Thursday 25 May 2017

Skandal Pasangan - Adakah Ia Trend?

Tadi pagi, perjalanan kami hari ini memakan masa hampir 2 jam untuk ke tempat pengusaha keropok. Singgah sebentar sarapan pagi nasi dagang.

Sambil makan ada 4 orang datang, 2 lelaki, 2 perempuan (Mungkin orang pejabat). Mereka duduk meja bertentangan dengan saya. Maknanya dibelakang isteri saya. Dalam mereka menunggu air dan makanan sampai. Antara mereka bergurau senda, gelak tawa sambil tengok HP yang ditunjuk oleh rakan lelaki.

Sambil makan, sambil saya perhatikan mereka. Oh sungguh mesra pasangan ini:kata hati saya. tengok HP pun bersentuhan antara bahu , si lelaki buat lawak si perempuan tepuk tampar bahu lelaki tanda kelakar.

Dalam beberapa minit selepas itu, HP si perempuan berbunyi. "Hello abang, sedang sarapan dengan Mila ni (bukan nama sebenar), kejap lagi sayang call ya". Selepas itu sambung lagi mereka mengadap HP si lelaki.

Allahu: hati saya berkata. Saya pandang isteri. Habis makan kami teruskan perjalanan. Sikit pun saya tidak bercerita kepada isteri sehinggalah saya menulis sekarang. Hati saya berdoa moga mereka diberi taufiq dan hidayah agar faham hukum agama, batas-batas pergaulan dengan rakan pejabat. Saya belajar sangka baik, mungkin lelaki itu adik mereka atau abang mereka.

Saya doa lagi, moga dijauhkan segala kemaksiatan dalam diri saya dan isteri.

Tuan puan Allah akan tarik nikmat bahagia suami isteri jika ada di antara kita bermaksiat kepada Allah s.w.t. Bergaul antara perempuan dan lelaki tanpa batasan.

Pesan saya kepada rakan-rakan perempuan semua. Jagalah batas pergaulan di pejabat. Kelakar macam mana pun, baik macam mana pun lelaki atau perempun lain, bukan bermakna kita boleh membelakangi pasangan. jelas HARAM kita bertepuk tampar dengan perempuan atau lelaki bukan mahram. Apatah lagi keluar berdua-duaan dengan suami orang kononnya untuk bersarapan.

Jika pernah berbuat demikian, berubah dan bertaubatlah. Kita manusia yang sentiasa hampir dengan dosa. Sentiasa melakukan kesilapan. Namun selagi nyawa dikandung badan, pintu taubat terbuka luas untuk kita.

Saya bukan sesiapa, namun ini dari hati saya untuk menulis. Moga saya dapat kebaikan dan taufiq untuk amal dan moga tuan puan dapat manfaat.

-EncikMatt-
#BukanUstazSegera




Ternyata nitizen membari sokongan terhadap isu ini. 
Antara komen nitizen yang pernah alami kisah ini..









Ada juga tazkirah berkaitan isu ini.

Semoga kita & pasangan kita dijauhkan daripada perilaku ini.
Pada Mu aku memohon Ya Allah.

No comments:

Post a Comment