Tuesday 3 June 2014

Pterygium: Adakah ia BERBAHAYA?

Assalamualaikum semua..

Hari ni sy nak share 1 penyakit yg sy berpendapat, tidak semua org mengambil mudah terhadap penyakit ini.
Penyakit ini diberi nama Pterygium. Ia merupakan suatu penyakit yg terbentuk di mata manusia. 

Pterygium adalah sejenis pertumbuhan di lapisan/selaput luar (conjunctiva) mata putih. 
Selaput yg mula terbentuk.
Sy mengetahui penyakit ini (secara tidak sengaja) ketika berkunjung ke sebuah klinik kesihatan di kawasan tempat tinggal sy (Bandar Puncak Alam) sbb sy demam. Di akhir perjumpaan utk rawatan demam, sy bertanyakan tentang mata sy yg selalu kemerahan apabila bangun dari tidur & selepas mandi. Si doktor itu pun meng'Google'kan perkataan Pterygium ni.

Kata doktor, jgn risau kerna selaput yg terbentuk ini tidak akan menjejaskan kesihatan dlm masa yg terdekat tp... ada tapinya pulak doktor ni..Buat suspen je la.. Penyakit ini akan mengambil masa yg lama utk menjadikan ia lebih teruk. Mungkin mengambil masa 20 ke 30 tahun!! Emm bagi aku, ia amik masa yg lama jgk ni.. Doktor juga bgtau, antara punca terbentuknya penyakit ini adalah 
1. kebersihan tempat kerja daripada habuk, 
2. mata yg terdedah dengan habuk ketika menunggang motorsikal. 
(emm baru teringat, sebelum jerebu yg teruk pada bulan Mar 2014, mata aku xde merah mcm ni).

Sy bertanyakan bagaimana nak buang selaput ini, jawapanya senang je. BUAT OPERATION!![full stop] Hah?? OPERATION?? Itu jawapan yg agak menggerunkan sy.. Doktor kata, jgn risau kerna ia x mengambil masa yg lama utk buang selaput tu. Lebih kurang 15-30 minit je. Emm... agak2nya, berapalah kos nya ye? Mgkn lebih dari RM5000 la kot.. Selepas pembedahan, mata akan dibalut untuk 24 jam untuk membolehkan permukaan mata sembuh. Bila balutan ini dikeluarkan, anda boleh melihat semula tetapi ada kemungkinan mata akan kadang2 berair dan ini menyebabkan kekaburan mata yang sementara.

Doktor bgtau lg, kesan daripada pertumbuhan selaput ini, mata kita akan cepat silau apabila terkena pancaran cahaya, bebola mata berdenyut2 & merasakan tidak selesa kerna ada selaput itu. Rasanya, betullah apa yg diperkatakan oleh doktor ni. Semua yg dia ckp tu, sy pernah merasanya. Bagi individu yang mengidap pterygium, dinasihatkan la untuk kurangkan pendedahan kepada cahaya matahari, habuk dan angin dengan memakai cermin mata yang melindungi mata daripada faktor tersebut. Harus diingat, lagi kerap dan panjang masa terdedah dengan cahaya matahari, lagi cepat progres pterygium... 
Jaga mata anda ye!!
Walaubagaimanapun, pterygium ni biasanya akan makan tahun nak tumbuh even 1mm pun.... Tapi, korang kenelah pantau jugak perkembangan pterygium tu supaya tak memasuki mata. Mengambil airmata tiruan  boleh mengurangkan ketidakselesaan mata akibat pterygium. Kadang2 ubat titis steroid akan digunakan untuk mengurangkan keradangan. Memakai cermin mata gelap jugak boleh melindungi mata daripada cahaya matahari dan angin. Elakkan daripada persekitaran yang boleh mengganggu mata seperti persekitaran yang berhabuk.

p/s: jagalah mata anda kerna ia tiada gantinya...

No comments:

Post a Comment