Tuesday 3 February 2015

WhatsApp Di Laman Web/PC

WhatsApp Melancarkan Pelayan Versi Web

Akhirnya, setelah sekian lama ditunggu-tunggu , hari ini pihak WhatsApp telah membuat pengumuman bahawa pelayan web bagi aplikasi mereka telah dilancarkan.

Ini adalah merupakan berita yang menggembirakan bagi pengguna WhatsApp yang lebih gemar untuk menaip menggunakan papan kekunci di komputer bagi membalas dan menghantar mesej berbanding menggunakan smartphone.

Untuk mula menggunakan WhatsApp menerusi pelayar web, pengguna hanya perlu ke halaman webhttps://web.whatsapp.com dan kemudiannya, membuat imbasan pada kod QR yang dipaparkan menggunakan smartphone mereka.

whatsapp

Pastikan smartphone anda mempunyai sambungan internet ketika mengimbas dan pastikan juga perisian WhatsApp yang anda gunakan adalah perisian yang terkini.



Namun begitu, berita sedih untuk pengguna-pengguna iPhone, aplikasi pelayan web WhatsApp ini tidak menyokong smartphone yang menggunakan platform iOS. Ianya adalah disebabkan oleh limitasi yang ditetapkan oleh pihak Apple terhadap platform mereka.

Sumber: wangcyber

No comments:

Post a Comment