Wednesday, 4 June 2014

Bisnes Quote: Nak Jual Apa Untuk Bulan Ramadhan Ni?

Suasana di bazar Ramadhan Taman Cempaka, Melaka sungguh meriah. Tak percaya, cubalah pergi!!

NAK JUAL APA RAMADHAN Ni ?

Tak tau nak jual apa RAMADHAN ni di fb? Apakata anda buka GOGGLE TREND, senaraikan dulu idea-idea anda. Masukkan dalam goggle trend...

Pilih time range - tahun lepas, 2013..anda lihat graph pada bulan Ramadhan..
Lihat mana yang paling berpotensi!

Contoh gambar --> Google Trends

Saya compare baju melayu, baju kurung, biskut raya, baju raya kanak-kanak...
Nampaknya baju kurung dan biskut raya leading...
Prospek utama putrajaya, KL...
Orang gov ramai tu! Hehehe..
Dah dapat kenalpasti, anda boleh mulakannya sekarang!

Bina awareness..
Bina follower..
Bina engagement..
Bina database...

Senang nak menjual Ramadhan nanti.
SAMBIL TAMBH IBADAT, KITA TAMBAH REZEKI!
--> ANDA NAK JUAL APA NANTI ? Shhh..jgn bagitau orang!
Google Trend

Bisnes Quote: Tanya Dr Azizan Osman - Episod 1


Pakar pemasaran no. 1 Asia, Dr Azizan Osman berkongsi ilmu melalui FB beliau. Terdapat pelbagai tip/jawapan-jawapan yang merungkai setiap permasalahan di dalam dunia perniagaan. Ikuti video ini dengan menekan pautan/link DAO 


Bisnes Qoute: Tiada Modal

Nilai Ringgit Malaysia semakin???
Graf yang biasa ditemui di dalam matapelajaran 'kira-kira'

Jangan mulakan bisnes dengan modal duit yang banyak apatah lagi pnjaman. 
Duit tidak menjamin kejayaan anda di dalam bisnes tetapi the right attitude, 
the right knowledge, the system/ strategies & the right action yang akan memudahkan perjalanan bisnes anda. 
Mulakanlah di mana anda mampu mulakan.

Emas tidak mempunyai inflasi. 
Takaful merupakan suatu pelaburan untuk masa depan & masa yang kita tidak jangka.
Melaburlah sekarang untuk membantu anda di masa hadapan.

eTiQa Takaful Mabrur mampu membantu anda untuk menunaikan Rukun Islam yg ke 5. Pelan Mabrur ini memudahkan anda untuk menunaikan Haji di Mekah.
Jika anda berminat untuk mengetahui tentang Pelan Mabrur ini, boleh hubungi sy di talian 
016-3163292
Mohd Ezani B. Saini, Perunding Mabrur


Serangan ke atas Malaysia oleh Rama-Rama Gergasi

Rama-rama dijumpai ditempat kerja. Lokasi: Taman Tun Dr Ismail, KL
SHAH ALAM 4 JUN: Fenomena negara ‘diserang’ rama-rama bersaiz besar yang kelihatan dalam kumpulan besar bukan sahaja mengejutkan orang ramai malahan mengundang pelbagai persoalan di laman media sosial.
Jika pada awal April, negara dilanda fenomena Bunga Sakura berkembang mekar cantik seakan negara Korea dan Jepun, namun pada akhir Mei dan awal Jun kehadiran Rama-Rama besar ini menarik perhatian ramai.
Pada perlawanan bola sepak antara Pahang dan JDT di Stadium Darul Makmur pada Jumaat lepas kehadiran rama-rama dalam jumlah besar menyaksikan perlawanan bola sepak itu seumpama di adakan di taman rama-rama, walaupun ia tidak mengganggu kelancaran perlawanan bola sepak. 
Tidak berakhir disitu malahan kehadiran rama-rama besar ini turut disaksikan ‘muncul’ semasa perlawanan bola sepak antara TRW dan Felda di Stadium Shah Alam.
Turut dilaporkan media, rama-rama itu turut kelihatan dalam jumlah besar di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 Kuantan.
Menurut komen pengguna keadaan itu turut dirasai berlaku di beberapa buah negeri di Malaysia.
Rama-rama di UTC Melaka
Rama-rama di UTC Melaka

Profesor Entomogi Pusat Pengajian Sains Kajihayat, Universiti Sains Malaysia Profesor Che Salmah Mat Rawi berkata serangga ‘misteri’ ini dikenali dengan nama saintifiknya Lyssa Zampa Docile.
Beliau berkata pelbagai teori boleh dikaitkan dengan kemunculan kupu-kupu termasuk faktor perubahan cuaca yang menyebabkan peningkatan mendadak serangga itu di bandar ini.
“Lazimnya, serangga ini mendiami kawasan tanah tinggi tetapi ada kemungkinan ia boleh didapati dengan banyak di kawasan penanaman atau kawasan pembangunan terutama pada Mei hingga Ogos setiap tahun. 
“Serangga yang bersifat nokturnal ini sangat aktif pada waktu malam dan akan mudah tertarik dengan cahaya lampu. Pada siang hari, ia akan berehat dan mendiami kawasan teduh dan sejuk seperti di bumbung-bumbung rumah atau di kaki pokok-pokok besar,” katanya dipetik Bernama.
Prof Che Salmah berkata faktor tarikan lampu, perubahan cuaca, banyak sumber makanan serta tiada musuh yang mengancam keselamatan serangga ini turut mempengaruhi kemunculannya.
“Walaupun kajian menyatakan serangga ini tidak beracun, namun ia boleh menyebabkan kegatalan pada kulit jika disentuh.
“Bulu pada kepak serangga ini juga boleh mengganggu penafasan dan amat sensitif terhadap penghidap penyakit lelah,” katanya.

Menurut sumber Wikipedia, Jangka hayat rama-rama ini tidak panjang apabila dilaporkan hanya mampu untuk hidup untuk selama dua minggu sahaja selepas bertukar daripada seekor ulat kepada rama-rama dewasa.
Untuk menjadi seekor rama-rama dewasa seperti ini ulat beluncas perlu sentiasa makan sehingga enam minggu sebelum membentuk kepompong.
Menurut pakar yang mengkaji Rama-Rama itu, kehidupan haiwan itu lebih terarah semata-mata untuk pembiakan spesisnya dan hidup liar di hutan hujan tropika atau sub-tropika di kawasan Asia Tenggara, termasuk di archipelago kepulauan Melayu nusantara.

Cara Menunaikan Solat Jenazah

Talkin dibacakan setelah selesai upacara pengebumian.
Gambar sekitar upacara pengebumian Sultan Perak ke 34,
Sultan Azlan Shah.
Cara ringkas untuk solat jenazah ... Belajar lah wahai lelaki..apakah kau x malu bila x pandai nak solat untuk ahli keluarga lebih2 lagi untuk mak atau ayah meninggal .. Itu sahaja lah penghormatan yg terakhir buat insan yg membesarkan dan menjaga kita ...

Kedudukan imam ketika solat jenazah hadir.

Cara Ringkas Solat @ Sembahyang Jenazah :

1. Angkat Takbir "Allahuakbar" & Niat dalam hati :
++ Sahaja aku solat jenazah terhadap mayat ini, 4 takbir, fardhu kifayah kerana Allah Ta’ala.
++ Jadi makmum? tambah "sebagai makmum kerana Allah Taala"
++ Baca Alfatihah hingga akhir
Suratul Fatihah
2. Angkat Takbir Kedua "Allahuakbar"
++ Baca : Allahumma solli a'la Muhammad wa a'la ali Muhammad
++ Pendek pun takpa, paling elok selawat ibrahimiah macam dalam tahiyyat akhir
Selawat
3. Angkat Takbir Ketiga "Allahuakabar"
++ Baca doa (pendek pun takpa, panjang lagi bagus) contoh dibawah ni :
++ Allahummargh firlahu warhamhu (untuk mayat lelaki)
++ Allahummargh firlaha warhamha (untuk mayat perempuan)
++ Untuk mayat kanak-kanak yang belum baligh, tidak dibacakan doa ini kerana mereka masih tidak dikira dosa pahala oleh malaikat. ada doa lain di link bawa (al azkar)
Doa untuk si mati
4. Angkat Takbir Ke Empat "Allahuakbar"
++ "Assalamualaikum warahmatullah " Beri Salam kanan n kiri
++ Selesai

Jika jadi makmum, ikutlah di belakang imam, berdiri rapat rapat. dan ikutlah jugalah rukun di atas. Cukup rukun makalah sah lah solat tersebut. Semoga ia jadi penghormatan terbaik buat jenazah ..

Tuesday, 3 June 2014

Pterygium: Adakah ia BERBAHAYA?

Assalamualaikum semua..

Hari ni sy nak share 1 penyakit yg sy berpendapat, tidak semua org mengambil mudah terhadap penyakit ini.
Penyakit ini diberi nama Pterygium. Ia merupakan suatu penyakit yg terbentuk di mata manusia. 

Pterygium adalah sejenis pertumbuhan di lapisan/selaput luar (conjunctiva) mata putih. 
Selaput yg mula terbentuk.
Sy mengetahui penyakit ini (secara tidak sengaja) ketika berkunjung ke sebuah klinik kesihatan di kawasan tempat tinggal sy (Bandar Puncak Alam) sbb sy demam. Di akhir perjumpaan utk rawatan demam, sy bertanyakan tentang mata sy yg selalu kemerahan apabila bangun dari tidur & selepas mandi. Si doktor itu pun meng'Google'kan perkataan Pterygium ni.

Kata doktor, jgn risau kerna selaput yg terbentuk ini tidak akan menjejaskan kesihatan dlm masa yg terdekat tp... ada tapinya pulak doktor ni..Buat suspen je la.. Penyakit ini akan mengambil masa yg lama utk menjadikan ia lebih teruk. Mungkin mengambil masa 20 ke 30 tahun!! Emm bagi aku, ia amik masa yg lama jgk ni.. Doktor juga bgtau, antara punca terbentuknya penyakit ini adalah 
1. kebersihan tempat kerja daripada habuk, 
2. mata yg terdedah dengan habuk ketika menunggang motorsikal. 
(emm baru teringat, sebelum jerebu yg teruk pada bulan Mar 2014, mata aku xde merah mcm ni).

Sy bertanyakan bagaimana nak buang selaput ini, jawapanya senang je. BUAT OPERATION!![full stop] Hah?? OPERATION?? Itu jawapan yg agak menggerunkan sy.. Doktor kata, jgn risau kerna ia x mengambil masa yg lama utk buang selaput tu. Lebih kurang 15-30 minit je. Emm... agak2nya, berapalah kos nya ye? Mgkn lebih dari RM5000 la kot.. Selepas pembedahan, mata akan dibalut untuk 24 jam untuk membolehkan permukaan mata sembuh. Bila balutan ini dikeluarkan, anda boleh melihat semula tetapi ada kemungkinan mata akan kadang2 berair dan ini menyebabkan kekaburan mata yang sementara.

Doktor bgtau lg, kesan daripada pertumbuhan selaput ini, mata kita akan cepat silau apabila terkena pancaran cahaya, bebola mata berdenyut2 & merasakan tidak selesa kerna ada selaput itu. Rasanya, betullah apa yg diperkatakan oleh doktor ni. Semua yg dia ckp tu, sy pernah merasanya. Bagi individu yang mengidap pterygium, dinasihatkan la untuk kurangkan pendedahan kepada cahaya matahari, habuk dan angin dengan memakai cermin mata yang melindungi mata daripada faktor tersebut. Harus diingat, lagi kerap dan panjang masa terdedah dengan cahaya matahari, lagi cepat progres pterygium... 
Jaga mata anda ye!!
Walaubagaimanapun, pterygium ni biasanya akan makan tahun nak tumbuh even 1mm pun.... Tapi, korang kenelah pantau jugak perkembangan pterygium tu supaya tak memasuki mata. Mengambil airmata tiruan  boleh mengurangkan ketidakselesaan mata akibat pterygium. Kadang2 ubat titis steroid akan digunakan untuk mengurangkan keradangan. Memakai cermin mata gelap jugak boleh melindungi mata daripada cahaya matahari dan angin. Elakkan daripada persekitaran yang boleh mengganggu mata seperti persekitaran yang berhabuk.

p/s: jagalah mata anda kerna ia tiada gantinya...

Positifkan Minda

Terbuka jangan hanyut,


Tertutup jangan jumud,



Bina jambatan bukan tembok,



Puji jangan keji,



Pujuk jangan kutuk.. 



Dunia Kita, Dakwah kita 



- PU Rahmat Ikhsan -