Tuesday, 8 July 2014

Kita 'Lari' Apabila Bertemu Dengan Perunding Takaful?

Assalamualaikum..

Masa kita Sihat..
Dulu kita lari bila jumpa konsultan takaful..
Bukan keperluan, hati belum terbuka, dikata menipu, buat2 cerita, ayat manis.. 

Cerita semasa sakit pula..
"Hai En. Takaful.. Polisi / Pelan mana yg paling bagus utk saya ambil.. Mahal pun xpe saya sanggup bayar."

Kenapa ini terjadi?? Kenapa bila dah sakit baru nk tanya.. Tanya la sekarang.. Sekurang2nya kita masih boleh apply.

Kad yg manakah menjadi pilihan tuan sekiranya tuan sakit semalam??
1. Kad Kredit - hutang
2. Kad ATM/Debit - guna saving
3. Kad pengenalan
4. Medical Card - bil hospital semua ditanggung

Ramai Kawan2 & Client saya dah dapat manfaat Kad ini.

Jangan BERTANGGUH lagi.

Cepat sebelum terlambat.

Kita perlu ada sebelum memerlukannya. 

Izani 
Agen eTiQa Takaful
016-3163292
(PM/Call/Sms/Whatsapp)


Nama Mokhtar Dahari Diabadikan

SHAH ALAM 8 JULAI: Sumbangan dan pengorbanan Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari mengharumkan nama negara dalam arena bola sepak antarabangsa terus dihargai apabila nama legenda bola sepak negara itu diabadikan pada jalan di Selangor.
Dinamakan Persiaran Mokhtar Dahari, ia terletak antara persimpangan ke Meru dan Puncak Alam hingga ke persimpangan arah Shah Alam.
Jalan Batu Arang telah ditukarkan ke Persiaran Mokhtar Dahari. Gambar budak sekolah ingin melintas adalah tidak benar kerana di persimpangan ini, tiada sekolah yang berdekatan.

Isteri Allahyarham, Datin Tengku Zarina Tengku Ibrahim, 58 berkata, beliau dan keluarga gembira dengan pemilihan nama arwah suaminya dan tidak mempunyai sebarang bantahan mengenainya.
“Perbincangan mengenai pemilihan nama jalan itu telah dilakukan bersama kerajaan negeri dan pejabat Sultan Selangor tidak berapa lama dahulu.
“Saya dan keluarga tidak kisah sangat apa pun yang mereka hendak buat, syarat utama mesti menjaga nama baik arwah (Mohkhtar Dahari),” katanya dipetik mStar Online.
Allahyarham Mokhtar pernah mengharumkan nama negara di pentas sukan bola sepak dunia bermula 1972 sehingga 1985.
Dikenali sebagai Super Mokh, allahyarham yang meninggal dunia 23 tahun lepas itu disifatkan sebagai seorang yang tegas dan berdikasi dengan kerja dan sentiasa berusaha memperbaiki dirinya dari semasa ke semasa tanpa cepat putus asa.
Gambar: Mstar Online
Sumber: Selangor Kini

Wednesday, 2 July 2014

How to do a screenshot with Asus Zenfone 4, Zenfone 5 and Zenfone 6

It is super easy.

Here are the steps:

1. Push Vol- and Power button simultaneously for 2 secs.
2. Done!

Actually this method will work with any Android 4.2 and above smartphones.



Kisah Anak Derhaka Kepada Ibu di Bulan Ramadhan

Tak mampu saya nak tahan air mata ketika mendengar kisah benar yang diceritakan oleh seorang ustaz dalam tazkirahnya di sebuah masjid dalam kawasan Jengka baru baru ini. Sekitar awal 90an, seorang pemuda 30an menjerit jerit seorang diri di rumahnya tiap kali sampai waktu maghrib terutamanya di bulan Ramadhan , dia meraung setiap hari bagaikan orang diserang histeria.

Jirannya membawa lelaki itu bertemu dengan ustaz tadi yang ketika itu bertugas sebagai pensyarah UiTM Kuantan untuk diubati.

Pemuda melayu itu kemudiannya menceritakan satu peristiwa menyayat hati. Ceritanya beberapa tahun sebelum itu dia tinggal dengan ibunya. Dia seorang yang nakal dan liar. Tidak mengerjakan solat dan berpuasa.Suatu hari ibunya meminta dia belikan lauk untuk berbuka puasa,lelaki itu sedang tidur. Dia tak mahu pergi ke pasar. Berulang kali disuruh sang ibu,dia tetap berdegil.

Hingga akhirnya dengan perasaan marah kepada siibu yang terus memaksa, dia terus ke pasar dengan hati yang tidak ikhlas, dibelinya daging untuk ibunya memasak. Si ibu gembira, berselera dia berbuka puasa hari itu.

Pemuda berhenti bercerita kepada ustaz. Tiba tiba dia menangis lagi. Meraung bagaikan dirasuk syaitan.Dalam sedu tangisnya dia bertanya , “Ustaz tahu daging apa yang saya beli?”, Ustaz menggeleng kepala tanda dia tidak tahu. “Daging apa?” tanya ustaz kembali. “Saya beli daging babi ustaz!, saya berdosa Ustaz”, jawab pemuda itu.Ustaz tergaman tidak terkata. Astaghfirullah hanya itu saja yang mampu diungkapkan.

Lelaki 30 an meneruskan cerita.Pernah satu hari dalam bulan Ramadhan saya belikan daging ular yang siap dipotong untuk ibu saya menyediakan lauk berbuka puasa ceritanya lagi. Saya bagi tau ibu, saya belikan ekor lembu untuk ibu buat sup. Maghrib itu ibu berbuka dengan sup ular yang disangkakannya sup ekor. Ya Allah besarnya dosa saya ustaz.

Dalam senda tangisnya itu pemuda itu memberitahu ustaz itu lagi, ibunya selepas itu ditimpa sakit dan meninggal dunia. Selepas meninggal dunia pemuda itu telah insaf dan bertaubat. Tetapi setiap kali tiba nya waktu Maghrib terutamanya bulan Ramadhan, pemuda itu tidak dapat lupa kejahatannya memberi ibunya berbuka puasa dengan daging babi dan ular. Dia tak mampu menahan perasaan bersalahnya ketika itu yang menyebabkan dia akan menangis dan meracau setiap hari mengenangkan dosa dosanya kepada si ibu yang sudah tiada di muka bumi ini.

Semua ahli jamaah yang mengikuti tazkirah malam itu begitu teruja sekali. Bayangkan adanya pada zaman moden ini anak yang sanggup memperlakukan ibunya sendiri seperti dilakukan pemuda tadi.

Ustaz menghabiskan tazkirahnya malam itu dengan mengingatkan hadis nabi beahawa malaikat berdoa , laknat Allah ke atas mereka yang yang mengabaikan kedua ibu bapanya ketika mereka telah tua. Dua orang ibu bapa boleh pelihara sepuluh orang anak hinga remaja. Tetapi sepuluh orang anak belum tentu dapat jaga kedua orang tuanya ketika mereka sudah tua.

Semoga taubat lelaki itu diterima oleh Allah dan dijadikan pengajaran kepada kita yang masih hidup ini.

Sumber : Informasi My

Tuesday, 1 July 2014

Anwar ingatkan kementerian pendidikan, jangan khianati harapan rakyat

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Kementerian Pendidikan, kuasa melantik dan melucutkan jawatan bukan setakat melanggar kebebasan akademik, bahkan juga mengkhianati harapan rakyat yang mahukan kedudukan lebih baik bagi institusi pendidikan tinggi.
Anwar berkata demikian sebagai respons terhadap tindakan kementerian pendidikan yang tidak menyambung kontrak Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial (FSSS), Universiti Malaya (UM), Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman sehingga beliau meletakkan jawatannya sebagai Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMcedel).

“Jelas menunjukkan keputusan untuk tidak memperbaharui tempoh Redzuan adalah cara lain memecat beliau atas keberaniannya menjalankan tugas tanpa rasa takut,” kata Anwar dalam blognya hari ini.
The Malaysian Insider hari ini melaporkan, Redzuan diarahkan Kementerian Pendidikan supaya meletakkan jawatannya sebagai pengarah UMcedel malah jawatan dekannya juga tidak diperbaharui.
Redzuan
Difahamkan, Putrajaya tidak senang dengan hasil kajian UMcedel apabila dilihat memberikan lebih banyak publisiti kepada Pakatan Rakyat (PR) menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tahun lalu.
Antaranya, kajian tentang sokongan kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih besar berbanding Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semasa PRU13.
Hasil kajian itu terbukti benar apabila PR mendapat lebih undi popular berbanding Barisan Nasional (BN) dalam PRU13 lalu.
Selain itu, Redzuan semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang pada Februari lalu turut membentangkan hasil kajian yang dilihat pro kepada Anwar.
“Tindakan kementerian terhadap Redzuan itu juga tidak mengejutkan, amat mengecewakan, dan sudah boleh dijangka,” kata Anwar.
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, tindakan sama turut dilalui beberapa ahli akademik lain seperti pakar ekonomi terkemuka, Prof Jomo KS, penganalisis politik Prof Dr P. Ramasamy dan pakar Perlembagaan Dr Aziz Bari.
Cubaan The Malaysian Insider ke UM untuk berjumpa Redzuan bagaimanapun gagal apabila beliau dikatakan sibuk bermesyuarat dan enggan berjumpa dengan wartawan.
Difahamkan, hari ini merupakan hari terakhir beliau sebelum jawatan dekan diambil alih secara rasmi oleh timbalannya, Prof Dr Md Sidin Ishak bermula esok.
Majlis penyerahan tugas antara Redzuan dan Md Sidin diadakan dalam mesyuarat tertutup di pejabat pentadbiran FSSS pagi tadi. – 30 Jun, 2014.

Lotfi tidak akan kembali ke Malaysia, kata abang

Rakyat Malaysia yang berjuang di Syria, Mohd Lotfi Ariffin bertekad untuk tidak lagi kembali ke Malaysia dan itu antara pesanan yang sempat disampaikan sebelum beliau berlepas ke negara bergolak itu, kata Mohd Zainon Ariffin.
Zainon yang juga abang sulung Lotfi berkata, perkara itu disampaikannya seminggu sebelum bekas ahli jawatankuasa Dewan Ulama PAS pusat itu pergi meninggalkan tanah air.
“Dia pergi tanpa pengetahuan sesiapa. Jika dilabel bekas pejuang Mujahidin di Afghanistan, itu saya boleh terima. Tetapi tuduhan itu berniat untuk jejaskan nama baik dia.
“Saya antara orang terawal yang tahu, itu pun seminggu sebelum dia berangkat. Walaupun tidak diberitahu secara jelas, naluri saya merasakan dia akan pergi senyap-senyap.

“Tidak sangka 31 Januari lalu, jam 12.30 tengahari, dia datang berjumpa buat kali terakhir,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.
Lotfi dalam satu kiriman Facebook pada Khamis mendakwa sudah meletakkan semua jawatannya dalam PAS sejak 19 April sebelum dipecat oleh parti itu.
Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali mengumumkan Lotfi dipecat daripada PAS pada 11 Mei lalu.
Katanya, mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat membuat keputusan  memecat Lotfi daripada parti selepas mendapat tahu dan kemudiannya mengesahkan beliau ke Syria bagi menyertai perjuangan bersenjata di sana.
Zainon, 53, berkata Lotfi membuat kajian yang mendalam selama tiga tahun sebelum berangkat ke Syria dan tidak pernah berkempen mengajak saudara atau sahabat menyertai perjuangannya.
Katanya, pemecatan daripada PAS tidak menjadi isu kerana kepentingan Lotfi kini adalah perjuangannya di Syria.
“Sebenarnya Lotfi tidak lagi pentingkan soal keahlian dalam parti kerana fokusnya kini adalah berjihad. Dia tidak akan kembali ke Malaysia.
“Yang penting PAS tetap berdiri teguh dan dirinya selamat di Syria,” katanya kepada Sinar Harian yang kesal dengan pihak tertentu sering mengeksploitasi perjuangan adiknya di negara bergolak itu. – 30 Jun, 2014.

Benda yang tidak harus dipakai ketika bersenam

Motivasi memainkan peranan penting setiap kali anda ingin bersenam di gimnasium mahupun di taman, tetapi apa yang dipakai oleh anda turut penting. Ya, seluar dan baju T besar mungkin memberi keselesaan, tetapi ianya tidak sesuai untuk bersenam. Perlu diingatkan pakaian senaman yang betul adalah menghalang penyerapan peluh, memudahkan pergerakan serta melindungi kulit sensitif. 

Mari pelajari apa yang TIDAK harus dipakai ketika bersenam: 

FABRIK KAPAS 

Elakkan daripada memakai pakaian senaman yang diperbuat daripada fabrik kapas 100 peratus. Walaupun ia mungkin pilihan yang selesa dan dingin, namun kapas akan menyerap kelembapan dan apabila ia kering perlahan-lahan, anda akan terasa seperti peluh melekat pada badan anda. Selain daripada itu, ia akan menyebabkan jerawat atau kegatalan kulit. Pilih pakaian senaman yang diperbuat daripada fabrik sintetik dan nipis yang direka khas untuk menghalang peluh melekat pada kulit. 

PAKAIAN SENAMAN MENGGELEBER

Pakaian yang menggeleber atau besar memang selesa lebih-lebih lagi ketika bersenam, tetapi ia juga mungkin menyebabkan tersangkut pada alat senaman atau menyukarkan anda melakukan pergerakkan. Ini boleh menyebabkan kecederaan pada badan anda. Tidak perlu memakai pakaian senaman yang diperbuat daripada spandeks, tapi pastikan ia mengikut badan dan tidak terlalu menggeleber. 

KASUT SUKAN YANG TIDAK DALAM KEADAAN BAIK

Pemilihan kasut sukan amat penting kerana ia perlu memberi sokongan yang diperlukan ketika bersenam. Jika anda masih memakai kasut koyak atau tapak kakinya sudah tertanggal, sudah tiba masanya anda mendapatkan yang baru kerana kasut lama mungkin mendatangkan kecederaan atau ketidakselesaan. Menurut jurulatih peribadi Melissa Paris, jika anda berlari dua hari seminggu, sepasang kasut baru setiap setahun sudah mencukupi. Namun jika anda berlari enam hingga tujuh hari seminggu, anda harus menggantikan kasut sukan anda setiap tiga bulan. 

BRA SUKAN YANG TIDAK BERI SOKONGAN

Ini sangat penting buat semua wanita yang bersenam. Jika baju dalam atau bra sukan anda tidak memberi sokongan yang diperlukan ketika bersenam, pasti anda tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya kerana berasa tidak selesa dan kurang yakin. Pemilihan bra sukan yang baik akan melindungi ligamen dan tisu pada dada anda daripada meregang berlebihan. Pastikan bra yang dipilih bersesuaian dengan aktiviti senaman yang anda ingin lakukan dan memberi keselesaan. 

AKSESORI 

Elak daripada memakai aksesori tergantung atau terkeluar seperti subang, gelang, cincin dan sebagainya yang mungkin akan menyebabkan ia tersangkut dengan mana-mana alat senaman. Ia bukan sahaja tidak selesa, malah mungkin akan menyebabkan aksesori anda rosak. Letakkan aksesori anda di dalam beg atau loker simpanan sebelum memulakan senaman. 

MINYAK WANGI DAN LOSYEN

Ya, bersenam akan mengeluarkan peluh yang mungkin akan memberi bau kurang menyenangkan. Namun tidak bermakna anda perlu memakai minyak wangi dan losyen untuk menutup bau tersebut. Ini kerana bau minyak wangi yang kuat dan campuran peluh mungkin akan membuat anda sakit kepala. Malah penggunaan losyen juga boleh membuatkan kulit anda licin dan mungkin menyukarkan anda memegang alat senaman. Ia juga boleh mendatangkan kegatalan pada kulit anda. Cukuplah dengan pemakaian deodoran sahaja sebelum bersenam.

sumber: Yahoo