Friday 4 September 2015

Perkara Yang SHO Perlu Ambil Perhatian..

KUALA LUMPUR: Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) , Tan Sri Lee Lam Thye menyarankan agar semua organisasi perlu mengambil kira isu stres yang berkaitan dengan pekerjaan.

Tegasnya, ia harus dilihat sebahagian daripada risiko-risiko psikososial sebagai sebahagian daripada strategi keselamatan dan kesihatan untuk mengurangkan kemalangan dan kecederaan di tempat kerja.

"Majikan perlu bertanggungjawab untuk melaksanakan rancangan bagi mencegah atau mengurangkan risiko-risiko psikososial agar membolehkan pekerja memainkan peranan dalam membantu mewujudkan persekitaran kerja psikososial yang sihat.

"Pengurusan stres dan risiko psikososial di tempat kerja akan mewujudkan persekitaran kerja yang sihat di mana pekerja berasa dihargai dan akhirnya budaya di tempat kerja akan menjadi lebih positif. Akhirnya produktiviti dan prestasi perniagaan akan menjadi bertambah baik," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelasnya, walaupun banyak faktor yang menyumbang kepada kesihatan mental dan kesejahteraan pekerja, terdapat bukti yang signifikan bahawa persekitaran tempat kerja adalah salah satu daripada puncanya.

"Dalam persekitaran psikososial yang baik, kerja boleh memberikan manfaat kepada kesihatan mental pekerja, memberikan mereka rasa yang lebih besar dalam penyertaan sosial, identiti dan status, serta peluang untuk pembangunan dan meningkatkan keyakinan," jelasnya.

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/pekerja-tidak-stres-jika-majikan-tahu-hargai-mereka-lam-thye-64928

No comments:

Post a Comment