Thursday 14 May 2015

BEST Mobile, Pemulaan Baru..

Assalamualaikum..

Hari ni saya telah mendaftar untuk menggunakan perkhidmatan BEST Mobile (BM). Sebelom ni saya menggunakan Telco Tune Talk (Tone Excel). Rasa macam tidak dihargai oleh upline di dalam telco Tone Excel (TE), maka saya mencuba BEST Mobile ni. Mana tidaknya, upline TE saya ni mcm nak downline dia meng-up-kan diri dia sewaktu dalam WhatApps group dia. Pada masa tu, saya tidak memiliki smartphone & hanya menggunakan keypad phone je. Saya meminjam smartphone isteri untuk berhubung dengan upline TE saya tu. Faham-faham aje la. Dah adat meminjam, takkan kita nak pegang smartphone tu lama-lama. Isteri pun nak guna juga. Ayat-ayat yang dia sampaikan itu, semacam mengugut untuk menyingkirkan ahli WhatApps group yang tidak memberi respon kepada info-info yang upline beri. Adooiiii... Dia kena la faham, tak semua downline dia memiliki smartphone. Selepas agak lama memendam rasa, saya mula tidak top-up TE ni. 

Dalam bulan Mac 2015, ada rakan sekolah vokasional dahulu menawarkan pelan BEST Mobile ni. Mula-mula agak keraguan juga, tapi saya bertekad untuk menukar telco ni. Saya memberitahu beliau, yang saya akan bersamanya jika WhatApps group dia tidak seperti upline TE saya dahulu. Upline BM saya ni adalah pengguna & agent TE juga. Tetapi mungkin ada perkara yang tidak sesuai dengannya, dia pun beralih arah ke BM ni. Setelah dilancarkan pada 1 Mei 2015, maka saya pun membeli simkad BM ni dengan harga RM98 untuk 2 keping. Maka bermulah kehidupan bersama BM ni. Kita lihat samada BM ni akan memberi manfaat besar ataupun sebaliknya. Nantikan nukilan saya di hari yang lain.





 

 
  
 











No comments:

Post a Comment