Thursday 10 July 2014

Affiliate VS MLM

Salam Hormat,

Apa khabar anda pada hari ini? Saya doakan anda sihat dan ceria selalu ya.

Saya nak menjelaskan tentang apa perbezaan program Affiliates dan juga MLM yang sering orang ramai salah anggap.

Affiliates ialah sebuah model perniagaan tanpa produk sendiri tapi kita menjana komisyen daripada produk orang lain. Kita menjadi agen kepada pemilik produk tersebut dengan mendaftarkan sebagai ahli.

Ada pemilik produk yang tidak mensyaratkan sebarang pembayaran untuk menjadi ahli affiliate mereka dan kita boleh jana pendapatan tanpa modal dari program mereka ini.

Ada pemilik produk yang mensyaratkan kita perlu membeli produk mereka terlebih dahulu sebelum kita boleh mempromosikannya. Ini ialah strategi pemilik produk tersebut untuk memberikan keyakinan kepada agen mereka dahulu sebelum agen ingin mempromosikannya kepada orang lain.

Model perniagaan Affiliate boleh mencapai komisyen sehingga 3 level. Sebagai contoh:
Pengguna 1 promosikan ---> kepada pengguna 2 (Level 1) <-- komisyen pengguna 1
Pengguna 2 promosikan ---> kepada pengguna 3 (Level 2) <-- komisyen pengguna 2
Pengguna 3 promosikan ---> kepada pengguna 4 (Level 3) <-- komisyen pengguna 3

Semakin banyak anda promosikan kepada orang ramai semakin tinggi potensi pembelian produk affiliate anda dan semakin berkembang komisyen anda.

Ada juga model produk affiliate menawarkan komisyen cuma sekali jualan dapat sekali tu je lah untungnya. Ini banyak produk di pasaran. Tapi untuk mencari produk yang mempunyai 3 level komisyen ini sangat susah sebab bukan semua jenis produk affiliate boleh didagangkan sampai komisyen 3 level ini. Ini bukan MLM tapi Affiliate.

TIDAK SAMA DENGAN MLM!!!

MLM ialah (Multilevel Marketing) iaitu kita MESTI membeli produk mereka sebelum kita dapat mempromosikan kepada orang lain dan komisyen produk tersebut kadang-kadang sehingga orang yang ke 100 masuk pun, orang yang no 1 masuk masih menikmati komisyen ke atas produk tersebut.

Biasanya produk MLM ini seperti produk kesihatan, produk penapis air, penjimat minyak kereta dan sebagainya. Modalnya sangat besar untuk sertai sesebuah MLM dan kadang-kadang tidak masuk akal.

Ada satu kes ini, syarikat MLM tersebut sanggup mempengaruhi peserta yang ingin menyertai program MLM mereka untuk buat pinjaman bank. Akhirnya, yang untung orang atas mereka dan yang di bawah mereka merana kerana terpaksa menanggung bebanan hutang bank dan juga interest bank yang tinggi.

Tolonglah!

Elakkan daripada menyertai program MLM sebegini. Saya tidak mahu anda terjerat dengan perangkap MLM ini.

Akhir nasihat saya, pilihlah model bisnes affiliate seperti yang dapat berikan anda komisyen sehingga 3 level ini yang kecil modalnya tetapi dapat dilakukan secara santai-santai, serius dan juga konsisten.
Anda tidak perlu buat pinjaman bank yang akan MEMUSNAHKAN masa depan anda!

Persamaan ke dua-dua model bisnes ini MESTI "mencari orang". Tanpa orang, tak ada siapa lagi yang boleh buat belian kecuali "orang" kerana hanya "orang" sahaja yang boleh bekerja dan mempunyai kuasa membeli.

Apa yang perlu anda pelajari ialah cara untuk "Attract" orang untuk menggunakan produk anda yang banyak memberikan manfaat itu. Kongsikan manfaat kepada mereka. Mereka akan datang kepada anda .

Selamat Maju Jaya.

Affiliate Junction merupakan sistem terbaik yang pernah saya sertai. Dengan hanya menggunakan MyKad, anda boleh berjimat semasa berbelanja.
Mahukan maklumat lanjut, hubungi saya 0163163292 Izani








No comments:

Post a Comment