Sunday 21 September 2014

Akibat Terbawa-Bawa Perangai Negatif...

Seorang wanita jumpa saya menangis. "Ustaz, saya menangis kerana selalu cubit, marah 3 orang anak saya...Anak-anak saya 8 tahun, 5 tahun dan 3 tahun.

Kakaknya asyik pukul adiknya. Adiknya asyik cari pasal kakaknya.
Kadang-kadang dia kacau adiknya. Tak berhenti saya marah dan cubit mereka.

Kadang-kadang saya baling semua mainan mereka..lepas tu saya menangis seorang diri. Tak tahu nak cerita pada siapa. 

Sebenarnya saya terbawa-bawa kerana suami saya malas. Tidak.bertanggungjawab. tidak bekerja. Keluar dengan kawan-kawan. Saya berusaha berniaga dan lain-lain. Adakah kerana dosa saya yang lalu saya tanggung semua ini? Kerana yang lepas, ini hasilnya hari ni...saya lemah dan tidak mampu.."kata wanita itu.

Dalam fikiran saya, inilah kesan dari seorang lelaki yang tidak bertanggungjawab..Allah..sedihnya. Seorang wanita yang selalu marah dan pukul anak-anak biasanya berpunca dari stress dengan suami. Anak-anak menunjukkan protes dengan membuat salah dan buat apa sahaja untuk dapat perhatian ibubapa..

Disebalik seorang itu ada manusia yang mengharap perubahannya.

Jawab saya, betul kata puan. Apa terjadi hari ini kerana masa lalu kita. Hari esok kita, hasil usaha dan doa kita hari ini.

Jadi kita ubah hari ini. Esok akan menjadi baik. Atau ia selamanya bertambah teruk dan esok anak-anak akan kata ini semua salah mak ayah saya...Saya yakin puan buat begini kerana suami. Tapi paling saya sedih dan sayu ialah disebalik puan ada anak-anak. Anak-anak yang tidak boleh berfikir seperti kita. Anak-anak yang harapkan kasih sayang dan didikan.

Puan harus berjuang kerana Allah. Buat anak-anak. Hidupkan amalan Ta'lim dalam rumah. Setengah jam cadangan saya. Setiap malam bawa anak-anak bersama. Kita akan dapat rasa suasana rahmat. Tenang jer rumah. Kerana dipenuhi rahmat Allah, malaikat , sakinah, didoakan oleh semua makhluk termasuk ikan dalam laut.

Dalam hadis ada ceritakan tentang Nabi Yunus dengan doa Lailaha illa anta subhanaka inni kuntu minzzolimin. Seperti Allah bantu yunus seperti itu Allah bantu kita. Zikir setiap hari ulama anjurkan paling kurang 300 kali. InshaAllah Allah bukakan jalan keluar..

Puan itu jumpa saya kembali dan ceritakan hidupnya mula tenang. Betul, ustaz sekarang anak-anak saya suka belajar. Dan suka baca al-quran..bila mereka main-main dan sepah-sepah saya dah boleh kawal jiwa. Rasa sayang dan sejuk jer hati. Seronok zikir nabi Yunus dan baca Ta'lim..
Rupanya bila hati tenang segalanya jadi mudah buat saya

Hati luas membuat dunia yang nampak sempit jadi luas..
Hati sempit membuat dunia yang kelihatan luas menjadi sempit. 
Segalanya bermula dari hati yang mengenal Allah. 
Kembali pada Allah. Itu saja jalannya.. -ebit lew

No comments:

Post a Comment