Wednesday 17 August 2016

Tahniah Kepada Mahasiswa/i Universiti Malaya 2016/2017

Tahniah!!


TAHNIAH KEPADA MAHASISWA/I YANG MENDAPAT TAWARAN KEMASUKAN KE UNIVERSITI MALAYA

Tahniah kami ucapkan kepada yang berjaya mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran ke Universiti Malaya bagi sesi 2016/2017. Jangan lupa untuk membuat pengesahan sebelum tarikh tutup kemasukan iaitu pada 14 Ogos 2016.

Join group Universiti Malaya Info Freshies 16/17 untuk mendapatkan maklumat dan perkembangan semasa berkenaan Minggu Haluansiswa pada sesi ini. Ia juga merupakan satu platform yang menghubungkan Pemudahcara Mahasiswa 16/17 & Mahasiswa/i Baru Universiti Malaya.

Group ini diwujudkan bagi memudahkan penyebaran maklumat dan perkembangan semasa berkenaan Minggu Haluan Siswa. 


Soalan Lazim Untuk Bakal Mahasiswa Universiti Malaya 2016/2017



SOALAN LAZIM: 
"Adakah pelajar tahun pertama wajib tinggal di Kolej Kediaman?"

JAWAPAN : Semua pelajar tahun pertama wajib menetap di kolej kediaman sepanjang MHS & sepanjang sesi pertama pengajian.




SOALAN LAZIM : 
"Semasa Hari Pendaftaran dan Minggu Haluansiswa, apa pakaian yang perlu saya pakai?"

JAWAPAN :

Hari Pendaftaran: 
Pelajar bebas memakai apa sahaja seperti berpakaian kasual dan sopan asalkan ianya tidak melanggar etika pemakaian Universiti Malaya. Tiada pakaian yang seragam diwajibkan untuk dipakai.

Pakaian sepanjang Minggu Haluansiswa: 
i) Kolej Kediaman akan membekalkan tshirt untuk dipakai 
sepanjang Minggu Haluansiswa berlansung.
ii) Pelajar dikehendaki membawa pakaian harian yang secukupnya
iii) Pelajar dikehendaki membawa pakaian formal/smart casual 
untuk dipakai semasa aktiviti di Fakulti.

Pelajar adalah DILARANG sama sekali untuk:
i) Memakai seluar jeans bercompang-camping
ii) Memakai kemeja T tanpa lengan
iii) Memakai kemeja T yang bercetak gambar/tulisan yang 
bertentangan dengan tatasusila Malaysia
iv) Memakai skirt pendek
v) Berambut panjang melebihi paras leher (siswa)
vi) Berpakaian ketat/jarang/yang mencolok mata
vii) Bertindik telinga/mana-mana bahagian muka/tubuh (siswa)
x) Mewarnakan rambut (kuning, ungu dan seumpamanya) 
ix) Berselipar semasa berada di dalam program rasmi



SOALAN LAZIM : 
"Saya sudah mendapat tawaran upu tetapi jikalau saya ingin memohon rayuan UM boleh ke?"

JAWAPAN : Rayuan Kemasukan Ke UM hanya dibuka kepada mereka yang gagal mendapat sebarang tawaran di mana-mana UNIVERSITI AWAM.



SOALAN LAZIM : 
X-RAY
"Adakah saya perlu membuat x-ray?"

JAWAPAN : Pelajar Malaysia tidak perlu melakukan x-ray kerana ia hanya untuk pelajar antarabangsa sahaja.


Sumber: FB University of Malaya

No comments:

Post a Comment