Tuesday 3 February 2015

Binatang Buas Yang Harus Dijinakkan Setiap Minggu

Kemeja..

Seekor kemeja adalah binatang buas.. Paling parah untuk dijinak sebab banyak pelosok yang perlu teliti. Satgi gosok bahagian badan dulu, pastu nak gosok lengan. Ewah confident nak sangkut kat hanger tetiba tengok dah berceloreng calar2 kedut dah. T_T . Lama tau  I experiment nak gosok kemeja dari zaman darjah 5 lagi. Sampai tahap melalak2 sebab frust. Eh aku gosok dah ni, gosok part sana plak tapi kedut balik. Sakit jiwa betul.

Yela sebab bila nak gosok2 kemeja tu kan kelepek2 atas iron board. Cis .Tapi dah kahwin, takleh lari weyh. Tak boleh belah, gosok baju pun boleh jadi entry. Nampak sangat tengah pantang bosan gila xde buat apa. Sebab nak elak meroyan la duk busy kan diri buat macam2 kerja tapi yang ringan jela. 

Setelah di eksperimen berbagai cara, maka cara ini yang paling pantas nak menggosok seekor kemeja. Seekor haa  panggil seekor sebab buas sangat spesis kemeja ni. T_T . 

Step 1 sila beli botol spray ni dan letak air penuh + 1 susu kecik pelembut Softlan 


Pastu mula !

Mula2 iron bahagian collar dulu. Tajam2 licin2 kan apa yang patut kat collar. Spray air jangan lupa. Ok settle.


Haa collar bahagian luar dah settle licin, lipat collar tu nak kasi keras collar. So bila hubby sarung collar tu nampak terletak gitu.


Lepas collar dah settel, sauk kemeja camtuh kat iron board. Fokus licinkan bahagian belakang dan bahu je. 


Pastu kan part kemeja bahagian belakang tu ada pulak celah lipatan camnih, haa tajam kan siap2. 


Lepass tu fokus gosok lengan dulu. Tajamkan bahagian bahu dan sepanjang tangan tu. Tajam yang orang kata sampai boleh luka la kalau terpegang. Bajet tajam macam pisau. ceccecece letak air lebih sikit kat bahagian nak tajamkan tu. 



Belakang tangan pun sama. tajamkan apa yang patut.


Dua dua belah tangan dah settle. Baru lah mula part badan . Sebab kalau mula part badan dulu, kan luas kawasan badan tu. Kang kalau akhir sekali baru nak gosok lengan memang akan berkelepek2 la balik. so sila fokus tangan dulu baru part badan.



Time ni boleh repair balik garisan tajam kat belakang baju tuh.  Kasi tajam.



Siap . 


Gantung. Stock seminggu. So tiap2 minggu memang I akan gosok sekali harung lah sebab senang , nak keluar je ambik pakai.  Leceh lah tiap kali nak keluar ke, kang baju takde pastu Isham ni bukan bangsa "girrll tolong gosok"..Dia terus amik gosok sendiri je so tak best ah camtuh. Siapkan awal2 untuk dia. Lama sangat hidup bujang, semua urus sendiri. T_T kesian kekeke.

Pastu husband boleh perasan macam artis ok ada wardrobe.

So tips gosok baju..

Spray sila campur air + Pelembut Softlan satu sudu kecik

Mula tajamkan..
1) Collar
2) Bahu + lengan 
3) Badan
4) Gantung

Sumber: Namee Roslan 

No comments:

Post a Comment