Tip mudah untuk hadir dan sukses temuduga kerajaan.
Temuduga kerajaan ni lain sikit dari temuduga swasta. Skop penilaian dan tapisan
berbeza.
Untuk kerajaan pastikan anda dah equip persediaan dengan perkara ini;
===================
1 - Faham jawatan anda
===================
Tahu ianya berkaitan dengan kementerian mana. Di bawah jabatan apa. Apa agensi yang terlibat. Jika anda tak perasan, sebenarnya setiap kementerian ada JABATAN dan AGENSI di bawahnya.
Studi semua itu. Nampak simple tapi anda kena faham struktur perjawatan itu.
==============
2 - Faham fungsi
==============
Cuba cari maklumat berkaitan tugasan dan fungsi kementerian/jabatan/agensi terlibat.
=======================
3 - Tahu apa KPI dan inisiatif
=======================
Dari maklumat [1] dan [2] itu cuba cari apa inisiatif yang dijalankan oleh mereka.
Tahu apa objektif program mereka dan apa KPI yang hendak dicapai oleh mereka.
[1], [2] dan [3] ini adalah penentu kejayaan besar anda dalam temuduga kerajaan yang
spesifik.
Anda akan nampak lebih layak untuk jawatan itu.
Benda PENTING yang anda kena tahu adalah..
"PENEMUDUGA adalah PEGAWAI
dari KEMENTERIAN/JABATAN itu!"
Yup. Salah seorang penemuduga adalah pegawai spasifik kementerian tersebut dan pegawai temuduga SPA.
Itu adalah 2 panel wajib temuduga kerajaan ditambah dengan panel jemputan.
Moga rahsia ini menjadi
senjata anda untuk sukses
dalam temuduga Kerajaan!
Sumber: Tim Infokerjaya
Monday, 23 April 2018
Tuesday, 3 April 2018
ANDAI AJAL DALAM TIDUR...
EMPAT PERKARA SEBELUM TIDUR WALAU SESIBUK MANAPUN DENGAN TUGAS HARIAN.
Rasulullah berpesan kepada siti Aisyah ra.
“ Ya, Aisyah! Jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara yaitu :
1. Sebelum khatam al-Quran.
2. Sebelum menjadikan para nabi bersyafaat untukmu di hari kiamat.
3. Sebelum para muslimin meredhai engkau.
4. Sebelum engkau melaksanakan haji dan umrah".
Bertanya Siti Aisyah :
“Ya Rasulullah ! bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika? “
Rasulullah tersenyum dan bersabda :
1. “Jika engkau akan tidur,bacalah surah al –Ikhlas tiga kali
Seakan-akan engkau telah meng-khatamkan Al-Quran
” Bismillaahirrahmaa nirrahiim,
‘Qul huallaahu ahad’ Allaah hussamad’
lam yalid walam yuulad’
walam yakul lahuu kufuwan ahad’ ( 3x ) “
2. "Bacalah shalawat untukku dan untuk para nabi sebelum aku" maka kami semua akan memberimu syafaat di hari kiamat
“ Bismillaahirrahmaa nirrrahiim, Allaahumma shallii ‘alaa saiyyidina Muhammad wa’alaa aalii saiyyidina Muhammad ( 3x ) “
3. “Beristighfarlah” untuk para mukminin maka mereka akan meredhai engkau
“ Astaghfirullaah hal 'adziim al lazhii laa ilaaha illaa huwal hayyul qayyuum wa atuubu ilaih ( 3x )
4. Dan perbanyaklah “bertasbih, bertahmid , bertahlil dan bertakbir” maka seakan-akan engkau telah melaksanakan ibadah haji dan umrah
“ Bismillaahirrahmaa nirrrahiim
Subhanallaah Walhamdulillaah Walaa ilaaha illallaah hu wallah hu akbar "
( 3x )
Sampaikanlah kepada orang lain,
maka ini akan menjadi sedekah jariah pada setiap orang yang anda kirimkan pesan ini, dan apabila kemudian dia mengamalkannya, maka kamu juga akan ikut mendapat ganjaran pahalanya insha Allah...
Jangan jemu saling mengingatkan
Wednesday, 7 March 2018
Kerja Rumah: Tanggungjawab Siapa?
Saya kagum sungguh melihat wanita yang masih mampu me'raja'kan semua kaum lelaki di dalam rumah. Makan dihidangkan, air basuh tangan dihulurkan, nasi dicedokkan, air minum dituangkan. Fuh, pendek kata semuanya disediakan di depan mata, cuma makan sahaja yang tidak disuapkan.
Selepas makan, pinggan sekadar ditinggalkan atas meja. Bangunlah masing-masing meninggalkan meja berselerak. Termangulah kaum wanita yang baru nak duduk ibarat cicak berak kapur. Sudahlah tadi penat memasak, kemudian sambung pula tugas membasuh pinggan bertimbun. Bukan sahaja begitu, bahkan kadang sesetengahnya, nafkah diri sendiri pun diri sendiri yang tanggung. Sungguh saya kagum!
Selalu terlihat, si emak baru nak menyuap nasi setelah penat uruskan itu ini, datang si bapak minta bersihkan buntut anak yang berak. Sedangkan si bapak tadi tiada apa hal pun nak dibuat, padahal boleh sahaja dia uruskan. Sebabnya dalam masyarakat telah dibiasakan bahawa uruskan anak-anak sepenuhnya tugas isteri.
Betulkah begitu?
Maaf, saya tidak sesabar itu.
Saya melihat sendiri natijahnya kerana terlalu memanjakan kaum lelaki. Apabila si emak jatuh sakit berminggu, akhirnya berlonggoklah pinggan mangkuk, baju kotor semuanya yang hanya dibersihkan semula setelah si emak tadi beransur sihat. Bayangkanlah betapa masing-masing tidak tahu bertanggungjawab. Puncanya? Sebab tidak dibiasakan buat kerja rumahtangga sejak dari kecil. Sebab dibiasakan bahawa semua itu tugas hakiki orang perempuan.
Wahai emak, sedarlah kita tidak selamanya kuat & sihat. Memang kita sayang anak-anak, tetapi sebab sayang itulah kita perlu ajar mereka buat kerja rumah. Ajarlah anak-anak kita agar ringan tulang & tahu tanggungjawab.
Wahai isteri, kita tidak selamanya ada banyak masa untuk melayan lelaki seperti raja, semakin lama berkahwin, semakin bertambahlah komitmen kita. Ustaz Kazim & Datuk Fadzilah Kamsah sendiri pernah berpesan, didik suami untuk sama-sama uruskan urusan rumahtangga sejak dari hari pertama kita halal untuknya.
Rumahtangga ini rumahtangga kita bersama, maka, perlukan usahasama setiap dari kita. Jangan kelak kita tak ubah seperti hamba abdi yang tidak bergaji. Waktu itu, kesal pun sudah tidak berguna lagi.
Sedar atau tidak, budaya inilah antara faktor yang menyumbang kepada golongan suami yang lepas tangan dalam urusan rumahtangganya seperti yang berlambak kita lihat hari ini.
Ubahlah.
Ubah!
Ubah!
Apa yang perlu kita lakukan untuk mengubah budaya ini? Saya percaya jika kita mahu mengubah sesuatu, ubahlah dari diri sendiri, pasangan, anak-anak & keluarga. Semuanya bermula dari pendidikan awal kanak-kanak semasa bersama keluarga.
1) Para ibubapa perlu mengajar anak lelaki sama-sama menyediakan meja sebelum waktu makan. Ambillah bahagian tidak kisahlah apa sahaja kerja, perlu involve. Banyak saja kerja.. Ceduk nasi, ceduk lauk, ambil sudu, ambil pinggan & cawan, siapkan air & lain-lain. Sesekali minta anak lelaki yang mencedukkan nasi & tolong serve untuk family makan. Mintanya mengetuai bacaan doa makan juga.
2) Ajar anak lelaki menghantar pinggan ke sinki & tolong kumpulkan pinggan bagi sesiapa yang sudah selesai makan. Contohnya semasa dia sudah selesai makan, nampak emak & ayahnya sudah habis makan, ajarnya untuk volunteer menghantar pinggan mereka juga ke sinki & mencucinya. Sesekali tetapkan gilirannya untuk membasuh semua pinggan kotor keluarga hingga selesai.
3) Ajar anak lelaki sentiasa mengutamakan orang lain dalam mengambil giliran hidangan makanan, tidak gelojoh & gopoh serta tidak sewenangnya mengkritik masakan kecuali jika diminta. Itupun perlulah bersopan kerana Rasulullah SAW sendiri tidak pernah mencerca makanan.
4) Begitu juga dalam pengurusan pakaian. Ajarlah anak lelaki mengumpul baju kotor ke dalam bakul & memasukkan ke dalam mesin sekiranya telah penuh. Tolong sidaikan baju, angkat baju & lipat baju keluarga sekiranya nampak ahli keluarga lain sibuk hal lain.
Tentunya teladan terbaik ini bukan sekadar arahan & nasihat bahkan ditunjukkan sendiri oleh akhlak bapanya yang sentiasa membantu isteri dalam urusan rumahtangga. Moga akan diperwarisi kepada anak, cucu & seterusnya. InsyaAllah.
Ajarlah anak lelaki kita agar menjadi insan yang bermanfaat, bermulanya dengan perkara yang sering dianggap remeh & kecil seperti hal di dapur, di meja makan & mendobi.
Tidak jatuh pun martabat apabila buat semua kerja rumahtangga. Tidak kurang kelelakian pun jika memasak, basuh pinggan & lipat baju. Malah, ia menambahkan sakinah, rahmah & mawaddah, insyaAllah.
Jomlah jadi masyarakat yang lebih hebat. InsyaAllah.
.
Semua ini hanya pendapat peribadi saya melalui pemerhatian sekeliling.
Ramai sahaja ibubapa hebat yang mendidik anak-anak lelaki & perempuan semua pandai serba serbi yang kemudiannya pandai bawa diri apabila ketiadaan ibubapa & berakhlak mulia apabila di rumah orang lain.
Paling penting, menjadi pasangan yang menyenangkan hati apabila berkahwin kelak. InshaAllah!
.
P/S: Status ni umum. Tiada kaitan dengan kehidupan peribadi mahupun memerli sesiapa. Ambillah iktibarnya. Jangan ada yang kata saya mengutuk suami saya pula ya. Cukuplah hanya kami disisi jadi saksi betapa 'qowam'nya dia.
Segala milik Allah belaka. Alhamdulillah 'ala kulli hal.
Repost Jun 2017
Friday, 15 December 2017
Please lah tolong ceq henfon suami.
Korang korang. Please lah tolong ceq henfon suami.
Entah rasa tak sedap hati baru2 ni. Bukak inbox dia, rasa nak hempap je talipon tu. Huh panas.
Entah rasa tak sedap hati baru2 ni. Bukak inbox dia, rasa nak hempap je talipon tu. Huh panas.
Mana taknya, apa perasaan korang sebagai isteri? Kalau tengok dia siap save 'admire' lagi. Sampai tiga admire pulak tu. Hah membara rasa!
Tapi ku coba tenangkan diri. Belum baca lagi isi2 mesej. Ku senaraikan dulu admire2 tu. Rasa nak pilih pulak mana yang nak baca dulu.
Yang pertama, Secret Admire.Yang kedua, Sweet Admire.Yang ketiga, Admire Paling Sedih.
Hurm ku rasa geram2 je tadi. Rasa nak piat2 je telinga dia. Tetiba macam pelik nama admire yang ketiga tu.
Takpa lah. Ku gagahi jua walaupun macam ketar-ketar sikit nak tekan. Huh setelah dibaca kesemuanya. Makanya meseg yang terakhir patut dikongsikan di sini. Semua admire dia tu al-lebih kurang sama
😂
Yang pertama, Secret Admire.
"RM 0.00 CIMB : Transfer to CIMB A/C dot dot dot for RM dot dot. TAC is dot dot expires on 13 Dec 2017.
Yang kedua, Sweet Admire.
"RM 0 Jangan jadi toot-toot! Ceriakan pemanggil anda dengan Call Me Tones "LEPASKAN PERGI HAFIS SUIP. Dial *323*259312# RM 1.50 / minggu.
Ikhlas Celcom, Info, 1111.
Ikhlas Celcom, Info, 1111.
Yang ketiga, Admire Paling Sedih.
Hahaha ku tahu kenapa yang ketiga ni paling sedih.
"Kredit panggilan anda kini kurang dari RM 3. Pastikan anda tambah nilai untuk terus menikmati perkhidmatan & faedah daripada prabayar Celcom."
Sekian. Tak jadi nak baling fon tu. Hahahaa
________________TAMAT_________________
Terima kasih korang sebab sudi baca sampai habis.Hihihi.
Fuhhh. Penat ni taip.
Fuhhh. Penat ni taip.
Hahah apa perasaan sekarang?
Relax kay. Jangan geram atau marah-marah pulak story tu. Petang jumaat kan. Tenang gitu.
Relax kay. Jangan geram atau marah-marah pulak story tu. Petang jumaat kan. Tenang gitu.
Bagi isteri yang dah berjaya habiskan baca, boleh kot tunjuk kat suami.
Saja ja gurau-gurau. Hehe salam asar. Happy wiken korang
❤
Wednesday, 25 October 2017
Seminar Tajwid Luarbiasa Sekeluarga 2017
Teringin nak ajar anak-anak baca Quran di rumah? 😔
Lagi-lagi cuti sekolah akhir tahun ni, memang pasang niat nak spend kualiti time dengan anak-anak. Apa kata hadiri Seminar Tajwid Luarbiasa sekeluarga ? Jangan risau, anda tak perlu jadi ustaz-ustazah utk ajar tajwid.
Insya Allah, hanya dalam masa 2 hari sahaja, anda akan kuasai seluruh ilmu tajwid dengan cara mudah hingga boleh ajar anak sendiri di rumah.
💰Yurannya kalau pergi seorang RM140 shj / peserta
Jangan daftar seorang, daftar berkumpulan lagi jimat. 3 Peserta dan ke atas 💰 yurannya jatuh hanya RM90 shj/ peserta.
Pergi sekali suami-isteri & anak-anak, ini baru 'cinta till jannah' 😍😍😘. Hehehe...
Anda boleh pilih lokasi & tarikh berikut untuk hadiri :
🔹UTM Johor (24 & 25 Nov)
🔹Wisma Negeri Seremban (9 & 10 Dis)
🔹Sirim Seksyen 2 Shah Alam (16 & 17 Dis)
🔹UKM Bangi (23 & 24 Dis)
Daftar segera kerana seat amat-amat terhad.
Layari link ini ya untuk pendaftaran --> http://bit.do/seminartajwidustazasraff
Tuesday, 13 June 2017
TIPS SIMPLE LAILATUL QADAR UNTUK NEWBIE
Ini
adalah tips amalan lailatul qadar untuk Newbie. Bermaksud, untuk mereka yang
tidaklah terlalu 'hardcore' beribadah, tak biasa iktikaf di masjid Qiamullail,
baca Quran sehari 3 helai je even ketika ramadhan, terawikh 8 rakaat itu pun
dah mula on-off.
Senang
cerita, untuk mereka yg imannya bukan bertaraf wali.:)
Orang
biasa (saya pun begitu), tapi nak buat amalan bertaraf wali (83 tahun 4 bulan). Nak
lakukan amalan hingga dosa kita diampunkan.
Apa amalan mudahnya?
FIRST, perkara yg kita perlu faham adalah, kita tidak
mampu nak 'predict' lailatul qadar secara tepat, bilakah ia berlaku. Tapi yang
sahih, ia confirm akan berlaku pada 10 malam terakhir.
Jadi saya nasihatkan, bermula malam 21 ramadhan hinggalah
hari last puasa, anda amalkan 5 petua mudah ni. InsyaAllah, dengan lailatul
qadar taraf kehidupan anda akan dinaikkan ke 'next level', maqomam mahmuda.
Amalannya simple sahaja. Semua orang boleh buat walaupun
bukan imam, ustaz atau ustazah:
1 - SOLAT ISYA' DAN SUBUH BERJEMAAH.
Mengapa perlu solat isyak dan subuh berjemaah? Sebab Rasul bersabda, Sesiapa yang solat isyak berjemaah, maka seolah-olah dia telah berqiamullail separuh malam. Dan sesiapa yang solat subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah bersolat sepanjang malam. Maknanya, dengan melakukan dua solat ini berjemaah, kita confirm termasuk dalam erti menghidupkan sepanjang malam. Pi lah rajinkan diri singgah masjid ya.
Mengapa perlu solat isyak dan subuh berjemaah? Sebab Rasul bersabda, Sesiapa yang solat isyak berjemaah, maka seolah-olah dia telah berqiamullail separuh malam. Dan sesiapa yang solat subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah bersolat sepanjang malam. Maknanya, dengan melakukan dua solat ini berjemaah, kita confirm termasuk dalam erti menghidupkan sepanjang malam. Pi lah rajinkan diri singgah masjid ya.
2 - SOLAT SUNAT 2 RAKAAT
Lepas solat isyak berjemaah, solatlah terawikh 2 rakaat. Ini bagi tahap iman uam-suam kukulah. Tak mampu 8 rakaat, solatlah 2 rakaat je. Lepas tu pandulah kereta laju-laju balik rumah. Amalan ini pun dikira termasuk dalam ertikata menghidupkan malam. Boleh buat kan?
Lepas solat isyak berjemaah, solatlah terawikh 2 rakaat. Ini bagi tahap iman uam-suam kukulah. Tak mampu 8 rakaat, solatlah 2 rakaat je. Lepas tu pandulah kereta laju-laju balik rumah. Amalan ini pun dikira termasuk dalam ertikata menghidupkan malam. Boleh buat kan?
3 - BACA SURAH AL-IKHLAS 3 KALI
Lepas solat terawikh 2 rakaat, jangan lupa baca Surah Al-Ikhlas 3 kali. Ia sama seperti, anda telah khatamkan Al-Quran keseluruhannya kerana Nabi ada menyatakan, Surah Al-Ikhlas menyamai sepertiga Al-Quran. Ini kira teknik short-cutlah, untuk kita yang bukan wali tapi nak dapatkan ampunan Ilahi. Jika rajin, bacalah Quran 10 juzuk-dua. :)
Lepas solat terawikh 2 rakaat, jangan lupa baca Surah Al-Ikhlas 3 kali. Ia sama seperti, anda telah khatamkan Al-Quran keseluruhannya kerana Nabi ada menyatakan, Surah Al-Ikhlas menyamai sepertiga Al-Quran. Ini kira teknik short-cutlah, untuk kita yang bukan wali tapi nak dapatkan ampunan Ilahi. Jika rajin, bacalah Quran 10 juzuk-dua. :)
4 - BACA DOA PENDEK INI
Lepas anda 'khatam Al-Quran' teknik short-cut di atas, jangan lupa untuk berdoa dengan doa pendek ini. Confirm boleh hafal sebab terlalu pendek, 7 perkataan je. Nampak je pendek, tapi doa ni petuanya Rasul yang share tau ketika isterinya Aisyah r.a bertanya, 'Bang, kalau jumpa Lailatul Qadar, apa doa terbaik nak minta?'
Lepas anda 'khatam Al-Quran' teknik short-cut di atas, jangan lupa untuk berdoa dengan doa pendek ini. Confirm boleh hafal sebab terlalu pendek, 7 perkataan je. Nampak je pendek, tapi doa ni petuanya Rasul yang share tau ketika isterinya Aisyah r.a bertanya, 'Bang, kalau jumpa Lailatul Qadar, apa doa terbaik nak minta?'
Ini
doanya :
اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عني
اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عني
"
Ya Allah sesungguhnya dikaulah maha pengampun, dan amat suka memberi ampun, maka
berikanlah daku keampunan"
5 -
BERSEDEKAH WALAUPUN 5 RINGGIT
Last sekali, sebelum keluar masjid,cuba cari
tong masjid tepi tiang, hulurlah 5 ringgit. Jangan hulur seringgit. Nampak
sangat 'kedekut' kan :) Sedekah
5 ringgit. Jika tak mampu masuklah 10 ringgit dalam tong tu. Jika tak mampu
lagi, apa kata 20 ringgit, hehehe... Jika sedekah anda mengena malam
Lailatul Qadar, 5 ringgit yang disedekahkan lebhi bernilai dari sedekah yang
dilakukan tiap-tiap hari selama 83 tahun 4 bulan! Mana nak sampai nyawa panjang tu? Jika sampai pun, kita takkan sedekah
tiap-tiap hari kan?
Last sekali, sebelum keluar masjid,
-----------------------------------------------------------------------------
Itulah
tipsnya. Jangan lupa untuk lakukan setiap hari ya, bermula malam 21 ramadhan
hingga hari last puasa. Confirm insyaAllah dapat manfaat Lailatul Qadar sebab
Rasul bilang, ia berlaku antara 10 malam terakhir.
Lakukanlah untuk masa depan akhirat anda. Tuhan dah bagi
'diskaun keampunan' besar. Mereka yg ada kepekaan hati pasti bersungguh nak
'grab' diskaun itu.
P.S :
Tips di atas untuk mereka yg imannya biasa-biasa sahaja. Jika imannya lebih
kuat, cubalah iktikaf di masjid berdekatan. Solat hajat, taubat terawikh.
Perbanyakkan
istighfar, baca Quran dll. Kita tiru Rasul di mana baginda bersungguh hidupkan
malam terakhir ramadhan dengan beriktikaf di masjid.
Pergilah
ke masjid berdekatan. Bawa anak isteri sekali tidur kat sana bawa toto bantal busuk bagai. Kita niat tahun ni nak ubah diri sebab dah bertahun puasa
tapi asyik ikut lagu tuu je kan... Lagi-lagi iman suam-suam kuku. Makin
berakhir ramadhan, makin ingat nak enjoy.
Cuba tukar tahun ini. Kita ikut rasul & solafussoleh.
Makin hujung makin rajin. Bukannya apa, manfaatnya untuk kita juga. Tuhan
mudahkan urusan dunia & akhirat.
Kan itu yg kita minta selama ni? Nak
senang hidup di dunia. Di akhirat pula kita enjoy bergolek di syurga. Mulakannya
dengan memburu Lailatul Qadar.
Sementara tu, untuk anda yang masih 'merangkak' baca
Quran, malu-alah nak baca Quran bulan ramadhan sebab risau takut salah tajwid,
meh sini saya 'datang' rumah anda ajar cara fahami tajwid lebih mudah.
Dapatkan koleksi buku Mudahnya Ngaji Tajwid.
.
.
Ustaz Asraff Ayobb.
.
.
Ustaz Asraff Ayobb.
.
Wednesday, 7 June 2017
Dicerai kerana baca WhatsApp suami
PELBAGAI masalah boleh menjadi punca keretakan rumah tangga jika tidak ditangani dengan baik. Jika dahulu punca rumah tangga dikaitkan dengan orang ketiga, tidak ada persefahaman, masalah kewangan dan mentua sahaja tetapi sekarang keadaan sudah menjadi semakin serius dengan pelbagai isu lain yang sangat membimbangkan.
Teknologi dan kemodenan kini turut menjadi penyebab berlakunya perceraian disebabkan kelalaian dan sikap tidak jujur pasangan dalam melayari rumah tangga mereka.
Yang terbaru kumpulan WhatsApp yang menjadi kegilaan orang sekarang turut menjadi salah satu penyebab utama rumah tangga tergugat kerana pasangan menyalahgunakan medium itu untuk menjalin hubungan gelap.
Inilah cerita pilihan saya minggu ini, kisah suami ketagih WhatsApp sehingga lupa diri dan mengabaikan anak isteri. Mungkin bagi setengah orang ia perkara remeh tetapi bagi pasangan yang menghadapi masalah itu ia mungkin satu masalah yang sangat besar dan jika tidak ditangani dengan baik akan membawa kepada perceraian.
Inilah yang dihadapi oleh Ann (bukan nama sebenar) dalam luahannya kepada saya mengenai sikap suami yang terlalu taksub dengan WhatsApp sehingga meruntuhkan hubungan mereka.
Begini cerita Ann.
“Saya seorang guru telah bernikah dengan pasangan saya Amirul (bukan nama sebenar) sejak lima tahun lalu. Kami dikurniakan dua orang anak berusia empat dan dua tahun.
“Di peringkat awal saya sangat bahagia kerana Amirul sangat bertanggungjawab. Keperluan saya dan anak-anak tidak terabai. Rumah tangga kami aman bahagia.
“Sayangnya, keadaan mula berkocak setelah suami mula ketagih dengan telefon bimbitnya. Dua puluh empat jam berkepit dengan telefon. Dia ada tiga telefon bimbit. Apa yang mustahak sangat sampai ada tiga telefon pun saya tidak tahu.
“Bila ditanya melenting. Dibiarkan sakit hati. Saya hanya ada nombor satu dari tiga telefon milik suami, yang dua lagi saya tidak tahu, katanya tak payah ambil tahu. Pelik juga saya, tapi biasalah isteri tidak mahu bersangka buruk dengan suami.
“WhatsApp, Facebook, Instagram dan Tweet menjadi perhatian suami sehingga lupa semua yang ada di sekelilingnya. Telefon macam nyawa, pendek kata macam orang bercinta, makan tak lalu, tidur tak lena.
“Di peringkat awal saya tidak ambil kisah sangat sebab tahu semua orang ada WhatsApp dan FB tetapi makin didiamkan keadaan makin bertambah serius.
“Balik rumah mata dan tangan hanya ke telefon… satu di tangan dua lagi di kiri dan kanan… saya selalu perhatikan cara dia pegang telefon.
“Dalam tiga telefon itu, salah satu darinya tidak pernah dia letak selalu sahaja dia pegang. Hati saya tertanya-tanya, apa istimewanya telefon itu, kenapa telefon itu diletakkan di bawah bantal setiap kali dia hendak tidur?
“Pernah saya tanya suami kenapa telefon itu diletakkan di bawah bantal semasa tidur, jawapannya senang nak capai jika ada panggilan terdesak di tengah malam terutama dari pejabat.
“Memang hati wanita ini sangat sensitif dan boleh menghidu sikap suami yang curang dan tidak jujur. Allah mendengar doa hambaNya terutama doa seorang isteri.
“Satu hari dia terlupa membawa telefon bimbit yang menjadi teman setianya itu. Saya terjumpa telefon itu di bawah bantal tidurnya ketika mengemas tempat tidur.
“Terdetik pula di hati untuk memeriksa telefon itu walaupun sebelum ini saya tidak pernah mengusik barang-barangnya tanpa izin dia. Saya belek satu satu nombor di telefon itu dan kandungannya.
“Saya lakukan semuanya dengar cepat sekali kerana bimbang dia akan balik ke rumah untuk mengambil telefon itu. Nak tahu apa yang saya jumpa?
“WhatsApp eksklusif suami dengan seorang wanita yang telah merobek hati saya sebagai isteri. Wanita yang merampas Amirul daripada saya, yang melalaikan dia dengan tanggungjawabnya sebagai suami kepada saya dan bapa kepada anak-anak kami.
“Kata-kata cinta, pujuk rayu yang ada di dalam telefon itu benar-benar merentap jiwa saya. Kata balas membalas macam suami isteri. Sedih, sayu tidak dapat saya ceritakan. Air mata saya mengalir mengenangkan kecurangan suami.
“Tergamak dia buat begitu kepada saya. Padanlah asyik memegang telefon… tersenyum sorang sorang, tersandar ke dinding... rupa-rupanya ada cerita di sebaliknya.
“Dalam leka membelek telefon tersebut Amirul muncul. Saya tidak mendengar bunyi enjin kereta sehingga tidak sedar kehadirannya. Melihatkan saya sedang memegang telefonnya itu Amirul merampasnya daripada saya sambil menjerit-jerit marah.
“Dia tuduh saya sengaja mengambl telefon itu kerana ingin tahu rahsianya sedangkan telefon itu saya jumpa ketika sedang mengemas bilik tidur. Salahkah saya sebagai isteri nak tahu rahsia suami?
“Suami selalu pesan supaya isteri jangan curang, taat, berlaku jujur dan setia tetapi apakah semua juga berpegang kepada prinsip yang sama?
“Kalau dalam kes saya tidak sama sekali. Amirul telah berlaku curang kepada saya dengan menjalin hubungan dengan perempuan lain. Dia telah mengkhianati kepercayaan dan kesetiaan saya kepadanya.
“Dia ketagih WhatsApp dengan kekasih gelapnya itu daripada memberi perhatian kepada saya dan anak-anak. Dia tidak boleh berlakon lagi dengan saya kerana rahsianya semua sudah terbongkar. Itu yang menyebabkan dia semakin marah.
“Kesabaran saya tidak dapat dibendung lagi apabila dia terus menjerit dan marah-marah serta menghamun saya macam saya telah buat kesalahan besar sedangkan dia yang buat silap.
“Saya jerit balik untuk pertahankan hak saya, apa lagi dia semakin marah dan menyalahkan saya terus terusan kerana mengawal pergerakannya. Salahkah saya?
“Pertengakaran antara kami berlarutan. Sehingga akhirnya dia bertindak menjatuhkan talak kepada saya kerana melawan cakapnya…. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan saya ketika itu tetapi saya sabarkan hati. Saya kuatkan semangat dan bertabah.
“Mungkin ini takdir saya, saya terima dengan reda. Saya tidak boleh buat apa-apa lagi kerana dia sudah terlepas kata. Maknanya talak telah jatuh ke atas saya.
“Anda bayangkan hanya kerana telefon seorang suami sanggup menjatuhkan talak untuk isterinya. Tak logikkan? Tapi itulah nasib yang menimpa saya. Saya reda dan menerima segalanya dengan lapang dada.
“Saya positif dalam hal ini kerana percaya ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Mungkin Allah menguji saya dengan ujian kecil ini. Saya mengharapkan yang baik-baik menunggu saya dan anak-anak selepas ini.
“Walaupun perceraian saya masih di peringkat menunggu kelulusan mahkamah saya kini sangat tenang dan bahagia kerana tidak lagi memikirkan tentang sikap suami yang curang.
“Bayangkan jika saya tidak jumpa telefon itu hari itu tentu saya masih dipermainkan sampai hari ini. Syukur Allah gerakkan hati saya dan tunjukkan kebenaran sebelum keadaan menjadi lebih parah.
“Pesanan saya kepada isteri di luar sana, hati-hati dengan suami yang menggunakan banyak telefon. Tolong periksa telefon mereka. Jangan ambil mudah. Jika suami anda selalu berjaga malam dan berkepit dengan telefon bimbit sampai tengah malam baik cepat cepat bertindak, mesti ada yang tidak kena.
“Jika dia orang bagi alasan kerja jangan percaya dan ambil mudah. Tidak ada orang berbual tentang urusan kerja tengah malam dan pergi jauh dari anak sambil tersenyum simpul macam kerang busuk. Kalau jujur apa salahnya berbual di depan anak isteri? Ini tidak, bunyi sahaja telefon terus bangun.
“Alhamdulilah saya kini sangat bahagia dan tenang bersama anak-anak. Semoga Allah pelihara kami bertiga,” Ann menamatkan ceritanya.
Puncanya kecil tetapi kesannya besar. Saya bersimpati dengan Ann tetapi apa hendak di kata, jodohnya dengan suami hanya setakat itu sahaja. Saya juga kagum dengan ketabahan Ann menangani isu rumah tangganya itu. Semoga hidup Ann akan terus dilimpahi rahmat selepas ini.
Betul kata Ann perkara kecil tetapi risikonya sangat besar dalam rumah tangga jika tidak bijak menanganinya. Siapa pun tidak akan terfikir WhatsApp dan telefon boleh menjadi punca perceraian tetapi Ann telah melaluinya. Semoga kes ini terpencil dan tidak merebak di dalam masyarakat kita.
Menamatkan catatan, pesanan saya, kebenaran akan menyusul apabila kejujuran dan ketelusan di dalam hati sudah tidak ada.
Salam
Subscribe to:
Posts (Atom)






