Friday 23 May 2014

ISLAM is My Religious: Wudu'

[DIARI]

ISLAM is My Religious: Wudu' 
Steps of wudu'
Ketika Ambil Wudhu niatkanlah dalam hati :
1. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan "Ya Allah, berikanlah buku amalanku di tangan kanan ku ini"
2. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan "Ya Allah, janganlah Kau berikan buku amalanku di tangan kiri ku ini"
3. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini"
4. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan "Ya Allah, putihkanlah mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini"
5. Ketika membasuh tangan ke siku berniat lah " Ya Allah gugurkan dosa-dosa yang aku lakukan samaada sedar atau tidak."
6. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan "Ya Allah, lindunglah daku dari terik matahari di padang Mahsyar dengan Arasy Mu"
7. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"
8. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan "Ya Allah, Jangan gelincirkan kakiku ketika aku melintasi titian Siratul Mustaqim nanti"
9. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan "Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat serta ampunkanlah dosa2 aku"
Note :
〃 Jika rasa susah sangat hendak ingat semua itu, maka buat permulaan buat yang no 7 saja dulu pun tidak mengapa.
Ya Allah..
Tanamkan selalu hidayahMu di dalam hati kami.
Kerana hanya Engkaulah yang mampu memberi petunjuk kepada kami.
Aamiin Ya Rabbal 'Alamiin.
Sumber: fb

No comments:

Post a Comment