Thursday 29 May 2014

[DIARI] Guru Prihatin, Anak Murid Cemerlang & Berjaya Di Dunia & Akirat


Assalamualaikum semua..

Walaupun sambutan Hari Guru telah lama berlalu, tidak mungkin kita melupakan guru kita yg penat lelah mengajar kita.

Bak kata pepatah, Guru Ibarat Lilin. Yang Sudi Membakar Dirinya Untuk Orang Lain. Itulah peranan guru. Guru terbahagi kepada 2 golongan, secara langsung & secara tidak langsung. Secara langsung bermakna sesi PnP (Pengajaran & Pembelajaran) di dalam kelas. Secara tidak langsung pula adalah diluar kelas/bilik darjah seperti ibubapa kita.

Tidak kiralah bagaimana 2 golongan ini mengajar, maka kita haruslah meghormati mereka sampai bila-bila..

Apabila terbaca satu enti di FB, saya tertarik dengan cara PnP sekarang ni. Berbeza sewaktu saya dibangku sekolah dulu. Jika kita boleh laksanakan, alhamdulillah.. Jika tak boleh nak laksanakan 100%, buatlah mana yang mampu.



Prinsip Guru Pendorong
1. Menggunakan pujian sebagai alat motivasi.
2. Tidak menyiasat atas kesalahan.
3. Menutup sebelah mata pada kesilapan kanak-kanak.
4. Me...njaga maruah kanak-kanak / Tidak memalukan mereka.
5. Berkata positif atau diam lebih baik.



Strategi Guru Pendorong
1. Buang strategi 'Garang'.
2. Ubah konsep diri negatif kepada konsep diri positif.
3. Kekalkan konsep positif diri.
4. Tingkatkan self estim pelajar.
5. Cipta peluang = pelajar dapat bertindak balas dengan maklumat dan pengalaman baru.


5 Teknik
1. Teknik mendorong
2. Teknik memuji
3. Teknik tutup mata - cari kebaikan dipuji
4. Teknik bertanya untuk mendorong
5. Teknik menerangkan peraturan yang betul.




Mama & arwah abah adalah cikgu saya sampai bila-bila.. Love them..



No comments:

Post a Comment