Thursday, 19 January 2017

Beruntungnya Anak Kelahiran 1950an Hingga 1980an

      Kita yang lahir di tahun
      50-60-70-80 an, adalah
      generasi yang layak
      disebut generasi paling
      beruntung. Kerana
      kitalah generasi yang
      mengalami loncatan
      teknologi yang
      begitu revolusi di abad
      ini, dengan keadaan usia
      prima.
     ✌😬✊πŸ€“πŸ‘Š☺πŸ‘

     Kitalah generasi terakhir
      yang pernah menikmati
      riuhnya suara mesin taip.
      Sekaligus saat ini jari
      kita masih lincah menari
      di atas keyboard pula.
       πŸ“ƒπŸ“„πŸ“πŸ’»πŸ’»

      Kitalah generasi terakhir
      yang merakam lagu dari
      radio dengan tape
      recorder. Sekaligus
      kita juga menikmati
      mudahnya memuat-turun
      lagu dari gadget.
      πŸ˜„  πŸ”Š  πŸ“». πŸ“Ό. πŸ“±

      Kitalah generasi semasa
      kanak2 bertubuh lebih
      sihat dari anak masa
      kini kerana mandi sungai,
      panjat pokok, melastik,
      guli, getah gerip, adalah
      permainan yang tiap hari
      akrab dengan kita.
      Sekaligus saat ini mata
      dan jari kita tetap lincah
      memainkan pelbagai
      game  di gadget .
      πŸƒπŸŽˆπŸŠπŸ’ƒπŸ“±πŸ’»

       Kitalah generasi terakhir
      di masa remaja yang
      pernah mempunyai
      geng yang tanpa janji,
      tanpa telefon / sms tapi
      selalu boleh berkumpul
      bersama menikmati
      malam minggu
      sepuasnya...🌚 🌘
      Kerana kita adalah
      generasi yang
      berjanji cukup  dengan
      hati. Kalau dulu kita
      harus bertemu untuk
      bergelak tawa bersama.
      Kini kitapun tetap bisa
      ber ''πŸ˜„πŸ˜ƒπŸ˜€πŸ˜πŸ˜›πŸ˜œ
      πŸ˜‚'' di grup Facebook/
      WhatsApp .
      πŸŽ‡  πŸŒ . 🌌. 🌈

      Kitalah generasi terakhir
      yang pernah menikmati
      lancarnya jalan raya
      tanpa jammed di mana-
      mana. Juga naik motor
      menikmati segarnya
      tiupan angin di jalan
      tanpa helmet di kepala.
      πŸ˜€πŸ˜ƒπŸ˜…πŸš΄ 🚡

       Kitalah generasi terakhir
      yg pernah menikmati
      tanpa perlu berpikir ada
      penculik yg
      membayangi kita.
       πŸ‘§ 🚢. πŸ‘¬. πŸƒ. πŸ’ƒ

      Kitalah generasi terakhir
      yang pernah merasakan
      nikmatnya menonton tv
      hitam putih dengan
      senang untuk pindah
      saluran sana sini
     πŸ˜”πŸ˜žπŸ˜žπŸ˜ž

       Kitalah generasi terakhir
      yang pernah begitu
      mengharapkan
      datangnya posmen  
      Menghantar surat, dari
      sahabat atau kekasih
      hati😍.πŸ“¬πŸ˜πŸ“©.πŸ˜˜πŸ’Œ

    Generasi yg bawa
       RM0.10 - RM0.50
       ke sekolah tapi blh
       makan sampai
       kenyang kat kantin ...

Itulah kita....

Anda generasi itu? Kongsikan ini kepada yang lain. Biar yang belum tau menjadi tau. Biar yg pernah tau tetap ingat kalau mereka tau Dan menikmati lagi indahnya masa lalu yang tidak semua generasi tau..
Cawan antik ini masih boleh dijumpai di rumah makcik saya,
Wak Puniah Binti Sarijan, di Tambak Paya, Melaka

Yok, ngombe!

Wednesday, 4 January 2017

Baju Baru PROMOSI Sempena Naik Sekolah!!!

Jika kanak-kanak gembira dengan baju barunya ke sekolah
.
Apa salahnya kita pun turut serta reward diri kita dengan pakaian baru :)
.
Hargai diri anda seperti mana anda menjaga keselamatan dekat tempat kerja sekarang...
.
Bagi turut serta menjadi sebahagian kegembiraan tersebut, saya Agen Kacak Keselamatan Anda pun nak turut serta dengan membuat tawaran di SafetyGear.my
.
Semua pakaian akan di beri 10% discount dan FRC Coverall 5% discount!
.
Ianya akan berlaku pada bulan Januari 2017 sahaja, masuk bulan Febuari tawaran ini tamat dengan sendirinya...
.
Klik link ini untuk melihat >>
KLIK DI SINI
[+] http://www.safetygear.my/#a=per30&b=e51c7933
.
Regards,
Agen Keselamatan Kacak Anda
SafetyGear Team
.
Sukakan input daripada kami? Sila like https://www.facebook.com/infomisiselamat/ 



Friday, 2 September 2016

Cara Buat Racun Organik

BUAT RACUN SERANGGA SENDIRI! 
========================

Berikut senarai jenis serangga perosak ini. 

A. Serangga jenis mengunyah 
Kumbang 
Belalang
Kupu-kupu 
Ulat Bulu 
Siput 
Lintah Bulan 

B. Serangga jenis menghisap (Pembawa virus dan penyakit) 
Aphis @ Aphid @ kutu Daun 
Koya Pianggang 
Teritip (Scaler) 
Kulat Putih 

Penggunaan racun serangga berasaskan bahan kimia dalam tempoh panjang memberi kesan kepada manusia, termasuk masalah kulit dan kemusnahan alam sekitar. Justeru, kini ramai yang beralih menggunakan bahan organik. Terdapat cara mudah, murah dan selamat menghasilkan racun serangga organik yang boleh dihasilkan sendiri di rumah. 


Penyediaan Bahan Larutan Stok/Asas 
============================

1) 1 liter Air 
2) 1 Sudu Besar Minyak Masak / minyak sayur 
3) 1 Sudu besar sabun basuh 
4) 4-6 Ulas bawang putih (ditumbuk)


Cara Memproses
=============

1) Masukkan minyak masak atau minyak sayur dan sabun ke dalam 1 liter air. 

2) Tumbuk 4 hingga 6 ulas bawang putih dan masukkan ke dalam larutan tadi, kacau dan tapiskan 
Untuk penyemburan, campurkan 1 bahagian larutan stok dengan 4 bahagian air. Bagi serangan serangga jenis mengunyah, campurkan beberapa 2-3 biji cili api/masak (hancurkan) atau lada hitam (ditumbuk) manakala serangan serangga jenis menghisap, anda perlu campurkan beberapa titis minyak listari (essential oil) atau halia (ditumbuk) atau serbuk kunyit. Bahan ini adalah campuran yang sering digunakan untuk penggemar herba dalam kuantiti yang sedikit.

Bagi yang berskala besar, boleh campurkan ekstrak bawang, tapis dan campurkan air sebanyak 1 liter. Kemudian sembur pada pokok dan sesuai untuk mengawal penyakit reput antraknos. 

Serangan yang Berbeza
=================
1) Campuran minyak kayu putih (Tea Tree Mixture)-untuk mengawal penyakit lecuh. Campur 5 ml minyak kayu putih ke dalam 10-20 liter air. Gunakan dengan cara basahkan tanah di sekeliling pokok (Soil Drenching). 

2) Ekstrak halia-untuk mengawal penyakit kulapuk. Kisar 20 gm halia dalam 1 liter air. Tapis dan sembur 3 kali seminggu. 

3) Ekstrak daun Neem (semambu)-untukmengawal vektor seperti kutu daun, teritip dan lalat putih. Campurkan 2 kg daun Neem yang sudah di tumbuk lumat bersama dengan 30g sabun basuh. Tinggalkan semalaman dan tapis. Setiap 5 liter bahagian dicampurkan dengan 15 liter air dan semburkan ke pokok. 

4) Ekstrak bawang putih-untuk kawalan vektor seperti kutu daun dan teritip serta lalat putih. Campurkan 100 gm bawang putih dicincang dalam 0.5 liter air. Tambahkan 10 ml minyak masak dan 10 gm sabun. Tinggalkan semalaman dan tapiskan. Untuk semburan, campurkan larutan campuran bersama air dengan nisbah 1 :200. 

Hakikatnya, bahan yang ada di sekeliling kita amat mudah ditemui dan dengan kos yang rendah dan penggunaan racun serangga kimia dapat dielakkan. Hasil yang didapati akan lebih baik malah boleh tidak perlu risau akan kesan sampingannya.

Wednesday, 17 August 2016

Tahniah Kepada Mahasiswa/i Universiti Malaya 2016/2017

Tahniah!!


TAHNIAH KEPADA MAHASISWA/I YANG MENDAPAT TAWARAN KEMASUKAN KE UNIVERSITI MALAYA

Tahniah kami ucapkan kepada yang berjaya mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran ke Universiti Malaya bagi sesi 2016/2017. Jangan lupa untuk membuat pengesahan sebelum tarikh tutup kemasukan iaitu pada 14 Ogos 2016.

Join group Universiti Malaya Info Freshies 16/17 untuk mendapatkan maklumat dan perkembangan semasa berkenaan Minggu Haluansiswa pada sesi ini. Ia juga merupakan satu platform yang menghubungkan Pemudahcara Mahasiswa 16/17 & Mahasiswa/i Baru Universiti Malaya.

Group ini diwujudkan bagi memudahkan penyebaran maklumat dan perkembangan semasa berkenaan Minggu Haluan Siswa. 


Soalan Lazim Untuk Bakal Mahasiswa Universiti Malaya 2016/2017



SOALAN LAZIM: 
"Adakah pelajar tahun pertama wajib tinggal di Kolej Kediaman?"

JAWAPAN : Semua pelajar tahun pertama wajib menetap di kolej kediaman sepanjang MHS & sepanjang sesi pertama pengajian.




SOALAN LAZIM : 
"Semasa Hari Pendaftaran dan Minggu Haluansiswa, apa pakaian yang perlu saya pakai?"

JAWAPAN :

Hari Pendaftaran: 
Pelajar bebas memakai apa sahaja seperti berpakaian kasual dan sopan asalkan ianya tidak melanggar etika pemakaian Universiti Malaya. Tiada pakaian yang seragam diwajibkan untuk dipakai.

Pakaian sepanjang Minggu Haluansiswa: 
i) Kolej Kediaman akan membekalkan tshirt untuk dipakai 
sepanjang Minggu Haluansiswa berlansung.
ii) Pelajar dikehendaki membawa pakaian harian yang secukupnya
iii) Pelajar dikehendaki membawa pakaian formal/smart casual 
untuk dipakai semasa aktiviti di Fakulti.

Pelajar adalah DILARANG sama sekali untuk:
i) Memakai seluar jeans bercompang-camping
ii) Memakai kemeja T tanpa lengan
iii) Memakai kemeja T yang bercetak gambar/tulisan yang 
bertentangan dengan tatasusila Malaysia
iv) Memakai skirt pendek
v) Berambut panjang melebihi paras leher (siswa)
vi) Berpakaian ketat/jarang/yang mencolok mata
vii) Bertindik telinga/mana-mana bahagian muka/tubuh (siswa)
x) Mewarnakan rambut (kuning, ungu dan seumpamanya) 
ix) Berselipar semasa berada di dalam program rasmi



SOALAN LAZIM : 
"Saya sudah mendapat tawaran upu tetapi jikalau saya ingin memohon rayuan UM boleh ke?"

JAWAPAN : Rayuan Kemasukan Ke UM hanya dibuka kepada mereka yang gagal mendapat sebarang tawaran di mana-mana UNIVERSITI AWAM.



SOALAN LAZIM : 
X-RAY
"Adakah saya perlu membuat x-ray?"

JAWAPAN : Pelajar Malaysia tidak perlu melakukan x-ray kerana ia hanya untuk pelajar antarabangsa sahaja.


Sumber: FB University of Malaya

Sejarah Sistem Pembetungan Di Dunia

Sejarah Sistem Pembetungan Di Dunia

Memelihara Kebersihan Alam Sekitar
Mari kita lihat sejarah sistem pembetungan sepintas lalu.
Selamat membaca! 
















Sumber: FB Indah Water Konsortium Sdn. Bhd.

Thursday, 11 August 2016

"50 sen satu kuih? Kenapa mahal benar ni mak cik?"


"Makcik, bagi kuih ni 2, yang ni 3," kata Nora.
"Tak nak tambah lagi satu nak bagi cukup tiga ringgit?" tanya makcik itu.
"50 sen satu kuih? Kenapa mahal benar ni cik?" tanya Nora secara berseloroh. "Bolehlah, saya tambah lagi satu biji."
Makcik itu menyepit kuih lapis berwarna merah jambu itu lalu diletakkan di dalam plastik putih, lalu dimasukkan ke dalam plastik kecil berwarna kuning.
"50 sen sebiji pun, untung bukan banyak pun dik," jawab makcik itu.
"Ye ke ni cik?" tanya Nora semula.
"Sebijik makcik jual 50 sen. Untung sebiji paling banyak pun 20 sen, 30 sen, itu pun lepas tolak kos bahan sahaja. Kos masa, kos renyah buat kuih, kos elektrik, semua tu makcik pun tak pandai la nak kira macam mana," jawab makcik.
Makcik itu menghulurkan beg plastik kuning berisi 6 biji kuih itu kepada Nora.
"Adik agak pukul berapa makcik start buat kuih tu?" tanya makcik itu.
"Tengahari, dalam jam 11 macam tu," agak Nora.
"Makcik buat seorang, dari pukul 10 pagi," jawab Makcik tu. "Dalam pukul 3.30 dah kena siap semua, pukul 4 makcik dah ada dekat sini bukak gerai, selalunya dalam 6.30 makcik dah kena tutup, sebab anak-anak nak balik sekolah," beritahu makcik itu.
"Sekarang pukul berapa ni dik?" tanya makcik itu lagi kepada Nora.
"5 suku," jawab Nora.
"Adik pelanggan kedua makcik hari ni," jawab makcik itu. "Berapa ringgit makcik untung jualan atas adik? RM1, RM1.20."
Nora diam sahaja.
"Berapa biji kuih pelanggan pertama makcik beli tadi? Tiga," kata makcik itu sambil mengangkat jari. "Katalah makcik untung dengan dia RM1.00. Dari jam 10 pagi sampai sekarang, makcik baru untung RM2.20."
Tak pernah Nora terfikir semua itu sebelum ini.
"Dulu makcik jual goreng pisang, yang tu untung dia banyak sikit, tapi lepas anak makcik dah masuk sambung belajar, makcik tak larat nak buat," beritahu makcik tu. "Tu kuih ketayap yang adik beli tu, berapa lama adik rasa satu biji kuih tu nak siap?"
"Sejam lebih," agak Nora lagi. "Nampak macam leceh nak membuatnya tu. Maaf makcik, saya nak tanya, kalau tak untung, kenapa makcik meniaga?"
Makcik itu merenung muka Nora.
"Sebab ada ramai orang Melayu nak makan kuih Melayu, kalau makcik tak meniaga, siapa lagi yang nak meniaga kuih Melayu," jawab makcik itu. "Makcik suka meniaga. Lagipun makcik bukan pandai buat benda lain dah sebenarnya. "
Makcik itu menyusun bekas-bekas kuih yang ada, "tapi maaflah dik takut adik terasa, makcik nak kata, orang Melayu kita sekarang ni pelik dik."
Nora terdiam tertanya-tanya. "Pelik macam mana tu Cik?"
"Orang kita makan donut sebijik RM3 tak apa, sushi sebijik RM2 tak apa, tapi bila cerita pasal kuih tepi jalan, 50 sen sebiji, mahal," Makcik itu senyum.
Nora terdiam lagi.
"Adik pernah cuba buat kuih orang kita?" tanya makcik itu tiba-tiba.
"Tak pernah lagi, kuih bahulu ada la saya cuba buat masa raya dulu," jawab Nora.
"Berapa sen adik rasa berbaloi nak jual kuih bahulu sebiji yang adik buat dari mula sampai siap?" tanya makcik tu.
Nora hanya diam. Terkenang penat dan lenguh tangannya memukul telur.
"Pada makcik, tak apa makcik untung sikit, makcik cukup makan, sebab makcik tau, ada ramai orang kat luar sana yang macam adik, nak makan kuih orang kita. Pada makcik, ni semua sumbangan makcik pada anak-anak jugalah," kata makcik itu. "Tapi makcik sedih tengok orang kita, yang dah tak peduli nak jaga apa yang kita ada."
Nora diam sahaja mendengar. Dia hanya merenung melihat makcik itu meneguk sedikit air kosong dari botol air berkarbonat yang dibawa.
"Makcik orang Melayu. Makcik boleh meniaga sushi ke, dorayaki ke, harga pun sebijik 2 ringgit, jual 10 dah macam untung makcik sehari, barang pun ambik dari pembekal, tak perlu renyah-renyah buat semua," kata makcik tu.
"Tapi dik, kalau makcik buat macam tu, siapa lagi nak jual kuih-kuih ni dekat adik?" tanya makcik tu.
"Kalau makcik mati nanti, anak-anak makcik semua dah tak mau buat kuih. Yang perempuan pun tak minat nak belajar macam mana, nanti-nanti takkan la semua orang Melayu nak makan sushi dengan donut aje hari-hari?" Makcik itu menghulurkan duit RM3 semula kepada Nora.
"Eh, makcik, ni kan duit kuih saya," kata Nora.
"Makcik tak nak duit kau dik, makcik sedekah. Tiap-tiap orang yang beli kuih dengan makcik dan dia kata mahal, makcik bagi balik duit kat dia dan makcik sedekahkan," jawab makcik itu.
"Kenapa pula makcik?" tanya Nora kehairanan.
"Sebab kalau orang Melayu tak nak tolong orang Melayu yang tak mampu, tak ada orang lain lagi yang akan tolong orang kita," jawab makcik itu.
"Saya mampu makcik," balas Nora.
"50 sen sebiji adik kata mahal, tak mampu lah tu," kata makcik itu tersenyum, ikhlas.

Wednesday, 23 March 2016

SET MANDIAN ROSE & CHERRY BLOSSOM ON PROMOTION

SET MANDIAN ROSE & CHERRY BLOSSOM

Antara kebaikan set mandian ni:
πŸŒΉπŸ’ Menghilangkan daki dengan salt scrub 
πŸŒΉπŸ’ Melembabkan kulit
πŸŒΉπŸ’ Menghilangkan kulit2 mati
πŸŒΉπŸ’ Memelihara kehalusan kulit 
πŸŒΉπŸ’ Menyegarkan badan 
πŸŒΉπŸ’ Mencerah dan memutihkan kulit
πŸŒΉπŸ’ Wangi sangat 
πŸŒΉπŸ’ Melindungi kulit dari masalah bau hapak
πŸŒΉπŸ’ Mengatasi kulit kering dan berkerak
πŸŒΉπŸ’ Memberi perlindungan kulit

Jangan risau kerana ianya dari extract tumbuhan dan natural product.

Rose's πŸŒΉπŸŒΉπŸŒΉ
🌹  Bath salt (scrub) 400 ml
🌹  Body bath 750 ml
🌹  Body lotion 550 ml
RM85 SM.
RM95 SS

🌸Cherry blossom🌸
πŸŽ€  Bath salt scrub 400 ml
πŸŽ€  Body bath 500 ml
πŸŽ€  Body lotion 500 ml
RM85 SM
RM95 SS

Harga termasuk postage. 
Penghantaran terus ke rumah juga disediakan (Selangor & Kuala Lumpur sahaja)

Nak submit order sila whatsapp saya ya ;)
0163163292