian yang lebih merdu dari itu sebelumnya. Kemudian muncullah bidadari-bidadari bermata jeli sehingga mereka semua berhenti di anjung syurga dan bertanya:
“Wahai Ridhwan penjaga syurga! Malam apakah ini?”
Maka malaikat Ridhwan penjaga syurga akan menjawab kepada para bidadari-bidadari itu dengan berkata,
“Malam ini adalah malam pertama dari bulan Ramadhan. Hari ini pintu-pintu syurga dibuka bagi orang yang berpuasa dikalangan umat Muhammad s.a.w.”
Demikianlah angin Muthirah bertiup lembut dari bawah arasy yang melantunkan bunyian yang sungguh merdu..
Namun di bumi, sebelum bulan Ramadhan lagi, telah terdengar bisikan suara lembut dan merdu yang membisik siang dan malam yang menandakan sudah hampir masuknya bulan Ramadhan...
Bisikan itu berbunyi:
“Yusuf... Taiyoob..”
hihihi...

Monday 9 June 2014

Apabila Segalanya Di Pertontonkan Di Facebook


Keadaan di kedai makan itu seperti malam-malam sebelumnya. Orang ramai berpusu-pusu keluar masuk. Menu char koey teow menjadi pilihan utama bagi sesiapa yang mengunjunginya. Azmi tidak terkecuali. Cuma kali ini lebih tenang, apabila dia bersama dengan sahabatnya yang belajar di Mesir. Ehsan namanya. Sudah lama mereka tidak ketemu.
“Ko perasan tak, yang Facebook dah banyak berubah?”. Ehsan memulakan perbualan. Char koey teow special telah habis dijamahnya.
“Aah, aku perasan juga. Dah ada ticker sekarang ni, yang mana segala perbuatan kita di Facebook, akan diketahui umum. Malah, kalau upload gambar pun, punyalah besar apabila ada dekat wall tu. Dahsyat Facebook sekarang ni.” Rungut Azmi. Dia meneguk teh ais, sambil mengetap bibir kerana kesejukan.
“Hmm, itu yang aku risaukan. Bukannya apa, aku selalu terfikir. Bagaimana ketika di akhirat kelak, yang mana segala perbuatan kita akan dipertontonkan semula, samada perbuatan baik atau buruk. Tengok sajalah, kat Facebook pun, segala apa yang kita lakukan, akan keluar dekat ticker tu, dari ‘like’, ‘comment’ dan macam-macam lagi. Tidaklah aku katakan salah untuk bersosial, cuma perlulah berpada-pada. Kita tidak akan berasa segan sekiranya kita melakukan perkara yang bermanfaat di Facebook. Tetapi, malu sebenarnya, jika kita melakukan perkara yang melalaikan, yang mampu menimbulkan fitnah, kemudian dipertontonkan pula di khalayak ramai.” Ehsan meleter panjang.
“Aku pula cuma kurang suka sekiranya kawan-kawan perempuan aku, begitu seronok upload gambar kat Facebook. Bukannya apa, tidak ada salahnya untuk upload, tetapi tidak perlulah sehingga mendedahkan aurat, malah membuat gaya yang menggoda. Mata-mata yang liar begitu banyak memerhatikan mereka. Saham dosa semakin bertambah tanpa sedar. Tidak terkecuali bagi kawan-kawan lelaki juga yang suka mendedahkan aurat. Seolah-olah di akhirat, segalanya dipertontonkan di Facebook. Segala dosa-dosa akan dituntut di akhirat kelak.” Azmi menambah.
“Hmm, maka disebabkan itulah, kita kena pandai ambil peluang.” Ehsan menimbulkan tanda tanya dalam diri Azmi.
“Maksud ko?” Azmi menggelengkan kepala, tanda tidak mengerti.
“Orang selalu fikir bahawa laman web sosial ni, hanyalah tempat untuk kita bersosial sahaja, yang mana ikhtilat lelaki dan perempuan sudah tidak ada batasan. Bukanlah bermaksud tidak boleh berkawan langsung dengan berlainan jantina di Facebook, namun, perlu menjaga batas pergaulan, sungguhpun hanya di alam maya. Janganlah sehingga menimbulkan fitnah dan syak wasangka, atas segala perbuatan kita yang dipertontonkan di Facebook tu.” Hujah Ehsan.
“Gunakan medium ini untuk berdakwah. Nak jadi da`ie mesti kreatif. Takkan nak tunggu kita belajar kat Mesir, amek jurusan Syariah, nak kena jadi ustaz, baru boleh berdakwah, kan? Dengan hanya menggunakan medium seperti Facebook sahaja, kita dapat menyebarkan Islam, memberi manfaat kepada orang lain. Contohnya, boleh sahaja kita post link-link agama yang bermanfaat, contohnya dari ILuvIslam. Kongsikan tafsir Al-quran dan juga Hadis. Kemudian boleh sahaja kita post link-link dari Youtube, video yang memberi pengajaran. Maka apabila dipertontonkan di Facebook, di khalayak ramai, sekurang-kurangnya kita melakukan perkara yang bermanfaat. Mungkin sahaja menjadi saham pahala bagi kita, bukannya menjadikan Facebook sebagai medium menambah dosa dan tempat meluahkan perasaan, kan?” Tambah Ehsan, panjang lebar.
“Hmm, aku setuju dengan pendapat ko. Tapi, bagaimana kalau sesetengah daripada kawan-kawan kita kurang bersetuju? Mungkin sahaja akan ada umpatan-umpatan liar mengatakan bahawa kita pun perangai tak seberapa, nak berdakwah kat orang lain pula.” Azmi cuba menguji Ehsan.
“Iya, tidak dinafikan memang ada sahaja yang tidak bersetuju dengan kita. Namun sedarlah, redha Allah lebih penting dari redha manusia, kan? Perlu menjadi sempurna dulu ke, untuk membuatkan kita berhak menasihati dan berdakwah kepada orang lain? Tanpa sedar, sebenarnya kita dapat memperbaiki diri kita, sedikit demi sedikit.” Hujah Ehsan, padat.
“Betul juga apa yang ko cakap tu. Hmm, haa ko perasan sesuatu tak?”
“Tak pun. Perasan apa?”
“Aku rasa, tokeh kedai ni asyik pandang kita ja, rasanya dia macam dah nak tutup kedai.”
“Haha, agak arh, dah lewat ni kan, ok la, jumpa lagi nanti. Semoga segala apa yang kita bincangkan, memberi manfaat. Semoga Allah mempertemukan kita lagi. Assalamualaikum.”
“Haa, waalaikumussalam.” Mereka berpisah, mengikut haluan masing-masing.

Sumber: http://resolusiaddin.blogspot.com/

Meaning for 'Number 5' in Our Life.

Meaning for 'Number 5' in Our Life.





IKEA: Manners in Restaurants

Recognized them? 
IKEA RESTAURANT AND FEW SELFISH MALAY BITCHES
Truth is, I hate dining at IKEA. The food is overrated and most of all, looking for empty seats could really get on your nerves. Take today for instance. While my family went to buy food, I had to look for empty seats.

Table 1: Two Malay ladies with tudung labuh. The four seats beside them were empty. Not wanting to be rude, I politely asked; "Empat kerusi sini ada orang tak" of which they replied; "A'ah ada". Turns out there were only two of them bitches after all and before long, a Chinese couple selamba badak came and sit beside them.

Table 2: I arrived at the empty spot at the same time with a Malay woman. Again, being polite, I asked; "You berapa ramai?" (since there were 6 empty seats). She replied; "I ada one group, memang penuh 6 seat". Because there were only four of us, I gave in. Turns out that fucking bitch was dining with another bitch, just the two of them all along.

Table 3: A group of 4 Malay women already finished eating and two were busy with their smartphones, browsing Facebook. One of them got up to wash her hands and I thought; "Oklah... biar dia pi basuh tangan dulu then lepas dia datang balik baru semua nak beredar kot". She went for nearly 10 minutes and when she returned the bitches went on talking and playing with their phones, as they would with dildos. I was standing beside their table and before long my daughter came with the food trays. Still, they were laughing and talking like nobody's business.

I backed up a bit, took out my iPhone and captured this photo.

Suddenly a Malay family at a table behind them approached me and said "Bro... bro boleh ambil meja ni". I thanked him and raised my voice loud enough for the four Malay bitches to hear; "Terima kasih la bro... SETENGAH ORANG LEPAK IKEA MACAM LEPAK KAT KEDAI MAMAK. TAK TAU BILA NAK BANGUN".

After we're seated, the four bitches stayed on for another 10 minutes. I was so pissed that I know had I opened my mouth, it would be very, very, very ugly.

I hate dining at IKEA. I hope I won't have to go there again. But my family love the food so much that more often than not, I have to comply.

BTW... kalau ada sesiapa kenal 4 Minah dalam gambar ni, tolong lah tag dia orang, ok. Just to let them know what utterly bangang bitches they have been (2014)

Source: fb

Melaka: Suatu Ketika Dahulu

Melaka pada zaman dahulu mungkin 1960'an/1970'an dan dibandingkan sekitar tahun 1990'an. Perubahan yang berlaku sedikit sebanyak merubah personaliti Melaka & kawasan sekitarnya.

Melaka Maju Negeriku Sayang,
Negeri Bandar teknologi Hijau.

Kapal Dagang Dari Seberang,
Sarat Muatan Kayu Meranti,
Dari Jauh Tuan Puan Datang,
Orang Melaka Sedia Menanti.

Peta Kota A'Famosa
Kota A' Famosa 2010
Pemandangan dihadapan A' Famosa sebelum ditambak menjadi padang pahlawan.
Pemandangan dihadapan A' Famosa selepas ditambak menjadi padang pahlawan 1990'an.

'Bangunan Merah' di sekitar Bukit St. Paul dahulu
'Bangunan Merah' di sekitar Bukit St. Paul 1990'an

Pelabuhan Melaka dahulu
Pelabuhan Melaka dahulu
Pelabuhan Melaka dalam proses pembaikan
Pelabuhan Melaka dalam proses pembaikan hampir siap
Pelabuhan Melaka 2010
River Cruze 1
River Cruze 2
River Cruze at night
River Cruze at night
Penjara Melaka

Penjara Melaka