Sunday, 8 March 2015

MENANG TAPI KALAH


SETIAP  ORANG ELOK BACA INI....."MENANG TAPI KALAH" .

Kalau gaduh dengan pelanggan,
Walaupun kita menang,
Pelanggan tetap akan lari.

Kalau gaduh dengan rakan sekerja,
Walaupun kita menang,
Tiada lagi semangat bekerja satu kumpulan.

Kalau kita gaduh dengan boss,
Walaupun kita menang,
Tiada lagi masa hadapan di tempat itu.

Kalau kita gaduh dengan keluarga,
Walaupun kita menang,
Hubungan kekeluargaan akan renggang.

Kalau kita gaduh dengan guru,
Walaupun kita menang,
Keberkatan menuntut ilmu dan kemesraan itu akan hilang

Kalau gaduh dengan kawan,
Walaupun kita menang,
Yang pasti kita akan kekurangan kawan.

Kalau gaduh dengan pasangan,
Walaupun kita menang,
Perasaan sayang pasti akan berkurangan.

Kalau kita gaduh dengan sesiapapun,
Walaupun kita menang,
Kita tetap kalah...
Yang menang cuma ego diri  sendiri
yang susah mengalahkan ego diri sendiri..

Renungan bersama.... Sahabat sentiasa bersatu 😊😊😊😊

Wednesday, 4 March 2015

Kasih Di Atas Kapal Titanic..

Sebuah kapal persiaran terlibat dengan kemalangan di laut, di dalamnya ada satu pasangan, selepas berusaha untuk mencari bot penyelamat, mereka menyedari cuma tinggal tempat untuk seorang. Macam Titanic pula kan?

Dengan serta merta, lelaki itu meninggalkan wanita yang bersamanya dan melompat masuk ke dalam bot penyelamat sendirian.

Wanita itu berdiri di kapal yang sedang tenggelam dan menjerit satu patah perkataan kepada suaminya.

Cikgu kemudian berhenti bercerita dan bertanya,
"Rasanya la kan, apa yang dia jeritkan?"

Hampir semua murid menjawab
"Aku bencikan kau! Tak berhati perut!"

Cikgu perasan seorang muridnya yang diam sahaja lalu bertanya kepadanya,
"Cikgu, saya percaya dia mesti cakap - Jaga anak-anak kita baik-baik!"

Cikgu itu terkejut, lalu bertanya,
"Awak pernah dengar cerita ini ke?"

Budak itu menggelengkan kepalanya,
"Tak, tapi itulah yang mak saya beritahu ayah sebelum dia meninggal kerana penyakit."

Ciku kemudian menyambung,
"Betul jawapan tu."

Kapal itu tenggelam, manakala lelaki itu pulang dan membesarkan anak-anak mereka sendirian.

Beberapa tahun selepas meninggalnya lelaki itu, anak mereka menjumpai diari ayah mereka semasa mereka mengemas.

Rupanya semasa orang tua mereka menaiki kapal persiaran, ibu mereka sudah disahkan mengidap penyakit yang akan meragut nyawa.

Ayah mereka menulis,
"Alangkah baiknya jika saya tenggelam ke dalam lautan bersamamu, namun demi anak-anak kita, saya tinggalkan kamu bersemadi di dalam laut keseorangan."

Cikgu sudah berhenti bercerita, namun kelas tersebut masih sunyi.

Cikgu itu tahu anak muridnya memahami pengajaran cerita tersebut, walaupun ada yang baik dan yang buruk di dunia ini, masih banyak lagi kisah disabaliknya yang sukar untuk difahami.

Itulah sebabnya kita jangan sesekali lihat luaran sahaja dan menghukum orang lain tanpa memahami mereka dulu.

Mereka yang suka belanja makan, bukan kerana mereka berharta tapi sebab mereka meletakkan persahabatan melebihi duit.

Mereka yang rajin bekerja, bukan kerana mereka tunjuk pandai tapi sebab mereka memahami maksud tanggungjawab.

Mereka yang memohon maaf dulu selepas pergaduhan, bukan kerana mereka salah tapi sebab mereka menghargai orang di sekeliling mereka.

Mereka yang sukarela membantu anda, bukan kerana mereka berhutang apa-apa tapi sebab mereka lihat anda sebagai seorang sahabat.

Mereka yang selalu sms anda, bukan kerana mereka tak de benda lain nak buat tapi sebab mereka mengingati anda.

Satu hari, kita semua akan terpisah, kita akan terkenangkan pelbagai perbualan dan impian yang kita ada.

Hari berganti hari, bulan, tahun, hingga hubungan ini menjadi asing...

Satu hari anak kita akan jumpa gambar kita dan bertanya,
"Siapa mereka semua tu?"

Dan kita tersenyum dengan air mata yang tidak kelihatan kerana hati ini terusik dengan kata yang sayu, lalu berkata,

"DENGAN MEREKALAH
SAYA pernah ADA HARI YANG PALING INDAH DALAM HIDUP SAYA."

Kongsikan kepada mereka yang membuat hidup anda indah

Thursday, 26 February 2015

7 TIPS BUAT ANAK RAPAT DENGAN KITA


1. Jangan marah anak kalau dia buat silap.
Kadang-kadang kita sebagai ibu bapa kita menganggap diri kita mempunyai kuasa veto pada anak-anak. Pantang dia buat silap, kita akan sergah dan marah dia. Anak-anak yang sentiasa dimarah dan disergah akan menjadi seorang anak yang pasif, tidak mempunyai keyakinan diri dan paling teruk dia akan sentiasa memberontak semata-mata untuk mendapat perhatian daripada kita. Kalau dia buat silap.. peluk dia, dan usap kepala dengan ikhlas. Cakap kat dia..” Mama tahu along dah buat silap.. tak pa mama doakan lain kali along tak akan buat silap lagi”. Kalau malas nak cakap diam sahaja, tapi dengan syarat jangan tunjuk muka masam. Sebab anak-anak sebenarnya dia tahu dia buat silap dan dia sendiripun rasa bersalah dengan kesilapan yang dilakukan. Kalau kita marah di saat dia membuat kesilapan akan membuatkan dia menjadi semakin bersalah dan tertekan.
2. Banyak sentuh dan usap dia.
Setiap kali dia nak keluar dari rumah ataupun kita nak tinggalkan dia di rumah, kita peluk dan usap dia. Begitu juga tiap kali kita balik dari kerja dan dia balik dari sekolah. Kita panggil dia dengan panggilan manja dan peluk dia selama 5- 10 saat, tak perlu nak cakap apa-apapun. Insya Allah dia akan berubah menjadi seorang yang tenang dan mendengar kata. Kerana pelukkan dari ibu dan ayah akan membuatkan diri mereka sentiasa merasa dilindungi. Hasilnya walaupun mereka berada jauh dari kita, kita akan sentiasa dekat dihati mereka.
3. Makan malam bersama-sama
Sebagai ibubapa kadang-kadang kita sentiasa lupa untuk bertanya khabar aktiviti harian mereka. Kalau tak boleh setiap hari, Sekurang-kurangnya dalam seminggu kena ada 3 kali kita makan bersama-sama dengan anak-anak dan juga keluarga. Terutamanya ketika makan malam. Lupakan sekejap bebanan kerja yang kita ada untuk melayan mereka. Biarkan mereka berbual dan bercerita tentang apa sahaja, dan kita bagi respon sebaik yang mungkin apa yang mereka beritahu pada kita Elakkan dari mengeluarkan pandangan negatif seperti mengutuk, menghina dan mencaci diri mereka ataupun apa sahaja cerita yang mereka beritahu pada kita. Elakkan mengeluarkan idea-idea yang mempunyai unsur-unsur hasutan, provokasi kepada mereka.Elakkan dari berleter, Berikan mereka idea, cadangan dan nasihat yang baik. Insya Allah mereka akan selesa bercerita apa sahaja pada kita.
4. Ajak anak teman kita shopping atau beli barang.
Sewaktu beli barang dengan mereka di Supermarket ataupun di pasar. Ajar mereka barang-barang keperluan yang perlu ada pada sesebuah rumah. Jangan sumbat semua maklumat dalam masa sehari. Ajar sikit-sikit. Contoh ajar macam mana cara nak pilih ikan segar. Walaupun benda tu simple tapi sangat berbaloi-baloi bila kita ajar sejak dari kecil lagi. Sebab nanti bila kita pergi supermarket kita akan nampak dia suka memilih barang keperluan rumah sendiri. Selain itu jangan lupa minta pandangan mereka untuk memilih sesuatu yang anda ingin beli. Kalau pandangan dia bagus, puji pandangannya dan ambil cadangannya. Ini akan membuatkan dia rasa dihargai.
5. Ajar sendiri anak baca al-Quran dan ajak mereka solat sekali dengan kita.
Ini sangat-sangat penting. Kadang kala kita lupa atau kita tak sempat nak ajar mereka mengaji al-Quran dan juga solat. Kita membiarkan anak-anak membesar tanpa ilmu agama. Kita pentingkan ilmu akademik, tetapi ilmu agama kita abaikan. Keadaan ini sangat merbahaya kerana anak-anak yang tidak dididik dengan ajaran dan praktikal agama akan menyebabkan jiwa mereka kosong dan rohani mereka lapar. Bila jiwa mereka lapar, cubaan untuk mereka mencari benda-benda yang tidak baik dan tidak bermanfaat sangatlah tinggi.
6. Jadi role-model kepada mereka.
Jangan kita sekadar bercakap, tetapi kita tidak buat. Sebagai contoh kita suruh anak kita pergi solat magrib dalam waktu yang sama kita syok melayan drama kat TV ataupun kita tunjuk contoh tak baik dengan membuang sampah merata-rata. Anak-anak sentiasa memerhatikan telatah orang dewasa dan mereka akan ikut orang dewasa. Kalau kita buang sampah merata-rata depan mereka, nanti dia orangpun akan ikut. Kalau kita caci maki orang lain depan dia orang, diorang pun akan ikut. Jiwa-jiwa anak-anak terlalu suci. Jadilah role-model yang terbaik untuk mereka.
7. Sentiasa berdoa kepada Allah SWT.
Sentiasa berdoa dan meminta kepada Allah SWT supaya anak-anak kita menjadi anak2 yang soleh dan solehah. Doa ibu bapa adalah keramat untuk anak-anak. Sentiasalah berfikiran positif kepada anak-anak kita. Kerana apa yang kita fikir itulah yang akan terjadi. Fikir itu juga doa. Sebagaimana Firman Allah dalam hadis qudsi “Aku mengikut apa yang hambaku sangkakan”. Berfikirlah secara positif, Insya Allah anak kita akan membesar sebagai seorang yang positif.

Wednesday, 25 February 2015

Cara Dropbox sahkan bisnesnya berpotensi besar.


Bagaimana mengesahkan bahawa idea bisnes kita ini benar-benar berbaloi?
... Dan juga menguntungkan?

Kita boleh belajar daripada kisah ringkas ini. Ia bakal membuka mata terhadap cara memperoleh idea bisnes yang menguntungkan.

===
Cerita bisnes Dropbox.
===

Cerita ini dikongsikan oleh usahawan bernama Carlos Del Carpio.
Ia berkenaan sebuah jenama teknologi perkongsian fail yang digunakan oleh majoriti pengguna Internet.

Pernah dengar Dropbox?
Pada satu hari, pengasas Dropbox cuba untuk mendapatkan dana daripada pelabur.
Pelabur itu kemudian bertanya kepada pengasas Dropbox,
"Teknologi seperti ini sudah ada banyak di luar sana. Kenapa saya perlu melabur ke dalam syarikat kamu?"

===
Sudah ada banyak produk yang sama... Kenapa saya perlu melabur pada kamu?
===
Apakah respon pengasas Dropbox, apabila diajukan dengan soalan yang mencabar itu?
Beliau kemudian bertanya semula kepada pelabur tersebut,
"Benar. Memang ada banyak teknologi, sistem dan produk yang sama seperti kami di Dropbox. Tetapi pernahkah kamu menggunakannya?"
Pelabur itu menjawab, "Tidak."
Pengasas Dropbox bertanya kenapa.
Jawapan pelabur itu, "Kerana semuanya tidak bagus."
Lantas jawapan pengasas Dropbox,
"Baik. Maka itu masalah yang Dropbox berusaha mahu selesaikan. Supaya produk itu bagus dan ramai orang suka menggunakannya."

===
3 Pengajaran penting.
===

Pengajaran daripada cerita ringkas ini adalah:
1) Setiap bisnes yang wujud hari ini, adalah bertujuan untuk menyelesaikan masalah orang lain.
2) Idea bisnes yang baru dan tidak pernah wujud di mana-mana, adalah idea yang berisiko tinggi kerana ia belum diuji kadar permintaannya.
3) Dropbox wujud bukan sebab mereka baru. Mereka wujud kerana sudah ada pesaing. Cuma produk mereka adalah jauh lebih baik.

Wednesday, 18 February 2015

TUTORIAL MENU TAB

Assalamualaikum semua..

Hari ni, nak share satu entry utk buat MENU TAB kat header sesuatu blog. Sebenarnya saya dah lama mencari tapi tak pernah jumpa se'simple' ni. Mulanya saya cuma scroll down je Google+ ni.. Tetiba terbaca entri si gadis cantik ni post tutorial simple menu tab. Saya pun click & terus apply!!!

Kalo x cantik, maaf la ye.. Ni baru try & error..

credit to Zizie Zack 

Terima Kasih!!!


pertanyaan daripada inda lastari


1. Pergi ke dashboard dan klik pada layout. Tekan Add a Gadget dan pilih HTML/Javascript
2. Copy dan paste code di bawah ke dalam ruangan HTML/Javascript.

<style>
.nav
{ font: 12px Trebuchet MS;
background: #0095FF;
border: 0px dashed #fff;
padding: 3px; -webkit-transition: 0.5s;
}
.nav:hover
{ color: #000; background: #00DEFF;
-webkit-transition: 0.5s;
}
.nav:link{
color: #000;
}
.nav:visited{
color: #000;
}
</style> <center><div style="padding: 3px;">
<a class="nav" href="LINK">TAJUK</a>
<a class="nav" href="LINK">TAJUK</a>
<a class="nav" href="LINK">TAJUK</a>
</div></center>
saiz dan jenis font
warna background
warna tulisan
link page URL
tajuk page

3. biarkan title dalam keadaan kosong dan klik save.

TIPS HILANGKAN KAHAK BAYI

TIPS HILANGKAN KAHAK BAYI

1) Air kelapa
Minum air kelapa yang pure, yang tanpa gula.
Nanti kahak keluar melalui hingus atau najis.

2) Madu
Guna madu asli.
Cara : 1sudu madu + 1biji limau nipis + air
Kalau baby, madu + air
Guna air zam-zam ( ada molekul penyembuhan ) atau air musoffa

3) Teknik tepuk @ percussion

4) Gas nebulizer
Untuk cairkan kahak.
Kahak akan keluar melalui najis atau muntah

5) Rawatan makanan tambahan yang mengandungi Omega - ia membantu mencairkan kahak

6) 2 ulas bawang putih + minyak masak
Cara :
-bawang putih dibakar hingga lembut
-lenyekkan + cikit minyak masak
-lulur ke leher, dada, belakang baby 

7) Daun kaduk + kapur + air
Cara :
- daun kaduk + kapur + air di ramas-ramas
- lulur ke dada, leher, belakang baby

8) Kunyit hidup
Cara:
- bakar kunyit hidup
- gesek pada lesung batu
- ambil air pada lesung dan sapu pada hidung dan dada baby

Thermal steam therapy - duduk dekat air humidifier beberapa minit atau letak muka over mangkuk air panas

** Jika bayi hidung tersumbat boleh ambil ibu kunyit, sapu di batang hidung sampai ke dahi secara menegak.

Wednesday, 4 February 2015

Cara Mengajarkan Anak Menghafal Al Qur'an Sejak Dini

Cara Mengajarkan Anak Menghafal Al Qur'an Sejak Dini
1. Bayi (0-2 tahun)
-Bacakan Al Qur'an dari surat Al fatihah
-Tiap hari 4 kali waktu (pagi, siang, sore, malam)
-Tiap 1 waktu satu surat diulang 3x
-Setelah hari ke-5 ganti surat An Naas dengan metode yang sama
-Tiap 1 waktu surat yg lain-lain diulang 1x2

2. Diatas 2 tahun
-Metode sama denga teknik pengajaran bayi. Jika kemampuan mengucapkan kurang, maka tambah waktu menghafalnya, mis dari 5 hari menjadi 7 hari
-Sering dengarkan murattal
3. Diatas 4 tahun
-Mulai atur konsentrasi dan waktu untuk menghafal serius
-Ajari muraja'ah sendiri
-Ajari menghafal sendiri
-Selalu dimotivasi supaya semagat selalu terjaga
-Waktumenghafal 3-4x perhari
Allaahummaj'alna fii ahli Qur'an , Allaahumma baarik fi auladina wa dzurriiyatina bil Qur'an, Allaahummarzuqna istiqomah fi tilawatil wa hifzil Qur'an...wa adhilna fi jannati fi Qur'an...Aamiin Allaahumma Aamiin