Tuesday 8 July 2014

Nama Mokhtar Dahari Diabadikan

SHAH ALAM 8 JULAI: Sumbangan dan pengorbanan Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari mengharumkan nama negara dalam arena bola sepak antarabangsa terus dihargai apabila nama legenda bola sepak negara itu diabadikan pada jalan di Selangor.
Dinamakan Persiaran Mokhtar Dahari, ia terletak antara persimpangan ke Meru dan Puncak Alam hingga ke persimpangan arah Shah Alam.
Jalan Batu Arang telah ditukarkan ke Persiaran Mokhtar Dahari. Gambar budak sekolah ingin melintas adalah tidak benar kerana di persimpangan ini, tiada sekolah yang berdekatan.

Isteri Allahyarham, Datin Tengku Zarina Tengku Ibrahim, 58 berkata, beliau dan keluarga gembira dengan pemilihan nama arwah suaminya dan tidak mempunyai sebarang bantahan mengenainya.
“Perbincangan mengenai pemilihan nama jalan itu telah dilakukan bersama kerajaan negeri dan pejabat Sultan Selangor tidak berapa lama dahulu.
“Saya dan keluarga tidak kisah sangat apa pun yang mereka hendak buat, syarat utama mesti menjaga nama baik arwah (Mohkhtar Dahari),” katanya dipetik mStar Online.
Allahyarham Mokhtar pernah mengharumkan nama negara di pentas sukan bola sepak dunia bermula 1972 sehingga 1985.
Dikenali sebagai Super Mokh, allahyarham yang meninggal dunia 23 tahun lepas itu disifatkan sebagai seorang yang tegas dan berdikasi dengan kerja dan sentiasa berusaha memperbaiki dirinya dari semasa ke semasa tanpa cepat putus asa.
Gambar: Mstar Online
Sumber: Selangor Kini

No comments:

Post a Comment