Sunday 8 March 2015

Berzanji Di Majlis Aqiqah

Assalamualaikum...

Hari ni ada majlis aqiqah di rumah jiran. Majlis meraikan bayi yg selamat dilahirkan. Kata mak, majlis ni ada berzanji. Dah lama tak berzanji. Rasanya last belajar berzanji pada umur 14 tahun.. 16 tahun yg lepas.. wahh rasa dah tua la pulak..

Amalan berzanji ni pada kebiasaannya dialunkan di majlis keraian seperti aqiqah, maulid rasul & majlis2 kekeagamaan yg lain. Anak2 muda sekarang tidak berapa pandai nak mengalunkan bacaan berzanji ni. Mana yg silap, kita pun sudah tahu kat mana yg perlu diperbetulkan.

Majlis ni berlangsung di Kg. Haji Palil, Dusun Tua, Hulu Langat, Selangor. Ia berlangsung di rumah Wak Misran. Majlis berlangsung bermula jam 12 tengahari. Pada permulaan majlis, tuan rumah membuat ucapan selamat datang & menyatakan hasratnnya membuat majlis aqiqah ini. Selepas itu, Wak Masri meneruskan program dengan baacaanbaacaan Fatihah & terus mengalunkan bacaan berzanji.



Dalam pertengahan berzanji, ada selawat sekali. Kami berselawat bersama.


Selepas abis beselawat, kami bertahlil & menjamu selera. Nyum.. nyum.. sedap.. Terima kasih tuan rumah atas jemputan aqiqah ni.

No comments:

Post a Comment