Friday 13 June 2014

Alat PenJIMAT Petrol: Ditipu Atau Kena Tipu?

Situasi di Malaysia kecoh apabila kerajaan menaikkan harga bahan api/mengurangkan subsidi bahan api tidak lama dahulu. Perkara ini menyebabkan rakyat panik & kelam kabut terhadap pengumuman yang dibuat secara tergesa-gesa.

Sy pun tidak terkecuali daripada menghadapi masalah ini. Ada yg sanggup bergaduh, marah2 di petrol station sbb semua nak mengisi bahan api takut2 tak dapat dengan harga lama. Ada juga yang dah panas hati, melanggar stesen petrol tersebut. Masyaallah.. teruknya manusia ni. Hilang sifat kesabaran dalam diri.

Justeru itu, maka lahirlah ahli2 bijak pandai, cendiakawan yg sifatnya mcm cendawan, jurutera ciplak & saintis klon yg mahu menunjukkan kehebatan mereka dalam mengatasi masalah ini. Mereka membina alat yang boleh jimat minyak (katanya) sehingga 10% pengurangannya. Emm menarik dah ni.

Di pasaran Malaysia, terdapat banyak alat jimat minyak ni. Senarai kat gambar ni adalah sebahagian yang ada kat Malaysia.
Dengan kehebatan promosi kat FB, aku pun membelinya (Bio Energy Chip). Mengikut kata promoter ni, ia boleh menjimat sehingga 25%.. WOW!!! Selain daripada menjimatkan petrol, promoter ni juga bgtau aku, boleh letak kat meter eletrik. Pada masa yg sama, aku pun ada masalah yg sama. Bil elektik melonjak naik (dlam RM10 je).. Aku pun beli la benda alah ni (pada 1/5/2014) dgn harga PROMOSI katanya.. RM25 utk sekeping kad Bio Energy Chip ni & aku beli 2 keping.

Dengan penuh semangat, aku pun melekatkan chip ni kat MCB (Main Circuit Board) kat rumah & mencatatkan bacaan pada hari tu. Dengan cara penggunaan elektrik yg sama seperti sebelum ni, aku dengan yakin, benda alah ni boleh bantu aku mengurangkan bil elektrik. Bila smpai masanya (1/6/2014) aku pun merekodkan bacaan meter elektrik. Apabila melakukan pengiraan, aku sungguh terkejut. BIL ELEKTRIK TIADA PERUBAHAN, MALAH MAKIN MENINGKAT!!! What the HELL??? Dengan pantas aku terus pm promoter ni.. Last skali, dia tak reply pm tu.. Kecewa juga aku. Not good for service after sale.

Hari ni, aku ternampak satu video berkaitan alat jimat petrol ni la. Korg tontonlah & keputusannya adalah seperti ni.

So, sape2 yang yakin benda ni betul, bagus la. Bagi aku, kena campak kat tong sampah je ni..

1 comment:

  1. Dimana penjimatan berlaku.apa yang control harge mahal ratus ratus.bende.tu capacitor je.4.7uf boleh dapat bawah rm 1/ yang jadi mahal design

    ReplyDelete