Saturday 19 December 2015

Bro Ni Nak Kurus, Tapi Berlaku Sebaliknya..


Kepada semua yang berkategori seperti saudara ini, bolehlah ambil tips yang saya akan sampaikan ini. Ambil masa sikit untuk membaca.. in sha Allah menjadi kalau ampa amalkan betul2. Saya akan ringkaskan dan bagi senang untuk ampa ikut.

1. Tips Pemakanan:

Elakkan makan makanan yang berminyak atau berlemak dan juga kurangkan makan nasi. Gantikan nasi dengan roti "wholegrain".

Banyakkan minum air kosong, elakkan minum air manis. Jus buah-buahan takpa, tapi gula jangan buh la ya. Manis asli buah-buahan tu dah cukup manis dah.

Setiap kali makan, portion makanan tu jangan banyak. Ambil suku sahaja daripada yang ampa teringin tu. Kalau tak kenyang, sila makan buah-buahan atau sayur-sayuran hijau dan minum air kosong banyak2 sampai kenyang.

Contoh makanan/minuman yang ELOK dimakan/minum: wheat biscuit, oat, corn flakes, roti wholegrain, tuna in water, ayam tandori, daging bakar, telor putih, capati, sayur-sayuran hijau, buah-buahan, susu low fat, yogurt low fat dan air kosong.

Contoh makanan/minuman yang TAK ELOK dimakan/minum: ayam KFC/McD, french fries, burger tepi jalan, ayam goreng, roti canai, roti gardenia putih, telor kuning, nasi goreng, air berkabonat, teh tarik dan susu full cream.

2. Tips Senaman:

Selepas bangun tidur diwaktu pagi, kena lakukan senaman di bawah ini dulu, barulah sarapan.

- 30 sec Lying Leg Lift
- 30 sec Lying Scissor Kick
- 30 sec Lying Flutter Kick
- 30 sec Lying Hold
- 30 sec Lying Bicycle Kick
- 30 sec Sit Up
- 30 sec Mountain Climber
- 30 sec Planking

Ini untuk senaman petang. Sebelum bersenam, ampa kena makan snack(Contoh: roti wholegrain dengan peanut butter bersama buah pisang dan sebiji buah epal) sekurang-kurangnya 1 jam sebelum dan barulah boleh lakukan senaman ini

- Jogging 20 min
- 30 sec Lying Leg Lift
- 30 sec Lying Scissor Kick
- 30 sec Lying Flutter Kick
- 30 sec Lying Hold
- 30 sec Lying Bicycle Kick
- 30 sec Sit Up
- 30 sec Mountain Climber
- 30 sec Planking
- 10 reps Knee Down Reg Push Up
- 10 reps Knee Down Dia Push Up
- 10 reps Knee Down Wide Push Up
- 10 reps Bench Dip

Diwaktu malam sebelum tidur, kena lakukan senaman di bawah ini

- 30 sec Lying Leg Lift
- 30 sec Sit Up
- 30 sec Planking
- 10 reps Knee Down Reg Push Up
- 10 reps Knee Down Dia Push Up
- 10 reps Knee Down Wide Push Up

3. Motivasi:

Untuk permulaan (seawal 1 bulan) memang seksa dan teruk untuk nak lakukan semua ini. Tambah2 lagi dalam minggu pertama. Ampa perlu lawan dengan rasa nak putus asa tu. Kuatkan semangat untuk teruskan perjuangan ampa ni.

Saya yakin, sekiranya ampa dapat terus mengamalkan cara2 ini salama 1 bulan, selepas tu in sha Allah ampa tak seseksa dan tak rasa teruk lagi dah macam mula2. Daripada tu, semangat ampa automatik akan naik dan semakin mudah untuk nak buat semua ni.

Saya nak pesan ya, jangan terlalu berharap selepas 1 bulan ampa amalkan semua ini, ampa nak nampak terus perubahan pada badan ampa. Untuk peringkat pertama selepas 1 bulan, pertama: perubahan pada diri ampa adalah sikap. Ampa akan lebih berdisiplin dalam mengatur dan mengurus rutin harian ampa. Kedua: stamina meningkat dan ketiga: badan berasa ringan.

Maksudnya, kalau ampa berjaya mengamalkan tips2 ini selama 1 bulan.. untuk bulan kedua, memang sangat mudahlah untuk ampa lakukan. 1 bulan awal sahaja ampa akan rasa seksa.

Siapa lagi yang boleh tolong mengubah diri ampa kalau bukan ampa sendiri? Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Ampa mampu mengubahnya! Buktikan kepada semua orang yang ampa ni mampu mengubah diri ampa dari ZERO ke HERO! Jangan hiraukan orang nak cakap apa.

SEMOGA ALLAH SELALU BERSAMA AMPA SEMUA.

Share dengan rakan anda untuk motivasi sama-sama.

Sumber FB

No comments:

Post a Comment