Monday 14 March 2016

ONEXOX Pilihan Terbaik!!!

Assalamualaikum semua..

Hari ni saya nak share tentang produk telekomunikasi yang baru je saya tukar. Jika dulu saya guna Tune Talk (atau senang cerita Tone Excel a.k.a TE), kemudian BestMobile (BM) & sekarang ni bertukar kepada OneXOX.

Pada entri sebelum ni, saya ada cerita panjang kenapa saya berubah daripada TE ke BM. Tapi hari ni saya nak berkongsi pengalaman daripada BM ke OneXOX.


Awal 2015
Mula-mula, saya nak mohon maaf kepada rakan BM saya iaitu Encik Azizi, yang mane beliau ni lah orang yang memperkenalkan saya kepada BM ni. Dia ni rakan sekolah semasa saya di sekolah teknik pada suatu ketika dahulu. Apabila beliau mempromosikan BM ni di FB, saya mula tertanya-tanya, benarkah apa yang dia telah canangkan di FB tu. Setelah meneliti, saya mencuba untuk membeli 2 keping simkad yang berharga RM50 setiap keping. Jika 2 keping, dah jadi RM100. Emm nak untung punye pasal, modal kecik je ni. Saya pun beli & secara automatik saya dimasukkan ke dalam group whatsapp beliau. Pung Pang Pung Pang cerita dalam whatsapp group tu. Daripada cerita-cerita dalam group whatsapp tu, baru la saya tahu yang kebanyakkan ahli tersebut adalah pengguna TE juga. Kira otai2 TE yang nak berpaling tadah la ni kot. Hahaha. Pada masa mula-mula beli simkad ni, pihak syarikat belum stabil lagi. Ye la, baru nak mula katakan. Lepas dilancarkan, mereka pun bising-bising tentang insentif & semuanya la. Saya buat tak nak ambil kesah sebab simkad baru dilancarkan. Saya nak perhatikan semua isu. Haaa sebelum tu, saya beli simkad ni sebelom ianya dilancarkan. Kiranya nak jadi orang terawal la pengguna BM ni. Berbalik kepada isu-isu yang dikupaskan selepas simkad dilancarkan ni, saya masih blur la sebab saya kurang arif tentang industri telekomunikasi ni. Kalo industri takaful, insyaallah saya boleh menyampuk. Antara isu yang saya perhatikan adalah:

1. Insurans - mereka ni kata akan dapat insurans RMXXXXXX jika berlaku kemalangan. Ok fine. Saya tiada halangan. Tapi saya selaku agen takaful, bertanyakan kepada otai-otai ni "Siapa yang akan uruskan insurans ni jika downline kita mengalami kemalangan?". Jawab salah seorang daripada mereka, "HQ akan uruskan". Saya bertanya lagi "Itu jika downline kita masih hidup & mampu untuk meneruskan kehidupan. Bagaimana pula jika lumpuh?". Masing-masing tiada jawapan.

2. Komisyen - kata mereka, kena maintain topup pertama untuk mendapatkan komisyen. Okay, seperti yang diperkatakan. Saya pun topup la untuk mendapatkan komisyen tersebut. Pung Pang Pung Pang dalam whatsapp group tu. pada mulanya ramai yang tak dapat dan mereka mengadu kepada otai-otai. Cara penyelesaiaan daripada otai-otai "Email je ke HQ. Suruh mereka settle kan". Wow.. terkesima saya dibuatnya. Saya ingatkan BM ni dah establish sebab mereka ni almost 100% copy TE. Komisyen saya masih belum nampak di dalam system. Saya diamkan dahulu sebab nak perhatikan upline yang invite saya. Lama juga menyepi & dia langsung tidak bertanya. Okay, fine! 


Pertengahan 2015
Saya menghubungi Azizi dengan menyatakan saya mahu meninggalkan whatsapp group yang dia hasilkan. Alasan yang saya berikan adalah mahu mengurangkan whatsapp group yang aktif kerana saya akan menunaikan fardhu haji pada bulan September 2015 nanti. Dia tidak menegah akan hasrat saya untuk meninggalkan whatsapp group tu. & beliau juga menyatakan jika saya nak masuk semula ke dalam group tersebut, hubungilah dia.


September 2015
Keberangkatan ke Tanah Suci untuk menunaikan fardhu Haji.


November 2015
Pakcik saya, Lek Din yang berada di Labuan menghubungi saya. Katanya nak ajak buat bisness yang senang. Saya pun bertanya kepadanya dengan lebih lanjut. Dia memperkenalkan OneXOX kepada saya. Masa tu saya masih blur lagi dengan penerangan yang dia berikan. Info yang dia berikan adalah dalam whatsapp. Emm kurang paham apabila saya membacanya. tapi sekurang-kurangnya ada juga input yang saya boleh pelajari & cari dalam internet berkaitan OneXOX ni. Pada masa tu, saya kurang nak menumpukan kepada bisness telekomunikasi ni. Saya lebihkan kepada bisness takaful saya. Bisness takaful ni, perlu menelefon orang/prospek. Dalam masa sama, saya menggunakan BM. Sekali call, dia punya tarik... pergghhhh.. boleh tahan juga. Dari situ, saya mula terdetik, suatu hari nanti, saya akan tukar telco juga. Tapi masa tu cakap aje la sebab tiada masa nak followup telco lain ni. Pada masa yang sama juga, Lek Din bako-bako suruh jadi ejen dia. Okay, rileks dulu.


Penghujung Disember 2015
Saya mula bertanyakan kembali tentang telco OneXOX tu pada Lek Din. Dia kata upline dia sakit dan tidak boleh bergerak orangnya. Sakit kerana diabetic peringkat yang agak teruk. Okay la. Kita tunggu sehingga dia pulih kembali. Dia dah pulih, kita bincang semula.


Februari 2016
Terdetik di dalam hati untuk menghubungi kembali rakan niaga BM, Azizi. Saya buka la FB dan mencari nama beliau. Search punya search, tak jumpa la pula nama dia. Nak cari dalam phone list dah tiada sebab hari tu jari-jemari saya gatal, entah tekan apa, tetiba dah delete semua contact list. Aduiii... Lepas tu terdetik pula nak cari melalui capaian search BestMobile 5. Pun tiada juga. Cari dalam instagram pun tiada juga. Aduiii mana pula Azizi ni. Scroll punya scroll, terjumpa satu entri ni yang menyatakan BM akan kembali pada Januari 2016. Wow!!! Dah shutdown ke sebelom ni? Tidak ketahuan la pula. Searh di FB, memang semua yang berkaitan BestMobile ni dah tiada. Kalau ada pun, yang tidak aktif lagi. Emm ini lagi membuatkan saya untuk terus bertekad nak join OneXOX ni.
Agak lama juga menunggu jawapan daripada Lek Din, saya dengan gerak hati terus ke OneXOX Center di Merlimau Utara. Di sana saya bertemu dengan En. Nasir. Dia dealer di center tersebut. Masa saya berjumpa dengan dia, pada masa tu dah jam 6.00 ptg sehari sebelum CNY. Sembang punya sembang, sampai nak masuk waktu maghrib. Sebelum balik tu, saya sempat memberitahunya yang saya nak ambil pakej SD tapi jangan register dulu. Saya juga dah membayar RM90 dan mengambil 5 keping simkad untuk diniagakan.


Mac 2016
Setelah menunggu jawapan yang tidak pasti daripada Lek Din, saya pun bertekad mengambil langkah untuk register OneXOX dengan En. Nasir. Kata Lek Din, lebih baik kita menolong orang yang dalam kesusahan. Tapi, lambat sangat untuk register, macam tak berbaloi. Lepas tu, saya terfikir, jika saya jadi downline Lek Din, tapi tiada guidance, maka sama la juga seperti saya join TE & BM tu. Lepas register, En. Nasir masukkan saya di dalam whatsapp group beliau yang mana beliau sendiri menguruskannya. Alhamdulillah, whatsapp group beliau ni tidak meraban & bising sangat. Syukur. Dan bermulalah saya dengan OneXOX ni.

Alhamdulillah, saya tidak berkeberatan/lokek untuk menelofon dalam kadar yang lama sebab saya tahu akan kelebihan OneXOX ni.

Jika anda perlu berubah syarikat telco, berubahlah. Ia ditangan anda. Jika anda berminat untuk mendapatkan simkad OneXOX ni, boleh la berhubung dengan saya. Insyaallah saya akan fast respond.

New user
Hj Mohd Ezani
0163163292



No comments:

Post a Comment