Monday 18 May 2015

Pesanan Untuk Diri Saya..

Mak Ayah Malas... 
Takut Anak Terkandas...

Mak Ayah yang ada anak kecil dan anak bersekolah...
Tolong dengar baik-baik... tolong !
- Baby kamu tu jadi baby sekali saja
- Anak kecil kamu tu membesar sekali saja
- Anak kamu juga bersekolah sekali saja
Fikir betul2.

Usah rosakkan masa depan mereka kerana kamu adalah
Mak ayah yang pemalas!


Mak ayah yang ambil mudah membesarkan anak.
--> Mak ayah yang nak kerja senang, justeru bagi tablet/ipad kat anak kecil agar mereka tak merengek ganggu kamu.

--> Mak ayah yang malas masak makanan berkhasiat asyik bagi anak fast food yang tak berkhasiat.. iiish langsung tak kesihan anak.

--> Mak ayah yang nak senang, malas buat breakfast kat anak sebelum sekolah kononnya "anak saya tak nak breakfast".. karut!

--> Mak ayah nak senang, serah semua urusan kat bibik, sampai anak kecil "bisa omong macam bibik", waduuuuh very irresponsible parents!

--> Mak ayah yang turut sibuk berselfie, bersmartphone sehingga anak kecil sekecil 5-6 tahun, apatah lagu 10-11 tahun turut ketagih dengan gajet. Itu menyubur masalah jangka pangjang namanya.

--> Mak ayah yang tak pernah check homework dan buku latihan, buku sekolah anak kerana terlalu sibuk meneka siapa juara Maharaja Lawak, siapa juara Kilauan Emas dan apa kesudahan drama bersiri itu dan ini.

--> Mak ayah yang besarkan anak tanpa ajar dan ajak solat serta baca Qur'an. Dengar sini!! itu bukan kerja ustaz/ustazah sekolah, itu tugas dan tanggungjawab kamu,  Mak dan lebih2 lagi si AYAH.

Jaga anak, didik anak malas sangat !
(Tulisan lama + sedikit suntingan. Pertama kali di tulis di FB - 22/11/13)

No comments:

Post a Comment