Friday, 12 September 2014

Sayang... kadang-kadang abang x tahu la syg ni betul ke x syg abang...

Isteri: ok bang..dah siap..jom pegi...

Suami: hurm..pakai la elok sikit...

Isteri: laaa...ape yg x eloknye..kan pakai tudung ni...dah jom2...lewat dah nk beli barang2 ni...


Suami: hurm..yelah...

*selesai beli-belah


Suami: sayang...jom solat same2 jom..dah masuk waktu zuhur ni..

Isteri: xpela...abg g la solat dulu..kejap lg syg solat..syg nk kemas barang2 ni dulu...

Suami: tinggal la dulu brg tu..nanti kita kemas same2 lepas solat nanti...

Isteri: alah xpela...abg g la solat nu...ish..abg ni knp...

Suami: hurm..yelah...

*suami selesai solat

Suami: sayangg..dah solat ke bel......hurm..dah tido... *isteri tertidur atas sofa..

Suami: yang...bangunla..solat dulu...nanti terlewat pulak...

Isteri: ish..jap la..ngantokla..kejap lg sayang bgunla..nk tidur kejappp jea...

Suami: hurm...yela...jgn lupe solat...abg nk pegi jumpe kawan abg kejap..

Isteri: ye..ok...

*balek dr jumpe kawan

Suami: ya Allah...x bgun lg?dah solat blom ni?

Isteri: ya Allah!pukul brape dah ni bang??

Suami: hurm...dah asar pun...

Isteri: haaa??yeke??hurm...alaaa...cmane ni...

Suami: cmane ape..abg dh ajak solat td syg ckp nnti solat sdri..abg kejut td syg ckp nnti syg bgun...

Isteri: alaa..bkn nye sengaja...dah la..xyahla bebel2... tertidur...penat..nak buat cmane...

Suami: klau ptama kali bru jd boleh trima..ni slalu sgt dah mcm ni...

Isteri: abg ni knp nak marah2 sangat?

*dudok sebelah isteri

Suami: sayang...kadang-kadang abang x tahu la syg ni betul ke x syg abang...

Isteri: ape abg ni..kalau x syg xdekla kawin dgn abg...

Suami: *usap pipi isteri...hurm...sayang...abg rase abg ni dayus sangat...abg sorang lelaki yg dayus....abg biar syg keluar pakai pakaian x menutup aurat...abg biar syg lengah2 kan solat...dan kdg2 tinggal solat... kadang-kadang abg nk marah...tp abg mengalah... sebab abg sygkn syg....abg xnak gaduh dgn syg...tp cukop ke syg abg pd syg tu untuk bantu abg dkt mashar nanti?

Isteri: abang.........

Suami: apa agaknya abg nk jawab depan Allah nanti bila Dia persoalkan tanggungjawab abg sbg ketua keluarga....sbg seorang suami....abg peristerikan syg sbb abg nk syg la yg akan jd ketua bidadari untuk abg nanti...tp abg bimbang...abg bimbang kalau syg akan persoal balek pd abg dekat mashar nanti..knp abg x tegur syg..knp abg x bimbing syg...abg la punca syg terus buat dosa..dan akhirnya syg mintak Allah campakkan abg ke neraka untuk selamatkan diri syg... *mengalir air mata

Isteri: abang!!jangan cakap mcm tu...... *menangis

Suami: abang boleh je kasar dgn syg...tegas dgn syg...tp abg xnak...sbb abg kahwin dgn syg untuk bimbing syg..untuk cintai syg... 

Isteri: abang....syg mintak maaf....syg banyak dosa dgn abang....syg mintak maaf sgt2....syg janji syg akan taat dgn abg...syg akan jage maruah syg dgn abg.....syg mintak maaf... *menangis peluk suami erat2..

Suami: ye..bukan taat dgn abg jea..taat jugak pd Allah...ye...?

Isteri: erm...ye.... *menangis teresak esak..

Suami: dah2...jgn nangis dah...x comel dah isteri abg ni..hehe..jom solat asar same2 jom..dah lewat ni... *lap air mata isteri

Isteri: ermm...mmg x comel pun...hurm...ye...jom...
*selesai solat jemaah

Isteri: *salam tgn suami..abg...syg syg abang sgt2...bimbing syg jadi ketua bidadari ye...ampunkan semua dosa-dosa syg... *mengalir air mata
Suami: ye syg...insyaAllah....kita same2 cari redha Allah ye...abang jugak cintakan syg....lillahitaala.... *cium dahi isteri

-Cinta kerana Allah ta'ala ...

Thursday, 11 September 2014

SOALAN BOCOR ATAU INTEGRITI YANG BOCOR

SOALAN BOCOR ATAU INTEGRITI YANG BOCOR

Haji Darus Awang. AAP., AMP. 

Petang tadi anak saya yang kelapan bertanya: "pa betul ke soalan sains bocor, Shira dengar kawan-kawan beritahu soalan sains bocor". Satu soalan pendek tetapi sukar juga untuk menjawabnya. Saya hanya beritahu: "esok Shira pergi aje ke sekolah, kalau ada periksa jawab elok-elok". Anak pun mengangguk sahaja dengan penjelasan yang tidak menepati pertanyaan.

Begitulah dunia kanak-kanak hari ini. Mereka juga bermaklumat. Mereka boleh akses maklumat di hujung jari seperti orang dewasa. Anak kelapan saya memiliki kemahiran yang luar biasa dalam ilmu IT ini. Apa-apa sahaja barang elektronik seperti telefon bimbit, laptop atau apa jua gajet, mampu digunakanannya. Kita terkial-kila membaca "command" atau buku manual, tetapi anak hanya tekan sana sini sudah selesai.

Sudah lapan daripada sembilan anak saya menduduki UPSR. Seingat saya baru kali ini kes soalan UPSR bocor. Soalan PMR dan SPM pernah bocor satu ketika dulu. Semasa Cambridge yang menyediakan soalan peperiksaan untuk negara kita, tidak pernah ada kes kebocoran soalan kerana tingginya integriti orang putih. Kanak-kanak yang masih mentah terpaksa berdepan dengan tekanan psikologi yang tinggi, Terutama jenis ibubapa yang terlalu mengharapkan kejayaan cemerlang dan luar biasa dari anak sekecil ini. 

Saya sebenarnya tidak pernah pedulikan peperiksaan UPSR ini. Sedikit pun saya tidak ambil peduli berapa A yang bakal diperolehi oleh anak-anak. Ayat-ayat mudah saya katakan pada anak-anak jika semua A pun bukan boleh terus masuk universiti. Semua subjek dapat A pun akan masuk tingkatan satu terlebih dahulu. Begitu juga dengan PMR. Saya juga tidak memberikan apa-apa tekanan pada anak-anak.

Jadi, anak-anak saya secara santai menduduki peperiksaan UPSR dan PMR. Sebabnya saya dan isteri tidak sedikit pun memberi tekanan kepada mereka. Mereka terlalu kanak-kanak untuk dipaksakan dengan kejayaan yang bukan-bukan. Sejujurnya saya mahu anak-anak membesar dengan cara semula jadi (natural), seperti zaman saya membesar dahulu. Biar mereka hidup dengan realiti zaman kanak-kanaknya.

Sistem pendidikan di negara ini telah meragut dan merampas zaman kanak-kanak secara keseluruhannya. Bertambah malang jika kedua ibubapa juga berperangai menekan kanak-kanak untuk lulus cemerlang. Pada mereka anak-anak yang cemerlang peperiksaan adalah kebanggaan kedua ibubapa, walaupun akhlaknya kurang cemerlang. Yang penting mereka berjaya dengan barisan semua A atau "straight A". A adalah pengukur kecemerlangan walaupun akhlak tidak menjadi.

Perlu diingat, anak-anak bukan robot. Anak-anak kita adalah manusia yang punya jiwa dan perasaan. Jika mereka masih kanak-kanak, maka perasaan keanak-anakan itulah yang menjadi realiti hidup mereka. Sistem pendidikan kita hari ini mengajar kanak-kanak menjadi tua sebelum masanya. Zaman kanak-kanak mereka dirampas secara zalim dan kejam bersandarkan kecemerlangan akademik dan "straight A".

Saya mendidik anak-anak dengan cara purba dan konservertif iaitu membiarkan kesemua anak-anak membesar secara 'natural" seperti saya dibesarkan. Saya biarkan mereka bermain hujan dan panas. Mereka boleh bermain di longkang sambil tangkap ikan longkang dan banyak lagi kehidupan kanak-kanaknya dilayan seadanya. Mereka hidup santai dan ceria. Apabila mendudki peperiksaan mereka tetap berjaya cemerlang. Kesemua yang menduduki UPSR, PMR dan SPM berjaya dan cemerlang.

Kesemua mereka masih di bangku sekolah. Lima orang yang telah mendudki SPM, kini berada di universiti dalam dan luar negara di dalam pelbagai bidang profesional seperti perubatan, arkitek, kejuruteraan dan pensyarah. Yang sulung sedang menghabiskan pengajian sarjana. Saya tidak pernah menekan mereka di peringkat UPSR dan PMR. Jika mereka mahu tusyen saya hantar, jika mereka tidak mahu, belajar sahaja di rumah. Mereka bebas memilih untuk belajar kelas tusyen dan tiada paksaan.

Saya hanya fokus ketika di peringkat SPM. Di peringkat ini saya ingatkan mereka supaya lebih fokus pada masa depan. SPM adalah penentu untuk memasuki lebuhraya pendidikan peringkat tinggi. Bermula dengan diploma hingga ke peringkat doktor falsafah (Phd), itulah jalur pendidikan peringkat tinggi. Saya selalu ingatkan bahawa universiti berada di dalam diri, bukan di sekolah yang mereka duduki.

Sebab itu, sedikit pun saya tidak pernah ambil kisah tentang sekolah berasrama penuh. Ada anak-anak yang dapat memasuki asrama penuh untuk pengambilan tingkatan satu dan empat, tetapi mereka tidak pergi. Setakat ini, hanya anak ke empat memasuki tingkatan empat di asrama penuh dan anak ketujuh memasuki ketika tingkatan satu. Bukan kehendak saya dan isteri, tetapi itu kehendak dan pilihan mereka. 

Maknanya kejayaan bukan di sekolah, tetapi di dalam diri mereka sendiri. Mereka yang mengurus kejayaan dengan bimbingan dan sokongan kita sebagai ibubapanya. Saya dan isteri sentiasa sibuk dengan tugasan kerja rasmi, Di waktu antara maghrib dan isyak ketika di bilik solat, saya bertanyakan tentang persekolahan mereka. Itu sahaja masa yang saya ada untuk memberi dorongan kepada mereka. Tetapi setiap malam kami bersolat hajat untuk kejayaan ahli keluarga. Inilah kekuatan luar biasa yang tiada tolok bandingnya.

Apabila terdengar cerita dan terbaca berita di dalam media sosial tentang soalan bocor, terfikir oleh saya soalan bocor atau integriti segelintir orang yang diamanahkan itu yang bocor. Kenapa boleh bocor. Ababila bocor mesti ada orang yang kena dipertanggungjawabkan di atas kebocoran ini. Kes seperti ini tidak sepatutnya berlaku. Kes ini lebih kepada bocor atau ketirisan integriti mereka ini. Antaranya pencetak soalan, segelintir pegawai di Lembaga Peperiksaan KPM dan juga pegawai yang diamanahkan di Bilik Kebal. Saya bukan menuduh, tetapi kebocoran pasti bermula dari salah satu lubang di situ.

Agak lama saya bekerja di KPM Putrajaya. Sedikit sebanyak perkara-perkara dasar seperti ini saya tahu juga. Isunya lebih kepada integriti pegawai yang diamanahkan menggubal soalan, pencetak yang diamanahkan mencetak soalan dan pegawai yang diamanahkan menjaga Bilik Kebal. Mereka ini perlu dipertanggungjawab terlebih dahulu. Mereka telah mengharubirukan suasaa ketenangan murid yang sedang menduduki UPSR. Kurang sungguh integriti segelintir mereka yang diamanahkan terhadap perkara-perkara yang sulit seperti soalan peperiksaan ini.

Namun begitu, kelihatan anak saya rileks dan santai sahaja. Sebabnya tiada apa-apa tekanan dari kami sebagai ibubapa kepadanya. Kami biarkan dia membesar dengan dunia kanak-kanaknya tanpa dirampas dengan meletakkan harapan yang menggunung tingginya. Sedangkan dia hanya seorang kanak-kanak. Saya mahu kesemua anak saya menikmati zaman kanak-kanaknya sebaik mungkin. Harapan yang terlalu tinggi menjadi tekanan kepada anak-anak kita. Mereka akan stress. Bertambah stress jika peperiksaan ditangguhkan.

Thursday, 21 August 2014

Kupu-Kupu Yang Indah

Assalamualaikum wrt

Kisah ini sering saya sebut dalam ceramah-ceramah yang saya sampaikan mahupun dalam kelas semasa kuliah Kejuruteraan Mekanikal yang saya ajar.


Ia mengisahkan seorang saintis yang asyik memerhatikan kepompong. 
Dia dapati si anak kupu-kupu bergelut untuk keluar dari kepompong. 
Atas sebab kesian, saintis tersebut memotong bucu kepompong untuk 
mengeluarkan si anak kupu-kupu itu tadi.


Anak kupu-kupu itu merangkak-rangkak. Kepaknya kecut dan badannya 
agak kecil. Saintis itu menunggu dengan harapan badannya akan 
membesar dan kepaknya akan mengembang. 
Sangkaannya meleset sekali kerana kupu-kupu itu cacat 
seumur hidup dan tidak dapat terbang.



Apa yang saintis itu tidak tahu, pergelutan itu suatu perencanaan 
Allah swt agar cecair dalam badannya mengalir keseluruh kepak, 
mengembangkan kepak tersebut dan memperkukuhkan binaannya.


Dalam hidup kita begitu juga - kekadang - pergelutan, perjuangan dan 
usaha gigih diperlukan agar kita berjaya dan kuat dalam menjalani 
hidup ini. Kalau Allah membiarkan hidup kita ini tanpa dugaan, cubaan
dan pergelutan - kita akan gagal dalam kehidupan kita ini.



"Sometimes struggles are exactly what we need in our life. If Allah 
allowed us to go through life without obstacles, it would cripple us.
We would not be as strong as we could have been.
And... we would never fly."

Wassalam

Wednesday, 20 August 2014

Aku DAIE

Tarbiyah_kanggaroo
Esok hari terakhir aku di bumi asing
Bumi kanggaroo
...
...
Aku semakin paham pepatah melayu..
Hujan emas di negeri orang
Hujan batu di negeri sendiri
Ya .. !!
Aku takut ingin pulang ke negara sendiri
Politik mentah tidak kesudah
Jenayah membuat jiwa gundah
Didikan yang lemah
Dakwah yang dimomok indah
Pemimpin negeri atau negara yang rasuah
Rakyat penuh emosi berhujah
Golongan kapitalis membolot harta tidak di tegah
Sang miskin mabuk bermegah
Tapi inilah hakikat ummah!!
Bumi malaysia ..bumi kesayangan pencetus ummah
Bulan kemerdekaan bulan lahir aku..
Ogos bulan kita semua rakyat malaysia
Disini lahirnya cinta
Disini dakwahku bermula
Walau aku takut dinegara sendiri
Tapi aku kembali
Kerana..
Aku DAIE

sumber:fb PURahmat

Saturday, 16 August 2014

Silaturrahim Kita Semakin Renggang

Abang,

Abang ingat tak masa kita mula2 bercinta, mana ada hp. Kita nak berbual kat telefon pun kena guna telefon awam atau guna telefon rumah. Tapi masa tu rumah sayang ada telefon, abang selalu telefon sayang guna telefon awam utk borak2 lepas rindu kat sayang kan??? Hehe...

Abang,

Ingat tak masa awal2 kita kawin, abang belikan sayang hp nokia 3310 yang buat baling anjing pun boleh koma anjing tu, sebab masa tu abang dah ada hp, jadi abang nak kita senang nak berhubung bila abang pergi kerja. Seronoknya masa tu dapat hp walau hp kita tak ada camera, tak ada internet tapi kita rasa best jer walau cuma boleh guna untuk sms dgn buat panggilan. 

Abang ingat tak masa tu kalau kita lepak kedai makan, abang lebih kerap tengok muka sayang, pegang tangan sayang, borak2 dengan sayang, usik2 sayang sampai mengekek2 sayang gelak dengan lawak abang yang karut lagi mengarut tu. Bahagia sangat kita masa tu!

Abang,

Ingat tak masa kita pakai hp nokia 3310 tu, bila kita berdua bersama, hp kita memang tak tahu mana kita letak. Lagi2 masa tengok tv, bestkan bila kita tengok tv sama2 sambil pegang2 tangan erat, peluk2, belai2 dan sakat menyakat sampai kadang2 kita tak tahu apa jalan cerita kat tv sebab hilang fokus dek kerana kita berdua dok berbual dan usik mengusik. Masa tu memang hp jauh dari kita berdua sebab bagi kita dah cinta hati masing2 ada depan mata, apa guna hp lagi kan??? Bahagiakan masa tu 

Tapi semua jadi berubah bila tiba2 hp keluar model baru yang boleh guna untuk melayari internet. Kita pun mentang2 ada duit, terus tukar hp kita kepada yang lebih canggih yang boleh ambil2 gambar, boleh borak2 kat ym, boleh layan kawan2 kat myspace, friendster, hi5 dan sekarang yang paling baru ada facebook, instagram, what's app, we chat, telegram dan ntah hapa benda lagi ntah! Tak tersebut kalau nak senaraikan...

Abang,

Sedar tak sejak2 kita suami isteri ada akaun laman sosial, ada we chat ada what's app dan segala macam applikasi tu kita dah tak macam masa kita pakai nokia 3310 tu? Mana ada dah kita nak borak2 gelak2, Saling gengam tangan antara kita sebab kita kena pegang hp canggih kita sebab ada kawan2 kat laman sosial tanya itu ini, kawan2 lama tegur kita kat what's app dan ada pulak kawan2 yang ajak ber we chat. 

Kadang2 baru nak letak hp nak borak dgn pasangan, tiba2 dgr hp bunyi tanda ada sms masuk. Balas sms dulu. Pastu tiba2 tersangkut pulak dok buka what app atau fb sbb nampak ada notifications. Kita rasa penting kita pun balas sampailah kita lupa yg cinta hati kita ada depan kita. 

Abang,

Abang perasan tak yang kita dah jarang borak2 mesra sebab kita lebih seronok layan kawan2 melalui hp canggih kita tu. Agaknya sebab Allah tahu kita akan jadi macam ni kut yang Allah sampai sekarang belum bagi kita anak? Sebab agaknya kalau kita ada anak mungkin anak kita pun kita tak hirau sebab kawan2 di FB, what's app atau we chat tu lagi seronok dan lagi penting dari layan anak yang ada depan kita. 

Tu belum lagi bila nak masuk tidur, dulu masuk tidur sama2. Sekarang ni kita masuk tidur asing2, abang kadang2 mengadap laptop layan kawan2 di FB. Sampai bila sayang ajak tidur, abang akan suruh sayang masuk tidur dulu sedangkan masa tu dah pukul 2 pagi. 

Abang perasan tak kadang2 kita macam silih berganti, time abaang ajak sayang tidur, sayang suruh tunggu kejap sebab terjumpa kawan lama dalam FB jadi nak borak2 kejap. Tima sayang ajak abang tidur, abang pulak tengah dok syok layan hal politik di FB. Sudahnya kita lebih kerap masuk tidur tak sama waktu. 

Atau kalau kita masuk bilik sama2 pun, naik atas katil abang dok godek2 hp, sayang pun godek2 hp balas2 FB, we chat dan what's app. Kalau syg tak main hp pun, abang masih lagi dgn hp, sayang dah letak kepala atas bahu abang pun, abang masih dgn hp, kadang2 sayang sengaja baring atas dada abang, tapi nanti abang akan suruh sayang baring tepi abang sebab abang nak menaip kat hp. Sudahnya sayang baring tepi abang dan terlelap tanpa belaian dan berbual2 mesra dgn abang sebelum tidur. I love u pun tak sebut, salam pun ntah kemana!

Tu baru cerita abang sebagai suami, yang sayang sebagai isteri ni pun 2 x 5, 5 x 2 jugak! Bila abang dah tak pegang hp sayang pulak dok Pusing membelakangkan abang sbb dok ralit baca news feed dari wall kawan2. Kalau jumpa berita2 dari blog lagi ralit sayang baca. Walau abang dah peluk sayang dari belakang, cium2 sayang pun, sayang boleh buat derk terus pegang hp, sudahnya abang pun senyap dan berdengkur tidur. 

Tak terasa terukkah kita berdua ni bang?
Mana kemesraan kita berdua masa pakai nokia 3310 dulu?

Sekarang ni dalam kereta pun dengan hp, pegang hp, layan hp. Walau abang tengah drive pun, abang still boleh layan hp sebab kereta kan auto. Kalau sayang yang bawak kereta, lagilah hebat abang layan hp dan senyap sunyi jer kereta sebab kawan2 kat laman sosial lagi bijak dan hebat menarik perhatian abang utk mendapat layanan 

Agak2 boleh tak kita berubah?
Kita buat time limit. 
Layan kawan2 dilaman sosial hanya sampai 8 malam. 
Kalau tgh makan pun simpan hp dan layankan anak isteri atau suami kita. 

Sekali2 sayang terfikir, hp canggih ni dah merampas semua kemesraan yang pernah kita lalui masa zaman2 kita hanya pakai nokia 3310. Rasa benci pun ada! Kadang2 kita macam tak hormat sesama kita pun yer... orang bercakap dgn kita, tapi mata kita ngadap hp dan tiba2 jer kita ketawa sebagai tanda kita dengar apa yang kawan kita ceritakan padahal dia sedang bercerita yang dia baru kematian mak dan ayahnya kerana kemalangan. 

Terukkan kita sejak2 boleh pakai hp canggih ni?

Abang tak rasa kita patut berubah ker?

Sampai bila rumah tangga kita nak sunyi sepi kerana kita lebih banyak aktif melayan kawan2 di laman sosial sedangkan orang yang tidur sebantal dengan kita pun kita hanya bercakap yang perlu2 sebab kita tak ada masa nak berbual dgn mereka sebab kita terlalu seronok layan kawan2 di laman sosial?

Abang,

Ingat tak dulu abang pernah marah anak sedara abang yang tanya macam2 sebab masa tu kita baru sampai kat kampung utk beraya dan dia teruja bila dapat jumpa kita. Tapi sbb masa tu abang tgh syok nak tulis komen kat FB abang marah dia, suruh dia diam sebab dgr suara dia potpet2 buat abang ilang idea nak tulis apa. Ingat tak?

Rasa2 wajarkah abang marah dia mcm tu?

Susah sayang nak kata tapi sayang rasa sayang nak tulis benda ni sebab sayang rasa bukan sayang sorang jer alami benda ni, mesti ada ramai pasangan suami isteri yang mengalami situasi macam apa yang kita rasakan ini. 

Tapi mereka biarkan mereka, sayang sekarang mahu kita berubah demi kebaikan rumah tangga kita. Dari kita dok seronok sangat layan kawan2 di FB, baik kita hidupkan kembali kemesraan dan kebahagiaan dalam rumah tangga kita. Mana tahu bila kita berubah, lebih berikan perhatian pada rumah tangga, Allah akan bagi kita zuriat, kan?

Harap2 lepas abang baca apa sayang tulis ni, abang boleh fikir dan kalau rasa benda ni ada kebenarannya, jomlah kita berubah sama2. Janganlah kita jadi hamba hp canggih lagi sampai jadi leka. 

Salam Sayang Dari Isteri Abang,
c,")
2014

Sumber FB

Tuesday, 5 August 2014

MELAKA ARAH GUNA RUMI - JAWI PADA PAPAN TANDA..

MELAKA ARAH GUNA RUMI - JAWI PADA PAPAN TANDA..

ahhh.. kan dah cakap, dolu-dolu pun dah cakap...

ALOR GAJAH - Semua jabatan kerajaan dan pihak berkuasa tempatan (PBT) di Melaka akan diarah menggunakan tulisan rumi dan jawi pada setiap papan tanda di bangunan masing-masing menjelang akhir tahun ini.

Anggota Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri Datuk Ismail Othman berkata usaha itu bertujuan memartabatkan penggunaan kedua-dua tulisan tersebut selain sebagai tatapan berguna untuk generasi muda.

"Buat masa ini penggunaan papan tanda dwi-tulisan ini dilihat hanya digunakan di bangunan atau kawasan tertentu seperti di sekolah agama dan masjid.

"Jadi buat permulaan ia akan dilaksanakan di peringkat jabatan kerajaan dan PBT dahulu sebelum diperluaskan kepada agensi dan syarikat swasta serta papan tanda di jalanan secara berperingkat," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata semua kos untuk menukar papan tanda tersebut perlu ditanggung jabatan kerajaan dan PBT masing-masing.

sumber dan baca seterusnya di sinar harian